Monday, November 18, 2013
Dulu Benci Sekarang Cinta
serenemaklong.blogspot.com
Anatoli lahir di Baku, Azerbaijan. Komandan tentera Russia ini sangat membenci kaum muslimin. Di Afghanistan ramai muslimin yang terbunuh di tangannya.
Dia tidak percaya kepada apa-apa agama, menganut ideologi komunis militan dan sangat fanatik terhadap Islam. Kebenciannya akan muncul walau hanya dengan melihat seorang muslim. Dia tidak pernah ragu dengan pemikirannya hingga ia dipindahkan ke daerah Jalalabad sebagai komandan angkatan perang Rusia. Inilah cerita dari mulutnya sendiri:
"Tujuan kedatanganku ke tempat ini adalah untuk membasmi kekuatan mujahidin muslim. Aku memperlakukan keluarga mereka dengan kasar. Aku membunuh mereka dengan berbagai senjata moden dan canggih. Kami serang mereka dari darat dan udara. Tetapi aneh, mereka yang tidak mempunyai senjata kecuali bedil yang tidak dapat diguna untuk memburu rusa itupun dapat membuatkan tenteraku kucar-kacir. Aku mula ragu-ragu. Aku perintahkan salah seorang tenteraku untuk memanggil beberapa keluarga yang mampu berbahasa Russia. Mereka mengajakku memeluk Islam. Seketika pendapatku tentang Islam berubah.
Akhirnya aku membuat ketetapan yang ditentang oleh semua temanku iaitu menyatakan keislamanku. Namun aku tetap teguh walau mereka berusaha untuk meyakinkan aku agar memilih agama lain selain Islam. Aku mengajak isteriku dan anak-anakku memeluk Islam. Aku membuat keputusan untuk menyeru ke jalan Allah dan akhirnya aku menjadi seorang muadzin. Semoga Allah mengampuni dosaku dan membuka pintu taubat untukku.
(SUMBER: Serial Kisah Teladan, Juz I, karya Muhammad bin Shalih al-Qaththani sebagai yang dinukil dari Buletin al-Muslimin, edisi 350)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment