Friday, November 29, 2013

Jangan Bongkak Untuk Bersatu

Sesungguhnya ketika kita berbalah sesama sendiri, ada yang sedang memerhati dan memasang strategi. Kita bertekak mengenai segala perkara, hinggakan yang remeh, saling tidak mempercayai. Kita ego dengan pendirian sendiri dan enggan berlapang dada mengenai pandangan orang lain. Kita langsung tidak memikirkan bahawa pertelingkahan akan menghancurkan masa depan generasi negara ini. Segala perbalahan yang sepatutnya diluahkan dalam lingkungan kita sendiri, kita dedahkannya dengan pihak luar, malah meminta campurtangan orang asing yang memang sedia menunggu peluang untuk "menelan" kita.
Penghapusan etnik yang dulunya berlaku di Bosnia, kini sedang berlaku di Myanmar, Selatan Thai, Palestin, juga penghapusan ahli sunnah di Syria, Iran, Iraq, Pakistan, Yaman dan senarainya semakin hari semakin panjang.
Walaupun dunia hari ini penuh kacau bilau dan fitnah berterbangan bagai bunga lalang ditiup angin, masih ramai yang mencintai keamanan, yang inginkan generasi akan datang kukuh di segi keimanan, tidak tunduk kepada sebarang bentuk sogokan. Rakyat Malaysia, janganlah bongkak untuk bersatu! Jangan biarkan kita menang sorak tetapi kampung tergadai. Hakikatnya, SI MATA SATU sudah pun menjajah minda sebahagian besar penduduk dunia. Tangan ghaibnya juga memegang ekonomi negara-negara besar. Tolong jangan biarkan perbalahan sesama sendiri menyebabkan tanahair yang kita cintai ini menjadi jajahan kumpulan minoriti yang sangat berselera besar ini.

Aurat Ketika Bersalin

Ringkasan dari "AURAT KETIKA BERSALIN" Semanis Kurma TV9 untuk yang bergelar dan bakal bergelar Ibu Bapa: 1. Sejak dari awal disahkan hamil, jaga aurat ketika pemeriksaan dilakukan. 2. WAJIB mendahulukan doktor perempuan. 3. MENTAATI perintah Allah dengan sebaiknya dan meninggalkan segala yang terlarang. 4. JANGAN ambil mudah dalam soal proses kelahiran. Dalam keadaan isteri sedang SAKIT sangat, hilang punca, dan tidak boleh berfikir maka: 1. SUAMI mesti memelihara aurat dan maruah isteri dalam apa juga keadaan. Amatlah mengecewakan jika suami sendiri tidak mampu bertegas dalam membuat pilihan (merujuk kepada keadaan yang tidak darurat serta masih ada pilihan). 2. Pelihara aurat isteri ketika dalam wad. Janganlah bila masuk wad semuanya terbang. Tudung tidak pakai, kain terselak sana-sini, baju lengan pendek sahaja, dan sebagainya. Ingatlah kadang-kadang ada juga staf dan petugas makanan lelaki keluar masuk wad. 3. WAJIB bagi MAHRAM turut bersama ketika datangnya darurat yang mengizinkan aurat terbuka. Pertama SUAMI, kedua SAUDARA PEREMPUAN, ketiga JURURAWAT PEREMPUAN dan seterusnya. Keutamaan adalah SUAMI. Ini TITIPAN sayang buat semua WANITA: 1. NIAT- Niatkan dari AWAL, walaupun sebelum disahkan hamil, ingin bersalin dengan disambut oleh doktor perempuan atau bidan wanita. 2. DOA – ISTIQAMAH berdoa semoga Allah pelihara aurat dan maruah kita sekalipun dalam keadaan darurat ketika saat kelahiran bayi. 3. AMALAN - Selarikan dengan niat dan doa. Pemeriksaan ibu mengandung, imbas baby dan sebagainya WAJIB dilakukan dengan doktor perempuan dan bukan doktor lelaki. Jaga aurat dalam berpakaian juga selama mana bergelar Muslim. Apa sekalipun berusaha dengan kudrat kita. Allah akan hitung tindakan kita. 4. YAKIN – In sya Allah bila mana kita telah KUAT berusaha seperti di atas PASTI DIA bantu kita, pelihara aurat dan maruah kita dan maruah suami. P/S: Moga Allah terus pelihara AURAT & MARUAH kita semua untuk proses kelahiran yang akan datang. Untuk yang telah berlalu dalam keadaan tidak mampu BERTEGAS, TIDAK cukup bersedia dan sebagainya, maka bertaubat dan muhasabah diri. In sya Allah DIA murah dengan keampunan.

Thursday, November 28, 2013

Azab Dari Allah

Berlegar di Internet bahawa Ribut Greg di Keningau, Sabah pada 26.12.1996; Tsunami di Acheh pada 26-12-2004; Gempa di Jogjakarta pada 26-05-2006; Gempa di Tasik, Jawa Barat pada 26-06-2010; Gunung Merapi Meletus pada 26-10-2010; Jambatan Tenggarong Samarinda, di Indonesia runtuh pada 26-09-2013; dan Taufan Haiyan di Filipina pada 26-10-2013 lalu telah diutus Allah S.W.T untuk menunjukkan kekuasaan-Nya. Mengenai bala Taufan Haiyan ini, dikatakan ia tiba akibat tindakan merobohkan Masjid di Manila untuk digantikan dgn shopping mall!! Kononnya ia dari ayat Bible. Allah sengaja menimpakan mereka dengan Ayat Azab. [Luk 21:26] Orang akan mati ketakutan kerana kecemasan berhubung dengan segala apa yang menimpa bumi ini, sebab kuasa-kuasa langit akan goncang. [Hag 2:6] (2-7) Sebab beginilah firman TUHAN semesta alam: Sedikit waktu lagi maka Aku akan menggoncangkan langit dan bumi, laut dan darat. [Ibr 12:26] Waktu itu suara-Nya menggoncangkan bumi, tetapi sekarang Dia memberikan janji: "Satu kali lagi Aku akan menggoncangkan bukan hanya bumi saja, melainkan langit juga." [Ayb 26:11] tiang-tiang langit bergoyang-goyang, tercengang-cengang oleh herdik-Nya. [Al Quran: Surah Al-Jaathiyah ayat 8] Yang mendengar ayat-ayat penerangan Allah sentiasa dibacakan kepadanya, kemudian dia terus berlagak sombong (enggan menerimanya), seolah-olah ia tidak mendengarnya; oleh itu gembirakanlah dia dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya. [Perkongsian dari Suhaimi Muqalibal]

Petua Merawat Resdung

Yang diperlukan ialah 8 biji limau nipis, 10 helai daun pandan, dihiris halus macam bunga rampai. Perah limau nipis gaulkan sampai sebati. Kimia baru akan terbentuk. Sapu di muka. Kalau sesuai, tidak sampai 5 minit ulat resdung akan keluar ikut kulit muka. Paling banyak akan keluar ikut kening. Kalau tersangkut tariklah ulat itu keluar. Buat 3 kali seminggu. Elok di antara jam 10.00 pagi -3.00 petang sebab virus sedang aktif ketika itu. Lebihan campuran boleh disimpan dalam peti sejuk. Tetapi ia tidak begitu efektif berbanding dengan yang segar. Elok letakkan kain hitam di atas paha semasa menyapu bahan sebab ulat ini suka kain hitam.

Khasiat Serai


SERAI - memang banyak khasiat dan sering digunakan dalam masakan harian. Satu kajian di Israel menunjukkan serai mengandungi 'citral' yang berkesan sebagai sokongan dalam rawatan kanser. Minum lapan gelas air serai setiap hari selama seminggu sebelum menjalani chemotherapy atau radiation. Citral menyebabkan sel-sel kanser bunuh diri (suicide). Masukkan ke dalam satu jug air panas 3 batang serai yang telah dicincang. Minum 8 gelas sehari selama seminggu sebelum chemo atau radiation.

 [Sumber: Dr Hamid Arshat]

Almarhum Ammar Bertemu Bidadarinya ((1993-2013)


Ikuti video yang dihasilkan oleh GPTD bersempena dengan Program PERKONGSIAN & HARAPAN | "APABILA AMMAR BERTEMU BIDADARINYA..." yang berlangsung di Masjid Asy-Syakirin KLCC pada 17 November 2013. http://www.youtube.com/watch?v=HIR30U3E9sE#t=1422 Almarhum pernah bersama Malaysia Life Line for Syria dalam misi ke Syria pada September 2013 dan telah meninggal di Turki setelah dilanggar sebuah ambulans. Semoga semangat Ammar akan terus dibawa oleh sekalian anak muda dan semoga Allah memberikan rahmat dan kasih sayangnya kepada roh Ahmad Ammar bin Ahmad Azam. #letsfollowammar

(Perkongsian dengan Syahrir Azfar Al-Halabi) “Saya tanya Ammar, kenapa termenung. Dia kata hati dia dah terpaut pada bumi Syam (Syria), dia nak bantu Syria, sedih sangat tengok Syria macam ni dan kalau Allah izinkan dia nak mati Syahid di Syria. Malam tu berhampiran hospital tersebut dua roket dijatuhkan menyebabkan hospital tersebut bergegar. Esok awal pagi saya tersedar dari tidur dan tengok Ammar baru sudah mandi. Pelik sebab air sangat sejuk! Saya tanya Ammar kenapa mandi awal pagi macam ni? Dia cakap Allah bagi ‘Hadiah’ dalam mimpi dia. Subhanallah. Dan kerana itu rakan-rakan di Turki kata bahawa Ammar adalah syahid yang tertangguh kerana Allah dah pertemukan Ammar dengan bidadari dalam mimpinya di Syria. Allah tangguhkan kesyahidan dia bukan di Syria tetapi di Turki, bumi di mana Ammar menadah ilmu. Subhanallah, Ammar telah bertemu penciptaNya”. (Perkongsian foto dengan Mohamad Najib) Semoga semangat dan kerja buatnya menjadi dorongan kepada sahabat-sahabat lain yang terlibat dalam misi kemanusiaan di Bumi Syam, Syria. Insya'Allah aktivis-aktivis lain akan meneruskan jasa baktinya di sana.
(Perkongsian dengan Muhammad bin Ahmad Zahid Al-Hafiz) Bismillah. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Oleh kerana ramai yang bertanya dan ingin mngenali lebih dekat siapa Almarhum Ahmad Ammar Bin Azam yang baru-baru ini menggemparkan ummah dengan pemergian beliau menghadap Ilahi. Maka saya sebagai sahabat sepengajian beliau di Turki berasa bertanggungjawab untuk memperkenalkan serta mem 'promote' kan segala kebaikan yang beliau pernah lakukan semasa hayatnya mudah-mudahan ia dikira ilmu bermanfaat yang ditinggalkan beliau (yang mana pahalanya berterusan sehingga kiamat). Beliau antara student Malaysia terawal (beliau batch ke-2, saya ke-4 walaupun sampai sekarang student Malaysia di Turki tak sampai 35 orang pun) yang melawan arus perdana apabila memilih Turki sebagai destinasi pengajian setelah SPM. Sebab tu kami panggil beliau Abang Long. Agak aneh, seorang yang pernah dinobat sebagai pelajar kedua terbaik SPM 2010 di RMC dengan pencapaian 9A1 1A2 memilih untuk sambung di Turki, negara yang sering dilabel sebagai negara Eropah yang 'sakit'. Patutnya beliau ke tempat yang lebih berprestij. Dahlah ambil Turki, ingatkan ambil medic ke, atau engineering, tengok-tengok ambil sejarah, bidang yang sering diambil oleh student gred C dan D, sejarah Uthmaniyyah pulak tu. MashaAllah..... Bila pertama kali saya tanya beliau kenapa pilih Turki dan ambil sejarah. Jawapan beliau: "Turki ni dulu pernah jadi pusat Dunia Islam 600 tahun, tak ada kuasa dunia yang lagi lama daripada itu. Negara lain pun respect dan tunduk dengan Turki, kenapa kita tidak bangga, itu sejarah kita? Kita boleh kembalikan balik sejarah itu. Lepas itu kita ni dah belajar tinggi-tinggi last-last orang yang belajar lebih kurang pulak control kita. Sebab itu Ana ambil sejarah." Cukup tersentak dengan jawapan tajam beliau. Beliau seorang yang sangat pndiam, tapi sekali beliau cakap, semua orang nak dengar dan akan ingat apa yang beliau cakap. Beliau juga sangat susah nak gelak ketawa, tapi sekali beliau ketawa semua orang ingat bila dan apa yang buat beliau ketawa. Beliau jangan haraplah nak bercakap dengan perempuan, sangat kekok kalau beliau dalam situasi tersebut. Pernah sekali beliau bawa student malaysia overseas yang datang cuti di Turki dan kebetulannya perempuan. Oleh kerana beliau malu nak bagi tahu kat perempuan tersebut, beliau call seorang sahabat kami yang ambil master di Turki untuk tolong bagi tau perempuan itu apa yang dia nak bagi tau. Padahal beliau ada depan prempuan tersebut. Masha Allah...begitu sekali beliau menjaga dirinya. Beliau seorang yang sangat rajin menolong. Kkalau ada apa-apa program di rumah, beliau orang yang pertama sampai untuk bantu bentang tikar, sapu, kadang-kadang masak dan hidangkan makanan. Beliau jugalah yang last sekali balik sebab nak bantu gulung tikar, sapu balik, basuh pinggan dan bungkuskan makanan. Sungguh luar biasa akhlak serta tingkah laku beliau. Beliau sangat sopan santun, sangat berjaga-jaga ketika bertanya dan sangat berdisiplin. sebab beliau pernah cakap "dulu masa kecik, memang kuat main-main tapi lepas masuk RMC memang kena train habis". Saya cukup rapat dengan beliau dan keluarga beliau malah saya mengenali bapa beliau Hj. Azam sudah 10 tahun. Mana tidaknya masa first time saya mengaji depan orang umur 8 tahun, atas permintaan bapa beliau lah yang ketika itu masih Presiden ABIM, sejak itu lagi saya aktif dalam program ABIM dan WADAH sehingga kini. Sejak saya sampai di Turki, kalau Sabtu, Ahad, saya akan pergi ke rumah beliau dekat Fetih Mahallesi (hari-hari lain saya di asrama Turki), makan sama-sama, beliau masak, bersukan, berdiskusi sampai tulis dekat whiteboard dan akan tidur di biliknya. Antara cara beliau ialah sebelum tidur dan bangkit dari tidur, beliau akan tepuk tilam dan baca 3 surah Qul. Pada masa tu saya ingat mungkin dari sekolah menengah lagi kot dia macam ni. Beliau sering tidur lewat kerana membaca buku. (Buku-bukunya banyak yang dah ghabak dan banyak tulisan menunjukkan yang memang beliau membacanya). Bulan lepas, saya diminta untuk bentang mengenai sejarah Uthmaniyyah di laman Universiti Terbuka Anak Muda (UTAM), beliaulah yang saya jadikan rujukan utama. Beliau pun bagi lah buku-buku dan article sebagai persediaan untuk saya. Beliau juga cadangkan supaya setiap minggu mesti ada student yang akan present mengenai apa-apa ikut bidang masing-masing. Ketika Eid Adha yang lalu, kami (student Malaysia) berkumpul bersama-sama selama seminggu. Dalam seminggu tu ada 1 hari full progarm dari pagi sampai malam. Kami dibahagi ikut kumpulan. Ditakdirkan Allah, kumpulan saya diketuai oleh beliau. Tapi yang lawaknya nama kumpulan saya yang beliau bagi. oleh sebab beliau sangat suka Sultan Muhammed Al-Fatih, maka nama kumpulan kami yang beliau bagi ialah 'Fatih Var Mı?' yang bermaksud Fatih ada ke? Sangat kelakar sebab nama kumpulan kami soalan. Jadi setiap kali nama kumpulan kami dipanggil, semua akan ketawa terbahak-bahak termasuk kami dan beliau sendiri. Tugasan kami adalah pergi ke muzium Atatürk dan buat sedikit research. Dalam muzium itu, beliau seolah-olah jadi penceramah apabila segala gambar yang ada dalam muzium tersebut beliau terangkan dengan detail lebih daripada petugas muzium terangkan pada kami. Ada sekali tu time makan malam di rumahnya, beliau cerita pengalaman beliau semasa mengikuti misi kemanusiaan di Syria. Beliau kata,"Ana ni bukannya reti Arab". Semua orang yang menyertai misi ini tahu bahasa Arab dan bila tentera Syria tanya dari mana datang, mereka jawab Syria (walaupun bukan sebenarnya). Bila sampai turn beliau ditanya, beliau jawab Maliziya, terus tak dapat masuk. Alhamdulillah beliau berjaya juga cari jalan belakang dan masuk pada waktu malam secara sembunyi. Sebelum beliau pergi, beliau pernah kata "Ana kalau tengok perempuan-perempuan Turki ni mesti rasa macam nak kena kawin dah ni, tak tau sebab apa". Ketika beliau bermalam di wad hospital Syria, beliau terdengar bunyi bom yang sangat kuat, terus beliau mengucap dan bersedia untuk syahid (kerana salah satu tujuan beliau ke Syria juga adalah untuk syahid), kemudian tak ada apa-apa berlaku beliau terus tidur. Dalam tidurnya beliau bermimpi bertemu bidadari. Ketika hari terakhir beliau di Syria, beliau ada bertanya dengan seorang pemandu di Syria (kebetulan driver tu boleh cakap Inggeris sikit-sikit). "Kenapa pemuda kat sini berani betul dan nak syahid?" Driver tu jawab "pemuda kat sini dah tak pandang dah harta benda dan wanita. Dia orang semua hanya tunggu syurga dan bidadari syurga, sebab tu dia orang nak syahid". Beliau pun ceritakan apa yang beliau mimpi, driver tu kata "awak ni boleh mati syahid ni". Sekembalinya beliau ke Istanbul dengan selamat, kami pun (pasal baru habis baca buku 'Kemenangan yang Tertangguh oleh sdr Hasbie Muda) gelarkan beliau 'Syahid yang Tertangguh'. Bila beliau cerita pada kami yang beliau mimpi, kami semua gelak dan kata, "anta ni kuat sangat bergurau". Namun hari-hari berikutnya beliau memang berubah. Setiap kali beliau pandang prempuan, tiada apa-apa yang dirasainya. 'Ajaib!!! Pernah juga beliau minta pada saya, "Anta tolong ngaji time Ana kawin nanti, ya." Saya pun jawab sambil tersengeh, "Dah dekat ke? Dengan orang mana?" Beliau jawab "Ana mintak ayah Ana carikan. Ayah nak cari orang Bosnia," katanya sambil berseloroh. Beliau juga cakap, "Nanti kalau kata Ana meninggal kat sini pun Anta tolong ngaji juga sikit, paling-paling Qul huAllah pun ok la". Saya pun jawab "tak payah la cakap macam tu". Beberapa hari seblum beliau pergi mengahadap Yang Maha Esa, kami brtemu dalam satu majlis makan malam di Çamlica. Turut dihadiri oleh menteri pelancongan, Dato' Seri Nazri Aziz. Kebetulan beberapa hari sebelum itu pula, saya berkesempatan bertemu dengan Menteri Luar Turki, Dr. Ahmet Davutoğlu (nanti saya terangkan kenapa saya selitkan nama Dr. Davut). Beliau tanya saya macamana boleh jumpa Dr. Davut sebab beliau nak sangat jumpa dengannya. Saya jawab Dato' Seri Anwar Ibrahim yang bawak jumpa masa dia datang Beşiktaş hari tu. Beliau kata Dr. Davut seorang yang sangat bijak. Gandingan EGD (Erdoğan, Gül, Davutoğlu) sahaja dah boleh gerunkan musuh-musuh Turki. Pada malam itu beliau bercakap banyak lebih dari biasa. HasbunAllahu wani'mal wakeel, Wallahi tak saya sangka itulah pertemuan perpisahan kami di ardhillah ini kerana 2 hari selepas itu, insan yang sudah saya anggap seperti abang dan murobbi telah dipanggil menghadap Tuhannya. Beliau pergi meninggalkan kami dan ummah buat selama-lamanya. Saat beliau ingin melintas di jalan raya, kaki beliau tergelincir kerana jalan memang agak licin, terus dilanggar sebuah ambulans kena bahagian bahu beliau (faham-fahamlah ambulans Turki laju macamana). Kami terus ke hospital untuk urusan forensik. Ibu bapa beliau tiba di airport pada esoknya dengan keadaan yang cukup tenang. (Saya tak pernah melihat wajah setenang mereka yang baru sahaja kehilangan seorang permata yang lebih awal dipanggil olehNya, malah beliau merupakan satu-satunya anak lelaki dalam keluarga). Saya masih tak dapat terima hakikat ketika itu, ia seperti mimpi. Setelah jenazah dimandikan, kelihatan peluh masih ada pada wajah beliau. Saya kenal muka beliau time tidur dan begitulah wajah yang sama pada ketika itu, memang rasa macam nak kejutkan je. Namun Allah lebih menyayangi beliau. Ketika jenazahnya di solatkan di Masjid Ayyub Al-Ansaari, ribuan yang hadir. Pada ketika itu, saya yakin beliau seorang yang tiada musuh. Rakan-rakannya sama-sama ponteng kelas pada hari itu sebab lecture pun tak datang universiti semata-mata untuk bersama solatkan jenazah beliau. Saat dikebumikan di perkuburan Eyyüp Sultan Camii, ramai yang tak sangka beliau boleh ditempatkan d situ (kerana perkuburan teresbut juga ada maqam sahabat Rasulullah S.A.W, Abu Ayyub Al-Ansaari serta para mukminin yang lain, jadi agak luar biasa kalau orang yang tiada kaitan dengan kerajaan tambahan pula foreigner untuk ditempatkan di situ) MasyaAllah....Ketika itu, kawan-kawan universiti beliau turut memakai lencana gambar beliau pada pakaian masing-masing. Dalam video ini, sebenarnya bukan saya dijemput untuk baca surah Al-Ikhlas (tak seperti yang tertera dalam video), tapi sayalah yang minta untuk baca. Saya cakap dekat Hoca bahawa Almarhum pernah minta saya baca pada masa ini. Saya pun baca surah Al-Ikhlas sebanyak 3 kali (dalam video tu kali pertama), kali kedua dan ketiga saya sebak dan tak dapat menahan air mata yang mengalir mengenangkan permintaan beliau semasa hayatnya yang pada masa itu saya fikir beliau bergurau.
Setelah selesai urusan pengkebumian, bapa beliau jumpa dan kata pada saya sambil senyum "nanti baca lama-lama lagi." Saya terdiam, hati saya kata pakcik ni tak rasa sedih ke, saya lebih emosi dari bapa beliau ketika itu. Pada keesokan harinya, bapa beliau mendapat panggilan telefon dari Dr. Davut yang turut mengucapkan takziah. SubhanAllah, siapa sangka orang yang teringin sangat beliau nak jumpa semasa hidup tapi tak berkesempatan. Namun saat beliau pergi turut mendapat pengetahuan orang itu. Beberapa hari yang lalu, fakulti beliau di Universiti Marmara telah menanam sebatang pokok yang diberi nama sempena nama beliau. Papan utama di Marmara Universiti tertera "AHMET AMMAR, BİZ ÇOK SEVİYORUZ" yang bermaksud " Kami amat merinduimu Ahmad Ammar". Bapa beliau tatkala melihat suasana tersebut kata pada saya sambil menggeleng kepala, "Ini bukan anak yang pakcik didik, mesti ada orang lain yang didik dia sampai ke tahap ini." Last sekali sebelum beliau pergi, status terakhir beliau di FB surah Taubah ayat 111 yang mana Allah berfirman: "SESUNGGUHNYA ALLAH MEMBELI ORANG-ORANG MUKMININ, DIRI MEREKA SERTA HARTA MEREKA DENGAN SYURGA," cukup memberi kesan kepada sesiapa sahaja yang membacanya. Saya redha beliau pergi. Hanya ilmu, nasihat dan semangat yang beliau tinggalkan pada saya. Kalau dulu orang sebut Fatih var mı? Pasti akan ketawa terbahak-bahak, namun kini kalau disebut lagi, hanya wajah beliau yang akan dikenang dan air mata akan mengalir. Ramai di antara kami ingat apa yang jadi pada beliau akan menjadi kerisauan ibu bapa di luar untuk menghantar anak-anak mereka ke Turki. Namun kuasa Allah, rupa-rupanya beliaulah pencetus dan pembuka mata kepada masyarakat untuk mula mengenal apa itu Turki disamping menjalin hubungan yang erat antara Malaysia dan Turki. Sungguh, beliau hebat, hebat, memang hebat!!!. Moga dengan hanya menonton video ini ramai lagi pemuda yang akan mengikut jejak wira uthmaniyyah ini. Saya pasti dan akan selama-lamanya mencemburui beliau. "Abang Long Ammar Ağabey.Seni çok seviyorum". Doakan beliau ditempatkan bersama para mukminin. Al-Faatihah. MUHAMMAD BiN AHMAD ZAHiD 20/11/2013 İSTANBUL,TÜRKİYE

Tuesday, November 26, 2013

As Syahid Hassan Al Banna

MALAM ALMARHUM HASSAN AL BANNA DIBUNUH. Seorang lelaki tua berusia sembilan puluh tahun membuka pintu rumahnya, menjelang tengah malam, ketika mendengar ketukan. Seorang pegawai tentera membawa jenazah, itu adalah puteranya sendiri, Hasan al-Banna. Pada 12 Februari l949 itu merupakan peristiwa yang dialami Jamaah Al-Ikhwanul Al-Muslimun, di mana pemimpin jamaah itu, dibunuh oleh pegawai Raja Farouk. Malam itu pegawai tersebut memberi arahan kepada orang tua itu: “Tidak boleh ada suara, tidak boleh ada tangis, tidak boleh ada ucapan takziah, dan tidak boleh orang lain yang ikut mengurus jenazah itu, tidak boleh ada yang mengiringi jenazah ke tempat perkuburan. Kecuali, keluarga yang berada di rumah ini. Pukul sembilan pagi, jenazah itu mesti selesai dikuburkan!” Menjelang subuh, pegawai itu datang lagi dan memberi perintah: “Bawalah anakmu untuk dikuburkan!” “Bagaimana cara membawanya? Silakan tentera membawanya?” tegas orang tua itu. Pegawai itu membentak, “Keluarga kamu yang patut bawa! Cepat!” Pada pagi hari, orang tua yang sudah lanjut usia itu mengurus sendiri anaknya. Dia mengusap seluruh tubuh anaknya yang penuh dengan darah, akibat tembakan. Bersama-sama keluarga wanitanya dan anak lelaki yang masih kecil, orang tua itu mensolatkan jenazah Hasan al-Banna. Mereka sendirian menggali liang dan menguburkan jenazah tanpa bantuan orang lain. Di saat yang sama, Raja Farouk mengadakan pesta besar, merayakan ulang tahun kelahirannya, 11- 12 Februari, l949, di Amerika, perpaduan antara ulang tahun raja, dan perayaan atas kematian Hasan al-Banna, yang sangat meriah.

Hari Kebangkitan

✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail dan beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri. ✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran dan keagunganNya sebagai Tuhan yang Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati. ✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali kedua, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi. ✐ Sekalian manusia hidup melalui benih anak Adam yang disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih. ✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib dan masa depan masing-masing yang akan mereka hadapi kelak. ✐ Lalu datanglah api berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amalan), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib sendiri. ✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlaku huru-hara yang amat dahsyat. ✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suara yang menakutkan.
✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Mereka rasa panas dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1,000 tahun. ✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kauthar, mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum air itu, seseorang tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga. ✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah: ⅰ- Pemimpin yang adil. ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah. ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid. ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah. ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita cantik untuk berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah". ⅵ- Lelaki yang bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai). ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah. ✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "Pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab yang sama seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1,000 tahun perjalanan. ✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda. ✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah Arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba di bumi. ✐ Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat), mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat. ✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy dipikul oleh 4 malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari Arasy umpama cincin di tengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak di hadapan istana. ✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin. ✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir dan munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan. ✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah. ✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin. ✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa. ✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab. ✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang. ✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana. ✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat. ✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat : ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab. ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab. ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka. (Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.) ✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70,000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70,000 orang yang lain. ✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang, di bawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.
✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15,000 tahun. 5,000 tahun menaik, 5,000 tahun mendatar dan 5,000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya. ✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1,000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka. Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004. ☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat-sahabat yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞ Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama : ① Sedekah/amal jariahnya. ② Doa anak-anaknya yang soleh. ③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain. (Sumber: Dr. Tengku Asmadi bin T. Mohamad)

Sunday, November 24, 2013

Waspada Wahai Wanita

Menurut laporan PDRM, seorang wanita telah dirogol oleh 6 lelaki sebelum dia ditinggalkan dalam keadaan bogel. Wanita tersebut tidak berupaya mengingati kejadian malam tersebut, namun ujian mengesahkan bahawa beliau telah dirogol berulang kali dengan kesan rohypnol di dalam darahnya dan juga progestrex, yang umumnya diguna oleh doktor haiwan untuk “mencuci” haiwan besar. Khabarnya Progesterex digunakan bersama Rohypnol sebagai dadah “Dating” dan rogol. Mereka hanya perlu titiskan Rohypnol ke dalam minuman si gadis. Keesokannya mangsa tersebut tidak akan ingat apa-apa yang berlaku kepadanya sepanjang malam tersebut. Progesterex yang mudah larut dalam minuman akan “mencuci” agar si mangsa tidak mengandung akibat dari perkosaan tersebut dan si perogol tidak bimbang tentang menjalani ujian air mani dan DNA kemudian. Kesan dadah ini kekal berada pada mangsa. Prodesterex yang asalnya untuk memandulkan kuda boleh menyebabkan mana-mana wanita yang mengambilnya, TIDAK BOLEH MENGANDUNG SAMPAI BILA-BILA. Perogol mendapatkan dadah ini dari pusat haiwan atau mana-mana universiti. Kerana itu ia diramal akan diguna secara berleluasa di kampus-kampus. Berwaspadalah apabila keluar. Jangan biarkan minuman terbiar tanpa dijaga oleh orang yang anda percayai!

Menyambut Anak Baru Lahir

ANAK adalah anugerah Allah yang sangat disyukuri oleh setiap pasangan. Buat mereka yang baru menerima cahaya mata, sesudah sahaja anak dilahirkan dari rahim ibu, dia perlu dimandikan dengan betul dan baik agar posisi anak itu bersih dan sihat. Selalunya ia dilakukan oleh jururawat, bidan, bapa anak atau mereka yang sayang kepada bayi serta berkebolehan menyempurnakan tugasan itu. Bayi yang sudah dibersihkan dipakaikan kain tuala yang bersih dan lembut, sebaik-baiknya berwarna putih. Sunat memberi ucapan tahniah dan menggembirakan mereka yang baru sahaja mendapat anak bagi mengeratkan kemesraan dan ikatan silaturrahim. Adalah disarankan bagi pengucap khabar gembira menghulurkan buah tangan berupa hadiah, hamper, bunga-bungaan ataupun wang saguhati.
Sunat diazankan di telinga kanan bayi lelaki dan perempuan. Dan juga sunat diiqamatkan di telinga kiri bayi lelaki dan perempuan sesudah ia dilahirkan di samping membaca ayat-ayat suci Al-Quran pada bayi tersebut. Bacaan tidak perlu terlalu kuat cukup sekadar untuk pendengaran bayi sahaja.Salah satu hikmah melakukannya adalah supaya kalimat seruan tersebut tentang kebesaran Allah menjadi seruan pertama yang bayi dengar. Sunat 'Tahnik' atau belah mulut dilakukan selepas anak dilahirkan. Tahnik ialah mengunyah buah kurma, selalunya dilakukan oleh orang yang dianggap soleh dan bertaqwa kepada Allah seperti Imam, Bilal, Ulama, Syeikh dan sebagainya, dan seterusnya diletakkan sedikit pada lidah bayi itu. Selain kurma, manisan lain seperti titisan madu, nira nipah atau kelapa juga boleh digunakan. Tujuannya adalah untuk melazimkan bayi membuka mulut dengan mendapatkan ganjaran benda manis.
Amalan ini membuatkan bayi mahu menghisap apabila ibu menyusukan bayi tersebut kerana sentuhan di lidah mempunyai kesan manis dan bukan kesan yang tidak selesa. Tujuan lain adalah untuk melancarkan percakapan anak kecil supaya kelak dia selalu berkata manis dan benar. Sunat menamakan anak yang baru dilahirkan dengan nama-nama yang baik. Menamakan anak dilakukan pada hari pertama kelahiran anak tersebut sesudah ia diazan dan diiqamatkan atau pada bila - bila masa yang difikirkan sesuai. Nama yang buruk serta menjatuhkan maruah perlu dielakkan sama sekali. Mencukur rambut sebaik - baiknya pada hari ketujuh kelahirannya, kemudian rambut itu ditimbang seberat emas atau perak dan disedekahkan pada fakir miskin, jika tidak mampu maka ditukarkan atas kadar wang atau sebagainya. Dari sudut kesihatan, bercukur boleh menguatkan tenaga pertumbuhan rambutnya, menghilangkan selaput kulit kepala (iaitu sejenis cecair beku yang meliputi kulit kepala, juga dikenali sebagai kerak kepala) dan juga dapat memberikan daya kekuatan dan ketajaman pada penglihatan mata, bau dan pendengaran. Dari sudut kemasyarakatan bercukur mengalakkan umatnya bersedekah di samping menunjukkan kesyukuran kepada Allah di atas kurniaan-Nya. Walaupun disunatkan bercukur bagi orang Islam tetapi dilarang daripada melakukan Qaza’ iaitu mencukur sebahagian kepala kanak - kanak dan meninggalkan sebahagian yang lain. Larangan ini ialah untuk menunjukkkan sifat keadilan Allah SWT dan Rasul-Nya s.a.w. di mana manusia diperintahkan supaya berlaku adil walaupun pada diri sendiri. Sunat "Aqiqah" bagi anak baru lahir. Aqiqah bererti penyembelihan binatang ternakan seperti lembu, kerbau, unta ataupun kambing yang dilakukan selepas kelahiran bayi, lebih baik dilakukan pada hari ketujuh sebagai tanda kesyukuran kepada Allah Taala. Korban yang dilaksanakan dapat mendekatkan anak kepada Allah dan pelbagai faedah yang lain. Kurban Aqiqah membuat anak merasakan dirinya dihargai oleh keluarga dan masyarakat selain menggembleng perasaan mampu berkorban dan redha dengan ketentuan Allah. Acara ini biasanya dilakukan pada majlis kesyukuran yang turut diselitkan aktiviti menggunting rambut bayi, nasyid, selawat, bacaan Al-Quran, solat sunat syukur, bacaan Yassin dan tahlil kesyukuran. Perbuatan menyembelih binatang selalunya tidak dilakukan di hadapan mata bayi yang hendak diraikan tetapi dilakukan sebelum majlis berlangsung. Makanan dan minuman turut diberikan pada hadirin dan anak fakir miskin dan yatim piatu. Sunat (berkhatan/berkhitan/bersunat). Perkara ini menjadi sunat kepada kaum perempuan dan merupakan suatu kewajipan bagi lelaki. Namun begitu sesetengah Ulama mentafsirkan berkhatan bagi lelaki adalah hanya dikategorikan sebagai Sunat Muakkad (Sunat yang amat dituntut oleh syariat). Tujuan berkhatan adalah untuk menjaga kesucian zahir dan batin umat selain menguatkan minda dan badan. Para saintis moden menggalakkan khatan bagi membendung masalah jangkitan penyakit kelamin seperti HIV dan AIDS. Bagi kanak - kanak lelaki yang berumur antara 8 hingga 12 tahun boleh disunatkan oleh Tok Mudim manakala kanak - kanak lelaki d ibawah umur itu serta kanak-kanak perempuan disunatkan oleh Doktor dan Bidan yang berkebolehan. Bagi kes kanak - kanak dan dewasa Muslim yang mencecah umur 13 tahun dan ke atas pilihan melaksanakan kewajipan berkhatan boleh ditentukan sama ada oleh Doktor atau Mudim mengikut kehendak dirinya dengan syarat tidak menimbulkan syahwat dan pelaksana pembedahan adalah mereka yang sama jantina atau muhrim. Semoga yang baik dijadikan ikutan manakala yang kurang baik dijadikan batu sempadan sebagai menjana kehidupan yang sementara untuk hari kemudian. (Sumber: Muhamad Nor Kartor)

Janin

Sungguh ajaib Ciptaan Allah S.W.T. Mustahil maanusia boleh menandingi-Nya. Sejak dalam rahim apabila ditiupkan roh dalam umur kandungan 4-5 bulan ia berjanji akan menyembah Allah. Tetapi hakikatnya setelah lahir kebanyakan akan kufur dan sedikit sahaja yang beriman kepada Allah. Allah kurniakan janin deria pendengaran pada umur kandungan 7 bulan. Ketika itu ibu dan bapa sudah mula mengajar al-Quran. Malah bayi boleh mendengar segala ajaran, bunyi-bunyian dan perbualan di sekitarnya. Tentukan ibu dan bapa bercakap secara lunak, main muzik yang nyaman, ajar matematik dan berbagai-bagai bahasa sejak dalam rahim. Bayi paling aktif waktu malam. Sebaiknya rangsangan bayi dilakukan selama 20 minit sebelum tidur dengan sentuhan kasih bacaan al-Quran, zikir dan selawat. [Sumber: Dr. Hamid Arshat]

Cara Potong Kuku

serenemaklong.blogspot.com

Lindungi Diri Dari Gangguan Dan Sihir

serenemaklong.blogspot.com
• Sentiasa berzikir dengan zikir yang diwariskan oleh Nabi s.a.w. • Menyebut nama Allah dalam setiap pekerjaan. • Menyebut nama Allah setiap kali masuk ke dalam tempat gelap. • Jangan sakiti binatang seperti anjing dan kucing. • Jangan tidur bersendirian, jika terpaksa berwuduklah dan membaca doa sebelum tidur. • Jangan membuang air kecil ke mana-mana lubang atau takungan air. • Jangan membunuh ular yang masuk kedalam rumah sesewang-wenangnya. • Jangan mendedahkan aurat kasar di dalam rumah dan jangan selalu bersolek dan berhias kerana timbul rasa ghairah jin jantan terhadap wanita itu. • Jangan membuang benda berat tanpa menyebut nama Allah. [Sumber: zamdurrani.dumei.com]

Doa Pendekat Jodoh

serenemaklong.blogspot.com

Friday, November 22, 2013

Perbaiki Diri

serenemaklong.blogspot.com
Dalam menjalani kehidupan, sebaik-baik insan ialah yang terus menerus mencari cara memperbaiki diri di segi amalan kepada Allah dan memperbaiki akhlak dalam hubungan sesama insan. Imam as Syafi'i berpesan: "Air yang bergerak sentiasa bersih dan segar, air yang hanya bertakung mudah menjadi kotor dan berbau." Contohnya, Syeikh Cubbali Ahmed, pendakwah kontemporari terkenal di Turki, memuhasabahkan diri dengan membina kuburnya sendiri. Beliau mendatangi kubur itu dengan keinsafan yang tinggi. Beliau membaca al-Quran untuk dirinya yang masih hidup sambil menitiskan air mata membayangkan "jenazahnya" diusung dan ditinggalkan keseorangan di situ dan mengenangkan bekalan yang akan dibawanya. Walaupun kita tidak tahu di mana dan bila kita akan mati, kubur yang kita ziarahi akan menjadi muhasabah terbaik buat diri. Ingatan kepada mati menyebabkan kita merasa masa yang ada terlalu sedikit berbanding amalan yang patut dibuat. Bukankah Allah telah berfirman: " Kamu telah dilalaikan oleh perbuatan berlumba untuk mendapatkan sebanyak-banyaknya (harta, anak-pinak, pangkat dan pengaruh) sehingga kamu masuk kubur." AT-TAKATSUR ayat 1-2.

Meaning Of Relationship

serenemaklong.blogspot.com

Rezeki Dan Tawakal

serenemaklong.blogspot.com

Manusia Jadi Sombong

serenemaklong.blogspot.com

Doa Pagi Hari

serenemaklong.blogspot.com

Thursday, November 21, 2013

Solat Ketika Kesesakan Jalan Raya

Dalam kehidupan seharian, terperangkap dalam kesesakan jalan raya, sama ada disebabkan hujan lebat, banjir ataupun kemalangan memang biasa kita lalui. Dalam keadaan begini, bagaimana cara hendak melakukan solat fardu yang DIWAJIBKAN ke atas kita? Ada dua pandangan mengenai perkara ini.
PANDANGAN PERTAMA - disebut oleh Syaikh Solleh Munajjid iaitu menjamakkan solat Zuhur dengan Asar atau Maghrib dengan Isyak, jika terperangkap dalam kesesakan yang tidak dijangka atau tidak disengajakan. Dalilnya ialah sabda Rasulullah s.a.w hadis daripada Ibnu Abbas katanya: “Rasulullah s.a.w. menghimpunkan antara solat Zuhur dan Asar dan antara Maghrib dan Isyak di Madinah, bukan kerana takut dan bukan pula kerana hujan.” Dan di dalam lafaz yang lain: “Bukan kerana takut dan bukan kerana safar, lalu (Ibnu Abbas) ditanya: “Mengapa Baginda s.a.w. berbuat demikian?” Jawabnya: Baginda s.a.w. menginginkan agar tidak menyusahkan umatnya.” (HR Muslim, no. 1151)---------------Hadis ini menunjukkan bahawa solat boleh dijamak bukan kerana musafir semata-mata, tetapi ia boleh dilakukan ketika dikhuatiri terlepas waktu solat. Bagaimanapun, solat hanya dijamak sahaja dan tidak diqasarkan kepada dua rakaat kerana dalam hal ini ia tidak melibatkan kelonggaran musafir.
PANDANGAN KEDUA – ialah solat hormat waktu yang dilakukan sambil memandu kenderaan. Caranya sangat mudah. Hanya perlu berniat dan bertakbir seperti biasa tanpa perlu mengangkat tangan daripada stereng. Lakukan rukun-rukun qauli (bacaan) seperti biasa dengan mata memandang ke jalan raya. Rukun-rukun fi’li (perbuatan) dilakukan dengan gerakan yang sedikit, sekadar membezakan antara satu rukun dengan rukun yang lain. Seperti rukun qiam (berdiri) digantikan dengan bersandar pada kusyen; rukuk dilakukan dengan menggerakkan sedikit tubuh ke hadapan; sujud dilakukan dengan menggerakkan tubuh sedikit ke hadapan; dan duduk dilakukan dengan menggerakkan tubuh sedikit ke belakang. Semua perbuatan ini hendaklah dilakukan tanpa mengganggu tumpuan pemanduan. Sekiranya sampai ke rumah ketika waktu Maghrib masih ada, solat Maghrib wajib dilakukan seperti biasa. Sekiranya waktu Maghrib sudah terlepas, solat Maghrib perlu diqada kerana solat yang dilakukan di dalam kereta hanya sebagai menghormati waktu.
WUDUK – perlu digantikan dengan tayamum darurat iaitu dengan menepuk pada panel kereta (dashboard) dengan menganggap ia ada debu yang juga berasal dari tanah. Solat ini dikatakan sebagai solat menghormati waktu kerana ia tidak memenuhi syarat sah solat. SEBAGAI ORANG BERIMAN, sentiasa solat di awal waktu. Jangan suka menangguhkan solat semata-mata hendak melakukannya di rumah. Jika ingin memulakan perjalanan dan waktu solat sudah masuk, solatlah dulu. Ia lebih baik dan lebih selamat. Sebelum memulakan perjalanan, cuba gunakan aplikasi moden seperti peralatan sistem penentududukan sejagat (GPS) yang boleh mengesan kesesakan jalan raya dan membantu mencari jalan ganti yag lebih cepat. Manfaatkan saat kesesakan jalan raya dengan mendengar alunan ayat-ayat suci al-Quran atau kuliah agama, mudah-mudahan hati akan tenang dan bertambah ilmu pengetahuan. Rancang perjalanan supaya terancang solat. Semoga kita sentiasa mendapat rahmat Allah. (Intipati tulisan Ustaz Abdullah Hamzah dalam IMAN #22)

Heart Attacks and Water

How many folks do you know who say they don't want to drink anything before going to bed because they'll have to get up during the night. I asked my Doctor why people need to urinate so much at night time. Answer from my Cardiac Doctor - Gravity holds water in the lower part of your body when you are upright (legs swell). When you lie down and the lower body (legs and etc) seeks level with the kidneys, it is then that the kidneys remove the water because it is easier. Of course, you need your minimum water to help flush the toxins out of your body. But drinking water at a certain time maximizes its effectiveness on the body: 2 glasses of water after waking up - helps activate internal organs. 1 glass of water 30 minutes before a meal - helps digestion. 1 glass of water before taking a bath - helps lower blood pressure. 1 glass of water before going to bed - avoids stroke or heart attack. Water at bed time will also help prevent night time leg cramps. Your leg muscles are seeking hydration when they cramp and wake you up with a Charlie Horse. Dr. Virend Somers, a Cardiologist from the Mayo Clinic is lead author of the report in the July 29, 2008 issue of the Journal of the American College of Cardiology. He said most heart attacks occur in the day, generally between 6 A.M. and noon. Having one during the night, when the heart should be most at rest, means that something unusual happened. Somers and his colleagues have been working for a decade to show that sleep apnea is to blame. 1. If you take an aspirin or a baby aspirin once a day, take it at night. The reason: Aspirin has a 24-hour "half-life"; therefore, if most heart attacks happen in the wee hours of the morning, the Aspirin would be strongest in your system. 2. Aspirin lasts a really long time in your medicine chest, for years, (when it gets old, it smells like vinegar). Bayer is making crystal aspirin to dissolve instantly on the tongue. They work much faster than the tablets.Why keep Aspirin by your bedside? It's about Heart Attacks. There are other symptoms of a heart attack, besides the pain on the left arm. One must also be aware of an intense pain on the chin, as well as nausea and lots of sweating; however, these symptoms may also occur less frequently. Note: There may be NO pain in the chest during a heart attack. The majority of people (about 60%) who had a heart attack during their sleep did not wake up. However, if it occurs, the chest pain may wake you up from your deep sleep. If that happens, immediately dissolve two aspirins in your mouth and swallow them with a bit of water. Afterwards: Phone a neighbor or a family member who lives very close by. Say "heart attack!" and that you have taken 2 Aspirins. Take a seat on a chair or sofa near the front door, and wait for their arrival and ...DO NOT LIE DOWN! "Life is a one time gift".

Wednesday, November 20, 2013

Erti 40

Makna Angka 40 Dalam Usia Manusia. Ramai tidak sedar dalam al-Quran ada menyentuh tentang usia ini. Allah swt. Berfirman: حَتَّى إَذَا بَلَغَ أَشُدَّهُ وَبَلَغَ أَرْبَعِيْنَ سَنَةً قَالَ رَبِّ أَوْزِعْنِى أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِى أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَى وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَصْلِحْ لِى فِى ذُرِّيَّتِى إِنِّى تُبْتُ إِلَيْكَ وَإِنِّى مِنَ الْمُسْلِمِيْنَ "Apabila dia telah dewasa dan usianya sampai empat puluh tahun, dia berdoa, “Ya Tuhanku, tunjukkanlah aku jalan untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku dapat berbuat amal yang soleh yang engkau redhai; berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang muslim.” (al-Ahqaf: 15)
Pada usia 40 tahun yang disebut dalam ayat ini, manusia mencapai puncak kehidupannya baik dari segi fizikal, intelektual, emosi, mahupun spiritual. Benar-benar telah meninggalkan usia muda dan melangkah ke usia dewasa sebenar. Doa yang terdapat dalam ayat tersebut dianjurkan untuk dibaca oleh mereka yang berusia 40 tahun dan ke atas. Di dalamnya terkandung penghuraian yang jelas bahawa mereka telah menerima nikmat yang sempurna, kecenderungan untuk beramal yang positif, telah mempunyai keluarga yang harmoni, kecenderungan untuk bertaubat dan kembali kepada Allah. Pada ayat yang lain, firman Allah: أَوَلَمْ نُعَمِّرْكُمْ مَا يَتَذَكَّرُ فِيْهِ مَنْ تَذَكَّرَ وَجَاءَكُمُ النَّذِيْرُ “Apakah Kami tidak memanjangkan umurmu dalam tempoh yang cukup untuk berfikir bagi orang-orang yang mahu berfikir, dan (apakah tidak) datang kepadamu pemberi peringatan?” (al-Fathir: 37) Menurut Ibnu Abbas, Hasan al-Bashri, al-Kalbi, Wahab bin Munabbih, dan Masruq, yang dimaksud dengan “umur panjang dalam tempoh yang cukup untuk berfikir” dalam ayat tersebut tidak lain adalah ketika berusia 40 tahun. Menurut Ibn Kathir, ayat ini memberikan petunjuk bahawa manusia apabila menjelang usia 40 tahun hendaklah memperbaharui taubat dan kembali kepada Allah dengan bersungguh-sungguh. Allah memberikan janjiNya dalam ayat selepas itu: (maksudnya) Kematangan.
Usia 40 tahun adalah usia matang untuk bersungguh-sungguh dalam hidup, mengumpul pengalaman, menajamkan hikmah dan kebijaksanaan, membuang kejahilan ketika usia muda, lebih berhati-hati, melihat sesuatu dengan hikmah dan penuh penelitian. Maka tidak hairan tokoh-tokoh pemimpin muncul secara matang pada usia ini. Bahkan Nabi s.a.w, seperti yang disebut oleh Ibn ‘Abbas: “Dibangkitkan Rasulullah s.a.w pada usia 40 tahun” (riwayat al-Bukhari). Nabi Muhammad s.a.w. diutus menjadi nabi tepat pada usia 40 tahun. Begitu juga dengan nabi yang lain, kecuali Nabi Isa a.s. dan Nabi Yahya a.s. Mengapa umur 40 tahun begitu penting? Menurut Ibnu Qayyim Al-Jauziyah usia manusia diklasifikasikan menjadi 4 (empat) period, iaitu: 1. Kanak-kanak (sejak lahir hingga akil baligh) 2. Muda atau syabab (sejak akil baligh hingga 40 tahun) 3. Dewasa (40 tahun hingga 60 tahun) 4. Tua atau syaikhukhah (60 tahun hingga mati) Kenyataan yang paling menarik pada usia 40 tahun ini adalah meningkatnya minat seseorang terhadap agama sedangkan semasa mudanya jauh sekali dengan agama. Seolah-olah macam satu fitrah di usia ini ramai yang mula menutup aurat dan mendekati kuliah-kuliah agama. Salah satu keistimewaan usia 40 tahun tercermin dari sabda Rasulullah s.a.w, لعَبْدُ الْمُسْلِمُ إِذَا بَلَغَ أَرْبَعِيْنَ سَنَةً خَفَّفَ اللهُ تَعَالَى حِسَابَهُ ، وَإِذَا بَلَغَ سِتِّيْنَ سَنَةً رَزَقَهُ اللهُ تَعَالَى الْإِنَابَةَ إِلَيْهِ ، وَإِذَا بَلَغَ سَبْعِيْنَ سَنَةً أَحَبَّهُ أَهْلُ السَّمَاءِ ، وَإِذَا بَلَغَ ثَمَانِيْنَ سَنَةً ثَبَّتَ اللهُ تَعَالَى حَسَنَاتِهِ وَمَحَا سَيِّئَاتِهِ ، وَإِذَا بَلَغَ تِسْعِيْنَ سَنَةً غَفَرَ اللهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ وَمَا تَأَخَّرَ وَشَفَّعَهُ اللهُ تَعَالَى فِى أَهْلِ بَيْتِهِ ، وَكَتَبَ فِى السَّمَاءِ أَسِيْرَ اللهِ فِى أَرْضِهِ – رواه الإمام أحمد "Seorang hamba muslim bila usianya mencapai 40 tahun, Allah akan meringankan hisabnya (perhitungan amalnya). Jika usianya mencapai 60 tahun, Allah akan memberikan anugerah berupa kemampuan kembali (bertaubat) kepadaNya. Bila usianya mencapai 70 tahun, para penduduk langit (malaikat) akan mencintainya. Jika usianya mencapai 80 tahun, Allah akan menetapkan amal kebaikannya dan menghapus amal keburukannya. Dan bila usianya mencapai 90 puluh tahun, Allah akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan dosa-dosanya yang dahulu, Allah juga akan memberikan pertolongan kepada anggota keluarganya, serta Allah akan mencatatnya sebagai tawanan Allah di bumi. (riwayat Ahmad) Hadis ini menyebut usia 40 tahun paling awal memiliki komitmen terhadap penghambaan kepada Allah S.W.T. sekaligus konsisten terhadap Islam, dan mendapat keistimewaan berupa hisabnya diringankan. Tetapi umur 40 tahun merupakan saat harus berhati-hati juga. Ibarat waktu, orang yang berumur 40 tahun mungkin sudah masuk senja. Abdullah bin Abbas ra. dalam suatu riwayat berkata, “Barangsiapa mencapai usia 40 tahun dan amal kebajikannya tidak mantap dan tidak dapat mengalahkan amal keburukannya, maka hendaklah dia bersiap-siap ke neraka.” Ketika mencapai usia 40 tahun, Imam asy-Syafi’i berjalan sambil memakai tongkat. Bila ditanya, jawab beliau, “Agar aku ingat bahawa aku adalah musafir. Demi Allah, aku melihat diriku sekarang ini seperti seekor burung yang dipenjara di dalam sangkar. Lalu burung itu lepas di udara, kecuali telapak kakinya saja yang masih tertambat dalam sangkar. Komitmenku sekarang seperti itu juga. Aku tidak memiliki sisa syahwat untuk menetap tinggal di dunia. Aku tidak berkenan sahabat-sahabatku memberiku sedikit pun sedekah dari dunia. Aku juga tidak berkenan mereka mengingatkanku sedikit pun tentang hiruk pikuk dunia, kecuali hal yang menurut syara’ lazim bagiku. Di antara aku dan dia ada Allah.” Lantas, apa yang harus kita lakukan ketika menginjak usia 40 tahun? 1. Meneguhkan tujuan hidup 2. Meningkatkan daya spiritual 3. Menjadikan uban sebagai peringatan 4. Memperbanyak bersyukur 5. Menjaga makan dan tidur 6. Menjaga istiqamah dalam ibadah. Jika ada yang mengatakan bahawa: Life began at forty, maksud sebaiknya ialah kehidupan yang terarah kepada mendekatkan diri kepada Pencipta dengan sebenar-benarnya. Tetapi satu perkara yang kita harus sentiasa sedar ialah kematian memanggil kita bila-bila masa tanpa tanda, tanpa alamat dan tanpa mengira usia. Jika kita beranggapan harus menunggu usia 40 tahun baru hendak memulakan kehidupan yang dimaksudkan di atas, maka rugi dan sia-sialah hidup jika umur kita tidak panjang. Maksud sabda Nabi Muhammad S.A.W ," Orang yang bijak adalah orang yang selalu mengingati mati".

Aliran Masa

Aliran sungai yang mencecah kaki ketika ia datang melewati, tetap terus mengalir pergi dan tidak akan kembali lagi. Begitulah hakikat masa. Pesan Imam Al-Ghazali: Yang paling jauh bukanlah matahari dan tidak juga bulan, tetapi masa lalu. Masa adalah nyawa kita. Gunakan ia sebaik-baiknya. Jangan dibuang untuk hal sia-sia, apa lagi yang mendatangkan dosa. Aliran sungai yang mencecah kaki ketika ia datang melewati, tetap terus mengalir pergi dan tidak akan kembali lagi. Begitulah hakikat masa. Pesan Imam Al-Ghazali: Yang paling jauh bukanlah matahari dan tidak juga bulan, tetapi masa lalu. Masa adalah nyawa kita. Gunakan ia sebaik-baiknya. Jangan dibuang untuk hal sia-sia, apa lagi yang mendatangkan dosa.

Paderi Dan Kunci Syurga

serenemaklong.blogspot.com
Seorang pemuda Arab baru saja menyelesaikan pengajiannya di Amerika. Dia salah seorang yang diberi nikmat oleh Allah berupa pendidikan agama Islam yang dalam. Selain belajar, dia juga seorang juru dakwah Islam. Ketika berada di Amerika, dia bersahabat akrab dengan seorang Nasrani. Harapannya semoga Allah s.w.t. memberi sahabatnya itu hidayah. Suatu hari ketika mereka berjalan-jalan di sebuah perkampungan di Amerika dan melintasi sebuah gereja di sittu. Sahabatnya meminta agar dia turut masuk ke dalam gereja. Mulanya dia keberatan, namun kerana desakan akhirnya dia pun ikut masuk ke dalam gereja dan duduk di salah satu bangku dengan hening, sebagaimana kebiasaan mereka. Ketika paderi masuk, mereka serentak berdiri untuk memberikan penghormatan lantas kembali duduk. Di saat itu, paderi agak terbeliak ketika melihat kepada para hadirin dan berkata, "Di tengah-tengah kita ada seorang Muslim. Saya harap dia keluar dari sini." Pemuda Arab itu tidak bergerak dari tempatnya. Paderi tersebut mengucapkan perkataan itu berkali-kali, namun dia tetap tidak bergerak dari tempatnya. Hingga akhirnya paderi itu berkata, "Saya minta dia keluar dari sini dan aku menjamin keselamatannya." Barulah pemuda ini beranjak keluar. Di ambang pintu, pemuda bertanya kepada paderi, "Bagaimana awak tahu saya seorang Muslim?" Paderi itu menjawab, "Dari tanda yang terdapat di wajahmu." Kemudian dia beranjak hendak keluar. Namun, paderi ingin memanfaatkan keberadaan pemuda ini dengan mengajukan beberapa pertanyaan. Tujuannya untuk memalukan dia dan sekaligus mengukuhkan agamanya. Pemuda Muslim itupun menerima tentangan debat tersebut. Paderi berkata, "Saya akan mengajukan kepada anda 22 pertanyaan dan awak harus menjawabnya dengan tepat. " Si pemuda tersenyum dan berkata, "Silakan!" Si paderi pun mulai bertanya, "Sebutkan satu yang tiada duanya, dua yang tiada tiganya, tiga yang tiada empatnya, empat yang tiada limanya, lima yang tiada enamnya, enam yang tiada tujuhnya, tujuh yang tiada lapannya, lapan yang tiada sembilannya, sembilan yang tiada sepuluhnya, sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh, sebelas yang tiada dua belasnya, dua belas yang tiada tiga belasnya, tiga belas yang tiada empat belasnya." "Sebutkan sesuatu yang dapat bernafas namun tidak mempunyai roh! Apa yang dimaksudkan kuburan berjalan membawa isinya? Siapakah yang berdusta namun masuk ke dalam syurga? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah namun Dia tidak menyukainya? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah tanpa ayah dan ibu!" "Siapakah yang tercipta dari api, siapakah yang diazab dengan api dan siapakah yang terpelihara dari api? Siapakah yang tercipta dari batu, siapakah yang diazab dengan batu dan siapakah yang terpelihara dari batu?" "Sebutkan sesuatu yang diciptakanAllah dan dianggap besar! Pohon apakah yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah naungan dan dua di bawah sinaran matahari?" Mendengar pertanyaan tersebut, pemuda itu tersenyum dengan keyakinan kepada Allah. Setelah membaca Bismillah dia berkata: - Satu yang tiada duanya ialah Allah s.w.t. - Dua yang tiada tiganya ialah Malam dan Siang. Allah S.W.T. Berfirman, "Dan Kami jadikan malam dan siang sebagai dua tanda (kebesaran kami)." (Al-Isra': 12). - Tiga yang tiada empatnya adalah kesilapan yang dilakukan Nabi Musa ketika Khidir menenggelamkan sampan, membunuh seorang anak kecil dan ketika menegakkan kembali dinding yang hampir roboh. - Empat yang tiada limanya adalah Taurat,Injil, Zabur Dan al-Qur'an. - Lima yang tiada enamnya ialah Solat lima waktu. - Enam yang tiada tujuhnya ialah jumlah hari ketika Allah S.W.T. Menciptakan makhluk. - Tujuh yang tiada lapannya ialah Langit yang tujuh lapis. Allah S.W.T. berfirman, "Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Rabb Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang." (Al-Mulk: 3). - Lapan yang tiada sembilannya ialah Malaikat pemikul Arsy AR-Rahman. Allah S.W.T. berfirman, "Dan malaikat-malaikat berada di penjuru-penjuru langit. Dan pada Hari itu lapan orang malaikat menjunjung 'Arsy Rabbmu di atas (kepala) mereka." (Al-Haqah: 17). - Sembilan yang tiada sepuluhnya adalah mukjizat yang diberikan kepada Nabi Musa iaitu: tongkat, tangan yang bercahaya, angin taufan, musim paceklik, katak, darah, kutu dan belalang.* - Sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh ialah Kebaikan. Allah S.W.T. berfirman, "Barang siapa yang berbuat kebaikan maka untuknya sepuluh kali lipat." (Al-An'am: 160). - Sebelas yang tiada dua belasnya ialah jumlah Saudara-Saudara Nabi Yusuf . - Dua belas yang tiada tiga belasnya ialah Mukjizat Nabi Musa yang terdapat dalam firman Allah, "Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untuk kaumnya, lalu Kami berfirman, 'Pukullah batu itu dengan tongkatmu.' Lalu memancarlah daripadanya dua belas mata air." (Al-Baqarah: 60). - Tiga belas yang tiada empat belasnya ialah jumlah Saudara Nabi Yusuf ditambah dengan ayah dan ibunya. - Adapun sesuatu yang bernafas namun tidak mempunyai roh adalah waktu Subuh. Allah S.W.T. berfirman, "Dan waktu subuh apabila fajarnya mulai menyingsing. " (At-Takwir: 18). - Kuburan yang membawa isinya adalah ikan yang menelan Nabi Yunus AS. - Mereka yang berdusta namun masuk ke dalam surga adalah saudara-saudara Nabi Yusuf , iaitu ketika mereka berkata kepada si ayah, "Wahai ayah kami, sesungguhnya kami pergi berlumba-lumba dan kami tinggalkan Yusuf di dekat barang-barang kami, lalu dia dimakan serigala. " Setelah kedustaan terungkap,Yusuf berkata kepada mereka, " Tak ada cercaan terhadap kamu semua." Dan ayah mereka, Nabi Ya'qub berkata, "Aku akan memohonkan ampun pada Rabbku. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang ." (Yusuf: 98) - Sesuatu yang diciptakan Allah namun tidak Dia sukai adalah suara Keldai. Allah S.W.T. berfirman, "Sesungguhnya sejelek-jelek suara adalah suara keldai." (Luqman: 19). - Makhluk yang diciptakan Allah tanpa bapa dan ibu adalah Nabi Adam, Malaikat, Unta Nabi Salih dan Kambing Nabi Ibrahim. - Makhluk yang diciptakan dari api adalah Iblis, yang diazab dengan api ialah Abu Jahal dan yang terpelihara dari api adalah Nabi Ibrahim. Allah S.W.T. berfirman, "Wahai api dinginlah dan selamatkan Ibrahim." (Al-Anbiya': 69). - Makhluk yang terbuat dari batu adalah Unta Nabi Salih, yang diazab dengan batu adalah tentera bergajah dan yang terpelihara dari batu adalah Ashabul Kahfi (penghuni gua). - Sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap perkara besar adalah Tipu Daya wanita, sebagaimana firman Allah S.W.T. "Sesungguhnya tipu daya kaum wanita itu sangatlah besar." (Yusuf: 28). - Pohon yang memiliki 12 ranting setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah teduhan dan dua di bawah sinaran matahari maknanya: Pohon adalah Tahun, Ranting adalah Bulan, Daun adalah Hari dan Buahnya adalah Solat yang lima waktu, Tiga dikerjakan di malam hari dan Dua di siang hari. Paderi dan para hadirin merasa takjub mendengar jawapan pemuda Muslim tersebut. Ketika mula hendak pergi, dia meminta paderi menjawab satu pertanyaan saja. Paderi pun setuju. Pemuda ini berkata, "Apakah kunci syurga itu?" Mendengar pertanyaan itu lidah paderi menjadi kelu, hatinya diselimuti keraguan dan rupa wajahnya berubah. Dia berusaha menyembunyikan kebimbangannya, namun tidak berhasil. Orang-orang yang hadir di gereja itu terus mendesaknya agar menjawab pertanyaan tersebut, namun dia cuba mengelak. Mereka berkata, "Awak melontarkan 22 soalan kepadanya dan semuanya dia jawab, sedangkan dia hanya memberi satu soalan tetapi awak tidak mampu menjawabnya!" Paderi tersebut berkata, "Sesungguh saya tahu jawapannya, tetapi saya takut kalian marah." Mereka menjawab, "Kami akan jamin keselamatan aawak." Paderi pun berkata, "Jawapannya ialah: Asyhadu An La Ilaha Illallah Wa Wa Asyhadu Anna Muhammadar Rasulullah." Lantas paderi dan orang-orang yang hadir di gereja itu terus memeluk agama Islam. Sungguh Allah telah menganugerahkan kebaikan dan menjaga mereka dengan Islam melalui tangan seorang pemuda Muslim yang bertakwa. (Sumber: Admin Istisyhad)

Menajamkan Penglihatan Mata

serenemaklong.blogspot.com
[Amalan Bagi Menajamkan Penglihatan Mata. InsyaAllah.] Semasa semua menjawab azan, apabila terdengar laungan أشهد أن محمد رسول الله, maka hendaklah menjawabnya dan kemudiannya membaca ayat ini: فَكَشَفۡنَا عَنكَ غِطَآءَكَ فَبَصَرُكَ ٱلۡيَوۡمَ حَدِيدٌ۬ (sila rujuk surah qaf (ق) ayat 22) Kemudian hembus dekat belakang ibu jari seperti dlm gambar, lepas tu, gosok belakang ibu jari itu pada kedua-dua mata. (jari kanan= mata kanan, jari kiri=mata kiri). InsyaAllah, sentiasa amalkan, akan dapat dilihat perubahannya. Yang penting sentiasa bersangka baik dengan Allah.

Syurga Buat Isteri

serenemaklong.blogspot.com

Tanda Taubat Diterima Allah

serenemaklong.blogspot.com

Bilik Air Istana Iblis

serenemaklong.blogspot.com
Rasulullah s.a.w. pernah bercerita bahawa Iblis meminta tempat tinggal kepada Allah seperti halnya Allah memberikan tempat tinggal kepada anak adam untuk berada di bumi. "Ya Allah, Adam dan keturunannya Engkau beri tempat tinggal di bumi, maka berilah pula aku tempat tinggal," Kata Iblis. Allah berfirman,"Tempat tinggalmu adalah bilik air atau tandas.” (HR. Bukhari). Dari situlah Iblis menggoda setiap orang yang memasuki rumahnya yang berupa bilik air atau tandas. Godaan Iblis ada bermacam-macam,contohnya menggoda manusia supaya: 1. Berlama-lama di dalam bilik air. 2. Menyanyi atau berkata-kata. 3. Bermain-main air atau sesuatu yang lain (bawa ipod untuk mendengar muzik). 4. Membisik seseorang supaya kencing sambil berdiri. 5. Membiarkan baju yang kotor tergantung di dalam bilik air. 6. Melupakan seseorang untuk berdoa ketika hendak masuk atau keluar dari bilik mandi. 7. Mengambil wuduk sambil telanjang. 8. Mengoret-oret dinding bilik mandi. 9. Merencanakan kejahatan. HATI-HATI SEWAKTU DALAM BILIK AIR. SEWAJARNYA BERSEGERA DALAM MELAKUKAN URUSAN. LEBIH CEPAT LEBIH BAIK.

Kehidupan Yang Berharga

serenemaklong.blogspot.com

Tuesday, November 19, 2013

Cerita Ustaz Wan Teo

serenemaklong.blogspot.com
[Mari baca kisah yang mengandungi banyak iktibar ini.] “Saya menerima panggilan dari seorang sahabat menceritakan kisah perit yang dialami oleh sepasang suami isteri yang juga (Mualaf) merupakan sahabat beliau. Mereka telah pergi menemui seorang hamba Allah pergelar "Datuk" untuk mendapatkan sumbangan bagi membeli keperluan dapur kerana kurang berkemampuan. Suami wanita itu telah kehilangan kerja kerana tempat suami dia bekerja telah ditutup dua minggu lepas. Apa yang memeritkan, menyakitkan hati juga mengejutkan ialah kata-kata "Datuk" tersebut bahawa setiap "Wang simpanan" dan "Harta terkumpul" adalah untuk kepentingan masa hadapan anak-anak dan cucu, cicit Datuk itu dan bukan untuk sesuka hati disedekahkan, biarpun sedikit. Allahu akbar...di manakah nilai murni "Datuk" itu sebagai seorang yang beragama Islam? Alhamdullilah. Allah maha pengasih dan penyayang lagi maha pemurah. Dalam perjalanan kedua-dua pasangan suami isteri itu balik ke rumah, seorang Hamba Allah yang juga mereka kenali dari kampung sebelah dan kebetulan baru menetap di kampung itu telah menjemput mereka suami isteri ke rumahnya yang cukup sederhana. Setibanya di rumah mereka dijemput duduk dan hamba Allah tadi duduk di lantai beralaskan karpet bersama isterinya (sudah menjadi kebiasaan) dengan alasan hanya tetamu sahaja layak duduk di atas kerusi itu, bukan mereka. Setelah berkenalan rapat dan menceritakan segala masalah mereka, Hamba Allah itu membisikkan sesuatu ke telinga isterinya. Si isteri yang berpakaian cukup sederhana seperti orang kampung itu pun beredar menuju ke sebuah bilik paling hujung. Tidak lama kemudian isteri Hamba Allah itu keluar dan menghulurkan sekeping sampul surat berwarna merah kepada isteri pasangan tadi. Sejurus kemudian mereka pun beredar balik. Setiba di rumah, setelah berehat beberapa minit, suami meminta isterinya membuka sampul surat tadi untuk melihat isi kandungannya. Astaghfirullahazim!!! Sekeping cek Bank Rakyat yang tertulis nilainya berjumlah RM5,000. Mengalir air mata sang suami manakala isterinya tidak mampu berkata apa-apa lagi. Dan yang paling menarik dalam cerita ini adalah Hamba Allah yang menghulurkan sumbangan cek bernilai RM5,000 tersebut bukan beragama islam. Subhanallah!!! Terasa sebak apabila mendegar cerita sahabat saya dalam perbualan kami sebentar tadi. Dan sahabat saya itu dari Daerah Tawau.” [Jangan jadi sekadar Muslim, lebih-lebih lagi yang dalam hatinya tiada rasa persaudaraan. Jadilah MUKMIN yang membantu KERANA ALLAH.]

Anak Tidak Mahu Keluar Tandas

serenemaklong.blogspot.com
Sebuah keluarga menghantar anak mereka ke sebuah tadika agama Islam. Suatu hari si anak masuk ke tandas di rumahnya. Lama sangat dia di dalam tandas itu dan tidak keluar-keluar. Maka si ayah menyuruh si ibu pergi melihat apa yang terjadi kepada si anak. Rupa-rupanya si anak terlupa macam mana hendak baca doa keluar tandas. Dia bertanya pada ibu tetapi ibunya tidak tahu. Ibu bertanya pada si ayah, namun ayah juga tidak tahu. Si ayah menyuruh dia keluar sahaja tanpa membaca doa keluar tandas. Kata si anak, jika keluar tandas tanpa baca doa, nanti kita akan keluar bersama syaitan. Maka runsinglah si ibu dan si ayah. Ayah menyuruh ibu menelefon ustazah di tadika untuk bertanyakan doa keluar tandas dengan perasaan yang sangat malu. Akibat daripada peristiwa ini si ibu dan si ayah merasa amat terkesan dan mula mengambil inisiatif untuk pergi belajar agama. Wallahu'alam. (Sumber: Ustaz Ahmad bin Shadan Al Hadrami)

Tuhan Harun

serenemaklong.blogspot.com
Bila manusia tergilakan wang, Harun Mat Hassan jadi beruang. Dicipta skim untuk cepat kaya, Kasino Hibah diberi nama. Dipamernya duit di sini sana, Ramai melabur kerana terpesona. Bila Kasino Hibah mula rebah, Taktik Harun ikut berubah, Kononnya dia tuhan pengganti Allah. Pelabur hilang wang, Pengikut runtuh akidah. Bila keadaan semakin panas, Haiwan terjerat bertindak ganas. Inilah hakikat akhir zaman, Yang baik kembali ke sisi Tuhan, Tinggal yang jahat menerima balasan, di atas tiap-tiap perbuatan.

Monday, November 18, 2013

Khasiat Surah Al Kauthar

serenemaklong.blogspot.com
Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat, diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah. Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi. Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib. Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan: 1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa. 2) Jika kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, In sya Allah hilang dahaga. 3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10 kali pada mata. 4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10 kali, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu. 5) Jika membacanya 1,000 kali rezeki kita akan bertambah. 6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat. 7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71 kali, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.

Religion of the Universe

serenemaklong.blogspot.com
Islam is for everyone and universe. We have narrowed Islam to the point that if you don't look like, dress like, talk like, act like the Sheikh on my block… Then I will never accept you as a Muslim. This is a joke and a symbol of arrogance. Islam is for the entirety of mankind - the entirety of the UNIVERSE - not the entirety of our little community. How many Muslims have we written off completely because they don't fit in our perception of what a 'Muslim' looks like? Just imagine Malcolm X was alive today. I honestly fear we would throw him out of the mosque because of his suit and tie and his overt concerns for the black community. Yet this same man brought so many people to this religion. Now look at Prophet Muhammad (pbuh), did he write off Salman al Farsi (r.a) because he came from a nation of pagans and fire worshippers? No. He accepted him and even labelled him as "Ahlul Bayt". He accepted a foreigner as FAMILY!! Muhammad (pbuh) was even open to taking knowledge from him too and learnt things from him that were once unknown to the Arabs. ZERO ARROGANCE. I mean the trench was HIS idea in the battle of Khandaq and the main reason why the Muslims won that day. We need to loosen up, accept the people and remember this religion is for the UNIVERSE.