Wednesday, August 19, 2015

Ujian Itu Menguatkan

Adakalanya di dalam kehidupan ini kita seperti disuruh berlari dan adakalanya kita seperti ditambahkan dengan berbagai masalah kehidupan.Namun ini tidak lain dari cara Tuhan untuk membuat kita kukuh sehingga cita-cita kita tercapai. Memang tidak menyenangkan, sakit, penuh penderitaan, dan banyak air mata.Tetapi inilah satu-satunya cara untuk mengubah diri supaya menjadi kuat, cantik dan memancarkan kemuliaan di mata-Nya.
Apabila terjatuh dan tertimpa dengan berbagai ujian hidup, anggaplah ia sebagai suatu kebahagiaan, kerana setiap ujian akan memberikan sebuah ketekunan yang luar biasa, menjadikan kita sempurna, utuh dan tidak kekurangan sedikit pun. Jangan bersedih hati kerana di akhir dari apa yang sedang kita hadapi adalah kenyataan bahawa kita jadi lebih kuat dan semakin matang dalam menjalani kehidupan ini. [Ungkapan Ustazah Dr. Siti Nurbaya Usman yang kini sedang diuji musibah. Semoga Allah memeliharamu selalu. Aamiin aamiin aamiin Ya Rabb].

1 comment:

  1. Jika kita berfikiran positif kita akan mengeti ujian itu menguatkan. Lumrah dalam hidup ini untuk naik ke tahap yang lebih tinggi perlu melalui ujian. Dalam akademik kita menduduki SPM setelah lulus baru layak pergi ke peringkat lebih tinggi. Begitulah juga dalam bidang yang lain.

    ReplyDelete