Thursday, August 6, 2015
Giliran Hari Hamba Allah
ALLAH 'AZZA WA JALLA berFirman:
" إِنْ يَمْسَسْكُمْ قَرْحٌ فَقَدْ مَسَّ الْقَوْمَ قَرْحٌ مِثْلُهُ ۚ وَتِلْكَ الْأَيَّامُ نُدَاوِلُهَا بَيْنَ النَّاسِ xوَلِيَعْلَمَ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا وَيَتَّخِذَ مِنْكُمْ شُهَدَاءَ ۗ وَاللَّهُ لَا يُحِبُّ الظَّالِمِينَ."
---"Jika kamu (dalam Peperangan Uhud) mendapat luka (tercedera), maka sesungguhnya kaum (musyrik yang mencerobohi kamu) itu telah (tercedera juga dan) mendapat luka yang sama (dalam Peperangan Badar). Dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan), Kami GILIRKAN dia antara sesama manusia, (supaya menjadi pengajaran) dan supaya nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang tetap beriman (dan yang sebaliknya), dan juga supaya Allah menjadikan sebahagian di antara kamu orang-orang yang mati Syahid. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim". (Surah Ali 'Imran : 140)
Asy-Syeikh Musthofa Mahmud rahimahullah pernah menulis: "Sesiapa yang membaca sejarah, sesekali tidak akan masuk rasa kecewa di dalam hatinya. Dia akan melihat bahawa Allah MENGGILIRKAN hari-hari tertentu di antara manusia di dunia. Si kaya barangkali bertukar menjadi miskin. Si miskin boleh berubah menjadi kaya.Si lemah kelmarin bertukar menjadi gagah pada hari ini. Si penguasa kelmarin, hari ini bertukar status diri menjadi insan yang terabai dan dihina. Para hakim menjadi mangsa yang tertuduh. Si gagah suatu ketika dahulu, kini lemah tertewas.Planet terus beredar dan kehidupan tidak berhenti.Peristiwa demi peristiwa terus berlalu pergi.Manusia terus berubah-ubah jawatan dan kedudukannya. TIADA KESEDIHAN BERTERUSAN DAN TIADA KEGEMBIRAAN TERUS KEKAL.
"Ya Allah, kurniakanlah kepada kami istiqamah di atas jalan ketaatan dan kebenaran dalam apa jua keadaan sehinggalah kami bertemu dengan-Mu".[ Ustaz Dr Abu Anas Madani]
Betapa besar hidayah yang Allah berikan kepada saudara-saudara baru dalam kalangan tentera Korea ini. Allahuakbar!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment