Saturday, August 15, 2015
Dalang Perpecahan Ummah
Musuh Islam merancang untuk memecah-belah kesatuan umat Islam dan menjauhkan mereka dari ajaran sebenar yang ditinggalkan oleh Nabi s.a.w. Kalau diperhatikan setiap asal kepada suatu pemikiran yang masuk ke dalam Islam ada nama yang dikaitkan dengannya contoh, asal kumpulan ingkar Qadar - Qadariyah- disandarkan kepada seorang lelaki Nasrani yang bernama Sausan-Susaniah; asal kepada pemikiran Ta'til (menafikan sifat Allah) dan mengatakan Quran itu Makhluk (Khalqu Quran) dirujukkan kepada seorang Yahudi yang bernama Labid bin Al-A'som; asal timbulnya kumpulan Rafidhah (Pencerca Sahabat dan Pemuja Sayyidina Ali) dibawa oleh Abdullah bin Saba', juga seorang Yahudi.Semoga Allah satukan hati kita di atas landasan yang Haq - Sirat al Mustaqim. [Ustaz Dr Abu Anas Madani]
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment