Sunday, August 2, 2015
Sedekah Pahala Bacaan Al Quran
Manusia yang diciptakan Allah bukanlah jenis makhluk yang difitrahkan duduk menyendiri. Kita diciptakan untuk bersosial sesama manusia. Malah Allah memerintahkan kita supaya saling bertolongan dalam perkara kebaikan. Pertolongan boleh sahaja dalam bentuk material, jasmani dan rohani. Yang berharta menghulurkan bantuan menggunakan hartanya, yang sihat sasa membantu dengan kudratnya, golongan marhaen yang tiada upaya boleh bersedekah dengan doanya.Jangan sesekali meremehkan doa kerana Rasulullah s.a.w. menganggap doa sebagai "OTAK IBADAH".
Sebelum atau sesudah membaca Al Quran, sedekahkanlah pahala bacaan itu kepada kedua ibu bapa kita, dan juga mereka yang sedang menderita akibat kezaliman di seluruh dunia. Saudara-saudara kita di Palestin, Syria, Republik Afrika Tengah, etnik Uigur di Negeri China juga etnik Rohingya di Myanmar umpama sedang menggenggam bara, namun masih teguh menjaga keimanan dan berusaha sedaya upaya menunaikan perintah Allah dalam keadaan serba daif dan terbatas. Semoga Allah membalasi pahala yang kita sedekahkan itu dengan keimanan yang kuat seperti mereka.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment