Friday, August 21, 2015
Sahabat Nabi S.A.W. Masih Hidup
Inilah pohon yang memahami cinta buat nabinya, Muhammad S.A.W., Pohon yang diberkati.Sehingga sekarang pokok ini masih hidup lagi di Jordan. Sebab itu ia digelar “ the only living sahabi ” atau “sahabat Nabi yang masih hidup”.
Baginda S.A.W. pernah berteduh di bawah pohon ini sebanyak dua kali. Kali pertama pada usia 6 tahun ketika baginda menemani bapa saudaranya, Ali Bin Abi Talib pergi berniaga di Syam.
Kali kedua ialah ketika Baginda S.A.W. keluar berniaga bersama Maisarah, pekerja Saidatina Khadijah r.a. Perjalanan ke Syam agak jauh lalu Baginda telah singgah melepaskan lelah di bawah pohon ini. Pada masa itu Baginda belum lagi dipilih menjadi seorang rasul. Semasa berteduh di bawahnya, dahan dan ranting-ranting pohon ini bergerak menaungi Baginda daripada cahaya matahari.Seorang pendita yang melihat kejadian itu datang bertemu Maisarah dan berkata, “Hanya seorang Nabi sahaja yang berteduh di bawah pohon ini.”
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment