Sunday, August 2, 2015
Dikuasai Penguasa Fasik
Dari Abu Hurairah ra yang berkata bahwa Rasulullah Saw bersabda: « يَكُونُ فِي آخِرِ الزَّمَانِ أُمَرَاءُ ظَلَمَةٌ، وَوُزَرَاءُ فَسَقَةٌ، وَقُضَاةٌ خَوَنَةٌ، وَفُقَهَاءُ كَذَبَةٌ، فَمَنْ أَدْرَكَ مِنْكُمْ ذَلِكَ الزَّمَنَ فَلا يَكُونَنَّ لَهُمْ جَابِيًا وَلا عَرِيفًا وَلا شُرْطِيًّا»
-----“Akan ada di akhir zaman para penguasa yang sewenang-wenang, para pembantunya fasik, para hakim pengkhianat, dan para ahli hukum (fuqaha’) pendusta. Sehingga, siapa saja di antara kalian yang mendapati zaman itu, maka sungguh kalian JANGAN MENJADI pengutip cukai, pemimpin, dan polis.” (HR. Thabrani).
Syaitan memang kreatif dalam memperdayakan manusia? Dibisikkannya bahawa RASUAH tidak kena mengenai dengan perihal mengambil hak orang lain. Ia semata-mata HADIAH, SKILL dalam perniagaan atau KERJASAMA. Oleh kerana itu manusia akhir zaman tidak merasakan rasuah itu sesuatu yang buruk dan menyalahi hukum Allah. RASUAH ADALAH CARA UNTUK MEMUDAHKAN URUSAN!
Di hadapan ada dua pilihan, terus amanah atau khianat.Tatakala memilih untuk mengkhianati amanah yang di pertanggungjawabkan, maka saat itu terdedahlah diri untuk dilaknat oleh Allah dan para malaikat. Mungkin sahaja terlepas dan tersenyum untuk seketika, namun mampukah mengubah pengkhianatan yang dilakukan untuk selama lamanya? Berilah seribu satu alasan untuk membenarkan apa yang dilakukan, namun saat itu iman juga telah tercabut dari jasadnya. Berhati-hatilah agar dijauhi dari sifat khianat. Dunia ini sebentar cuma!!..Amanahlah..[Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani]
Zaman yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w. sudah tiba. Lihat sahaja pemimpin negara pada masa ini, amati ucapan dan saranan mereka dan bandingkan dengan akhlak mereka sendiri. Memandangkan Malaysia masih mengamalkan sistem demokrasi, mampukah kita mengubahnya menerusi peti undi? Bagaimana hendak memilih calon pemimpin yang menghayati perintah Allah dan Rasul-Nya? Semoga Allah mengampuni kami dan juga mengampuni kamu. In sya Allah. KETIKA HIDUP DUNIA ADALAH NYATA, AKHIRAT HANYA CERITA. SETELAH MATI, DUNIA HANYA CERITA, AKHIRAT ADALAH NYATA.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment