Sunday, August 9, 2015
Jadi Bintang Dengan Tawaduk
Merendah diri adalah lawan kepada meninggikan diri.Dalam bahasa Arab, ia disebut sebagai tawaduk. Seperti kata seorang penyair, "MERENDAH DIRIlah, maka engkau menjadi seumpama BINTANG. Bintang itu dilihat oleh orang yang memerhatikannya di atas permukaan air sedangkan bintang itu TINGGI. Jangan jadi seumpama ASAP. Ia NAIK SENDIRI ke atas tingkat-tingkat udara sedangkan ia RENDAH.
Baginda shallallahu alaihi wa salam bersabda:ما تواضع أحد لله إلا رفعه
---"Tidak merendah diri seseorang KERANA ALLAH melainkan Allah MENGANGKATNYA" [Shahih Muslim (2588)]
Manusia berusaha berusaha berhempas pulas menjadi "BINTANG" di dunia melalui pelbagai cara dan wasilah untuk mencapai sasaran, sedangkan untuk DITINGGIKAN di sisi Allah, cukup mudah. Syaratnya hanya tawaduk kerana Allah. Oleh itu merendah dirilah kerana Allah.
[Ustaz Dr Abu Anas Madani]
Sesungguhnya Allah S.W.T. menjadikan hati setiap mukmin sebagai khazanah-Nya yang mengandungi kekayaan di dalamnya.Namun Allah S.W.T. juga menciptakan hati tersebut dalam keadaan berbolak-balik kerana ingin melihat betapa hamba-Nya memahami makna nikmat dan syukur dan taat kepada Agama-Nya. Amalkan membaca doa :
اَللَّهُمَّ يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوْبِ, ثَبِّتْ قَلْبِيْ عَلَى دِيْنِك
---Allahumma ya Muqollibal-quluub thabbit qolbi `ala dinika---
"Ya Allah...Tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hatiku pada agama-Mu."
Doa ini selalu diamalkan oleh orang-orang soleh zaman berzaman sebagai mengikuti sunnah Nabi saw yang selalu membacanya. Bacalah dengan penuh tulus dan istiqamah.Semoga hati kita semua dapat diarahkan untuk taat kepada Allah S.W.T.swt dan banyak mensyukuri nikmat Nya.[Ustazah Dr Siti Nurbaya Usman]
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment