Tuesday, August 18, 2015
Membunuh Kesombongan
Seorang pelajar yang berkunjung ke rumah gurunya rasa hairan melihat guru itu sibuk membersihkan lantai rumahnya. "Mengapa Cikgu buat begini, padahal lantai dah sedia bersih?" Jawab gurunya, “ Tadi ada seorang tetamu datang ke rumah ini meminta nasihat. Saya berikan banyak nasihat bermanfaat. Tetapi, selepas tamu itu balik saya terasa diri saya hebat. Ini bermakna saya sudah diresapi perasaan sombong. Sebab itulah saya buat kerja yang dianggap hina ini untuk membunuh perasaan sombong saya.”
Sombong adalah penyakit yang sering menghinggapi kita semua, benih-benihnya muncul tanpa kita sedari.Sombong kerana faktor KEBENDAAN---merasa lebih kaya, lebih cantik dan lebih terhormat daripada orang lain. Sombong kerana faktor KEINTELEKTUALAN---merasa lebih pintar, lebih kompeten dan lebih berwawasan dibanding orang lain. Sombong kerana faktor KEBAIKAN ---menganggap diri lebih bermoral, lebih pemurah dan lebih tulus dibanding orang lain.Semakin tinggi tingkat kesombongan, semakin sukar hendak mengesannya.
Sombong kerana kebendaan mudah terlihat, namun sombong kerana keintelektualan, apalagi sombong kerana kebaikan, sulit untuk dikesan kerana ia hanya berbentuk benih-benih halus dalam batin kita!!! Cuba setiap hari kita memeriksa diri kerana itu baik dan mudah dilakukan. Katakan pada diri bahawa semua itu adalah Anugerah Allah SWT , Allah yang punya!!!
Manusia hanya seperti DEBU yang suatu ketika akan hilang lenyap tanpa bekas. Kesombongan hanya akan membawa kita jatuh ke jurang dalam. Tetaplah bersabar dan rendah hati sebab kekadang orang di depan kita jauh lebih hebat. Jangan meremehkan perasaan sombong, siapa tahu dia yang kelihatan biasa-biasa malah hina pada mata kasar, suatu hari ini bakal menjadi orang hebat. Jangan pernah SOMBONG, tiada siapa yang tahu apa akan jadi pada kita esok. Semoga kita semua dihindari dari rasa Sombong, dan selalu dijaga oleh perasaan rendah diri tawaduk)...Aamiin Ya Rabbul Alamin.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment