Saturday, August 8, 2015
Tiada Umar Di Hati Pemimpin
Saidina Umar r.a. hidup dalam keadaan sangat zuhud semasa memimpin. Beliau tidak akan makan walaupun lemak binatang, apatahlagi dagingnya selagi masih ada rakyatnya yang lapar. Pemimpin dikerah untuk mencari asnaf. Sangat tegas dalam pemerintahannya, ramai Gabenor dan pemimpin yang beliau lantik menerima tindakan disiplin darinya. Soal harta dan rasuah adalah sangat dititik beratkan. Bukan sahaja harta pemimpin lantikan beliau, malah pertumbuhan harta milik adik beradik dan kaum keluarganya juga. Terutama apabila terhidu sebarang penyelewengan, termasuklah soal pemberian pinjaman (apatah lagi wang hadiah).Tiada soal hadiah atau derma untuk mana-mana pemimpin negara, mahupun terhadap anak isteri mereka. Hadiah kalung yang diberikan oleh isteri pemimpin Rom kepada isteri beliau sendiri juga beliau ambil dan jadikan hak milik negara. Beliau berpendirian jika tidak menjadi isteri Khalifah, tidak mungkin akan ada sesiapa memberi hadiah itu kepada isterinya. Mana-mana pemimpin yang didapati mempunyai pertambahan harta yang tidak munasabah dan berunsur syubahah akan beliau rampas separuh, malah adakala kesemuanya untuk diserahkan ke Baitulmal.Ada pemimpin yang membina mimbar khusus untuk dirinya, ada yang membina pagar rumahnya yang bersebelahan dengan pasar hanya kerana ingin mengurangkan bunyi bising juga beliau musnahkan. Hiasan rumah berlebihan di rumah pemimpin juga beliau rampas.
Khalid ibn Walid, seorang komandan perang yang hebat, antara pemimpin yang dilucutkan jawatannya oleh Saidina Umar.Ramai yang menghasut beliau agar memprotes kerana tindakan itu akan menimbulkan banyak fitnah. Beliau hanya jawab selagi anak al-Khattab itu masih hidup, in sya Allah tidak akan timbul fitnah.Bukan sahaja tidak memprotes pemecatan terhadapnya, malah Khalid turut mewasiatkan harta selepas kematiannya kepada Saidina Umar. Demikian yakin dan patuhnya setiap pemimpin yang dilantik oleh Khalifah ini terhadap beliau. Mengapa? Kerana beliau sendiri sangat amanah dan tegas dalam kepimpinannya. [ Warga Prihatin]
Musuh berani mencaci Islam kerana sikap orang Islam sendiri. Buktikan cinta kepada Islam dengan mengamalkannya. Dengan sikap bukan dengan cakap.Islam benci rasuah, lantas tinggalkan rasuah. Baru orang lain tidak menghina agama kita. Rasuah itu menjatuhkan maruah. Orang belum Islam mengenali agama ini bukan pada ajarannya tetapi lebih kepada amalan penganutnya.Jika marah orang mencaci Islam, bangunlah solat Subuh, tutup aurat, tinggalkan hedonisme, rajin, gigih, berdikari dan lain-lain amalan Islam.Cinta itu tindakan, bukan lisan. Love is a verb not a word![Pahrol Mohd Juoi]
Pada akhir zaman ini SUDAH HAMPIR TIADA LAGI SIFAT UMAR DALAM HATI PEMIMPIN!!!Semoga Allah mengampuni kami dan juga mengampuni kamu. Berubahlah sebelum roh tiba di kerongkong!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment