Sunday, March 15, 2015
Persiapan Buat Akhirat
Bila mati, jangan bersedih. Pedulikan jasadmu yang sudah mulai layu kerana kaum muslimin yang menguruskannya. Mereka melucutkan pakaianmu, memandikanmu dan mengkafanmu lalu membawamu ke tempatmu yang baru, KUBURAN. Ramai orang yang menghantarkan jenazahmu bahkan mereka meninggalkan tugas masing-masing untuk turut menguburkanmu. Barang-barangmu, buku, kasut dan pakaianmu dikemaskan. Jika keluargamu setuju barang-barang itu disedekahkan agar bermanfaat untukmu.
Yakinlah, dunia dan alam semesta tidak akan bersedih dengan pemergianmu. Ekonomi akan tetap berlangsung! Jawatanmu diisi oleh orang lain. Hartamu menjadi harta halal bagi ahli warismu. Sedangkan kamu yang dihisab dan DIPERHITUNGKAN untuk yang kecil dan yang besar dari hartamu!Kesedihan keatasmu ada 3 iaitu orang yg mengenalimu secara sekilas mengatakan, kasihan. Kawan-kawanmu bersedih beberapa jam atau beberapa hari lalu mereka kembali seperti sediakala dan tertawa-tawa! Di rumah, ahli keluargamu bersedih seminggu, dua minggu, sebulan dua bulan, dan mungkin hingga setahun. Selepas itu mereka meletakkanmu dalam arkib kenangan.Demikianlah, kisahmu telah berakhir di tengah-tengah manusia. Telah musnah kemuliaan, harta, kesihatan, dan anak-anak. Engkau tinggalkan rumah, istana dan semua yang tercinta. Kini hidupmu yang sebenarnya telah dimulai.
Soalannya - Apa persiapanmu untuk kuburmu dan Akhiratmu? Hakikat ini memerlukan renungan.Usahakan dengan sungguh-sungguh semua kewajiban, hal-hal yg disunnahkan, sedekah rahsia, merahsiakan amal soleh, solat malam, Semoga kamu selamat. Andai kamu mengingatkan manusia dengan tulisan seperti ini in sya Allah pengaruhnya akan kamu temui dalam timbangan kebaikanmu pada hari Kiamat. "Berilah peringatan, kerana peringatan itu bermanfaat bagi orang orang mukmin" Allahurabbi... Kubur itu semakin dekat untuk didiami. [Syekh Ali Thanthawi Mesir Rahimahullah]
MELAKUKAN SEHABIS BAIK...Hakikatnya, jika kita buat yang terbaik terutama yang berkaitan dengan dakwah, kita akan menjadi yang terbaik dalam seluruh aspek kehidupan kita. Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya Allah MENCINTAI jika seseorang melakukan sesuatu kerja atau perbuatan dengan itqan (profesional dan terbaik). (Riwayat Baihaqi).... MENGUASAI ILMU DAN KENAL PASTI KEMAMPUAN DIRI supaya kerja dapat disempurnakan dengan jaya dan tepat pada masanya.... MENJAGA NIAT DAN MENJAGA AMAL...Fudhail bin Iyadh pernah ditanya makna IKHLAS dan BENAR dalam amalan. Beliau menjawab: "Sesungguhnya amal yang benar tetapi tidak dilakukan dengan ikhlas, tidak akan diterima Allah. Begitu juga jika dilakukan dengan ikhlas, tetapi tidak dengan cara yang benar, juga tidak diterima. Sesungguhnya, syurga itu mahal harganya. Oleh itu berikan maharnya yang terbaik dalam kemampuan dan kelebihan yang Allah berikan. Yakinlah. Allah pasti akan memberikan keberkatan dan pertolongan-Nya kepada kita selagi kita benar-benar berusaha dengan ikhlas kerana Dia.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment