Monday, March 2, 2015
Hukum Menahan Kentut Dalam Solat
"Makruh mengerjakan solat sambil menahan hendak buang air besar atau air kecil atau hendak kentut. bahkan terkadang menjadi haram menahannya kalau akan mendatangkan mudarat dan sunat menyelesaikan semua itu bahkan terkadang wajib, sekalipun tidak sempat mengerjakan solat jemaah. Makruh menahan semua yang disebutkan di atas apabila waktunya (waktu solat) masih luas. Tetapi jika waktu telah sempit wajiblah bersolat sambil menahannya selama tidak memberi mudarat kerana menghormati waktu"
-Sabilal Muhtadin, Syeikh Muhammad Arsyad Al-Banjari
Solat si penahan kentut itu masih sah, tetapi jatuh makruh hukumnya. Jika merujuk kitab lain seperti kitab riyadhus sholihin, ditemui akan nas/hadis Rasulullah s.a.w: Dari Aisyah r.a berkata,"Saya pernah mendengar Rasulullah bersabda: "Tidak sempurna solat seorang muslim apabila makanan telah dihidangkan, atau apabila dia didesak buang air besar atau kecil" (Hadis riwayat Imam Muslim).Antara sebabnya menjadi makruh ialah apabila ditahan akan akan kentutnya maka akan terganggu khusyuknya dalam bersolat. Apatah lagi jika dengan menahan menyebabkan si penahan bergerak-gerak kecil dan menyebabkan terganggunya jemaah lain (jika solat berjemaah).Tetapi hukumnya boleh menjadi haram (iaitu tidak sah solatnya) jika dengan perbuatan menahan itu akan mendatangkan mudarat kepada yang menahan, sebagai contoh akan mendatangkan penyakit kepada si penahan.Hukumnya boleh berubah menjadi wajib (menahan kentut atau buang air besar dan kecil) sekiranya jika kita membatalkan solat maka akan luput waktu solat (contoh: kita solat di akhir waktu atas sebab yang tidak apat dielakkan).
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment