Thursday, March 5, 2015
Pembahagi Ruang
Pembahagi ruang hari ini dilihat sebagai elemen penyelamat terhadap ruang yang terlalu terbuka. Harus ditetapkan kedudukan sempadan ruang laluan masuk, sempadan ruang tamu, ruang makan, ruang menonton atau ruang dapur sebelum memilih untuk memasang pembahagi ruang.
Apabila sudah mengenal pasti sempadan ini, bolehlah mulakan proses pemasangan pembahagi ruang secara sistematik dan sesuai.
Antara yang perlu diketahui termasuk menentukan saiz ideal pembahagi ruang yang diperlukan selain mengukur lebarnya. Mahukan sesuatu yang berketinggian penuh atau perlu merujuk ketinggiannya kepada elemen tertentu supaya nampak padan? Fikirkan dahulu. Kemudian, fikirkan fungsi pembahagi ruang itu. Adakah sekadar pembahagi ruang semata-mata atau mahukan ia menyediakan ruang untuk memperagakan atau menyimpan barangan? Selamat deko! [Harian Metro]
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment