Saturday, March 21, 2015
Beruntungkah Umat Nabi Muhammad s.a.w.?
Beruntungnya kita umat Nabi Muhammad s.a.w.. kalau pada zaman Nabi Lut a.s, kaumnya yang berorientasi seks luar tabii, ALLAH azab terus lenyap dari muka bumi.. tetapi bagi umat Nabi Muhammad s.a.w, ALLAH tunda dulu azabnya di muka bumi ini, ALLAH bagi peluang agar pengamal seksualiti songsang ini bertaubat...Beruntungnya kita umat Nabi Muhammad.. dulu umat Nabi Nuh a.s majoritinya tidak mahu beriman kepada ALLAH, lalu ALLAH tenggelamkan dunia dengan banjir besar, tetapi sekarang kita umat Nabi Muhammad s.a.w ALLAH beri peluang untuk kita insaf dan perbaiki diri...Beruntungnya kita umat Nabi Muhammad.. Kalau dulu atas kesilapan Nabi Adam a.s dan Hawa memakan buah terlarang, mereka terus teraib dan disingkir dari syurga.. Tetapi sekarang, kerana kerana kita umat baginda s.a.w, ALLAH tidak mengaib terus pada mereka yang membuat perkara yang ditegah dan dilarang, ALLAH beri peluang untuk kita bertaubat...
BERUNTUNGKAH KITA DI AKHIR ZAMAN INI?? SEBENARNYA KITA DI AKHIR ZAMAN INI ADALAH UMAT PALING RUGI, KERANA TIDAK BETUL-BETUL MENGIKUT CARA NABI S.A.W DAN MENGABAIKAN PERINTAH ALLAH S.A.W UMAT AKHIR ZAMAN SUKA MENGIKUT NAFSU DARIPADA MENGAWAL NAFSU...[Faiznor Faiznor]
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment