Sunday, March 8, 2015
Fadilat Surah Al Kahfi
SURAH KAHFI mempunyai 4 KISAH BESAR DARI ALLAH KEPADA MANUSIA iaitu:🕐 Kisah Ashabul Kahfi 🕑K Kisah 2 Pemilik Kebun 🕒 Kisah Nabi Musa, Nabi Khidir 🕓 Kisah Dzulkarnain. Kaitan dengan DAJJAL yang menyesatkan manusia menerusi: 🕐 Dugaan Akidah 🕑 Dugaan Kekayaan dan Pengikut 🕒 Dugaan Ilmu Pengetahuan 🕓 Dugaan Dzulkarnain.
Dajjal menyesatkan manusia supaya mengaku dia adalah Tuhan. Pengajaran dari KISAH ASHABUL KAHFI ialah: Jangan terpengaruh dengan kesenangan dunia. Kawan yang soleh sentiasa mengikut perintah Allah.Jangan mengikut mereka yang mengikut hawa nafsu (Al-kahfi, ayat 28). Dajjal juga menyesatkan manusia dengan menawarkan KEKAYAAN yang akan menyebabkan diri kita popular dan mempunyai ramai pengikut.Pengajaran dari KISAH 2 PEMILIK KEBUN ialah: Sedar hakikat kehidupan.Sedar bahawa kekayaan dan populariti di dunia adalah sementara, hidup yang kekal jauh lebih penting. Syukur kepada Allah atas kurniaanNya. (Al-Kahfi, ayat 45).
Dajjal menyesatkan manusia dengan menawarkan pengetahuan dan teknologi yang canggih. Namun, banyak perkara yang tersirat di sebalik yang tersurat itu. Pengajaran dari KISAH NABI MUSA DAN NABI KHIDIR ialah: Perlu bersikap merendah diri dan tawaduk dengan pengetahuan yang diberikan.Perlu bersikap sabar dalam mencari ilmu pengetahuan. Terdapat banyak perkara tersirat di sebalik yang tersurat, oleh itu selidiki dan banyakkan ilmu pengetahuan supaya kita tahu hakikatnya. (Al-Kahfi, ayat 69).
Dajjal menyesatkan manusia dengan kuasa yang dimiliki di dunia. Pengajaran dari KISAH DZULKARNAIN ialah: Perlu bersikap ikhlas ketika mendapat kuasa.Tidak boleh bersikap gila kuasa dan angkuh. Jika mendapat kuasa perlu sepadukan pengetahuan dan kekuatan, membantu orang susah dan meluaskan kebaikan. Sebagai contoh: Dzulkarnain membantu segolongan kaum yang kesusahan untuk membina tembok di antara dua gunung untuk menghalang Ya'juj dan Ma'juj membuat kerosakan. Jangan sekutukan Allah dan sentiasa beramal soleh. (Al-Kahfi, ayat 110).
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment