Tuesday, March 3, 2015
Lantai Vinyl Di Ruang Basah
Lantai kayu lamina memang cantik namun ia lebih sesuai di ruang tamu, bilik tidur dan ruang lain, manakala pemilihan lapisan lantai vinyl pilihan yang tepat untuk ruangan basah seperti dapur, sidai atau balkoni rumah kerana ia jenis getah sintetik dan mesra alam.Lantai jenis vinyl ini bukan sesuatu yang baru dalam dunia hiasan dalaman kerana banyak digunakan di hospital, sekolah dan pejabat, cuma hari ini ia tampil dalam corak kayu yang lebih elegan dan diadaptasikan untuk kediaman. Pemasangannya juga lebih mudah. Sebelum memasang lantai vinyl, pastikan lantai asal rata dan licin. Jika lantai simen tidak rata, menggerutu dan kesat, pemasangan lantai vinyl sukar dilakukan. [Harian Metro]
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment