Wednesday, March 12, 2014
Saya Nak Jadi Televisyen
serenemaklong.blogspot.com
Seorang guru sekolah rendah meminta pelajarnya menulis satu esei berkenaan perkara yang mereka mahu Tuhan lakukan untuk mereka. Setelah beberapa ketika, guru tersebut menyemak esei-esei tersebut. Sewaktu melihat satu esei yang ditulis oleh salah seorang pelajarnya, dia menjadi sangat emosi dan menangis teresak-esak.
Kebetulan suaminya melangkah masuk. Dia terkejut melihat si isteri mengalirkan air mata. “Apa dah jadi ni?”
“Abang bacalah esei budak ni,” sambil tangannya menghulurkan esei itu kepada suaminya.
........................................................................................................................
SAYA NAK JADI TELEVISYEN
Oh Tuhan, saya mohon satu perkara. Tolonglah jadikan saya televisyen. Di rumah saya televisyen mendapat perhatian istimewa. Bila ayah balik kerja, dia akan menonton televisyen walaupun badannya letih. Emak selalu di samping televisyen ketika dia suka atau duka. Abang dan kakak juga takkan membiarkan saya lama-lama. Mereka semua teman setia televisyen. Mereka sanggup lepaskan banyak perkara semata-mata kerana hendak memastikan tumpuan kepada televisyen tidak terganggu.
Kalau saya jadi televisyen, diri saya juga akan dikelilingi ahli keluarga seperti itu. Mereka akan meluangkan masa untuk mendengar bila saya bercakap dan takkan cuba mencelah. Saya akan dijaga rapi setiap hari. Tidak seperti sekarang. Diri saya diabaikan. Jadikanlah saya televisyen yang boleh membuat ahli keluarga tersayang terhibur dan gembira. Saya tidak ada permohonan lain. Saya nak hidup seperti televisyen pada setiap masa.
Setelah membaca esei itu, si suami menjadi sebak sambil berkata, “Kesian budak ni. Dia miskin kasih sayang. Barangkali emak dan bapanya teruk.”
Mendengar kata-kata itu tangisan si isteri semakin kuat. “Bang, itu esei anak kita!”
[Cerita asal dari Noralina Jusin]
Inilah hakikat kehidupan sekarang. Walaupun tinggal sebumbung namun tiada komunikasi sesama sendiri. Sesebuah keluarga boleh menonton televisyen tetapi bukan seluruh masa dan seluruh anggota keluarga tertumpu pada ‘idiot box’ tersebut. Daripada sebegitu banyak rancangan yang disajikan (termasuk program realtiti yang sangat membazirkan masa dan wang), pilihlah rancangan berkualiti yang sesuai untuk ditonton bersama, rancangan berilmu yang boleh meningkatkan kualiti manusia menjadi maknusiawi.
Wujudkan juga masa berinteraksi TANPA TELEVISYEN. Ahli keluarga boleh bersembang santai dan berkongsi mengenai pengalaman masing-masing, mengulangkaji pelajaran atau bermain bersama-sama.
Yang penting, berkomunikasi sesama ahli keluarga, bukan berkomunikasi dengan televisyen!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment