Monday, March 10, 2014

Pelihara Diri Dari Dajjal

serenemaklong.blogspot.com
Diceritakan 3 tahun sebelum kemunculan Dajjal, Allah akan perintahkan: 1- tahun pertama: untuk langit mengurangkan hujan 1/3 dan bumi mengurangkan pertumbuhan pokok sebanyak 1/3 juga. 2- tahun kedua: untuk langit mengurangkan hujan 2/3 dan bumi mengurangkan pertumbuhan pokok sebanyak 2/3 juga. 3- tahun ketiga: untuk langit tidak turunkan hujan langsung dan bumi tidak lagi menumbuhkan sebarang tumbuhan. Lalu dunia akan mengalami kemarau luar biasa, tiada binatang yang hidup kecuali beberapa ekor yang Allah kehendaki. Ketika itu Dajjal akan muncul. Di saat inilah kita semua akan mengalami fitnah terbesar iaitu fitnah Dajjal. Dajjal mempunyai kuasa untuk menurunkan hujan, dan berkuasa menumbuhkan pokok. Dajjal dikatakan membawa sungai-sungai (bagaimana caranya wallahualam) yangg berupa sungai api dan sungai air yang sejuk, dan mempunyai gunung roti. Dajjal mempunyai syurga dan nerakanya sendiri untuk memperdaya manusia. Ketika itu, Dajjal akan menawarkan bantuan kepada manusia tatkala bumi sedang nazak dgn kemarau, tanpa air dan makanan. Lalu yang tidak beriman dengan mudahnya akan mengaku Dajjal adalah Tuhan kerana Dajjal berupaya menurunkan hujan dan menghidupkan tumbuhan. Selain sungai dan bekalan gunung roti. Nabi Muhammad s.a.w berpesan, ketika Dajjal menawarkan air sungai, pilihlah sungai api, celupkan kepala ke dalam sungai api itu lalu minumlah kerana itulah air yang sebenar. Yang tidak beriman akan terpedaya memilih sungai air, iaitu sebenarnya adalah api. Persoalannya, mampukah kita percaya bahawa api itu air dan air itu sebenarnya api? Di saat kita semua dalam keadaan terdesak? Tepuk dada tanya iman... buatlah persiapan dari sekarang kerana tanda-tanda kiamat semua sudah ada. krisis air..bumi sudah memberi petanda ...tingkatkan keimanan atau terus leka? Pilihan di tangan sendiri.

No comments:

Post a Comment