Thursday, March 6, 2014
Nammam - Dosa Siber
Antara DOSA SIBER hari ini adalah screen capture facebook orang yang sedang mengata, mengumpat dan mengutuk seorang yang lain, kemudian diberikan screen capture itu kepada yang dikutuk agar bertindak balas atau kononnya 'membantu' mangsa. Itu sebenarnya namanya 'Nammam' atau juga 'Qattaat' iaitu pengadu domba yang dosa. Nabi sebut ( لا يدخل الجنة نمام) ertinya "Tidak masuk syurga orang yang mengadu domba". (Hadis sohih riwayat Muslim)
MORAL : Jika sekadar seseorang mengumpat, mengutuk dan mengata, JANGAN sebarkan, khususnya kepada mangsa. Nasihatilah pengumpat & pengutuk itu sebaiknya, itu cukup. Selanjutnya balasan kelak nanti di barzakh & akhirat. Pahalanya juga akan diberikan kepada mangsa.
Namun jika seseorang memfitnah atau mencipta cerita bohong terhadap seseorang, itu barulah boleh 'screen capture' dan diserahkan kepada mangsa untuk tindakan lanjut yang sesuai seperti saman.
Kalau ada sesiapa yang benar-benar salah dan mendedahkannya hingga boleh menyesatkan, boleh screen capture dan disertai dengan nasihat dengan adab dan baik sebagai panduan orang awam bukan dengan cercaan dan caci serta kutuk.
[USTAZ DR ZAHARUDDIN ABD RAHMAN]
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment