Thursday, March 6, 2014
Bunga Semarak Api
Dari jauh, warna merah menyala bunga Semarak Api meliputi seluruh pohon yang hampir gondol daun, menyebabkan pohon itu seolah-olah terbakar. Semarak Api atau Flame of the Forest, nama saintifiknya Delonix Regia merupakan pohon tropika paling indah.
Berasal dari Madagascar, ia mula didokumentasikan oleh Bojer, seorang saintis Perancis pada 1824. Sejak itu ia telah ditanam di kebanyakan negara tropika di seluruh dunia. Di negeri-negeri utara Semenanjung Malaysia, pohon ini berbunga dua kali setahun selepas dedaunnya gugur.
Diameter bunganya berukuran 4 hingga 5 inci, berbentuk jambak dan meliputi seluruh pokok jika kena dengan suasana musimnya. Walaupun rata-rata berwarna merah, bunga ini juga hadir dalam berbagai warna lain seperti jingga kemerahan yang banyak tumbuh di Pulau Pinang, dan juga putih yang berubah menjadi kuning atau jingga ketika layu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment