e="clear: both; text-align: center;">
Tak Sedar Buat Dosa!! Dosa besar bukan sahaja DOSA BESAR yang ZAHIR pada LISAN dan ANGGOTA BADAN, ia juga meliputi DOSA BESAR yang TERSEMBUNYI di dalam HATI. Seorang ulama rahimahullah berkata: أكثر الكبائر القلبية مثل الرياء والكبر والحسد وترك التوكل والإخلاص وغير ذلك قد يتطلح بها الرجل وهو لا يشعر، ولعله يتورع عن بعض الصغائر الظاهرة، وهو في غفلة عن هذه العظام "Kebanyakan DOSA-DOSA BESAR yang melibatkan HATI seperti - RIYA (menunjuk-nunjukkan amalan soleh) - SOMBONG -HASAD (dengki) - MENINGGALKAN TAWAKKAL (bergantung pada Allah taala) - MENINGGALKAN IKHLAS (tulus dalam beribadah kepada Allah taala) - dan seumpamanya kadang-kadang seseorang bergelumang dengan dosa-dosa tersebut dia TIDAK SEDAR.
Mungkin dia WARA' daripada DOSA-DOSA KECIL yang ZAHIR sedangkan dia LALAI daripada DOSA-DOSA BESAR YANG TERSEMBUNYI". [Durar Saniyyah 13/174]
Semoga Allah taala pelihara kita daripada segala dosa sama ada yang besar atau yang kecil, sama ada yang zahir atau yang tersembunyi. Amin.
[Dr Abu Anas Madani]
No comments:
Post a Comment