Monday, March 3, 2014

Asal-usul Golongan Anti-hadith

serenemaklong.blogspot.com
FAHAMAN ANTI-HADITH atau ‘Ingkarul Sunnah’ adalah salah satu agenda Zionis Antarabangsa untuk MEROSAKKAN AQIDAH UMAT ISLAM... Ia di asaskan oleh seorang orientalis Barat yang bernama Dr Ignaz Goldziher, kelahiran Yahudi Hungary pada tahun 1850, dan meninggal pada tahun 1921.... Goldziher mendapat biasiswa ZIONIS INTERNATIONAL Jerman untuk melanjutkan pelajaran di Universiti al-Azhar, Mesir, pada tahun 1870... Dia diutus khas untuk mendalami bidang Sunnah dan akhirnya dia mencetuskan ajaran mengingkari Sunnah dengan slogan "Pembaharuan Islam."...
Pada tahun 1876 sekembali dari Mesir, beliau memegang jawatan SETIAUSAHA ZIONIS ANTARABANGSA cawangan Budapest... Kemudian selama 15 tahun dia mengajar di maktab Zionis Budapest untuk melahirkan graduan-graduan Zionis yang akan bertebaran di seluruh dunia mengembangkan ajaran mengingkari sunnah ini, bertujuan MELEMAHKAN AJARAN ISLAM DARI DALAM... Beliau meninggalkan hampir 200 judul dalam jurusan Mengingkari Sunnah dan melahirkan RIBUAN GRADUAN YANG TELAH DIROSAKKAN KEFAHAMAN mereka tentang Sunnah... KEBANYAKAN CENDIKIAWAN ISLAM yang menuntut di Eropah telah terpengaruh dengan ajaran Goldziher ini.... Di antara murid-murid Goldziher termashyur dari Mesir ialah Dr Ali Hasan Abdul Kadir, Toha Hussin, Dr Ahmad Amin, Dr Rasyad Khalifa, dan Dr Abu Rayyah...
Gerakan Anti-Hadith telah dibawa ke USA oleh Dr Rasyad Khalifa (bangsa Arab keturunan Mesir), yang kemudiannya mendapat kerakyatan USA... Beliau telah membentangkan satu kertas kerja bertajuk: "Islam: Masa Lampau, Kini dan Masa Depan" pada seminar Misionari Kristian dan Yahudi dari 8-17 Jun, 1983 di USA... Bermula pada tarikh inilah, Dr Rasyad telah menubuhkan secara rasmi nya gerakan `The Quranic Society' yang berpusat di Tucson, d imana beliau mengajar di Universiti Tucson... Dr Rasyad dengan angkuh telah menyebut: "HADITH-HADITH ADALAH CIPTAAN IBLIS, MEMPERCAYAI HADITH BERMAKNA MEMPERCAYAI AJARAN IBLIS."... Keceluparan beliau telah menyebabkan dia dibunuh dengan penuh misteri, sebaik sahaja Arab Saudi mengeluarkan fatwa sesatnya Dr Rasyad dan `Golongan al-Qur'annya'....
Ini adalah sedutan FATWA SYAIKH ABD AZIZ BEN BAZZ, Mufti Besar Arab Saudi: "Gerakan Ingkar Sunnah yang digerakkan oleh Rasyad Khalifah adalah bathil dan merbahaya, iaitu mengadakan kegiatan Mengingkari Sunnah dengan cara memutar-balikkan tafsir alQur'an secara batil... Pemerintah Arab Saudi menyeru agar seluruh muslimin agar berhati-hati terhadap gerakan yang dicetuskan oleh Rashad Khalifa dan jangan sampai terpengaruh dengan ajaran sesat tersebut.".. Fatwa No 903, Syawal 1403 bersamaan Ogos 1983... [USTAZ RAMLI JONED]

No comments:

Post a Comment