Wednesday, March 19, 2014
Magnet Dalam Bawang
Seorang doktor yang mengunjungi sebuah keluarga petani mendapati keluarga tersebut berada dalam keadaan sihat sedangkan jiran mereka menderita selesema dan sakit bawaan bakteria yang lain seperti demam, cirit birit, kudis dan lain-lain. Bila doktor bertanya,isteri petani mengatakan dia meletakkan bawang merah yang telah dikupas dalam piring di setiap ruang rumah. Doktor amat tertarik dan meminta untuk melihatnya di bawah mikroskop. Didapatinya virus selesema dan bakteria berada pada bawang merah tersebut. Bawang merah berfungsi menyerap semua virus dan bakteria di ruang sekitarnya dan secara tidak langsung dapat mengelakkan keluarga petani dijangkiti penyakit bawaan virus dan bakteria.
Dalam kes kedua, pemilik sebuah kedai gunting rambut yang banyak dikunjungi pelanggan mendapati ramai pekerjanya diserang selsema kerana sesetengah pelanggannya sedang selesema ketika mengunjungi kedainya. Pemilik pun meletakkan semangkuk bawang merah yang telah dikupas di beberapa penjuru kedainya dan hasilnya pekerja beliau tidak lagi diserang selesema.
Kes ketiga pula seorang yang terkena pneumonia menemukan artikel yang menyarankan memotong kedua hujung sebiji bawang kemudian dicucuk dengan garpu pada salah satu hujungnya. Bawang tersebut diletakkan dalam sebuah bekas kosong dan tempatkan di bilik pesakit. Keesokannya didapati bawang merah menjadi hitam. Bawang merah yang berfungsi sebagai magnet menarik kuman-kuman kepadanya, menjadi hitam dan rosak. Sebaliknya pesakit semakin bertambah baik.
Bawang merah dan bawang putih mempunyai kekuatan antibakteria dan antiseptik yang amat menguntungkan manusia. Bawang merah boleh menjadi amat bermanfaat jika digunakan dengan cara yang betul, sebaliknya ia amat beracun jika dibiarkan semalaman setelah dikupas. Ini kerana ia umpama magnet yang menarik kuman hingga boleh menyebabkan jangkitan kuman pada paru-paru, sakit perut, keracunan makanan, cirit birit dan sebagainya.
Satu kajian ke atas haiwan mendapati anjing tidak boleh memakan bawang merah kerana perut anjing tidak dapat mengolah bawang merah. Harap diingat, adalah berbahaya untuk mengiris bawang merah dan menggunakannya untuk memasak pada hari berikutnya.
[Petua dari Klinik PAPAZOLA]
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment