Thursday, March 20, 2014

Azan

Azan merupakan pemberitahuan masuknya waktu Solat dan juga panggilan untuk mengerjakan Solat sebagai salah satu Ibadah Fardhu terhadap setiap umat Islam yg sudah Baligh.Tapi di sebahagian Masjid,mereka kurang peka terhadap muazzin yang melaungkan azan.Asalkan boleh sebut kalimah azan dan ada suara cukup,padahal azan harus dikumandangkan dengan suara yang indah.Kadang-kadang muazzin yang azan itu selain bacaannya kurang fasih suaranya langsung tidak menarik perhatian untuk datang ke Masjid.Tahukah anda berapa ramai orang belum Islam tertarik dan mendapat hidayah masuk Islam hanya kerana azan. Apatah lagi azan subuh seharusnya dipilih muazzin yang mempunyai suara merdu,indah dan fasih. Janganlah dianggap remeh perkara ini wahai para NAZIR dan pengurus masjid.

No comments:

Post a Comment