Wednesday, March 5, 2014
Matlamat Hidup Manusia
Tujuan hidup ini bukanlah pangkat, gelaran, suami, isteri atau anak-anak. Akan tetapi tujuan hidup ini adalah mencapai keredhaan Allah Subhanahu waTa’ala, memperolehi pahala-Nya dan menduduki syurga-Nya.
"Katakanlah: Sesungguhnya SOLATKU dan IBADAHKU, HIDUPKU dan MATIKU, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. Tiada sekutu bagi-Nya dan dengan yang demikian sahaja aku diperintahkan dan aku adalah orang Islam yang awal (yang segera berserah diri kepada Allah dan mematuhi perintah-Nya).
[alAn’aam 6:162-163]
Duhai hati, jangan kau jauhi Dia,
Ke mana pun kau lari, Dia mengekori serapat-rapatnya.
Duhai hati, jangan kau sisihkan Dia,
Ke mana pun kau sembunyi, Dia ada sedekat-dekatnya.
Sungguh iman itu turun naik,
Namun jangan biarkannya jatuh merudum,
Walau tersungkur, bangkitlah semula,
Manusia sentiasa membuat dosa,
Jadilah mukmin yang terus berusaha,
Sekalipun puncak iman belum jadi milik kita.
Usaha kita dilihat Allah,
Usaha kita adalah ibadah,
Jauhi sikap berputus asa,
Tiada cita-cita meningkatkan imannya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment