serenemaklong.blogspot.com
PENJARA merupakan tempat yang sesuai bagi
penjahat. Di dunia ini ada beberapa penjara yang paling mengerikan:
Penjara Carandiru, Brazil
Penjara
ini pernah menjadikan Brazil
terkenal bila rusuhan besar berlaku pada 1992. Tragedi melibatkan pasukan polis
setempat. Ramai yang terkorban. Ia tercetus bila berlaku serang menyerang di
antara geng di penjara tersebut.
Ketika polis
datang meredakan keadaan, ramai banduan telah menyerah diri dengan melemparkan
senjata dan memohon perlindungan. Namun polis yang kurang prihatin terus menembak
mereka.
Perlakuan kejam
pihak polis membangkitkan bantahan di mana-mana, termasuk Amnesty International yang mahu penjara
tersebut ditutup pada 2002. Amnesty International melaporkan telah berlaku
pelanggaran hak-hak asasi manusia di sana.
Kemudahan yang teruk juga menyebarkan penyakit pembunuh. Pada masa itu Ketua Polis
Metropolitan Sao Paulo ialah Ubiratan Guimaraes. Dia dianggap bertanggungjawab
menyebabkan terjadinya tragedi ini dan dia didakwa atas tuduhan membunuh 102
orang. Namun Guimaraes dibebaskan atas alasan polis melakukannya kerana mereka
yang ditembak terlebih dahulu.
Penjara Bang Kwang, Thailand
Dikenal
sebagai “Bangkok Hilton”, penjara ini sudah tidak layak dibuni lagi. Selain
penuh sesak, ia juga kekurangan tenaga pengawal penjara. Banduan dirantai mengakibatkan ramai yang jadi gila
akibat stress pada bulan pertama dalam tahanan. Pengarah penjara, Khun Nattee
mengakui kalau penjaranya adalah paling keras layanan di seluruh Thailand.Di
sini kemudahan sangat minimum,termasuk rawatan kesehatan terhadap banduan.
Banduan yang sakit hanya boleh meringkuk
dengan kaki dirantai di kamar sendiri sambil menunggu datangnya ubat, itu pun kalau
ada.
Penjara ADX Florence
Supermax, Colorado
Penjara
ini dibangunkan sebagai respons atas serangan terhadap kakitangan penjara di
penjara lain di Amerika. Penjara ini menerapkan “maximum security” untuk
mencegah serangan para banduan terhadap kakitangan penjara. Banduan diasingkan
daripada kakitangan penjara. Mereka mengalami penyeksaan psikologi kerana
selama 23 jam hanya dihabiskan di sel semata-mata. Mereka tidak bleh ke mana-mana.
Menjadi banduan di ADX adalah suatu mimpi ngeri. Mereka yang masuk ke sini
adalah para penjahat tegar.Di sinilah ‘neraka’ yang mengakibatkan derita seumur
hidup. Selama 13 tahun beroperasi, dua orang tawanan dikhabarkan mati terbunuh akibat
ditembak.
Penjara Pulau Alcatraz, San Francisco, California
Penjara
yang dikenali sebagai “The Rock” atau “Devil’s Island” ini dibangunkan sekitar
1920-an. Alcatraz dibina sedemikian rupa sehingga banduan hampir mustahil untuk
memboloskan diri. Alcatraz benar-benar
menciptakan dunianya sendiri. Banduan terputus hubungan dengan kehidupan di
luar.
Pengawal penjara
yang kasar, sombong lagi tidak berperikemanusiaan mewarnai hari-hari banduan di sana. Ramai yang mengalami tekanan jiwa luar
biasa. Banduan dilarang bercakap sesama sendiri, tidak boleh menampakkan emosi
dan dipaksa diam! Hak-hak sebagai manusia tiada langsung di Alcatraz.
Penjara ini ditutup pada 1963,tetapi warisan kegelapan terus ‘hidup’ dan
menjadi legenda.
No comments:
Post a Comment