serenemaklong.blogspot.com
SALAM silaturrahim kepada semua hamba Allah yang dikasihi.
Setahu saya tiada seorang pun hamba Allah yang tidak mengidamkan kejayaan
dalam hidup. Terdapat berbagai cara bagi mencapai semua itu. Namun yang penting
ialah keazaman kuat untuk mendapatkannya. Ingin saya berkongsi
cerita mengenai beberapa individu yang mendapat kejayaan melalui jalan penuh
ranjau.
Suatu ketika dahulu di Amerika Syarikat, seorang ibu miskin telah
melahirkan anaknya di tangga sebuah sekolah. Dalam saat genting itu
dia menerima bantuan
daripada para penuntut dan guru-guru sekolah tersebut. Disebabkan kelahiran berlaku
dalam keadaan yang serba kekurangan, muka bayi yang dilahirkan itu kelihatan senget
sebelah.
Bila
meningkat remaja, anak itu mula menyimpan cita-cita hendak menjadi pelakon
ternama. Matlamatnya sungguh jelas. Oleh kerana itu dia mendaftarkan diri di sebuah
sekolah senilakon.
Setelah
lulus pengajian dia mula menghadiri ujibakat di mana-mana sahaja. Namun, nasibnya
malang, tiada
seorang penerbit atau pengarah yang sudi mengambilnya berlakon dalam filem
mereka.
Suatu hari
selepas ujibakatnya gagal entah kali yang ke berapa, remaja itu terus duduk menunggu
di bilik pengarah. Dia enggan keluar walaupun setelah diarah berbuat demikian.
Pengarah yang berasa kasihan dengan remaja tersebut lalu menawarkan satu
peranan kecil. Tawaran tersebut diterima kerana menganggap ia bakal membawa
kepada tawaran yang lebih besar pada masa hadapan.
Namun sebaliknya
pula yang berlaku. Sebaik sahaja sesi rakaman filem selesai, dia masih tidak ditawarkan
peranan berlakon lagi. Lalu bermulalah kembali sesi menghadiri ujibakat yang
ain.
Suatu hari
dia pergi menonton pertandingan tinju di antara juara terkenal, Muhammad Ali dengan
Chuck Webner. Ramai penonton meramalkan Muhammad Ali bakal menjadi juara. Memang
tekaan mereka betul, namun yang menjadi perhatian ialah kemenangan itu Ali peroleh hanya di hujung pusingan akhir.
Semangat Chuck Webner yang kental menarik perhatian remaja tersebut.
Sikap
Webner telah memberinya idea untuk menulis skrip filem mengenai seorang
peninju. Skrip yang mengambil masa selama 84 jam untuk disiapkan itu diberi
jodol “Rocky”.
Dia
menjaja skrip itu ke sana
ke mari namun tidak ada sesiapa yang sudi membelinya sehinggalah saat dia
bertemu seorang pengarah filem yang menawarkannya AS$255,000 sebagai harga bagi
skrip tersebut.
Dia memang
gembira dengan tawaran itu namun disebabkan matlamat cita-citanya jelas iaitu
ingin menjadi seorang pelakon, dia hanya bersedia menyerahkan skrip itu dengan
syarat dirinya dipilih menjadi pelakon utama.
Pengarah
kurang bersetuju kerana baginya keadaan fizikal remaja itu tidak melayakkan dia
menjadi pelakon. Harga skrip kemudian dinaikkan hingga ke AS$1 juta, namun
tetap ditolak oleh remaja yang sungguh bersemangat hendak berlakon. Akhirnya
harga skrip diturunkan kepada AS$35,000 sahaja dan si remaja diberi peluang
melakonkan watak utama.
Ternyata filem “Rocky“ mendapat sambutan luar biasa. Penerbit mendapat untung
AS$171 juta hasil jualan tiket. Kejayaan ini membuahkan pula filem-filem
susulan seperti “Rambo”, “Rocky 2”
dan lain-lain.
Menjelang ketika ini saudara tentu sudah tahu pelakon mana yang saya
maksudkan. Dialah SYLVESTER STALLONE. Bermula dengan nasib yang terumbang-ambing, kini
setiap kali Stallone ditawarkan sesuatu watak, dia akan dibayar
sekurang-kurangnya AS$20 juta.
Pernahkah saudara mengalami situasi yang dihadapi oleh Stallone apabila
segala usaha tidak membuahkan hasil yang diharapkan ? Sesungguhnya ketika
itu Allah sedang menguji saudara. Allah tidak menguji seseorang itu di luar daripada
kemampuannya.
Yang ini pula merupakan kisah seorang pesara tentera berusia 60 tahun yang memang
handal memasak ayam goreng. Dia yakin ayam goreng dengan resepi rahsianya itu
akan laris di pasaran. Namun disebabkan kekurangan modal untuk membuka kedai
sendiri dia cuba menjual ayam goreng itu di berbagai kedai lain.
Namun usahanya gagal sehinggalah dia menemui pemilik kedai ke 1,008 yang
bersedia menjualkan ayam gorengnya. Memang ayam goreng itu laris dan kini telah
menjadi terkenal di seluruh dunia dengan nama Kentucky Fried Chicken. Pesara
tentera yang tidak pernah putus asa itu adalah Kolonel Sanders yang sangat
dikenali ramai termasuk kanak-kanak.
Saudara, apabila kita cuba mencapai sesuatu tetapi masih belum mencapainya,
bererti kejayaan itu masih tertangguh. Ia hanya datang selepas kita berhempas
pulas menghadapi cabaran. Bagaimanapun, di saat kita berputus asa, kejayaan
tertangguh tersebut terus hilang.
Mengapa harus mengalah? Mungkin ini disebabkan matlamat belum cukup jelas.
Ingatlah when a vision is clear, the action gets easier. Kalau berputus
asa, ertinya kita sendiri tidak tahu apa yang kita inginkan.
Wallahualam.
No comments:
Post a Comment