Friday, March 30, 2012

Pembukaan Sirr


serenemaklong.blogspot.com


(Oleh El Fesfanji – melalui kiriman emel dari Schanizan ) 




Dengan rahmat dan kurniaan Allah SWT, saya telah menulis beberapa siri artikel tentang saka. Sama ada dalam buku, majalah atau blog, kesemua tulisa-tulisan tersebut, meskipun di lihat sebagai perbincangan yang boleh di kategorikan dalam perubatan, tetapi sebenarnya lebih menjurus kepada perbincangan tasauf (hati) walaupun dalam bentuk yang berbeza dari pendekatan yang digunakan oleh Imam Ghazali dan lain-lain tokoh besart tasauf, tetapi maksudnya tetap juga sama iaitu untuk mengajak masyarakat membersihkan jiwa daripada kekotoran sehingga dapat melihat jalan Allah yang sepatutnya setiap manusia mesti berada di situ.

Maka dalam siri ini pula, saya berhasrat dan berdoa kepada Allah SWT sebanyak-banyaknya supaya dapat memanjangkan lagi perbincangan tajuk tasauf yang besar itu kepada sudut pembukaan Sirr. Sebenarnya ada banyak kitab yang di beri jodol mukasyafah termasuklah karya Imam Ghazali dan Ibn Arabi. membincangkan tentang apa  itu Sirr.

Meskipun telah  dibincangkan secara meluas dalam masyarakat kita sama ada di masjid, surau dan tempat-tempat tazkirah, tetapi perbincangan itu masih bersifat teori yang mana bila sampai kepada peringkat penghayatan, kita mendapati amat banyak kekeliruan dan salah faham yang menyebabkan ia tidak boleh di aplikasikan sepenuhnya dalam kehidupan dan dalam diri sendiri.  

Sebagai contoh, masyarakat kita amat keliru dengan apa yang di namakan sebagai silat gerak. Dalam masyarakat kita, ilmu ini adalah satu cabang ilmu persilatan kebatinan yang amat diminati oleh ramai pihak kerana ia mengajarkan ilmu persilatan dengan senang dan mudah. Tetapi banyak pro dan kontra berkenaan dengannya. Walaupun silat gerak ada bermacam nama dan kumpulan, sebagai mana terdapat berbagai nama kumpulan tarikat dalam sejarah pembanguanan masyarakat Islam, di satu sudut ia ditentang—namun  di satu sudut lain ia tetap hidup subur dalam masyarakat.

Kekeliruan yang membingungkan ini perlu dirungkai dengan memahami hal itu sedalam-dalamnya.

Contoh lain berkenaan dengan pembukaan Sirr ialah berlakunya gila isim kepada pengamal-pengamal zikir sehingga menyebabkan orang ramai takut untuk mendekati kumpulan zikir.

Pernah terjadi di salah sebuah sekolah menengah di Rawang, seorang pelajar tingkatan tiga diserang histeria, rasukan atau namakan sahaja dengan apa-apa namapun. Menurut kawan-kawannya, pelajar tersebut ada beramal ilmu silat gerak. Kerana itu dia meracau dan cakapnya tidak tentu butir lagi.

Maka puan pengetua telah mengarahkan seorang ustaz supaya menghembus sekuat-kuatnya bagi menghalau jin yang melekat pada badan pelajar tersebut. Hampir sepuluh kali puan pengetua itu berpesan kepada ustaz tersebut supaya mengingatkan pelajar tersebut supaya jangan lagi mempelajari ilmu yang karut marut, “Inilah akibatnya, jin dah masuk dalam tubuh kamu,” kata pengetua.

Ahkirnya pelajar tersebut berjaya di sedarkan.

Maka hebohlah dalam masyarakat Rawang bahawa ustaz tersebut melarang mempelajari silat gerak tersebut. Dua tahun kemudian, hal ini menjadi semakin membesar. Pada suatu hari, guru silat gerak tersebut datang ke sekolah menemui ustaz.

Umurnya menjangkau 65 tahun. “Panggil saja saya ni Pak Long. Itulah panggilan orang kampung pada saya,” katanya memperkenalkan diri.

“Mana dalil haram belajar ilmu  zikir ALLAH ALLAH ALLAH yang kami ajarkan kepada anak buah kami ini, Ustaz?” tanya guru silat. “Kalau benar zikir ALLAH ALLAH itu  haram memang kami tidak mahu mengajarkan lagi, bahkan kami sendiri juga tidak mahu mengamalkannya, Ustaz. Pada pandangan kami, ilmu ini betul, kalau tidak takkanlah kami nak ajarkan kepada anak-anak orang kampung ini ilmu sesat“.

Ustaz itu menjelaskan, “Sepanjang saya belajar ilmu agama dengan guru saya, membuat persediaan jihad adalah wajib berdalilkan firman Allah. Saya tidak kata zikir ALLAH ALLAH ALLAH itu haram. Saya menyuruh pelajar saya menumpukan perhatian kepada pelajaran sahaja.“

“Ilmu sekolah ini ilmu zahir saja, ustaz, ilmu kulit, ada tak apa tak ada pun tak apa. Tapi ilmu haq ini mesti kita bekalkan kerana kita akan mengadap Allah,“ tambah guru silat tersebut lembut. Akhirnya ustaz mengakui kebenaran kata-kata guru tersebut.

“Jadi saya nak kepastian ilmu yang saya ajar ini haram atau tidak, ustaz, saya juga nak ustaz berperanan membantu saya menyebarkan ilmu zikir ALLAH ALLAH ini sekiranya ia baik  atau mengharamkannya terus  sekiranya ia adalah sesat “ kata guru silat, menambahkan lagi pening kepala ustaz tersebut.

Guru silat itu menjelaskan, “Budak itu asalnya nakal. Telah ada banyak syaitan dalam badannya. Bukan sahaja dia malah ibu bapanya tidak pernah cukup sembahyang dan puasa. Kerana itu saya mengajak dia bersembahyang, berpuasa, berzikir dengan memujuk bahawa dia akan jadi kuat macam Khalid Ibn Walid. Tujuannya tidak lain, hanya supaya dia dapat membaiki kehidupan keluarganya yang jauh tersasar dari landasan syariat. Itulah sebabnya bila mana budak tersebut berzikir ALLAH ALLAH ALLAH syaitan yang telah lama bersebati di dalam dirinya mengamuk menyebabkan orang ramai menyangka syaitan itu datang daripada ilmu yang di pelajari daripada saya. Padahal saya mengajarkan dia berzikir ALLAH ALLAH ALLAH melalui pembukaan Sirr semata-mata. Memang bijak syaitan berpura-pura sehingga ahli agama berjaya dilaga-lagakan antara satu sama lain“.

Dalam membincangkan tentang pembukaan Sirr ada beberapa perkara yang perlu dilihat.

Benarkah kata-kata Pak Long, syaitan yang telah lama bersebati dalam diri budak itu yang marah kerana dia bersedia  hendak berubah dengan mengamalkan zikir ALLAH, ALLAH sehingga merasai kepanasan berada dalam tubuh pelajar tersebut?

Bagaimanakah ia dilakukan? Apakah hakikat Sirr dalam badan manusia? Bagaimana Pak Long melakukan sehingga terhasilnya silat gerak dalam diri pelajar tersebut? Gerak itu datang dari mana? Dari jinkah, dari dalam dirikah, dari zikir ALLAH ALLAH ALLAH kah? Dari mana?

Soalan 1: Di mana salahnya zikir Allah Allah....

Zikir Allah Allah… tidak salah, malah sangat baik jika dikerjakan KERANA ALLAH. Tapi zikir Allah Allah….. akan mengundang syaitan jika dikerjakan kerana hendakkan gerak silat. Berapakah peratusan seorang remaja tingkatan tiga beramal zikir Allah Allah kerana Allah, berbanding untuk mendapat gerak silat? Di situlah silapnya...

Soalan 2 : Dari mana datangnya gerak silat?
Terdapat banyak riwayat menceritakan para sahabat berlatih seni tempur pada zaman Rasullullah s.a.w sendiri. Kalau ada gerak dari zikir dengan pembukaan sirr, tentu Rasullullah s.a.w adalah orang pertama yang mengamalkannya.

Tidak dinafikan, apabila terbuka sirr kadangkala terjadi karamah yang mencarik adat. Tetapi karamah yang mencarik adat adalah anugerah dari Allah s.w.t. Ada para wali yang boleh membaca hati orang, ada para wali yang boleh berjalan atas air, ada para wali yang boleh berada di beberapa tempat pada satu masa.

Yang utama di sini: Tiada seorang pun para wali boleh demand karamah apa yang mereka mahu. Semuanya pasrah dengan apa saja yang dikurniakan oleh Allah.

Jadi, kalau kita mampu demand karamah dari jenis gerak silat dengan amalan kita, sedangkan para wali pun tidak mampu hendak demand karamah yang terjadi pada diri mereka, dari mana datangnya gerak tersebut?

Bak kata orang-orang muda zaman sekarang, Lu pikirlah sendiri....

Wallahualam.

No comments:

Post a Comment