serenemaklong.blogspot.com
SALAM HORMAT kepada para pengunjung semua.
Saya ingin mengutarakan satu soalan sahaja: Mengapa umat Islam akhir zaman lemah? Mengapa umat Islam sekarang mudah diperkotak-katikkan oleh umat lain? Sebabnya ialah:
·
kita mengambil undang-undang Inggeris, bukan
Al-Quran dan Sunnah sebagai sumber utama perlembagaan negara.
·
kita mengamalkan riba dalam kehidupan
harian.
·
ramai umat Islam liat mematuhi perintah Allah
SWT dan pesanan Rasulullah saw.
Perlembagaan bersumber Knights Templar
Sumber dan pemakaian undang-undang kita berdasarkan undang-undang Inggeris yang dikuasai Freemason.
Freemason, Illuminati atau lebih dikenali Knights Templar adalah musuh umat Islam dalam Perang Salib. Ikuti sejarahnya dalam: Secret Societies of America’s Elite – From Knights Templar to Skull and Bones (audio book), dan Global Freemasonry by Harun Yahya
Knights Templar menyembah Baphomet, mengamalkan seks sihir dan homoseksual. Simbol Baphoment digunakan Knights Templar sebagai mewakili Lucifer, iaitu Iblis dengan kitab mereka The Satanic Bible. Mereka ditangkap dan dihukum di Perancis apabila murtad Kristian kerana mempelajari dan mengamalkan sihir purba Kabbalah dari Babylon (Babil).
Mereka (membelakangkan kitab Allah) dan mengikut ajaran sihir yang dibacakan oleh puak-puak Syaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu, akan tetapi puak-puak Syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya); kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat: Harut dan Marut, di negeri Babil (Babylon), sedang mereka berdua tidak mengajar seorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata “Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya)”. Dalam pada itu ada juga orang mempelajari dari mereka berdua… Dan demi sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu) telahpun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian yang baik di akhirat – al Baqarah 102 .
Mereka berjaya melepaskan diri ke Scotland dan menukar identiti kepada Freemason bagi mengelak dikenali ramai. Knights Templar kemudian menguasai England, Perancis dan Amerika Syarikat. Dengan penguasaan negara besar, mereka kemudian menjajah negara Islam dan lainnya.
Knights Templar kemudiannya memberikan kemerdekaan mudah kepada semua jajahannya tanpa kemunasabahan. Ini kerana mereka berundur atas dasar strategi apabila berjaya menyemai benih ke dalam sistem eksekutif, kehakiman dan perundangan yang berupaya membentuk polisi untuk menguasai tubuh, minda dan jiwa umat dunia, terutama umat Islam.
Mereka membentuk ekonomi kapitalis dan pembentukan negara bercorak sekular. Sistem ini bertujuan memperhambakan negara dan masyarakat, serta menukarkan agama rakyat kepada Lucifer (Iblis). Wahana yang digunakan bagi mencapai objektif mereka ialah undang-undang. Mereka menggunakan Perlembagaan untuk mengenepikan Al-Quran dan Sunnah dan memberi kuasa ke atas pemakaian undang-undang Statutori dan Common Law, dan pematuhan keputusan Mahkamah mereka.
Sejak itu, hakim membuat keputusan berdasarkan undang-undang Knights Templar yang berobjektif memperhambakan umat Islam melalui monopoli kapitalis dan menukarkan agama Islam kepada agama Lucifer (Iblis). Mereka meletakkan konsep “precedent” dan hakim tidak berupaya membuat keputusan bercanggah keputusan mereka. Undang-undang mereka dipakai tanpa diselarikan dengan Al-Quran dan Hadis.
Penyelesaian
Wahyu pertama memerintahkan umat Islam mencari ilmu (“Bacalah Muhammad “; Surah Al-Alaq:1). Oleh itu penyelesaian utama ialah ilmu. Ilmu akan mengejutkan umat Islam daripada kelekaan dan tidur yang panjang ini. Ilmu terpenting ialah mengetahui sejarah dan strategi penyembah Iblis Knights Templar yang menguasai tubuh, minda dan jiwa umat Islam.
New World Religion dan kesannya
Hence to fight and conquer in all your battles is not supreme excellence. Supreme excellence consists of breaking the enemy’s resistence without fighting - Sun Tzu Art of War.
New World Order diguna untuk membentuk masyarakat yang berpegang teguh kepada satu agama, iaitu New World Religion.
Knights Templar berjaya membentuk New World Religion melalui undang-undang yang mencorakkan kehidupan umat Islam kepada masyarakat beragama di mulut tetapi memeluk agama Lucifer (Iblis) di segi perbuatan dan hati yang ditonjolkan di dalam kehidupan harian.
Luciferianism is the product of religious engineering, which sociologist William Sims Bainbridge defines as “the conscious, systematic, skilled creation of a new religion.(New Religions, Science and Secularization). No pagination. In actuality, this is a tradition that even precedes Bainbridge. It has been the practice of Freemasonry for years. It was also the practice of Masonry’s religious and philosophical progenitors, the ancient pagan Mystery cults -Luciferianism: The Religion of Apotheosis.
Pelbagai bangsa dan agama memeluk agama sekular. Akibatnya dan tanpa disedari, lahirlah ulama, paderi, sami dan pelbagai ketua agama mengamalkan agama sekular. Pengaruh ini menular dalam institusi keagamaan, kerajaan, pendidikan dan media massa. Ia menular kepada masyarakat dan remaja hinggakan mereka tidak takut mati di jalanan demi hiburan, serta bertindak memuja syaitan. Bapa sanggup merogol anak kandung sendiri dan berkongsi dengan rakan. Kanak-kanak kecil melakukan jenayah, seks liar dan hidup di jalanan. Berzina atas Al-Quran menjadi kebanggaan. Kes merogol kanak-kanak bawah 5 tahun menjadi-jadi sehinggakan tidak selamat membiarkan anak bermain di taman. Terdapat banyak kejadian yang sangat pelik dan tidak dapat difahami.
Penerapan Syariah dalam Perlembagaan
Di dalam The Star, Jumaat 24 Ogos 2007 bertajuk “Penerapan syariah ganti Common Law“, Menteri di Jabatan Perdana Menteri ketika itu, Datuk Dr. Abdullah Md. Zin mengulas kenyataan Peguam Negara ketika itu, Tan Sri Abdul Gani Patail bahawa sudah tiba masanya untuk semua pihak memikirkan sumber lain selain Common Law Inggeris bagi mendapatkan prinsip-prinsip keadilan. Ketua Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim mencadangkan agar rujukan kepada Common Law Inggeris dimansuhkan daripada undang-undang sivil negara ini kerana ia menggambarkan minda pengamal undang-undang tempatan yang masih terjajah. Maka langkah lebih serius perlu diambil bagi mengembalikan kekuatan umat dengan meletakkan Al-Quran dan Sunnah sebagai sumber undang-undang utama. Ini dapat dicapai dengan meminda Artikel 4 Perlembagaan Malaysia. Contoh pindaan seperti di bawah:–
“..God’s Book and the Sunnah of His Prophet (peace be upon him) is the Constitution of the Federation and any law which is INCONSISTENT with this Constitution shall, to the extent of the inconsistency, BE VOID..”
Pindaan akan beransur-ansur membatalkan undang-undang bercanggah Al-Quran dan Sunnah. Sistem Mahkamah beransur-ansur merujuk undang-undang Arab Saudi atau negara Islam yang mengamalkan Al-Quran dan Hadis sebagai undang-undang.
Kepentingan mengubah undang-undang dan sistem perlembagaan
Pentingkah kita meminda Artikel 4 Perlembagaan Malaysia? Kepentingannya dinyatakan Allah SWT:
Sesudah itu, patutkah mereka berkehendak lagi kepada hukum Jahiliyah? Padahal kepada orang-orang yang penuh keyakinan – tidak ada siapa boleh membuat hukum yang lebih baik daripada Allah - al-Ma’idah: 50
…dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah, maka mereka itulah orang-orang kafir.. - al-Ma’idah: 44
Maksud keterangan di atas cukup jelas. Namun ramai yang gemar berhujah bahawa Yahudi dan Kristian lebih bijak membuat undang-undang daripada Allah. Mereka gemar berhujah undang-undang Allah tidak sesuai. Adakah mereka ini beriman dengan Al-Quran? Inilah bukti keimanan dan penjajahan tubuh, minda dan jiwa oleh Knights Templar. Segala cara kehidupan dan sistem mereka adalah terbaik dan mengatasi kehebatan agama Allah SWT. Kesannya mereka ditempatkan di neraka selama-lamanya, sama seperti saudara mereka.
Mereka lupa bahawa Allah dengan sekelip mata sahaja boleh mendapat kemenangan tanpa pertolongan sesiapa. Ketika ini masing-masing bebas berjuang atau berhujah, namun akan tiba satu hari nanti bila ia bakal didengar kembali di Mahkamah Terakhir.
Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahankan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padalah kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang sungguh beriman – Ali-Imran:139
Hampir keseluruhan sistem hari ini berasaskan sistem Knights Templar. Mereka diambil sebagai aulia dan sistem ini dipertahankan tanpa mengikut batasan agama. Kesannya umat Islam hidup dan dimatikan sebagai Kristian dan Yahudi. Dapatkah kita keluar dari neraka jika dimatikan sebagai Yahudi dan Kristian? Jawabnya - Tidak.
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai aulia, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain. Dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka aulia, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka - al-Maa’idah:51
Pada zaman dahulu, Yahudi dan Kristian bukan teman rapat, kerana Kristian mendakwa Yahudi membunuh Jesus, tuhan mereka. Namun pada hari ini Yahudi dan Kristian bekerjasama menguasai dunia.
Oleh itu bagi orang yang mengagung-agungkan sistem dan cara hidup mereka, Allah akan makbulkan doanya dan membiarkan dia mati sebagai Yahudi dan Kristian. Mereka kekal di neraka selama-lamanya kerana mengamalkan syirik dan menyekutukan Allah SWT.
Syeikh Imran Hossein menerangkan sistem negara sekular dan syirik seperti berikut:
Among those institutions was the modern secular state that was built on the foundations of Shirk (i.e. blasphemy)… that civilization no longer recognized the God of Abraham (‘alaihi al-Salām) as Sovereign. It no longer recognized His Authority and His Law as Supreme. The ‘modern secular state’ was now recognized as sovereign and that was Shirk. The authority and law of the modern secular state were now recognized as supreme and that also was Shirk. The state had the authority to declare Halāl (i.e. legal and permissible) that which the God of Abraham (‘alaihi al-Salām) had declared to be Harām (illegal and prohibited) and it proceeded to do so and that also was Shirk…”; An Islamic View of Gog and Magog in the Modern World (p.62)
Pandangan beliau berdasarkan rujukan kepada surah al-Kahfi dan al-Israa.
Tidak ada bagi penduduk langit dan bumi pengurus selain daripadaNya dan Ia tidak menjadikan sesiapapun masuk campur dalam hukumNya- al-Kahfi:26
Dan katakanlah: “Segala puji tertentu bagi Allah yang tiada mempunyai anak, dan tiada bagiNya sekutu dalam urusan kerajaanNya, dan tiada bagiNya penolong disebabkan sesuatu kelemahanNya; dan hendaklah engkau membesarkan serta memuliakanNya dengan bersungguh-sungguh!- al-Israa:111.
(Sumber: Internet)
No comments:
Post a Comment