Thursday, April 26, 2012

Bersyukur Dengan Apa Jua Kurnianya




MANUSIA patut  bersyukur dengan nikmat yang Allah kurniakan - kesihatan, kediaman, keluarga, rakan, pekerjaan, keamanan negara, hutan yang hijau, udara, air,apa-apa sahaja.

Dunia ini beserta segala apa yang ada di dalamnya diciptakan untuk kita. Jangan sedih bila kehilangan sesuatu - ada banyak nikmat lain yang patut disyukuri.    
 
Mungkin berjalan dengan kedua kaki kita anggap biasa, ada manusia lain yang tidak berkaki.



Mungkin kita enak menjamu selera, ada manusia lain yang kebuluran. 

Telinga kita tidak pekak, mata kita tidak buta, kulit kita cantik bersih.

Akal kita waras – tidak ada penyakit nyanyuk atau gila.

Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan? – Surah Ar-Rahman: ayat 13.

Mungkinkah ada orang yang menukar semua itu untuk sesuatu yang lain – mungkin  emas segedung berlian segunung? Mungkin juga - seorang remaja di China menjual sebelah buah pinggangnya untuk membeli telefon bimbit!

Bayangkan jika telefon itu rosak, buah pinggang yang sebelah itu pun tidak berfungsi, nafas semakin semput, bolehkah dia online dengan Tuhannya untuk mendapat kembali apa yang telah ditukarkannya?    

No comments:

Post a Comment