Sunday, October 23, 2016
DUIT Oh DUIT
Salam perkenalan,
Nama aku : DUIT
Nama lain : Wang
Nama samaran : pitis
Nama bahasa orang putih : money
Wajahku biasa sahaja. Fizikalku pula sangat lemah, namun aku boleh memporakperandakan penghuni dunia dengan sekelip mata. Aku juga "BOLEH" mengubah perilakumu dan manusia dari baik menjadi jahat, kerana manusia sentiasa mengejar dan mengidolakan aku. Ramai orang berubah keperibadiannya kerana aku. Ada yang mengkhianati sahabatnya. Ada yang sanggup menjual tubuh badannya, bahkan ada yang sanggup meninggalkan keyakinan imannya, demi mengejar aku. Hebat, kan aku ?
Aku tidak memahami perbezaan antara orang yang soleh dan jahat, Tetapi manusia menggunakan aku untuk mendapatkan darjat, menentukan kaya atau miskin dan rasa dihormati atau terhina. Aku bukan iblis, tetapi orang selalu melakukan perkara yang keji demi mengejar aku.
Aku juga bukan orang ketiga, tetapi ramai suami isteri bercerai gara-gara mengejar aku. Adik beradik bergaduh dan saling membenci kerana aku. Anak dan orang tuanya berselisih faham gara-gara aku.
Sangat jelas aku juga bukan Allah, tetapi manusia sanggup menyembah aku seperti Allah, bahkan kerap kali hamba-hamba Allah lebih menghormati aku, padahal ramai ulama sudah pesan jangan jadi hamba DUIT.
Aku tidak pernah mengorbankan diriku untuk sesiapa pun, tetapi ramai orang sanggup mati demi aku. Suka aku ingatkan, aku boleh ditukar untuk menjadi resit ubat kamu, namun aku tak mampu untuk memanjangkan umur kamu. Bila suatu hari nanti kamu dijemput oleh Allah S.W.T., aku tak boleh menemani kamu. Apalagi untuk menjadi penebus dosa kamu. Kamu mesti berdepan dengan Allah S.W.T. sendirian tanpa aku. Saat itu, Allah pasti akan mulakan penghitungan dengan kamu. Adakah selama hidup kamu MENGGUNAKAN aku ke jalan yang baik, atau sebaliknya MENJADIKAN aku sebagai Tuhan?
INI AMANAT AKHIRKU:
Aku "TIDAK ADA DI SYURGA". Jangan cari aku di sana.
CADANGAN AKU :
1. Jangan terlalu sayangkan aku.
2. Jangan lupa gunakan aku untuk bayar Zakat. Infakkan aku selalu. Sedekahkan aku selalu supaya aku menjadikan hidupmu lebih "BAROKAH" di dunia dan akhirat.
~ Imbangi Antara Pemburuan Dunia Dan Akhirat ~
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment