Tuesday, October 18, 2016

Al Quran Makanan Rohani



Ustaz Dusuki Abdul Rani melontarkan pertanyaan, ""Berapa kali kita kena baca Al-Quran dalam sehari? Kita kena baca Al-Quran sebanyak bilangan kita makan dalam sehari.Kita makan untuk jasad yang akan mereput suatu hari nanti, tetapi kita baca Al-Quran untuk roh yang akan terus hidup."

"Rasulullah s.a.w menceritakan dalam hadith baginda bahawa tatkala kematian berlaku pada seorang anak Adam, Al-Quran akan mula keluar dari jasadnya dan berada pada hujung kepalanya dengan syarat apabila Al-Quran dibaca setiap hari sebelum subuh.Apabila jasad kita dimandikan dan dikafankan, Al-Quran akan duduk diantara dada dan kain kafan yang membalut jasad kita sehingga diusung ke kubur.Apabila turun ke liang lahad dan dikebumikan sampai paras lutut, malaikat Munkar & Nakir akan bergerak ke hadapan wajah kita dan menghalau amalan-amalan seperti solat, puasa,zakat,haji.Tetapi hanya satu sahaja malaikat tak boleh halau iaitu amalan membaca Al-Quran sebelum subuh."

Al-Quran yang dibaca sepanjang hidup kita akan menjadi peguambela untuk menjawab soalan-soalan malaikat Munkar dan Nakir yang diajukan kepada kita. Oleh itu, hiduplah dengan Al-Quran setiap hari dan jangan biarkan Al-Quran hanya menjadi hiasan di rak buku dan disimpan di dalam almari."

No comments:

Post a Comment