Sunday, October 9, 2016

Dr Fauziah -Tawakal Pada Allah


"....Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan serta digoncangkan (dengan berbagai cubaan) sehingga berkatalah rasul dan orang yang beriman bersamanya: 'Bilakah datangnya pertolongan Allah?' Ingatlah, sesungguhnya PERTOLONGAN ALLAH ITU AMAT DEKAT." (Al Baqarah ayat 214).


Allah berkuasa di atas segala
Tidak terjangkau dek fikiran manusia
Tidak terhad oleh realiti hamba
Meskipun mustahil caranya
Meskipun mustahil masanya
Meskipun mustahil tempatnya
Hidup dan mati Dialah penentunya

La hawla wala quwwataillabillah


Wakil tunggal Malaysia dalam misi 'Women's Boat to Gaza' Dr Fauziah Mohd Hasan menganggap misinya berjaya mencapai matlamat meskipun tidak sampai ke Gaza. Insiden yang berlaku terhadap kapal Zaytouna-Oliva telah membuka mata masyarakat dunia untuk terus berusaha membebaskan Palestin daripada kepungan rejim Zionis. Usaha itu tidak akan terhenti, malah satu perjumpaan bersama semua 13 aktivis wanita yang ditawan tentera Israel akan diadakan di Stockholm, Sweden pada Mac tahun depan.


Perjalanan mereka bermula pada 14 September dari pelabuhan Vell di Barcelona dan berhenti di Ajaccio, Perancis selepas pusingan pertama sebelum belayar ke Messina, Itali untuk pusingan kedua. Namun Kapal Zaytouna-Oliva yang membawa Dr Fauziah dan 12 anggota misi lain dalam perjalanan menuju ke Gaza dikepung rejim Zionis di perairan antarabangsa sebelum ditahan dan ditunda tentera Israel ke Pelabuhan Ashdod.

Saluran satelit mereka disekat, sekali gus memutuskan segala komunikasi termasuk penggunaan aplikasi WhatsApp apabila di kawasan perairan kurang 50 batu nautika dari Gaza. Segala alat dan peranti komunikasi seperti komputer riba dan iPad dicampak ke laut setelah mengesyaki kapal Israel menghampiri bot mereka.

"Memang tiada sebarang komunikasi langsung. Ini agar mereka tidak boleh dapat apa yang kami ada."

Beliau ditahan dalam sel kecil yang hanya muat 3 orang kerana enggan menandatangani dokumen berkaitan penghantaran pulang (deportation order). "Kami telah diberi latihan untuk tidak tandatangan apa apa."

Latihan dan persediaan dari segi minda dan fizikal banyak membantu Dr Fauziah untuk sentiasa dalam keadaan tenang, walaupun tahu akan menghadapi pelbagai cabaran dan rintangan.

"Amat penting untuk kita menjadi seorang yang amat tenang kerana apabila kita tenang, kita tidak takut, tidak marah dan kita waras."






No comments:

Post a Comment