Sunday, October 23, 2016

Doa Mengelak Angin Ahmar


Pada satu ketika ketika Nabi Allah Sulaiman sedang duduk di singgahsananya, maka datang satu lembaga yang cukup besar. Nabi Allah Sulaiman bertanya, "Siapakah engkau?"

Maka dijawab oleh lembaga tersebut, "Akulah Rihul Ahmar. Bila aku memasuki rongga anak adam, maka lumpuhlah dia dan keluar darah dari rongganya. Apabila aku memasuki otak anak adam, maka dia menjadi gila."

Nabi Sulaiman a.s memerintahkan lembaga itu dibakar. Kata Rihul Ahmar, "Aku kekal sehingga hari kiamat, tiada sesiapa yang dapat membinasakan
aku melainkan Allah." Lalu Rihul Ahmar pun ghaib.

Diriwayatkan cucunda Nabi Muhammad s.a.w. terkena Rihul Ahmar sehingga keluar darah dari rongga hidungnya. Maka datanglah Jibril, lalu Nabi s.a.w. bertanya kepada Jibril. Maka Jibril ghaib sebentar dan kembali mengajarkan doa Rihul Ahmar kepada Nabi s.a.w.. Doa tersebut dibacakan kepada cucundanya dan dengan sekejap jua sembuh serta merta. Lalu bersabda Nabi s.a.w. bahawa barang siapa membaca doa angin ahmar, walaupun sekali dalam seumur hidupnya, maka akan dijauhkan dari penyakit ANGIN AHMAR (STROK).

*DOA MERAWAT ANGIN AHNAR DAN PENYAKIT KRONIK*

"Allahumma inni a'uzubika minarrihil ahmar, waddamil aswad, waddail akbar".

Erti: Ya Allah tuhanku lindungi aku dari angin merah dan lindungi aku dari darah hitam (strok) dan dari penyakit berat.

Semoga kita semua sihat sejahtera..Aamiin..

No comments:

Post a Comment