Wednesday, October 26, 2016

Brain Damaging Habits


BRAIN DAMAGING HABITS

1. No Breakfast
People who do not take breakfast are going to have a lower blood sugar level. This leads to an insufficient supply of nutrients to the brain causing brain degeneration.

2. Overeating
It causes hardening of the brain arteries, leading to a decrease in mental power.

3. Smoking
It causes multiple brain shrinkage and may lead to Alzheimer disease.

4. High Sugar consumption
Too much sugar will interrupt the absorption of proteins and nutrients causing malnutrition and may interfere with brain development.

5. Air Pollution
The brain is the largest oxygen consumer in our body. Inhaling polluted air decreases the supply of oxygen to the brain, bringing about a decrease in brain efficiency.

6. Sleep Deprivation
Sleep allows our brain to rest. Long term deprivation from sleep will accelerate the death of brain cells.

7. Head covered while sleeping
Sleeping with the head covered increases the concentration of carbon dioxide and decrease concentration of oxygen that may lead to brain damaging effects.

8. Working your brain during illness
Working hard or studying with sickness may lead to a decrease in effectiveness of the brain as well as damage the brain.

9. Lacking in stimulating thoughts
Thinking is the best way to train our brain, lacking in brain stimulation thoughts may cause brain shrinkage.

10. Talking Rarely
Intellectual conversations will promote the efficiency of the brain.

Share This Helpful Information With Your Beloved Ones.

Akibat Tamak


Seorang raja yang adil dan baik hati berasa rungsing kerana urusan pemerintahan baginda sering terjejas akibat perbuatan seorang menterinya yang tamak dan kaki rasuah.

Walaupun telah didesak berkali-kali supaya baginda mengenakan tindakan ke atas menteri itu, namun baginda masih berdiam diri.

Baginda sedar hendak menghukumnya bukan mudah kerana menteri itu mempunyai rangkaian perhubungan yang sangat kuat di kalangan sesama menteri dan angkatan tentera.

Pada suatu hari baginda bertitah kepada menteri tersebut.

"Hari ini kamu akan dikurniakan dengan satu kurniaan yang besar iaitu tanah."

"Terima kasih, tuanku. Boleh patik tahu seluas mana tanah itu?"

"Begini, selepas subuh esok kamu berjalanlah dari pintu pagar istana ini sejauh mana yang kamu terdaya dan pulang semula sebelum zohor. Sejauh mana kamu mampu berjalan dan balik semula ke sini maka seluas itulah tanah yang akan dikurniakan kepada kamu."

Menteri itu sungguh gembira sehingga tidak perasan wajah-wajah pembesar lain yang sedang mencemik.

Keesokannya dia pun memulakan perjalanan ke satu arah. Jauh dan semakin jauh. Fikirnya, lebih jauh dia pergi, lebih luaslah tanah yang dia akan dapat.

Tiba waktu zohor, raja dan para pembesar istana menunggu kepulangannya. Namun dia tidak juga sampai walaupun selepas solat zohor berjemaah.

Menjelang petang seorang pengawal tiba-tiba datang mengadap.

"Tuanku, menteri telah jatuh pengsan dan nazak ketika dalam perjalanan menjauh dari sini."

Ha...? Suara kehairanan serentak bergema di seluruh istana! Namun, raja hanya tersenyum.

Pengajaran:

Sifat tamak telah mendorongnya pergi semakin jauh sehingga tidak terfikir untuk pulang. Dia dihukum oleh sifat tamak itu sendiri.

Tepat Wawasan Lurus Tindakan


Seorang raja telah digulingkan dan kemudian diracun oleh konspirasi menteri-menteri kanannya. Anaknya yang masih remaja tidak dibunuh kerana kumpulan menteri itu takut rakyat bangkit memberontak.

Para menteri berpakat hendak menggagalkan peluang tuan putera menaiki takhta menggantikan ayahnya dengan berusaha untuk merosakkan penampilan diri dan keperibadiannya.

Baginda ditempatkan di sebuah rumah mewah di pinggir kota buat suatu tempoh tertentu kononnya untuk mempersiapkan baginda sebelum menaiki takhta.

Setiap hari baginda dihidangkan dengan arak dan pelbagai makanan lazat, dihiburkan dengan persembahan muzik dan tarian menggiurkan dari sekumpulan wanita yang cantik menggoda.

Selepas tempoh itu para menteri pergi melawat baginda. Apa yang mereka lihat sungguh mengejutkan. Lantas mereka mengajukan berbagai soalan.

"Tuanku Putera tak makankah makanan lazat yang kami beri?"

"Saya makan tapi hanya sekadar saja."

"Tuanku Putera tak sukakah dengan hiburan menggoda dari wanita-wanita cantik itu?"

"Saya menahan diri dari perkara-perkara yang melalaikan."

" Kenapa terlalu berhati-hati?"

"Saya tidak boleh merosakkan diri sendiri kerana saya bakal menjadi raja! Seorang raja mestilah SIHAT, KUAT IMAN DAN BERAKHLAK BAIK untuk menjaga kebajikan rakyat jelata. SAYA DILAHIRKAN UNTUK MENJADI SEORANG RAJA!"

Pengajaran:

Wawasan yang tepat dan jelas di dalam jiwa mampu mendorong tindakan yang selari dengan kehendak diri. Fokus tidak akan tergugat oleh sebarang elemen negatif.

(Angguk Geleng)

Tazkirah Pendek


Suatu hari, seorang pelajar bertanya kepada gurunya, "Bagaimana caranya hendak mendapatkan sesuatu yang paling sempurna dalam hidup?"

Jawab guru, "Berjalanlah lurus di taman bunga, kemudian petiklah bunga yang paling indah menurutmu dan jangan patah balik ke belakang!"

Setelah berjalan dan sampai di hujung taman, si pelajar kembali dengan hampa.

Guru bertanya, "Mengapa kamu tidak mendapatkan bunga satu pun?"

"Sebenarnya tadi saya sudah jumpa, tapi saya tak memetiknya kerana saya fikir mungkin di depan nanti ada yang lebih indah. Tapi bila sampai di hujung, baru saya sedar bunga yang mula-mula itu yang TERINDAH. Saya dah tak boleh berpatah ke belakang lagi!"

Sambil tersenyum, Guru berkata, "Ya, itulah hidup. Semakin kita mencari kesempurnaan, semakin pula kita tak akan pernah mendapatkannya. Kerana kesempurnaan yang hakiki tak pernah ada. Yang ada hanya keikhlasan hati kita untuk menerima kekurangan."

• Bila tidak kuasa memberi, jangan mengambil.
• Bila mengasihi terlalu sukar dan sulit, jangan membenci.
• Bila tidak mampu menghibur orang, jangan membuatnya sedih.
• Bila rasa susah hendak meringankan beban orang lain, jangan 
  mempersulitkan/memberatkannya.
• Bila tidak sanggup memuji, jangan mengeji.
• Bila tidak mampu menghargai, jangan menghina.

JANGAN MENCARI KESEMPURNAAN, sebaliknya sempurnakanlah apa yang telah ada. BERSYUKUR DENGAN APA YANG ADA, DI SAMPING BERUSAHA MENDAPATKAN APA YANG KITA INGINKAN. BUKAN DENGAN ANGAN-ANGAN, TETAPI DENGAN TINDAKAN.

Nasihat Tuan Guru Haron Din



Nasihat Tuan Guru Haron Din:

1. Allah bertanya kepada Nabi Musa,"Apa yang ada di tanganmu itu?"
Jawab Musa, "Ini tongkatku, aku gunakan untuk berjalan dan aku gunakan untuk memukul daun-daun kayu supaya gugur untuk kambing-kambingku."

Kenapa Allah masih bertanya Nabi Musa sedangkan Allah Maha Mengetahui? Kerana... begitulah cara Allah bermesra dengan Nabi-Nya walaupun Allah sudah tahu namun Allah tetap bertanya.

2. "Kita sedang jemur pakaian, datanglah seorang jiran bertanya, "Buat apa tu?" Kita pula menjawab "Tengah masak!"

Itu tidak patut. Jiran bukan tidak tahu apa yang kita buat. Dia sengaja hendak bermesra dengan kita. Tapi kita pula balas dengan sindiran.

3. "Saya ada RM 1, awak ada RM 1. Kalau kita tukar suka sama suka RM 1 itu, kita masih lagi ada RM 1 masing-masing.Tapi, kalau saya ada 1 ilmu
dan awak 1 ilmu, kemudian kita bertukar-tukar ilmu itu, masing-masing akan ada 2 ilmu".

4. Saya bertanya, "Kenapa selalu minum air di masjid/surau padahal air tu di rumah awak kan ada?"
Dia jawab, "Supaya orang yang letak air di masjid/surau diberi ganjaran oleh Allah."

5. Bilamana sampai kepada kita gosip tentang seseorang, biarlah gosip tu terhenti setakat itu saja. Jangan disampaikan kepada orang lain.

Jika berita itu berhenti setakat kita saja, bermakna kita dapat pahala sebab menutup aib orang. Barangsiapa menutup aib mana-mana muslim, Allah akan tutup juga aibnya juga.

6. 3 doa yang wajar dibaca semasa sujud:

a) Ya Allah, aku mohon kepada-Mu pengakhiran yang baik.

b) Ya Allah, kurniakanlah kepadaku taubat nasuha sebelum aku mati.

c) Wahai Allah yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hatiku atas agama-Mu.

Bila kita berniat hendak sebarkan ucapan ini, meniatkan saja pun sudah dikira sebagai kbaikan. Semoga dengannya Allah melepaskan kesusahan daripada kesusahan-kesusahan di dunia dan akhirat. Buatlah baik walau sekecil manapun.

Sunday, October 23, 2016

Hadis Merangkumi Segala


Daripada Saidina Khalid bin Al-Walid RA berkata: "“Telah datang seorang Arab Baduwi kepada Rasulullah SAW dan dia menyatakan tujuannya. ' Wahai Rasulullah. Kedatanganku untuk bertanya engkau mengenai apa yang akan menyempurnakan diriku di dunia dan akhirat.”

Rasulullah berkata kepadanya: “Tanyalah apa yang engkau kehendaki.”

Arab Baduwi itu berkata:"Aku mahu menjadi orang alim."

Baginda menjawab:"Takutlah kepada Allah SWT"

Dia bertanya lagi:"“Aku mahu menjadi orang paling kaya.”

Rasulullah menjawab:“Jadilah orang yang yakin pada diri.”

Bertanya lagi Arab Baduwi itu:“Aku mahu menjadi orang yang adil.”

Lalu dijawab oleh Rasulullah:“Kasihanilah manusia lain seperti engkau kasih pada diri.”

Dia bertanya:“Aku mahu menjadi orang paling baik.”

Baginda menjawab:“Jadilah orang yang berguna kepada masyarakat.”

Dia bertanya lagi:“Aku mahu menjadi orang istimewa di sisi Allah.”

Dan dijawab oleh Rasulullah:“Banyakkan zikrullah.”

Arab Baduwi itu bertanya:“Aku mahu sempurnakan imanku.”

Baginda menjawab:“Perelokkan akhlakmu.”

Dia bertanya lagi:“Aku mahu termasuk dalam golongan orang yang muhsini (baik). “

Baginda menjawab:"Beribadatlah kepada Allah seolah-olah engkau melihat-Nya dan jika engkau tidak berasa begitu, sekurang-kurangnya engkau yakin Dia tetap melihat engkau.”

Arab Baduwi bertanya lagi:“Aku mahu termasuk dalam golongan yang taat,”

Lalu dijawab baginda:“Tunaikan segala kewajipan yang difardukan.”

Dia bertanya lagi:“ Aku mahu berjumpa Allah dalam keadaan bersih daripada dosa.”

Rasulullah menjawab:“Bersihkan dirimu daripada najis dosa.”

Dia terus bertanya:“Aku mahu dihimpun pada hari kiamat di bawah cahaya.”

Baginda menjawab:“Jangan menzalimi seseorang.”

Dia bertanya lagi:“Aku mahu dikasihi oleh Allah pada hari kiamat.”

Baginda berkata:“Kasihanilah dirimu dan kasihanilah orang lain.”

Dia bertanya:"Aku mahu dihapuskan segala dosaku.”

Baginda menjawab:“Banyakkan beristighfar.”

Dia berkata:“Bagaimana pula aku mahu menjadi semulia-mulia manusia.”

Lalu baginda menjawab: “Jangan mengesyaki sesuatu perkara pada orang lain.”

Dia bertanya:“Aku mahu menjadi segagah-gagah manusia.”

Baginda menjawab:“ Sentiasa menyerah diri (tawakal) kepada Allah.”

Dia bertanya lagi:“Aku mahu dimurahkan rezeki oleh Allah.”

Baginda menjawab:“Sentiasa berada dalam keadaan bersih (daripada hadas).”

Dia bertanya:“Aku mahu termasuk dalam golongan yang dikasihi Allah dan rasul-Nya.”

Baginda menjawab:“Cintailah segala yang disukai Allah dan Rasul-Nya.”

Dia bertanya:“ Aku mahu diselamatkan daripada kemurkaan Allah pada hari kiamat.”

Baginda menjawab:“Jangan marah kepada orang lain.”

Dia bertanya lagi kepada Rasulullah:“Aku mahu diterima segala permohonanku.”

Baginda menjawab:“Jauhilah makanan haram.”

Dia bertanya:“ Aku mahu Allah menutupkan segala keabianku pada hari kiamat.”

Baginda pun menjawab:“Tutuplah keburukan orang lain.”

Dia bertanya:“Siapa yang terselamat daripada dosa?”

Rasulullah menjawab:“Orang yang sentiasa mengalir air mata penyesalan, mereka yang tunduk kepada kehendak-Nya dan mereka yang ditimpa kesakitan.”

Dia terus bertanya:“Apakah sebesar-besar kebaikan di sisi Allah?”

Baginda menjawab:“Elok budi pekerti, rendah diri dan sabar dengan ujian (bala).”

Dia bertanya lagi: “ Apakah sebesar-besar kejahatan di sisi Allah?”

Baginda menjawab:“Buruk akhlak dan sedikit ketaatan.”

Dia bertanya:“Apakah yang meredakan kemurkaan Allah di dunia dan akhirat?”

Baginda menjawab:“Sedekah dalam keadaan sembunyi (tidak diketahui) dan menghubungkan kasih sayang.”

Dia bertanya lagi:“Apa yang akan memadamkan api neraka pada hari kiamat?”

Baginda menjawab:“Sabar di dunia dengan bala dan musibah.”

Dan telah berkata Imam Mustaghfirin: “Aku tidak pernah menemui hadis sebegini lengkap merangkumi kesempurnaan agama dan kehidupan selain hadis ini.”

Maka tugas kita seterusnya adalah berkongsi Hadis Nabi SAW ini dengan orang lain, semoga memberikan manfaat kepada semua. Insyallah...

Doa Mengelak Angin Ahmar


Pada satu ketika ketika Nabi Allah Sulaiman sedang duduk di singgahsananya, maka datang satu lembaga yang cukup besar. Nabi Allah Sulaiman bertanya, "Siapakah engkau?"

Maka dijawab oleh lembaga tersebut, "Akulah Rihul Ahmar. Bila aku memasuki rongga anak adam, maka lumpuhlah dia dan keluar darah dari rongganya. Apabila aku memasuki otak anak adam, maka dia menjadi gila."

Nabi Sulaiman a.s memerintahkan lembaga itu dibakar. Kata Rihul Ahmar, "Aku kekal sehingga hari kiamat, tiada sesiapa yang dapat membinasakan
aku melainkan Allah." Lalu Rihul Ahmar pun ghaib.

Diriwayatkan cucunda Nabi Muhammad s.a.w. terkena Rihul Ahmar sehingga keluar darah dari rongga hidungnya. Maka datanglah Jibril, lalu Nabi s.a.w. bertanya kepada Jibril. Maka Jibril ghaib sebentar dan kembali mengajarkan doa Rihul Ahmar kepada Nabi s.a.w.. Doa tersebut dibacakan kepada cucundanya dan dengan sekejap jua sembuh serta merta. Lalu bersabda Nabi s.a.w. bahawa barang siapa membaca doa angin ahmar, walaupun sekali dalam seumur hidupnya, maka akan dijauhkan dari penyakit ANGIN AHMAR (STROK).

*DOA MERAWAT ANGIN AHNAR DAN PENYAKIT KRONIK*

"Allahumma inni a'uzubika minarrihil ahmar, waddamil aswad, waddail akbar".

Erti: Ya Allah tuhanku lindungi aku dari angin merah dan lindungi aku dari darah hitam (strok) dan dari penyakit berat.

Semoga kita semua sihat sejahtera..Aamiin..

DUIT Oh DUIT


Salam perkenalan,

Nama aku : DUIT
Nama lain : Wang
Nama samaran : pitis
Nama bahasa orang putih : money

Wajahku biasa sahaja. Fizikalku pula sangat lemah, namun aku boleh memporakperandakan penghuni dunia dengan sekelip mata. Aku juga "BOLEH" mengubah perilakumu dan manusia dari baik menjadi jahat, kerana manusia sentiasa mengejar dan mengidolakan aku. Ramai orang berubah keperibadiannya kerana aku. ­­­ Ada yang mengkhianati sahabatnya. Ada yang sanggup menjual tubuh badannya, bahkan ada yang sanggup meninggalkan keyakinan imannya, demi mengejar aku. Hebat, kan aku ?

Aku tidak memahami perbezaan antara orang yang soleh dan jahat, Tetapi manusia menggunakan aku untuk mendapatkan darjat, menentukan kaya atau miskin dan rasa dihormati atau terhina. Aku bukan iblis, tetapi orang selalu melakukan perkara yang keji demi mengejar aku.

Aku juga bukan orang ketiga, tetapi ramai suami isteri bercerai gara-gara mengejar aku. Adik beradik bergaduh dan saling membenci kerana aku. Anak dan orang tuanya berselisih faham gara-gara aku.

Sangat jelas aku juga bukan Allah, tetapi manusia sanggup menyembah aku seperti Allah, bahkan kerap kali hamba-hamba Allah lebih menghormati aku, padahal ramai ulama sudah pesan jangan jadi hamba DUIT.

Aku tidak pernah mengorbankan diriku untuk sesiapa pun, tetapi ramai orang sanggup mati demi aku. Suka aku ingatkan, aku boleh ditukar untuk menjadi resit ubat kamu, namun aku tak mampu untuk memanjangkan umur kamu. Bila suatu hari nanti kamu dijemput oleh Allah S.W.T., aku tak boleh menemani kamu. Apalagi untuk menjadi penebus dosa kamu. Kamu mesti berdepan dengan Allah S.W.T. sendirian tanpa aku. Saat itu, Allah pasti akan mulakan penghitungan dengan kamu. Adakah selama hidup kamu MENGGUNAKAN aku ke jalan yang baik, atau sebaliknya MENJADIKAN aku sebagai Tuhan?

INI AMANAT AKHIRKU:

Aku "TIDAK ADA DI SYURGA". Jangan cari aku di sana.

CADANGAN AKU :

1. Jangan terlalu sayangkan aku.
2. Jangan lupa gunakan aku untuk bayar Zakat. Infakkan aku selalu. Sedekahkan aku selalu supaya aku menjadikan hidupmu lebih "BAROKAH" di dunia dan akhirat.

~ Imbangi Antara Pemburuan Dunia Dan Akhirat ~

Go Eggy Everyone!


---

---

---

---


Thursday, October 20, 2016

Koleksi 16 Sunnah Rasul Yang Mudah



Simple Sunnah#1
1.Masuk tandas kaki kiri dan keluar kaki kanan
2.Tutup Kepala bila masuk tandas.

Simple sunnah#2
1.Kibaskan Tempat tidur
2.Permulaan tidur mengiring sebelah kanan.
3.Kepala menghadap kiblat.
4.Baca doa tidur

Simple sunnah#3
1.Minum dengan tangan kanan.
2.Minum duduk
3.Minum niat kerana Allah dan baca Bismillah.

Simple sunnah#4
1. Datang awal ke masjid
2. Berjalan kaki ke masjid.
3. Berwuduk dari Rumah.
4. Baca doa masuk dan keluar masjid.

Simple sunnah#5
1. Masuk tandas pakai alas kaki.
2. Buang air duduk
3. Masuk tandas tidak boleh lama-lama.
4. Jangan makan minum dalam Tandas

Simple sunnah#6
1.Bagun tidur baca doa bangun tidur atau ucap syukur.
2.Kemas tempat tidur.
3.Bersihkan diri.

Simple sunnah#7
1. Masuk masjid kaki kanan keluar kaki kiri.
2. Jika ada sampah dalam masjid kutip dan buang.. 1 sampah 1 bidadari di syurga kelak.
3. Bila masuk masjid niat iktikaf, semua perkara yang dibuat dalam masjid akan dikira sebagai ibadah

Simple Sunnah#8
1.Baca Bismillah sebelum memakai baju atau doa ringkas Ya Allah, aku memohon dari engkau kebaikan dari berpakaian ini.
2. Bila memakai pakaian mulakan dengan sebelah kanan.
3. Melabuhkan pakaian.
4. Jangan memakai pakaian untuk tujuan riak.
5. Memakai pakaian yang menunjukkan simbolik seorang muslim.

Simple Sunnah#9
1. Sebelum tidur ambil wuduk.
2. Maafkan semua kesalahan orang lain dan halalkan hutang piutang.
3. Jika mimpi baik bangun doa supaya dipercepatkan.
4. Jika mimpi buruk bangun buat isyarat ludah kekiri dan doa dijauhkan.

Simple Sunnah#10
1. Pakai selipar kaki kanan dahulu dan buka dengan kaki kiri dahulu.
2. Beri salam 3 kali bila bertamu ke rumah sahabat.
3. Bila marah dalam keadaan berdiri hendaklah duduk, bila marah dalam keadaan duduk hendaklah berbaring hingga marah hilang.
4. Bila marah ambil wuduk.

Simple sunnah#11
1. Tutup aurat ketika memasak.
2. Adun atau kacau makanan dari kanan ke kiri.
3. Jangan buka keseluruhan penutup periuk atau bekas minuman ketika ambil nasi atau air.
4. Ketika sedang memasak perbanyakkan zikir dan menyebut kebesaran Allah.(Baik untuk ibu yang ingin membentuk anak-anak)


Simple sunnah#12
1.Basuh tangan sebelum makan.
2.Makan buah dahulu baru makan nasi.
3.Makan secara berjemaah, makan dengan famili lagi ramai lagi berkat rezeki.
4.Makan makanan yg ada di hadapan jangan capai yang jauh.

Simple sunnah#13
1. Memotong kuku pada hari jumaat.
2. Memperbanyakkan Doa antara Imam Berkhutbah Hingga Asar.
3. Mandi sunat Jumaat.
4. Memakai pakaian terbaik untuk Sembahyang Jumaat.
5. Memakai wangi wangian.

Simple sunnah#14
1. Makanan sunnah susu, madu, barli dan kurma.
2. Makan bermula dari tepi kemudian tengah.
3. Hisap jari selepas makan (Sunnah 3 Jari)
4. Selepas makan terus basuh pinggan.
5. Puasa Isnin dan Khamis.

Simple sunnah#15
1. Baca bismillah dan Alhamdulillah setiap kali sedutan.
2. Jangan gunakan cawan yang sumpik atau pecah.
3. Jangan tiup kedalam air panas untuk sejukkanya.
4. jangan minum dalam bekas yg besar seperti jag air dan botol yang besar.

Simple sunnah#16
1. Semaikan rasa ingin berjuang di jalan Allah SWT
2. Berazam untuk terus beristiqamah mempertahankan Islam
3. Berusaha untuk mendaulatkan Islam di setiap peringkat
4. Jangan melangkaui arahan dan perintah Allah SWT serta sunnah Rasulullah s.a.w.

Selfie Itu Ujub



Dari Abu Said al-Khudri Radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْعَبْدَ التَّقِىَّ الْغَنِىَّ الْخَفِىَّ
Sesungguhnya Allah mencintai hamba yang bertaqwa, yang berkecukupan, dan yang tidak menonjolkan diri. (HR. Muslim 7621).

Tidak menonjolkan diri di sini jelas berkait dengan menampilkan kelebihan diri dari orang lain, menunjuk-nunjuk apa yang dimilikinya.Selfie muungkin boleh dimaksudkan oleh hadis ini kerana selfie itu memaparkan kelebihan diri.

Seperkara lagi,Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam melarang keras seseorang ujub terhadap dirinya. Bahkan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam menyebutnya sebagai dosa besar yang membinasakan pelakunya.Dari Anas bin Malik Radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
ثَلَاثٌ مُهْلِكَاتٌ : شُحٌّ مُطَاعٌ ، وَهَوًى مُتَّبَعٌ ، وَإِعْجَابُ الْمَرْءِ بِنَفْسِهِ
Tiga dosa pembinasa: sifat kikir yang ditaati, hawa nafsu yang dituruti, dan ujub seseorang terhadap dirinya. (HR. Thabrani dalam al-Ausath 5452 dan disahihkan al-Albani)

Sifat ujub ialah sifat hairan pada diri,merasa diri lebih dari orang lain.Tujuan gambar adalah untuk orang mengenali,tetapi bila gambar disiar berkali-kali,khususnya gambar muka,tubuh,itu seperti sudah melencong tujuan.Gambar peristiwa untuk makluman umum itu ok. Jika peristiwa itu tidak perluk orang lain tahu, sengaja membuat orang cemburu, rasa rendah diri,seperti mempamerkan muka putih gebu,gambar bersandar pada suami hendak menunjukkan rasa bahagia, beli kereta baru,anak cucu comel, ada tempiasnya dengan sifat ujub. Bila berada bersama orang lain usah menonjolkan kelebihan diri. Merendah diri lebih baik,tumpukan kelebihan ilmu kita untuk mengajak kepada kebaikan, memuji kelebihan orang lain dan sebagainya.

Dosa Makan Harta Anak Yatim



Kewajipan penjaga anak yatim ialah untuk mengurusnya dengan sebaik-baiknya. Ketika anak yatim itu telah dewasa dan mampu mengurusi hartanya sendiri, hendaklah dia menyerahkan harta si yatim kepadanya. Allâh berfirman:

وَلَا تَقْرَبُوا مَالَ الْيَتِيمِ إِلَّا بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ حَتَّىٰ يَبْلُغَ أَشُدَّهُ
Dan janganlah kamu dekati harta anak yatim, kecuali dengan cara yang lebih bermanfaat, hingga sampai ia dewasa. [Al-An’âm: 152 dan Al-Isra’/17: 34]

Syaikh Abdurrahman bin Nashir as-Sa’di rh berkata, “Dan JANGANLAH kamu dekati harta anak yatim, dengan MEMAKAN, atau MENUKARNYA dalam bentuk yang MENGUNTUNGKAN kamu, atau mengambil dengan tanpa sebab. KECUALI dengan cara yang menyebabkan harta mereka menjadi baik, dan mereka akan mendapatkan manfaatnya." (Tafsir al-Sa'di)

Ini menunjukkan tidak boleh mendekati dan mengurusi harta anak yatim dengan cara yang akan merugikan anak-anak yatim, atau bentuk yang tidak membahayakan tetapi juga tidak membawa kebaikan.

ANCAMAN

Allâh Azza wa Jalla berfirman:

إِنَّ الَّذِينَ يَأْكُلُونَ أَمْوَالَ الْيَتَامَىٰ ظُلْمًا إِنَّمَا يَأْكُلُونَ فِي بُطُونِهِمْ نَارًا ۖ وَسَيَصْلَوْنَ سَعِيرًا

Sesungguhnya orang-orang yang memakan harta anak yatim secara zalim, sebenarnya mereka itu menelan api sepenuh perutnya dan mereka akan masuk ke dalam api yang menyala-nyala (neraka). [An-Nisa:10]

Rasulullah bersaba :
"Sesungguhnya saya sangat memberatkan dosa (kesalahan) orang yang menyia-nyiakan haknya dua golongan yang lemah, iaitu anak yatim dan orang perempuan."

Ini adalah Hadis hasan yang diriwayatkan oleh an-Nasa'i dengan isnad yang baik.

Maksudnya adalah memakan tanpa hak (bahwasanya mereka menelan api sepenuh perut mereka) karena harta itu akan berubah di akhirat nanti menjadi api (dan mereka akan masuk dalam api yang bernyala-nyala) iaitu menjadi api neraka yang menyebabkan mereka terbakar hangus.

[Dr. Zaharuddin Abd Rahman]
Presiden MUSRHID

Margin Kecil Untung Besar


Margin yang semakin kecil, tetapi ia mampu menghasilkan keuntungan yang semakin besar. Bagaimanakah fenomena ini berlaku?

Apabila kita menjalankan bisnes kecil, margin kita memang boleh jadi sangat besar.

Contoh: Kita anak-beranak boleh membuka warung di bawah pokok dan menjual sepinggan mee goreng pada harga RM3.50 dengan marginnya RM2.20. Margin mee goreng itu sangat besar disebabkan kita tidak menanggung banyak kos. Semua kerja kita buat sendiri anak-beranak.

Antara kos-kos yang tidak ditanggung:

+ Sewa premis
+ Yuran setiausaha syarikat, perakaunan, pengauditan
+ Gaji dan elaun kita sendiri
+ EPF, SOCSO, Insurans
+ Gaji staf pengurusan
+ Lain-lain kos

Dengan bekerja anak-beranak sahaja, berapa banyak mee goreng dapat kita jual? Mungkinkah kita menjadi jutawan dengan berniaga cara macam itu? Sudah pasti, tidak.

Apabila kita membesarkan operasi syarikat, jumlah pekerja naik, automatis semua kos-kos itu perlu ditanggung.Kos naik, menyebabkan margin semakin kecil, tetapi volume jualan juga semakin naik, menghasilkan keuntungan semakin naik. Meskipun margin tinggal 10%, namun jualan tahunan dapat dinaikkan sampai beratus-ratus juta. Inilah yang berlaku pada syarikat-syarikat gergasi.

Ingat ini!

+ Margin besar adalah permainan peniaga kecil. Marginnya besar namun menghasilkan keuntungan tahunan yang kecil.

+ Volume besar adalah permainan syarikat besar. Marginnya kecil namun menghasilkan keuntungan tahunan yang besar.

[Ainon Mohammed]

Bahaya Cicak



Cicak memang salah satu haiwan yang sinonim dengan rumah. Banyak juga tahi cicak yang bertaburan terutama di bilik yang jarang diguna ataupun tandas. Ini sedikit penjelasan tentang bahaya cicak.

Ruqyah Dan Hadith:

Dalam dunia ruqyah cicak itu salah satunya makhluk pembawa sihir dan harus dibunuh. Di dalam sahih Muslim dijelaskan: "Barang siapa yang membunuh cicak pada satu kali pukulan jadi baginya seratus kebaikan. Dan jika pada pukulan ke-2 jadi baginya (kebaikan) berbeza dengan itu (yang pertama), jika pada pukulan ketiga jadi baginya (kebaikan) tidak sama dengan itu (yang ke-2).

Dalam hadis yang lain, Ibnu Majah meriwayatkan di dalam “Sunan” nya dari Saibah Maulah al Fakih bin al Mughiroh bila dia menjumpai Aisyah dan lihat di rumahnya ada satu tombak yang tergeletak. Dia juga bertanya pada Aisyah,“Wahai Ibu golongan mukminin apa yang engkau kerjakan dengan tombak ini?”

Aisyah menjawab, “Kami baru sahaja membunuh cicak-cicak. Sesungguhnya Nabi s.a.w. pernah memberitahu kami bila masa Ibrahim a.s. dilemparkan dalam api tak satu juga binatang di bumi waktu itu terkecuali untuk memadamkannya tetapi cicak menyemarakkan lagi apinya. Jadi Rasulullah s.a.w. memerintahkan untuk membunuhnya.“Kitab” az Zawaid “menyebutkan bila hadits Aisyah ini sahih.

Saat lakukan ruqyah rumah, rata-rata ketika dibacakan surat Al Baqarah selalunya ada cicak secara tiba-tiba jatuh dan mati atau kadang-kadang didapati cicak mati dengan tubuh hangus. Cicak kerap dijadikan media pembawa sihir. Banyak dari kumpulan jin yang bertukar rupa menjadi cicak meletakkan racun sihir di rumah.

Rasullullah s.a.w. telah mengkhabarkan, jin itu terdiri dari tiga kumpulan. Pertama, jin yang senantiasa berterbangan (melayang) di awangan, ke-2, jin dalam bentuk haiwan melata dan ketiga, jin yang mempunyai rumah dan suka mengembara “(HR. Thabrani, Hakim, Baihaki dengan sanad yang sahih).

Penyakit:

Selain media sihir, cicak itu juga merupakan pembawa kuman yang bahaya. Badan cicak mengandungi bakteria berisiko iaitu bakteria Escherichia Coli atau E Coli. Escherichia Coli telah dikenali sebagai mikrob yang boleh mengakibatkan sakit perut dan boleh membahayakan kesihatan tubuh.

Sekiranya cicak terkena makanan, diharap anda membuang makanan tersebut kerana dikhuatiri sudah tercemar.

Najis Cicak:

Dalam satu kajian, najis cicak juga terbukti boleh menembusi plastik. Kajian menunjukkan apabila tahi cicak yang terkena telefon bimbit, ia mampu merosakkan monitor handphone.

Wednesday, October 19, 2016

Bersyukur Dengan Segalanya



Seorang lelaki kaya melihat melalui tingkap dan melihat seorang lelaki mengambil sesuatu dari tong sampah itu. Beliau berkata, "Alhamdulillah saya tidak miskin."

Orang miskin melihat sekeliling dan melihat lelaki telanjang berkelakuan tidak senonoh di jalan. Beliau berkata, "Alhamdulillah saya tidak gila."

Orang gila memandang ke hadapan dan melihat ambulans yang membawa pesakit. Beliau berkata, "Terima kasih Allah, aku tidak sakit."

Kemudian seorang yang sakit di hospital menyaksikan troli mengambil mayat ke bilik mayat. Beliau berkata, "Alhamdulillah saya tidak mati."

Hanya orang yang mati tidak boleh bersyukur kepada Tuhan. Mengapa tidak bersyukur kepada Tuhan hari ini supaya diberikan peluang untuk hidup hari yang lain?

Untuk memahami dengan lebih baik, perlu pergi ke 3 lokasi:

1. Hospital
2. Penjara
3. Kubur.

* Di Hospital, fahamilah bahawa tiada apa yang lebih berharga daripada KESIHATAN.

* Di Penjara, fahamilah bahawa KEBEBASAN itu paling berharga.

* Di perkuburan, sedarilah bahawa hidup tiada bernilai apa-apa. Hakikatnya kehidupan hari ini akan menjadi bumbung untuk kita di hari esok.

Oleh itu, marilah kita tetap merendah hati dan bersyukur dengan segala-galanya .

Tuesday, October 18, 2016

Panjangkan Rezeki Bukan Panjang Umur


Kita patut memohon dipanjang rezeki, bukan dipanjang umur. Untuk apa panjang umur jika sakit selalu, sedangkan rezeki tidak ada untuk mengubati penyakit. Selera makan pun tiada. Hidup tiada guna.

Cuba fahami hadis mengenai hal ini:

أَيُّهَا النَّاسُ اتَّقُوا اللَّهَ وَأَجْمِلُوا فِى الطَّلَبِ فَإِنَّ نَفْسًا لَنْ تَمُوتَ حَتَّى تَسْتَوْفِىَ رِزْقَهَا وَإِنْ أَبْطَأَ عَنْهَا فَاتَّقُوا اللَّهَ وَأَجْمِلُوا فِى الطَّلَبِ خُذُوا مَا حَلَّ وَدَعُوا مَا حَرُمَ
Wahai manusia bertakwalah kepada Allah dan pilihlah cara yang baik dalam mencari rezeki, kerana tidaklah suatu jiwa akan mati hingga terpenuhi rezekinya, walau lambat rezeki tersebut sampai kepadanya, maka bertakwalah kepada Allah dan pilihlah cara yang baik dalam mencari rezeki, ambillah rezeki yang halal dan tinggalkanlah rezeki yang haram” (HR. Ibnu Majah, dan Syaikh Al-Albani mensahihkannya).

Frasa "kerana tidaklah suatu jiwa akan mati hingga terpenuhi rezekinya" membawa maksud bila rezeki sudah habis,kita akan mati,bukan mati yang memutuskan rezeki. Jika mohon panjang rezeki, secara automatik umur kita pun panjang kerana rezeki masih ada. Janji Allah selagi ada rezeki,umur kita tidak akan ditamatkan menurut hadis ini.

Tidak timbul kata-kata kesalan bila seseorang mati tidak sempat makan itu ini,kerana rezekinya dah habis.Tidak timbul fahaman buat kenduri arwah kerana arwah lapar,sebab rezeki si mati sudah habis.Jadi bila sakit teruk,tidak lalu makan,itu petanda rezeki hendak habis. Usah dilenyek buah anggur dibibir,tetap tidak tertelan. Usah dititik air ke bibir yang kaku, tetap tidak mengalir ke kerongkong kerana rezekinya sudah tamat.Kematian bukan memutus rezeki,tetapi rezekinya telah habis, telah diberikan semuanya. Hanya yang tinggal ialah mengadap Allah untuk menjawab dua persoalan "Bagaimana rezeki diperolehi dan ke mana dibelanjakan".

Belanjakan apa yang Allah rezekikan kepd kita untuk diri, tanggungan, bekalan setelah mati dengan bersedekah.Bila kita mati,apa yang jadi rezeki kita turut berpindah tangan. Setiap orang telah ditentu rezekinya. Jangan bimbangkan anak hendak makan apa,anak hidup susah kalau tidak simpan harta. Itu seolah-olah menafikan janji Allah untuk memberi rezeki kepada setiap yang dijadikanNya, tidak yakin pada kuasa Allah. Allah beri rezeki kepada kita untuk kita belanjakan, bukan untuk dsimpan bagi anak cucu. Mereka pun dibekalkan rezeki. Hendak simpan pun biarlah berpada,jangan sampai ratusa juta. Simpanlah demi untuk bekal mati dengan sedekah,wakaf sebanyak mana pun. Apa yag dibekal masa hidup untuk mati, itulah rezeki setelah mati. Wallahua'lam

[Abdul Ghani Haron]

Al Quran Makanan Rohani



Ustaz Dusuki Abdul Rani melontarkan pertanyaan, ""Berapa kali kita kena baca Al-Quran dalam sehari? Kita kena baca Al-Quran sebanyak bilangan kita makan dalam sehari.Kita makan untuk jasad yang akan mereput suatu hari nanti, tetapi kita baca Al-Quran untuk roh yang akan terus hidup."

"Rasulullah s.a.w menceritakan dalam hadith baginda bahawa tatkala kematian berlaku pada seorang anak Adam, Al-Quran akan mula keluar dari jasadnya dan berada pada hujung kepalanya dengan syarat apabila Al-Quran dibaca setiap hari sebelum subuh.Apabila jasad kita dimandikan dan dikafankan, Al-Quran akan duduk diantara dada dan kain kafan yang membalut jasad kita sehingga diusung ke kubur.Apabila turun ke liang lahad dan dikebumikan sampai paras lutut, malaikat Munkar & Nakir akan bergerak ke hadapan wajah kita dan menghalau amalan-amalan seperti solat, puasa,zakat,haji.Tetapi hanya satu sahaja malaikat tak boleh halau iaitu amalan membaca Al-Quran sebelum subuh."

Al-Quran yang dibaca sepanjang hidup kita akan menjadi peguambela untuk menjawab soalan-soalan malaikat Munkar dan Nakir yang diajukan kepada kita. Oleh itu, hiduplah dengan Al-Quran setiap hari dan jangan biarkan Al-Quran hanya menjadi hiasan di rak buku dan disimpan di dalam almari."

Monday, October 17, 2016

Tentang Rezeki


Kekadang kita cemburukan gaji, elaun dan pendapatan tambahan kawan yang bekerja di tempat lain, bekerja lebih masa dengan berniaga dan sebagainya kerana melihat pendapatannya lebih besar dari kita. Konsep rezeki bukan sekadar angka pendapatan. Ia malah lebih luas lagi.
Kekadang kita lupa . . .
- Dapat bos di tempat kerja yang baik itu rezeki.
- Dapat kawan sekerja yang baik itu rezeki.
- Dapat masyarakat sekeliling tempat kerja yang baik itu rezeki.
- Kerja tanapa tekanan itu rezeki.
- Sambil bekerja namun dapat meluangkan masa dengan keluarga itu rezeki.Dan banyak lagi.

Banyak sangat rezeki yang Allah beri kepada kita sebenarnya. Cuba fikir dalam aspek lebih luas .
- Ada orang direzekikan cantik dan tampan, tetapi tidak direzekikan cinta.
- Ada orang direzekikan harta, tetapi tidak direzekikan zuriat.
- Ada orang direzekikan zuriat,tetapi tidak direzekikan kasih sayang.
- Ada orang direzekikan kekayaan, tetapi tidak direzekikan kebahagiaan.
- Ada orang direzekikan makanan yang lazat,tetapi tidak direzekikan selera.

Demikian Allah SWT membahagikan rezekinya. Jangan menyangka kita tidak ada rezeki. Alhamdulillah, syukur di atas segala nikmat dari-Mu. Jadikanlah kami hamba-Mu yang sentiasa sedar, menghargai nikmat-Mu dengan memanfaatkannya dan bersyukur.

Cakap Biar Serupa Bikin



Ahmad ketagihkan makanan manis terutama coklat dan gula-gula setiap hari. Jika tidak diberikan dia akan mengamuk dan menangis sehingga merungsingkan hati kedua ibu bapanya, Muhammad dan Aminah yang tidak mampu melayan kehendaknya kerana kesempitan hidup. Muhammad membawa Ahmad ke rumah Ustaz Abdullah yang dikenali ramai dapat membantu mengubat berbagai jenis penyakit, dengan izin Allah.

“Ustaz, tolonglah ubatkan anak saya yang ketagih makanan manis dan coklat. Saya rasa terbeban sebab kami bukan orang senang. Saya tak tahu macam mana hendak membuang ketagihannya.”

Ustaz Abdullah tunduk mendiamkan diri. Sejurus kemudian dia bersuara, “Boleh tak Encik Muhammad bawa dia balik dulu, datang ke sini lagi dalam masa sebulan.”

Sebulan kemudian, Muhammad dan anaknya mendatangi semula rumah Ustaz Abdullah. Dengan suara lembut dan ikhlas Ustaz Abdullah berkata, “Adik, boleh tak jangan makan lagi benda-benda manis? Kesian ayah, dia tak cukup duit nak beli tu semua. Benda manis boleh merosak dan menyebabkan sakit gigi.” Ahmad mengangguk sambil berjanji tidak akan makan benda manis lagi.

Janji itu memang dikotakannya. Muhammad yang kehairanan datang semula berjumpa Ustaz Abdullah. “Kenapa bulan lalu Ustaz tak bagi apa-apa nasihat pun pada Ahmad?” soal Muhammad.

Jawab Ustaz Abdullah, “Macam mana saya nak bagi nasihat sedangkan saya sendiri pun suka makanan manis. Saya perlukan masa sebulan untuk mengurangkan ketagihan saya sendiri sebelum mampu menasihatkan dan merawat dia.”

MORAL CERITA: Begitulah berkatnya nasihat yang ikhlas. Sebelum memberikan nasihat kepada orang, sama ada secara bersemuka atau menerusi media lain, kita perlu memperbetulkan diri sendiri dahulu. Jika tidak, nasihat itu tidak akan memberi bekas kepada pihak yang disasarkan. Ingatlah, satu jari yang menuding, empat jari lagi kembali kepada diri sendiri. Cakap biarlah serupa bikin. [Peringatan buat diri sendiri].

Tuesday, October 11, 2016

Utamakan Ukhwah - Bukan Berbalah


Muslim dan mukmin mesti ada sikap berlapang dada, meraikan kepelbagaian pendapat. Imam Syafie menganggap qunut sunat abad. Bila dia solat dengan pengikut Imam Abu Hanifah dia tidak qunut sebagai menghormati imam itu.

Orang sekarang taksub dengan pendapat sendiri sehingga merenggang hubungan dengan mereka yang berpendapat lain. Jika perkara yang diperselisihkan itu perkara dasar kita tidak boleh berlapang dada sebab sudah diputuskan oleh syariah. Namun, jika perkara itu perkara cabang yang tidak disepakati oleh para ulama, kita harus menerima pendapat orang lain. Yang utama ialah ukhuwah. Bukan berdebat sehingga berpecah-belah.

Orang yang benar-benar alim, faham hal ukhuwah. Yang kurang faham sahaja sering bertekak mengatakan mereka yang betul. Kalau hendak berbahas, serahkan kepada orang yang berilmu tentang perkara itu.

Jangan cepat menghukum. Perhalusi dahulu bila terima apa-apa berita.


Bersangka baik dengan orang lain makan orang akan bersangka baik dengan kita. Orang lain TIDAK AKAN MENGUNGKIT dengan kita bila kita sendiri tidak mengungkit dengan orang lain. Jika hormat pada orang, orang juga akan melakukan perkara yang sama. Jangan asyik berpandangan serong sahaja.

Petua Isteri Hebat Macam Anak Dara

Magnesium Tingkatkan Daya Tumpuan Ingatan

Mineral penting yang sering diabaikan. Berikan mineral ini kepada anak-anak bagi meningkatkan daya tumpuan dan ingatan mereka.

---
----
---
---
---
---

{Sumber; FB Dr Shahrol Abdul Rahim]


Sunday, October 9, 2016

Fitnah Hati

Hati-hati dengan musuh dalam selimut. Perkara yang baik pun dia akan nampak buruk. Mulut dan hati hitamnya sentiasa berzikir tentang keburukan kita.


Rasulullah –shalallahu ‘alaihi wa sallam- bersabda:

“Fitnah itu terbentang dalam hati sebagaimana tikar selapis demi selapis. Hati manapun yang menyambutnya, maka fitnah itu akan meninggalkan satu noda hitam, sedangkan hati itu ada dua, hati yang putih seperti batu karang yang tidak akan berpengaruh padanya satu fitnah pun selama masih ada langit dan bumi, dan yang lain hati yang hitam, yang tidak mengenal baik dan tidak mengingkari perkara yang mungkar, ia semata-mata mengikuti hawa nafsunya.” (Shahih, HR. Muslim)

[Shazwan Nazar]

Jadi Diri Yang Allah Kehendaki

Manfaatkan kelebihan yang Allah kurniakan untuk menurap laluan menuju Maha Pencipta. Itu lebih MAHAL dari Syurga.

Biasa VS Luar Biasa



1. Sembahyang

Yang biasa: Ramai dari kita yang sembahyang apabila telah masuk waktu. Yang kerap berlaku juga, sembahyang kita di akhir waktu. Mungkin pepatah orang putih "Better late than never" menjadi pegangan kita. Inilah golongan yang hanya tahu dirinya hamba tapi tak rasa hamba.

Luar biasa: Orang yang selalu menunggu-nunggu waktu untuk sembahyang. Seperti seorang yang sangat merindukan pertemuan dengan kekasihnya. 15 minit sebelum azan, dia dah duduk di tikar sembahyang.
Kalau begitu, sahihlah dia orang luar biasa.

2. Berjaga malam

Yang biasa: Kita biasa berjaga malam. Sama ada untuk tengok bola sepak piala dunia, atau melayan VCD terbaru. Yang lebih teruk, kalau malam dihidupkan dengan berhibur di pusat-pusat hiburan.

Luar biasa: Malam kita dihidupkan dengan pelbagai ibadah dan amalan. Ketika orang lain lena dibuai mimpi, kita meninggalkan tilam empuk untuk bertahajud dan muhasabahkan diri. Bagi kita, kesepian malam adalah saat paling sesuai untuk kita merayu kasih sayang Tuhan, Pencipta kita. Memohon keampunan, rahmat dan nikmat dariNya. Ini malam para nabi dan para wali. Kalau kita konsisten beribadah malam, memang kita ikut tradisi orang-orang yang luar biasa.

3. Kerja

Yang biasa: Kita cukup berbangga bila berjaya di dalam sebarang kerja. Sama ada dalam kerjaya, pelajaran mahupun bila dapat buat banyak amal ibadah. Kita rasa, kalau tak kerana otak kita yang genius, atau kerja kuat kita, tentu kita gagal. Sebab itu kita mudah pandang rendah pada orang yang kurang upaya atau kurang berjaya. Walaupun kita ucapkan alhamdulillah, tapi di hati kecil kita tak rasa apa yang berlaku, Tuhan punya kuasa.

Luar biasa: Bila kita dapat rasakan segala yang kita miliki adalah dari Tuhan. Kita sangat yakin bahawa kekayaan, pangkat dan kelulusan tidak akan kita nikmati kalau tidak dengan izin Tuhan. Makin banyak nikmat yang kita dapat, makin tinggi rasa kehambaan. Bimbang dan cemas kalau-kalau kita tidak mampu berterima kasih kepada Tuhan sehingga tersilap menggunakan nikmat dariNya. Makin banyak ibadah pula, makin takut dengan Tuhan . Luar biasalah jika manusia dapat merasakan dirinya hanya hamba Allah yang tidak memiliki apa-apa.

Renungan:
Semoga kita mengambil iktibar dan berusaha menjadi orang yang "Luar Biasa" kepada Allah SWT... Semoga Allah SWT akan sentiasa merahmati kita dalam setiap perubahan kita keranaNya... InsyaAllah... Aminnn.

[Daie Media Sosial]

Hebatnya Doa Mengalahkan Segalanya


Kali pertama bumi diciptakan, bumi selalu bergoyang, bergoncang dan tidak berputar dengan stabil malah tidak berputar pada paksinya. Perkara ini merungsingkan para malaikat lalu para malaikat menghadap Allah SWT;

"Wahai Rabb Yang Maha Mengetahui, mengapa bumi ini bergoyang?" Tanya para malaikat."

Kerana belum dipaku." Jawab Allah singkat."

Lalu, bagaimana Engkau memaku bumi Wahai Rabb?" Tanya malaikat lagi."

Aku akan menciptakan gunung-ganang." Jawab Allah.

Setelah itu, Allah terus menciptakan gunung-ganang di berbagai belahan bumi. Apa yang terjadi adalah sememangnya benar setelah diciptakannya gunung-ganang, bumi pun diam kemudian berputar sesuai paksinya. Maka kemudian gunung dikenali sebagai paku bumi yag diciptakan Allah SWT. Paku merupakan benda keras yang terbuat dari besi.

Setelah Allah menciptakan paku bumi iaitu gunung-ganang, kemudian para malaikat pun bertanya lagi;

"Ya Rabb, adakah yang lebih kuat dari paku?"

"Ada!" Jawab Allah. "Iaitu api, yang dengan panasnya dapat melelehkan besi."

"Adakah yang lebih kuat lagi selain api, Ya Rabb?" Tanya malaikat.

"Ada! Yakni air yang dapat memadamkan api."Jawab Allah lagi."

Jadi Ya Rabb, adakah yang lebih kuat dari air? "Sambung malaikat."

Ada! Iaitu angin, yang kerananya dapat membawa air ke mana pun ia berhembus." Jawab Allah lagi.

"Tapi Ya Rabb, adakah yang lebih kuat daripada semua itu (gunung, api, air dan angin)?" Malaikat bertanya lagi."

Ada! Iaitu hembusan nafas hamba-Ku yang berdoa kepada-Ku. Kerana sesungguhnya doa itu mampu mengubah takdir-Ku."

Demikian Allah SWT menjelaskan..

(Sumber: Hadis Qudsi).

*Pengajaran dari kisah di atas: Gunakanlah kehebatan doa agar dapat mengubah nasib kita bagi mencapai keredhaan dan rahmat Allah SWT.

Dr Fauziah -Tawakal Pada Allah


"....Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan serta digoncangkan (dengan berbagai cubaan) sehingga berkatalah rasul dan orang yang beriman bersamanya: 'Bilakah datangnya pertolongan Allah?' Ingatlah, sesungguhnya PERTOLONGAN ALLAH ITU AMAT DEKAT." (Al Baqarah ayat 214).


Allah berkuasa di atas segala
Tidak terjangkau dek fikiran manusia
Tidak terhad oleh realiti hamba
Meskipun mustahil caranya
Meskipun mustahil masanya
Meskipun mustahil tempatnya
Hidup dan mati Dialah penentunya

La hawla wala quwwataillabillah


Wakil tunggal Malaysia dalam misi 'Women's Boat to Gaza' Dr Fauziah Mohd Hasan menganggap misinya berjaya mencapai matlamat meskipun tidak sampai ke Gaza. Insiden yang berlaku terhadap kapal Zaytouna-Oliva telah membuka mata masyarakat dunia untuk terus berusaha membebaskan Palestin daripada kepungan rejim Zionis. Usaha itu tidak akan terhenti, malah satu perjumpaan bersama semua 13 aktivis wanita yang ditawan tentera Israel akan diadakan di Stockholm, Sweden pada Mac tahun depan.


Perjalanan mereka bermula pada 14 September dari pelabuhan Vell di Barcelona dan berhenti di Ajaccio, Perancis selepas pusingan pertama sebelum belayar ke Messina, Itali untuk pusingan kedua. Namun Kapal Zaytouna-Oliva yang membawa Dr Fauziah dan 12 anggota misi lain dalam perjalanan menuju ke Gaza dikepung rejim Zionis di perairan antarabangsa sebelum ditahan dan ditunda tentera Israel ke Pelabuhan Ashdod.

Saluran satelit mereka disekat, sekali gus memutuskan segala komunikasi termasuk penggunaan aplikasi WhatsApp apabila di kawasan perairan kurang 50 batu nautika dari Gaza. Segala alat dan peranti komunikasi seperti komputer riba dan iPad dicampak ke laut setelah mengesyaki kapal Israel menghampiri bot mereka.

"Memang tiada sebarang komunikasi langsung. Ini agar mereka tidak boleh dapat apa yang kami ada."

Beliau ditahan dalam sel kecil yang hanya muat 3 orang kerana enggan menandatangani dokumen berkaitan penghantaran pulang (deportation order). "Kami telah diberi latihan untuk tidak tandatangan apa apa."

Latihan dan persediaan dari segi minda dan fizikal banyak membantu Dr Fauziah untuk sentiasa dalam keadaan tenang, walaupun tahu akan menghadapi pelbagai cabaran dan rintangan.

"Amat penting untuk kita menjadi seorang yang amat tenang kerana apabila kita tenang, kita tidak takut, tidak marah dan kita waras."






Saturday, October 8, 2016

Di Akhir Zaman Manusia Kembali Jahil



KALAU Islam dihapuskan, al-Quran dihilangkan, dan angin yang sejuk mencabut nyawa semua orang yang dihatinya ada iman sekecil apa pun, maka kemanusiaan akan kembali kepada kejahilian, bahkan lebih dahsyat daripadanya. Syaitan dipatuhi dan berhala diibadahi.

Dalam hadis Abdullah ibn Amr di dalam Shahih Muslim, Rasulullah menceritakan kepada kita apa yang akan terjadi setelah kematian Isa AS di akhir zaman, “Kemudian Allah mengirimkan angin yang dingin dari arah Syria, sehingga tidak tersisa di muka bumi seorang pun yang di dalam hatinya terdapat sebutir zarah kebaikan atau keimanan. Semuanya mati, bahkan kalau ada di antara mereka yang masuk ke dalam gunung, maka angin itu akan masuk kepadanya dan mencabut nyawanya.” Abdullah ibn Amr berkata, “Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda, ‘Tinggallah orang-orang jahat dalam keringanan burung dan mimpi-mimpi binatang buas. Mereka tidak mengetahui kebaikan dan tidak menolak kemungkaran. Syaitan membuat peraturan dan berkata, “Apakah kalian akan patuh?” Mereka menjawab, “Apa yang Anda perintahkan?” Setang memerintahkan mereka untuk menyembah berhala. Pada waktu itu rezeki mereka berlimpah ruah dan kehidupan mereka sejahtera. Kemudian ditiuplah sangkakala’.”

Di antara berhala yang disembah adalah Dzulkhilshas, Thaghiyah Daus, Lata dan Uzza. Dalam shahih al-Bukahri diriwayatkan dari Abu Hurairah bahwa Rasulullah SAW bersabda, “Kiamat tidak akan terjadi sampai tangan dan kaki perempuan suku Daus menari dihadapan Dzuklkhilshas, yaitu berhala yang disembah di zaman Jahiliyah.”

Dalam shahih Muslim diriwayatkan bahwa Aisyah mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Malam dan siang tidak akan hilang sampai Lata dan Uzza disembah.”Aisyah berkata, “Ya Rasulullah saya menyangka ketika Allah SWT menurunkan ayat, ‘Dialah yang mengutus Rasul-Nya dengan petunjuk dan agama kebenaran agar da memenangkannya atas semua agama, walaupun orang-orang musyrik tidak menyukainya,’ maka itu telah selesai.” Beliau bersabda, “Hal itu akan terjadi sesuai kehendak Allah, kemudian Allah mengembuskan angin yang sejuk, lalu meninggallah semua orang-orang yang dalam hatinya ada sebiji keimanan, dan tinggallah orang-orang yang tidak memiliki kebaikan. Mereka lalu kembali kepada agama leluhur meraka.”

Di zaman itu, akhlak akan menjadi sangat buruk. Al-Bazzar dalam Musnadnya dan Ibn Hibban dalam shahihnya meriwayatkan dari Abdullah ibn Umar bahwa Rasulullah SAW bersabda, ......

[Islampos]

Thursday, October 6, 2016

Peringatan Buat Kaum Wanita


Ini adalah peringatan dari pengamal perubatan [LUTH] kepada semua wanita sama ada bayi, perempuan dewasa atau wanita. Elakkan mencuci alat kelamin dengan sabun. Gunakan air sahaja. Ada beberapa kimia dalam sabun secara umumnya sangat bahaya dan boleh mengakibatkan kanser di bahagian alat sulit wanita. Kes kanser kepada wanita di hospital umumnya sangat banyak.

56 Wanita meninggal kerana menggunakan tuala wanita komersial. Jangan gunakan tuala wanita dengan jangka masa sehari, kerana ia akan menukar cecair menjadi seperti gel dan menyebabkan kanser salur uterus serta pundi kencing. Gunakan tuala wanita dari jenis kapas dan jika anda menggunakan tuala wanita ultra, sila tukar selepas 5 jam, sekurang-kurangnya sehari. Ini kerana darah yang diserap akan bertukar menjadi hijau dan kulat akan memasuki badan dan uterus.

Lawan Kanser Payudara dengan:
🔺 Kerap mencuci coli
🔺 Elakkan memakai coli hitam pada musim panas
🔺 Jangan gunakan coli ketika tidur
🔺 Jangan gunakan coli yang mempunyai besi terlalu lama atau kerap
🔺 Selalu tutup dada dengan skaf bila berada di bawah sinar matahari
🔺 Gunakan Deodoran, bukan Anti peluh.

⭕ Tolong beri pesanan ini kepada kaum wanita yang anda kenali.


[Rina Muhd Yusuf]

Nasihat Sendiri Dikembalikan Oleh Tuhan



Seorang lelaki baru sahaja beroleh anak ke-4. Disebabkan isteri dalam pantang, dia mengambil alih tugas menghantar seorang demi seorang anak ke sekolah dan tadika sebelum ke tempat kerja.

Seperti biasa, beliau meletakkan kereta di parkir yang memang tersedia untuknya. Pada hari tersebut, beliau merasakan ada sesuatu yang tidak kena. Sampai di tempat punchkad, beliau menelefon isteri bertanya khabar dan memaklumkan kepada isterinya yang beliau sudah pun sampai di tempat kerja.

Beliau mulakan kerja jam 8.00 pagi. Tiba-tiba lebih kurang jam 10.45 pagi, beliau terima panggilan bahawa anak beliau yang berumur lebih kurang satu tahun masih duduk di car seat dan sedang menjerit menangis kepanasan. Beliau berlari sekuat hati terus menuju ke parkir.

Sebaik pintu dibuka beliau terus memeluk anaknya. Peluh di badan anaknya seperti budak itu baru keluar dari kolam renang. Basah sebasah-basahnya. Kuku jari kelingkingnya tercabut kerana cuba keluar dari car seat yang masih berikat kemas.Darah bersepah. Pipi dan sekitar muka juga sudah calar balar mungkin anaknya sudah tidak tahan kepanasan dan menggaru kepalanya sendiri. Hidung juga berdarah. Anaknya juga sesak nafas, tersedu-sedu. Dia segera dibawa ke hospital berdekatan.

Anaknya direhatkan dan diberi ubat selama beberapa jam. Doktor mengatakan jika lewat lagi 5-10 minit, anak beliau mungkin sudah tiada. Bayangkanlah, waktu itu baru 10.45 pagi. Kalau waktu tengah hari, entahlah. Sebelum ini, semua rutin itu adalah rutin isterinya (menghantar semua anak ke sekolah dan tadika). Selalunya, beliaulah yang mengingatkan isterinya begitu begini. Apabila ujian itu terkena kepada diri sendiri, dia pula yang terlupa. Katanya, “Apabila kita rajin menasihati orang lain, nasihat itulah yang Tuhan gunakan untuk menguji kita sendiri.”

Alhamdulillah anak bekiau masih boleh berlari ke sana ke mari walau ada sedikit ketidaknormalan yang berlaku dalam pergaulan dengan adik beradiknya. Dia masih dalam terapi. Mungkin akibat panas menyebabkan otaknya ada sedikit ‘damage’ yang memberi kesan dalam hidupnya.

Bayangkan, dalam begitu banyak cerita mengenai tertinggal anak di dalam kereta di dada akhbar, beliau antara yang bising-bising kepada isterinya yang kerap meninggalkan anak di dalam kereta untuk ke pasar dan tadika. Di tempat kerja pun beliau antara yang kaki gegar begitu begini tentang hal anak-anak. Hari itu, beliau tidak ditegur oleh kawan-kawan, atau isteri. Beliau ditegur terus dari Tuhan.

[Dari FB Khairul Hakimin Muhammad]

Tuesday, October 4, 2016

Guna PhD Tidak Sah


Pertubuhan Perunding Latihan dan Motivasi Muslim Malaysia (TAMRIN) kesal dengan tindakan beberapa orang penceramah motivasi yang masih meneruskan penggunaan gelaran ‘Dr’ tanpa cara yang betul. Isu ini telah diperjuangkan TAMRIN sejak 2012 lagi. Salah laku senegini boleh menimbulkan salah faham dan mesej yang salah kepada orang awam, apatah lagi kepada para peserta program mereka.

Gelaran ‘Dr’ hanya boleh digunakan jika sekiranya seseorang itu;

1. Doktor perubatan yang diiktiraf oleh Pertubuhan Perubatan Malaysia (www.mma.org.my) . Ia tidak termasuk pengamal perubatan alternatif yang kebiasaannya mendapat pentauliahan mereka daripada institut yang tidak diakreditasi.

2. Mendapat ijazah kedoktoran yang diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (http://www.mqa.gov.my) .

Selain daripada gelaran ‘Dr’, ada juga yang menggunakan gelaran tersebut secara tidak sah:
a) Profesor
b) Profesor Emeritus
c) Sir

Kenapa tidak boleh?
Kerana banyak institut di seluruh dunia yang ditubuhkan oleh mereka yang sekadar hendak mendapatkan duit. Mereka meminta yuran di antara RM4,000 – RM20,000 daripada sesiapa yang hendak mendapatkan ‘Phd’ daripada ‘institusi’ mereka. Dengan hanya menyerahkan satu ‘laporan atau tugasan mudah’, seseorang itu akan mendapatkan ‘PhD’ tersebut.

Jadi, apa masalahnya?
PhD adalah sijil pengiktirafan kepada keupayaan minda seseorang melalui proses intelektual yang tinggi. Apabila seseorang itu berjaya menghuraikan sesuatu perkara dengan standard intelektual ini, maka dia layak untuk mendapat PhD. Standard itu dilakukan dalam bentuk tesis kedoktoran, yang mempunyai metodologi, kaedah, proses, dan peraturan yang amat ketat. Proses kelulusannya juga dipantau oleh barisan sarjana yang pakar dalam sesuatu bidang dan akan menilai proses intelektual tersebut.
Institut yang tidak diiktiraf MQA tidak mempunyai semua itu. Mereka sekadar mahukan duit dengan beberapa ‘aktiviti pembelajara n mudah’ yang bertujuan untuk mengelirukan orang ramai, dan pelajar itu sendiri.
Jadi, orang yang memiliki gelaran Dr dari institut yang tidak bertauliah belum lagi melalui proses inteletual seperti yang telah dilalui oleh pemegang PhD yang sebenar.

Bagaimana jikalau orang itu memang bagus ?
Baguslah. Namun dia belum melalui proses intelektual tersebut.

Sekali lagi, apa masalahnya?
Orang lain percaya bahawa pemikirannya sudah pasti berwibawa dan tahap ilmunya tinggi. Apa yang diungkapkan itu mempunyai nilai ilmu yang tinggi, kerana dia adalah seorang yang telah melalui proses intelektual yang tinggi. Walhal, dia hanya membayar RM5,000 dan menyiapkan tugasan yang mudah.

Akhir sekali, apa masalahnya?
Seseorang itu mungkin berkongsi perkara yang belum sahih sebagai ilmu, tetapi diajar dan disebarkan dalam program. Bayangkan betapa besarkan kerosakan kepada peserta jikalau perkara yang tidak sahih sebagai ilmu, diajar dan diyakini oleh para pendengar. Pelaburan modal insan untuk meningkatkan modal insan akan menjadi sebaliknya.

Bagaimana kalau dia seorang yang memang berjaya, tetapi tiada sijil?
Phd bukanlah sijil pengiktirafan untuk mereka yang ‘sudah berjaya tetapi tiada sijil’. Jikalau mereka perlukan pengiktirafan atas kejayaan mereka; cipta gelaran sendiri, atau anugerah lain. Bukanlah dengan cara mengelirukan orang ramai dengan menggunakan PhD palsu.

“Saya buat PhD ini untuk kepuasan diri sahaja dan personal. Sebab itu saya tak kisah kalau MQA tidak iktiraf” . Bagaimana?

Tidak mengapa. Jikalau untuk kepuasan diri, maka tidak perlulah orang ramai tahu mengenainya. Dapatkan sijil, dan simpan dalam simpanan yang selamat. Pastikan ianya tidak digunakan kepada orang awam, sebagai gelaran, dalam biodata, iklan, promosi, proposal, dan apa sahaja yang ‘tidak personal’. Halang orang lain daripada menggelarkan anda ‘Dr’ kerana PhD tersebut untuk ‘kegunaan peribadi’ , bukan untuk orang lain guna.

Bagaimana jikalau seseorang itu tidak tahu bahawa itu Dr palsu?

Ada dua kemungkinan:

a) Dia tidak tahu bahawa itu PhD palsu: Keadaan ini menampakkan kenaifan beliau mengenai PhD. Maklumkan kepada beliau hal yang sebenar, dan beliau perlu menghentikan penggunaan gelaran itu, serta memperbetulkan salah faham.

b) Dia tahu bahawa itu PhD palsu: Ia cukup untuk membuktikan wujud niat serong untuk memberikan gambaran yang salah kepada orang awam, biasanya untuk kepentingan diri.

c) Dia baru tahu bahawa itu PhD palsu: Jikalau dia menghentikan penggunaan gelaran Dr dan memaklumkan kepada masyarakat, itu bukti bahawa dia ingin memperbetulkan keadaan. Tetapi jika berterusan menggunakannya dengan alasan “Dulu saya tidak tahu”, maka ia termasuk seperti dalam kelompok (b).

Panduan umum:
Jikalau saya hendak menjemput penceramah / perunding latihan, dan dia bergelar ‘Dr’; bagaimanakah cara untuk saya memastikan hal ini?

Berikut adalah langkah yang tuan boleh lakukan:

1. Minta CV. Pastikan dia menulis nama PhD dan universiti mana. Lebih elok jikalau dia memasukkan salinan sijil PhD tersebut di dalam profilnya.

2. Semak sahaja di http://www.mqa.gov.my/mqr/index.htm

Berikut adalah antara institusi dan sijil yang tidak diiktiraf:

Ph.D. (Alt. Med) India – Open International University for Alt. Med.
M.D. (Alt. Med) India – Open International University for Alt. Med.
Reiki Master – Usui Kyodo, Reiki.
International Institute Of Health Science.
Indian Board Of Alternative Medicine.
Positive Life Foundation International.
Brantridge University USA
Trinity University USA
Ansted University UK

TAMRIN akan susuli kenyataan ini dengan senarai motivator dan perunding latihan yang mempunyai Phd yang sah dan diiktiraf. Malah TAMRIN mengalu-alukan mana-mana perunding latihan dan motivasi untuk tampil bersama TAMRIN dalam usaha pemurnian ini.


Tanpa panduan wahyu, manusia jadi melulu. Mudah ditimpa sindrom ADA AKAL TETAPI TIDAK BERAKAL. Harga diri bukan terletak pada pakaian dan gelaran. Juga bukan pada ilmu yang bertindan-tindan. Berakhlak mengikut acuan Allah. Di situlah letaknya maruah. Dunia boleh menipu. Namun Allah tetap tahu.

#BerkataBenarWalaupunPahit

Sunday, October 2, 2016

Hidup Bersandarkan Hadith


Pada setiap siang dan malam para malaikat menyeru:

Wahai yang berumur 40 TAHUN
TANAMANMU SUDAH HAMPIR BERBUAH

Wahai yang berumur 50 TAHUN
MARILAH MENUJU PERHITUNGAN AWAL

Wahai yang berumur 60 TAHUN
APAKAH YANG TELAH KAMU LAKUKAN,
DAN APAKAH YANG TELAH KAMU TINGGALKAN?

Wahai yang berumur 70 TAHUN
APAKAH YANG KAMU SEDANG TUNGGU?

Mati itu datang tiba-tiba. Andai manusia sedar untuk apa dia diciptakan, tentu dia sentiasa bersiap sedia.


Rumah yang kecil, terasa luas bila penghuninya punya ketenangan. Dia mungkin tidak punya harta, tetapi kaya ilmu dan akhlak. Sikapnya yang suka memberi senyuman, nasihat, doa dan kata-kata mesra membawa ketenangan kepada orang yang menerimanya. Yakinlah, ketenangannya datang dari jiwa yang tidak pernah lupa mengingati Maha Pencipta.


---