Monday, September 30, 2013

Wakaf Utsman Affan

serenemaklong.blogspot.com

 

( Harta wakaf Utsman bin Affan sejak zaman Rasulullah terus bertambah sehingga hari ini)

 

Khalifah Utsman bin Affan salah seorang sahabat nabi yang menjalankan perniagaan, kaya raya, murah hati dan dermawan. Utsman bin Affan juga mempunyai akaun di salah sebuah bank di Saudi!!! Nama akaun dan bil elektrik juga masih atas nama beliau.
Bagaimana beliau memiliki hotel atas namanya di berhampiran Masjid Nabawi?

Diriwayatkan pada zaman Nabi Shallallahu ' alaihi wa sallam, kota Madinah pernah mengalami kelaparan dan juga sukar untuk mendapatkan air bersih. Mereka (kaum muhajirin ) sudah terbiasa minum dari air zam-zam di Makkah. Satu-satunya sumber air yang tinggal adalah sebuah perigi milik seorang Yahudi, perigi Raumah namanya. Rasanya seperti dengan perigi zamzam. Kaum muslimin dan penduduk Madinah terpaksa beratur dan membeli air bersih dari Yahudi tersebut.

Atas keprihatinan keadaan umatnya, Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam kemudian bersabda: " Wahai Sahabatku, siapa saja di antara kalian yang menyumbangkan hartanya untuk dapat membebaskan perigi itu, lalu menyumbangkannya untuk umat, maka akan mendapat syurgaNya Allah Ta'ala" ( HR. Muslim) .

Utsman bin Affan Radhiyallahu ' anhu kemudian segera bertindak. Beliau mendatangi Yahudi pemilik perigi dan menawarkan untuk membeli perigi Raumah dengan harga tinggi. Walaupun sudah diberi tawaran yang tinggi, si Yahudi pemilik perigi tersebut tetap menolak.  

 

"Seandainya perigi ini saya jual kepadamu wahai Utsman, maka aku tidak mempunyai pendapatan yang boleh aku peroleh setiap hari " demikian Yahudi tersebut menjelaskan alasan penolakannya .

Utsman bin Affan Radhiyallahu ' anhu yang ingin sekali mendapatkan balasan pahala berupa Syurga Allah Ta'ala, tidak berputus asa. "Bagaimana kalau aku beli setengahnya saja dari perigi" Uthman meneruskan rundingan.

" Maksudmu? " tanya Yahudi kehairanan.

"Begini, jika engkau setuju maka kita akan mempunyai perigi ini bergantian. Satu hari perigi ini milikku, esoknya kembali menjadi milikmu kemudian lusa menjadi milikku lagi demikian selanjutnya berganti satu ke satu hari yang lain. Bagaimana?" tanya Uthman.

Yahudi itupun berfikir, " Aku mendapat wang banyak dari Utsman tanpa perlu kehilangan perigi milikku". Akhirnya si Yahudi bersetuju menerima tawaran Utsman tadi dan bersepakat mulai hari itu perigi Raumah adalah milik Utsman bin Affan Radhiyallahu ' anhu.

Utsman pun segera mengumumkan kepada penduduk Madinah yang mahu mengambil air di perigi Raumah, boleh mendapatkan air untuk keperluan mereka secara percuma kerana hari ini perigi Raumah adalah miliknya. Dia juga mengingatkan agar penduduk Madinah mengambil air dalam jumlah yang cukup untuk 2 hari kerana pada keesokan harinya perigi itu bukan lagi milik Uthman.

Keesokan hari Yahudi mendapati perigi miliknya sepi tanpa pembeli kerana penduduk Madinah masih mempunyai persedian air di rumah. Yahudi itupun mendatangi Utsman dan berkata "Wahai Utsman belilah setengah lagi perigi ini dengan harga sama seperti engkau membeli setengahnya semalam" . Utsman setuju, lalu Utsman membelinya dengan harga 20000 dirham, maka perigi Raumah pun menjadi milik Utsman secara sepenuhnya.

Kemudian Utsman bin Affan Radhiyallahu 'anhu mewakafkan perigi Raumah dan sejak itu perigi Raumah dapat dimanfaatkan oleh sesiapa saja, termasuk Yahudi pemilik lamanya.

Setelah perigi itu diwakafkan untuk kaum muslimin dan setelah beberapa waktu kemudian, tumbuhlah di sekitar perigi itu beberapa pohon kurma dan terus bertambah. Lalu Daulah Utsmaniyah memeliharanya hingga semakin berkembang lalu disusuli penjagaan tersebut oleh Kerajaan Saudi sehingga berjumlah 1550 pokok.

Jabatan Pertanian Saudi telah menjual hasil kebun kurma ini ke pasaran dan separuh daripada keuntungan itu disalurkan untuk anak-anak yatim dan fakir miskin. Sebahagianya disimpan dalam bentuk akaun khas milik beliau di salah sebuah bank atas nama Utsman bin Affan di bawah pengawasan Jabatan Pertanian.

Begitulah seterusnya sehingga wang yang ada di bank itu cukup untuk membeli sebidang tanah dan membina hotel yang cukup besar di salah sebuah tempat yang strategik berhampiran Masjid Nabawi.

Bangunan hotel itu sudah hampir siap dan akan disewakan sebagai hotel 5 bintang. Dianggarkan mendapat keuntungan sekitar Riyal Saudi 50 juta setahun (RM 42 juta). Setengahnya untuk anak-anak yatim dan fakir miskin dan setengahnya lagi tetap disimpan dan ditabung di bank atas nama Utsman bin Affan radhiyallahu anhu.

Subhanallah, ... Jelas peniagaan dengan Allah selalu menguntungkan dan tidak akan rugi. Ini adalah salah satu bentuk sedekah jariyah yang pahalanya akan terus mengalir walaupun orangnya sudah lama meninggal dunia.

Disebutkan di dalam hadis sahih dari Abi Hurairah Radhiyallahu 'anhu bahawasanya Nabi Shallallahu' alaihi wa sallam bersabda:

إذا مات الإنسان انقطع عنه عمله إلا من ثلاثة إلا من صدقة جارية أو علم ينتفع به أو ولد صالح يدعو له

"Apabila manusia meninggal dunia , terputuslah segala amalannya , kecuali dari tiga perkara: shadaqah jariyah , ilmu yang bermanfaat atau anak soleh yang mendoakannya". [HR . Muslim , Abu Dawud dan Nasa'i ]

Dan disebutkan pada hadits yang lain riwayat Ibnu Majah dan Baihaqi dari Abi Hurairah Radhiyallahu ' anhu, dia berkata: Rasulullah Shallallahu' alaihi wa sallam bersabda:

إن مما يلحق المؤمن من عمله وحسناته بعد موته علما علمه ونشره وولدا صالحا تركه ومصحفا ورثه أو مسجدا بناه أو بيتا لابن السبيل بناه أو نهرا أجراه أو صدقة أخرجها من ماله في صحته وحياته يلحقه من بعد موته

"Sesungguhnya di antara amalan dan kebaikan seorang mukmin yang akan menemuinya selepas kematiannya adalah : ilmu bermanfaat yang diajarkan dan disebarkannya, anak soleh yang ditinggalkannya, mushhaf yang diwariskannya, masjid yang dibangunnya, rumah untuk ibnu sabil yang dibangunnya, sungai (air) yang dialirkannya untuk umum, atau sedekah yang dikeluarkannya dari hartanya di waktu sihat dan semasa hidupnya, semua ini akan menemuinya setelah dia meninggal dunia ".

*Diterjemahkan oleh Detik Islam

No comments:

Post a Comment