Thursday, September 5, 2013

Segalanya Niat

serenemaklong.blogspot.com
RASULULLAH S.A.W.berpesan, ‘Umatku ini ada empat kategori: Pertama: orang yang diberi kurnia oleh Allah berupa harta benda dan ilmu pengetahuan - Dia menerapkan ilmu yang diketahuinya dalam hal penggunaan harta bendanya dengan membelanjakan kesayangannya di jalan yang benar. Kedua: orang yang hanya diberi oleh Allah ilmu pengetahuan, tetapi tidak memiliki harta kekayaan. Orang ini mendambakan ‘JIKA SAYA MEMILIKI HARTA SEPERTI ORANG BERILMU YANG DERMAWAN (GOLONGAN PERTAMA) SAYA AKAN MELAKUKAN SEPERTI YANG DILAKUKANNYA.’ Rasulullah menyatakan bahawa kedua mereka mendapat ganjaran pahala yang serupa. Ketiga: orang yang diberi oleh Allah harta benda, namun tidak memiliki ilmu pengetahuan, lantas dia menghamburkan harta kekayaannya dan membelanjakannya secara tidak benar. Keempat: orang yang tidak diberi oleh Allah ilmu dan juga harta kekayaan, lantas dia berangan-angan ‘JIKA SAYA MEMILIKI HARTA SEPERTI SI KAYA YANG JAHIL (GOLONGAN KETIGA), NESCAYA SAYA AKAN MELAKUKAN SEPERTI APA YANG DILAKUKANNYA.’ Rasulullah menyatakan bahawa dosa mereka adalah sama. Dengan niat yang baik kita diberi pahala. Dengan niat yang jahat kita ditimpa petaka dosa. Subhanallah. Seringlah menyemak niat baik, dan sentiasa delete niat yang tidak betul dengan taubat yang murni. PILIH MANA SATU: Si Kaya dermawan dan ilmuan. Si Ilmuan yang berhati dermawan. Si Hartawan yang tidak berilmu. Si Miskin yang membina mahligai kemewahan di alam khayalan. Wallahul muwaffiq http://www.ahlalhdeeth.com/vb/showthread.php?t=257106

No comments:

Post a Comment