Wednesday, September 11, 2013

Perlukah Berahsia?



SETIAP pasangan mempunyai cerita tersendiri. Ada yang, kalau boleh mahu sahaja menceritakan segala apa yang berlaku ke atas diri kepada pasangannya. Kalau tidak pun, menceritakan apa yang dia makan, apa yang dia rasa, apa perasaan dia pada ketika itu dan macam-macam lagi.

Tetapi, tidak semua yang perlu kita beritahu, bukan? Memang tidak salah untuk berahsia tetapi janganlah sampai menipu. Sekiranya anda melakukan sesuatu yang tidak disukai oleh pasangan, memang tidak patut kita ceritakan kepadanya. Ini bagi mengelakkan hubungan kita menjadi masalah. Tetapi sekiranya dia dapat tahu kita menipunya, tidakkah keadaan akan menjadi lebih teruk?

Kita juga janganlah terlalu jujur sehingga semua benda ingin diceritakan kepada pasangan apabila ditanya. Anda tentu pernah tanya kepada pasangan, “Apa lauk yang awak makan tengahari ataupun malam tadi?" Soalan begini memang biasa bagi setiap pasangan. Tetapi ada juga pasangan yang bertanyakan soalan yang bukan-bukan.

Tetapi, anda harus tahu memang ada perkara yang perlu dirahsiakan. Di antaranya, sekiranya perkara itu merupakan rahsia yang kita telah janjikan dengan seseorang. Tidak elok diceritakan kepada pasangan kerana itu tidak amanah namanya. Selain daripada itu, ada juga rahsia yang berkaitan dengan kerja. Jika anda bekerja sebagai ejen rahsia kerajaan, mana boleh diceritakan misi-misi sulit kepada pasangan. Tidak baik, bukan? Jadi, semuanya terpulang kepada diri sendiri.

Yang penting anda boleh berahsia tetapi jangan menipu. Binalah hubungan yang baik, OK.

No comments:

Post a Comment