Tuesday, September 10, 2013

Kesan Kedai Guna Pelaris



MUNGKIN ramai menganggap dalam zaman serba moden dan canggih ini tiada lagi yang guna unsur-unsur syirik dalam kehidupan seharian. Jangan terkejut jika ada kedai yang berani menggunakan khidmat jin untuk melariskan perniagaan.

Bagaimana cara mengesan jin-jin tersebut? Cara mudah untuk tahu sesebuah kedai mempunyai pelaris (khadam jin) ialah dengan membaca ayat Qursi 3 kali di luar kedai. Sebaiknya semasa di dalam kereta. Kemudian buka tingkap dan tiup 7 kali ke arah kedai.
Tidak perlulah tiup macam bomoh puhh kiri, puhh kanan. Cukup sekadar tiup perlahan-lahan sampai habis nafas (macam Ustaz Ismail Kamus ajar).

Sekiranya ada pelaris di kedai tersebut, “khadam” akan marah dan akan rasa seperti satu angin menerpa ke muka kita. Kalau begitu, elok jangan makan di kedai tersebut.

Beberapa cara di bawah boleh diamalkan untuk mengelak sihir: 1) Al-Fatihah 2) Membaca tiga surah terakhir / 3 Qul setiap hari.

Ini berdasarkan hadis: Baginda S.A.W telah berkata kepadaku: “Bacalah Qul Huwa Allahu Ahad” (al-ikhlas) dan (surah an-Nas) dan (surah al-falaq) sebanyak 3 kali ketika pagi dan petang, ia mampu mencukupkan kamu dari segala sesuatu. At-Tirmidzi, Bab Doa Yang Disebut Ketika Ingin Tidur, no 3570; Sunan Abu Daud, Bab Apa Yang Dibaca Ketika Subuh, no 5072 (Nuzhatul Muttaqin, no 1457, 2/229) At-Tirmidzi: Hasan Sohih, An-Nawawi: Sohih. (Sumber: Syed Azizi )

No comments:

Post a Comment