Monday, September 9, 2013

Tip Jimat Minyak

serenemaklong.blogspot.com
BUKAN begini cara untuk jimatkan minyak. Cara yang betul ialah: 1. Penuhkan minyak. Apabila tangki minyak penuh, ruang untuk udara menjadi kurang. Minyak meruap dengan pantas. Isikan minyak dengan perlahan-lahan. Jangan tekan nozzle kuat sangat. Minyak yang bercampur dengan udara akan lebih cepat terbakar. 2. Kurangkan laju.Bawa dengan kelajuan yang konsisten. Kalau 70, cuba kekalkan 70 saja. Jangan kerap tekan minyak secara mendadak. 3. Tayar. Bila gunakan saiz tayar yang lebih lebar, lebih minyak akan digunakan kerana lebih tenaga diperlukan untuk menggolek rintangan tayar yang lebar. 4. Letakkan kereta di tempat teduh.Kereta akan mudah kembali sejuk selepas kita mulakan pemanduan. 5. Angin tayar. Selalu periksa angin tayar. Kapisiti angin yang betul akan melancarkan putaran tayar dan mengurangkan penggunaan minyak. 6. Kurangkan beban. Bersihkan kereta. Apa saja barang yang tidak diperlukan keluarkan ia daripada kereta. Tahukah anda beban sebanyak 50 kg akan menggunakan 2% minyak? 7. Naik basikal. Nanti badan jadi sihat.

1 comment: