Saturday, September 21, 2013

Kita Mesti Berjaya

serenemaklong.blogspot.com
7 sebab kenapa kita perlu Berjaya dan Kaya: 1. Bila Ibubapa masih belum MAMPU menunaikan Rukun Islam ke-5 iaitu Menunaikan Haji, siapakah yang akan membantu menunaikan hajat & impian mereka? Tergamakkah kita berkata,"aku pun tak ada duit." 2. Bila Ibubapa perlukan duit untuk meneruskan sisa-sisa hidup mereka, untuk makan sesuap nasi, seteguk air, siapa yang akan menanggung mereka? Tergamakkah kita berkata,"aku pun tak cukup makan." 3. Bila Ibubapa sakit, siapa yang akan uruskan bil klinik, hospital dan kos perubatan mereka? Adakah kita hanya perlu pejamkan mata dan pekakkan telinga? Mereka tidak pernah meminta dari kita kerana mereka sangat memahami keadaan kita tetapi kita fahamkah keadaan mereka? Tergamakkah kita berkata,"aku ada banyak hutang nak kena bayar bulan ni." 4. Bila Ibubapa bersedih kesunyian, tiada anak-anak datang menjenguk, siapa yang akan pulang menjenguk mereka sedangkan kita asyik sibuk memberi alasan "SIBUK". Dapatkah kita rasai kesunyian mereka? Mereka hanya perlukan kita beberapa ketika sahaja sebab mereka merasa akan berhijrah ke alam kubur yang jauh lebih sunyi tidak lama lagi. Tergamakkah kita berkata,"aku bukan tak nak balik tapi tak dapat cuti." 5. Bila Ibubapa ditakdirkan meninggal dunia, siapakah yang berada di sisi dan menguruskan jenazah? Perhatikan wajah ibu/bapa buat kali terakhir sebelum kain kapan menutup wajah mereka. Adakah wajahnya berada dalam keceriaan atau kesedihan? Tergamakkah kita berkata,"aku bukan tak nak balik tengok mak/bapak masa dia sakit tapi masa tu aku tengah sibuk sangat." 6. Bila Ibubapa sudah tidak mampu menguruskan diri akibat keuzuran, mampukah kita uruskan? Ibubapa kita tidak pernah mengeluh ketika mereka membesarkan kita. Mereka akan lakukan yang terbaik untuk memastikan kita mendapat yang terbaik. Biarpun mereka terpaksa berkorban, bertungkus-lumus, bergolok-bergadai tetapi bila tiba giliran kita dapatkah kita lakukan apa yang seharusnya kita lakukan demi SEORANG ibu/ayah? Benarlah, ibu/bapa boleh menjaga 10 orang anak tetapi 10 orang anak belum pasti boleh menjaga seorang ibu/ayah. Tergamakkah kita berkata,"aku sibuk, biarlah adik-beradik aku yang lain uruskan." 7. Bila Ibubapa anda meminta duit untuk membeli sesuatu yang mereka hajatkan, bolehkah kita berikan tanpa sebarang alasan? Ketahuilah....walau apapun kita lakukan untuk ibubapa, kita masih belum mampu membalas jasa mereka kerana setitik air susu ibu...setitik keringat ayah....apakah nilainya pada kita?Lupakah kita bagaimana ibubapa membesarkan kita? Boleh kita bayangkan bersama2?....Berkhidmatlah untuk keduanya sementara mereka masih hidup....sedarlah berapa hari lagi kita dapat melihat dan bersama mereka sedangkan pengorbanan mereka sangat besar pada kita... Buktikan!!! Biarpun 100 orang, 1,000 orang, 10,000 orang hendak tengok kita gagal TETAPI ada 2 ORANG YANG BENAR-BENAR HENDAK TENGOK KITA BERJAYA IAITU IBUBAPA. Tunjukkanlah kejayaan sebelum mereka menghembuskan nafas dan menutup mata. Buktikan pada mereka bahawa zuriat yang mereka lahirkan adalah zuriat yang sangat HEBAT! MARILAH KITA MENILAI DIRI SENDIRI....

No comments:

Post a Comment