Monday, September 30, 2013

Hati-hati Bulu Khinzir

serenemaklong.blogspot.com

 

Cara Mengenal Bulu Khinzir Yang Dijadikan Berus...

Kebanyakan berus murah dari China diperbuat dari bulu khinzir. Ini kerana terdapat ciri-ciri khas pada bulu tersebut menyebabkan ia begitu popular dijadikan berus untuk mengecat, mewarna dan membersihkan rumah.

Ciri-ciri bulu khinzir:

1-Bulu yang lebat di hujungnya
2-Boleh diubahsuai dengan bahan kimia untuk menjadi lembut atau keras.
3-Susah tertanggal dan tidak cepat rosak.
4-Senang didapati berbanding bulu haiwan lain.

Bulu khinzir atau khinzir hutan dipanggil “Bristle” kerana bentuk  yang keras dan kasar. Hujung bulu khinzir ini mempunyai sifat unik iaitu hujungnya bercabang (split ends). Bristle daripada wilayah Chungking China adalah yang terbaik untuk digunakan untuk mengecat.

Manakala berus bulu kambing atau biri-biri banyak digunakan untuk kaligrafi. Hujungnya tidak bercabang seperti bulu khinzir. Bulu kambing atau biri-biri ini mempunyai hujung yang tajam.

Maha suci Allah menjadikan bulu khinzir berbeza dengan haiwan yang lain.Mungkin ada hikmah disebaliknya - agar umat Islam dapat membezakannya. Namun masih ramai yang tidak mengetahuinya. Jadi,berhati-hatilah..Insyallah dengan izinnya,semoga kita semua sentiasa dilindungi..

 

 

Hanya Bergantung Kepada Allah

Pemberian Allah

Wakaf Utsman Affan

serenemaklong.blogspot.com

 

( Harta wakaf Utsman bin Affan sejak zaman Rasulullah terus bertambah sehingga hari ini)

 

Khalifah Utsman bin Affan salah seorang sahabat nabi yang menjalankan perniagaan, kaya raya, murah hati dan dermawan. Utsman bin Affan juga mempunyai akaun di salah sebuah bank di Saudi!!! Nama akaun dan bil elektrik juga masih atas nama beliau.
Bagaimana beliau memiliki hotel atas namanya di berhampiran Masjid Nabawi?

Diriwayatkan pada zaman Nabi Shallallahu ' alaihi wa sallam, kota Madinah pernah mengalami kelaparan dan juga sukar untuk mendapatkan air bersih. Mereka (kaum muhajirin ) sudah terbiasa minum dari air zam-zam di Makkah. Satu-satunya sumber air yang tinggal adalah sebuah perigi milik seorang Yahudi, perigi Raumah namanya. Rasanya seperti dengan perigi zamzam. Kaum muslimin dan penduduk Madinah terpaksa beratur dan membeli air bersih dari Yahudi tersebut.

Atas keprihatinan keadaan umatnya, Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam kemudian bersabda: " Wahai Sahabatku, siapa saja di antara kalian yang menyumbangkan hartanya untuk dapat membebaskan perigi itu, lalu menyumbangkannya untuk umat, maka akan mendapat syurgaNya Allah Ta'ala" ( HR. Muslim) .

Utsman bin Affan Radhiyallahu ' anhu kemudian segera bertindak. Beliau mendatangi Yahudi pemilik perigi dan menawarkan untuk membeli perigi Raumah dengan harga tinggi. Walaupun sudah diberi tawaran yang tinggi, si Yahudi pemilik perigi tersebut tetap menolak.  

 

"Seandainya perigi ini saya jual kepadamu wahai Utsman, maka aku tidak mempunyai pendapatan yang boleh aku peroleh setiap hari " demikian Yahudi tersebut menjelaskan alasan penolakannya .

Utsman bin Affan Radhiyallahu ' anhu yang ingin sekali mendapatkan balasan pahala berupa Syurga Allah Ta'ala, tidak berputus asa. "Bagaimana kalau aku beli setengahnya saja dari perigi" Uthman meneruskan rundingan.

" Maksudmu? " tanya Yahudi kehairanan.

"Begini, jika engkau setuju maka kita akan mempunyai perigi ini bergantian. Satu hari perigi ini milikku, esoknya kembali menjadi milikmu kemudian lusa menjadi milikku lagi demikian selanjutnya berganti satu ke satu hari yang lain. Bagaimana?" tanya Uthman.

Yahudi itupun berfikir, " Aku mendapat wang banyak dari Utsman tanpa perlu kehilangan perigi milikku". Akhirnya si Yahudi bersetuju menerima tawaran Utsman tadi dan bersepakat mulai hari itu perigi Raumah adalah milik Utsman bin Affan Radhiyallahu ' anhu.

Utsman pun segera mengumumkan kepada penduduk Madinah yang mahu mengambil air di perigi Raumah, boleh mendapatkan air untuk keperluan mereka secara percuma kerana hari ini perigi Raumah adalah miliknya. Dia juga mengingatkan agar penduduk Madinah mengambil air dalam jumlah yang cukup untuk 2 hari kerana pada keesokan harinya perigi itu bukan lagi milik Uthman.

Keesokan hari Yahudi mendapati perigi miliknya sepi tanpa pembeli kerana penduduk Madinah masih mempunyai persedian air di rumah. Yahudi itupun mendatangi Utsman dan berkata "Wahai Utsman belilah setengah lagi perigi ini dengan harga sama seperti engkau membeli setengahnya semalam" . Utsman setuju, lalu Utsman membelinya dengan harga 20000 dirham, maka perigi Raumah pun menjadi milik Utsman secara sepenuhnya.

Kemudian Utsman bin Affan Radhiyallahu 'anhu mewakafkan perigi Raumah dan sejak itu perigi Raumah dapat dimanfaatkan oleh sesiapa saja, termasuk Yahudi pemilik lamanya.

Setelah perigi itu diwakafkan untuk kaum muslimin dan setelah beberapa waktu kemudian, tumbuhlah di sekitar perigi itu beberapa pohon kurma dan terus bertambah. Lalu Daulah Utsmaniyah memeliharanya hingga semakin berkembang lalu disusuli penjagaan tersebut oleh Kerajaan Saudi sehingga berjumlah 1550 pokok.

Jabatan Pertanian Saudi telah menjual hasil kebun kurma ini ke pasaran dan separuh daripada keuntungan itu disalurkan untuk anak-anak yatim dan fakir miskin. Sebahagianya disimpan dalam bentuk akaun khas milik beliau di salah sebuah bank atas nama Utsman bin Affan di bawah pengawasan Jabatan Pertanian.

Begitulah seterusnya sehingga wang yang ada di bank itu cukup untuk membeli sebidang tanah dan membina hotel yang cukup besar di salah sebuah tempat yang strategik berhampiran Masjid Nabawi.

Bangunan hotel itu sudah hampir siap dan akan disewakan sebagai hotel 5 bintang. Dianggarkan mendapat keuntungan sekitar Riyal Saudi 50 juta setahun (RM 42 juta). Setengahnya untuk anak-anak yatim dan fakir miskin dan setengahnya lagi tetap disimpan dan ditabung di bank atas nama Utsman bin Affan radhiyallahu anhu.

Subhanallah, ... Jelas peniagaan dengan Allah selalu menguntungkan dan tidak akan rugi. Ini adalah salah satu bentuk sedekah jariyah yang pahalanya akan terus mengalir walaupun orangnya sudah lama meninggal dunia.

Disebutkan di dalam hadis sahih dari Abi Hurairah Radhiyallahu 'anhu bahawasanya Nabi Shallallahu' alaihi wa sallam bersabda:

إذا مات الإنسان انقطع عنه عمله إلا من ثلاثة إلا من صدقة جارية أو علم ينتفع به أو ولد صالح يدعو له

"Apabila manusia meninggal dunia , terputuslah segala amalannya , kecuali dari tiga perkara: shadaqah jariyah , ilmu yang bermanfaat atau anak soleh yang mendoakannya". [HR . Muslim , Abu Dawud dan Nasa'i ]

Dan disebutkan pada hadits yang lain riwayat Ibnu Majah dan Baihaqi dari Abi Hurairah Radhiyallahu ' anhu, dia berkata: Rasulullah Shallallahu' alaihi wa sallam bersabda:

إن مما يلحق المؤمن من عمله وحسناته بعد موته علما علمه ونشره وولدا صالحا تركه ومصحفا ورثه أو مسجدا بناه أو بيتا لابن السبيل بناه أو نهرا أجراه أو صدقة أخرجها من ماله في صحته وحياته يلحقه من بعد موته

"Sesungguhnya di antara amalan dan kebaikan seorang mukmin yang akan menemuinya selepas kematiannya adalah : ilmu bermanfaat yang diajarkan dan disebarkannya, anak soleh yang ditinggalkannya, mushhaf yang diwariskannya, masjid yang dibangunnya, rumah untuk ibnu sabil yang dibangunnya, sungai (air) yang dialirkannya untuk umum, atau sedekah yang dikeluarkannya dari hartanya di waktu sihat dan semasa hidupnya, semua ini akan menemuinya setelah dia meninggal dunia ".

*Diterjemahkan oleh Detik Islam

10 Hari Pertama Zulhijjah

serenemaklong.blogspot.com

 

 

RAMAI di kalangan kita yang tahu kelebihan 10 malam terakhir Ramadan, tetapi mungkin hanya segelintir yang sedar kelebihan 10 hari pertama bulan Zulhijjah.

Imam al-Bukhari r.hm meriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a bahawa Nabi SAW bersabda: “Tidak ada hari yang amal soleh padanya lebih dikasihi Allah selain daripada hari-hari yang sepuluh ini.”

Para sahabat bertanya, “Walaupun berjihad di jalan Allah?" Rasulullah SAW bersabda: “Walaupun berjihad di jalan Allah, kecuali lelaki yang keluar berjihad membawa diri serta hartanya dan tidak kembali lagi selepas itu (syahid).”

Pada 10 hari pertama Zulhijjah, kita dituntut untuk melakukan ibadat haji dan umrah (bagi mereka yang berkemampuan). Oleh itu bagi yang tidak melakukan ibadat haji di Tanah Suci, mereka turut diberikan kelebihan-kelebihan tertentu seperti:

SOLAT: Kita disunatkan melakukan solat fardu secara berjemaah dan memperbanyakkan solat sunat kerana ia adalah sebaik-baik amalan.

Bagi lelaki, solat lima waktu berjemaah amat dituntut. Bagi wanita pula, mereka digalakkan untuk solat pada awal waktu.

PUASA: Umat Islam digalakkan untuk berpuasa sunat sekadar yang mampu iaitu pada 1 hingga 8 Zulhijjah, tetapi pada 9 Zulhijjah kita sangat dituntut untuk berpuasa.

Rasulullah SAW bersabda: “Puasa pada hari Asyura (10 Muharram), saya berharap Allah akan menghapuskan (dosa) setahun sebelumnya manakala puasa hari Arafah (9 Zulhijjah) akan mengkafarahkan (menghapuskan) dosa dua tahun iaitu setahun sebelum dan setahun selepasnya.”

TAKBIR, TAHLIL & TAHMID: Umat Islam disunatkan untuk bertakbir pada beberapa hari tertentu bermula pada waktu Maghrib 9 Zulhijjah sehingga waktu Asar 13 Zulhijjah terutama selepas menunaikan solat fardu yang dikerjakan secara berjemaah.

BERKORBAN: Umat Islam disyariatkan untuk melakukan ibadat korban (menyembelih haiwan ternakan) pada Hari Raya Haji atau Aidiladha (10 Zulhijjah) dan pada hari-hari Tasyriq (11, 12 dan 13 Zulhijjah).

Ibadat korban adalah sunnah Nabi Ibrahim a.s setelah diuji oleh Allah SWT untuk menyembelih anaknya, Ismail a.s. tetapi akhirnya Allah gantikan dengan seekor kibas untuk disembelih.

TAUBAT DARI MAKSIAT & DOSA: Maksiat adalah punca seorang hamba terhalang atau tersekat daripada mendapat rahmat Allah, manakala ketaatan pula adalah punca kasihnya Allah SWT kepada kita.

Oleh itu, umat Islam digalakkan untuk mendapat keampunan Allah supaya kita tidak jauh daripada Allah sepertimana dinyatakan dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda,“Sesungguhnya Allah mencemburui (tidak suka) apabila seseorang hamba-Nya melakukan perkara yang ditegah-Nya.”

PERHATIAN:
1 Zulhijjah 1434 - 6 Oktober 2013 (Ahad).
10 Zulhijjah 1434 - 15 Oktober 2013 (Selasa).

(Petikan: Majalah ANIS November 2010)
Foto: Jemaah haji wukuf di Arafah.

Delima Syam

serenemaklong.blogspot.com

Ini buah delima, di Syam buah ini boleh mencapai lebih dari 2kg.

Buah ini salah satu daripada buah-buahan yang Allah berkati di bumi Syam yang juga diberkati.
Tanah para nabi, sahabat dan orang-orang yang sholeh.
 

 

 

Friday, September 27, 2013

Hidayah Buat Perompak

serenemaklong.blogspot.com

 

Tengah malam satu hari bulan Mei 2009.

Muhammad Sohail, 47 sedang bersiap-siap hendak menutup kedainya. Tiba-tiba seorang lelaki datang dengan membawa pemukul besbol dan memaksa Sohail menyerahkan wang.

Tidak mahu tunduk kepada penjahat tersebut, Sohail mengeluarkan senapang Shotgun yang diletakkan di dalam laci.Merasa kalah, lelaki bertopeng itu menjatuhkan pemukul besbol ke lantai dan berlutut memohon ampun sambil menangis.

 

"Tolong jangan panggil polis, jangan tembak saya. Saya tak ada duit ataupun makanan di rumah."

Tidak seperti kebanyakan warga kulit putih Amerika Syarikat lain yang umumnya terus memanggil polis jika berada dalam situasi seperti itu, Sohail membuka dompet lalu menghulurkan wang tunai sebanyak $40 dan sebungkus roti, namun dengan syarat, lelaki tidak  merompak lagi.

Melihat wang $40 tersebut, perompak nampak terpegun. Dia tiba-tiba mengatakan bahawa dia ingin menjadi seorang Muslim seperti Sohail. Sohail terkejut lalu bertanya, "Kamu seriuskah?"

Jawabnya, "Ya. Saya ingin menjadi Muslim seperti kamu!"

Sohail kemudian meminta perompak itu ikut mengucapkan dua kalimah syahadat seperti yang dia ucapkan sambil mengangkat sebelah tangan, dan diakhiri dengan mereka berdua berjabat salam.

Kemudian Sohail berkata, "Tunggu di sini sekejap, saya hendak ke belakang mencari sesuatu untuk kamu. Mungkin ada susu yang boleh dibawa balik." Namun ketika Sohail kembali, perompak itu sudah pergi.

Beberapa bulan kemudian, Sohail menerima sepucuk surat dan wang $40 dari perompak yang tidak dikenalinya itu. Lelaki tersebut mengaku Sohail telah mengubah hidupnya.

Bunyi dari surat itu:

You Change My Life
First of All I would like to say that I am sorry. At the time, I had no money, no food on my table, no job, and nothing for my family. I know what I did was wrong, but I had no choice. I needed to feed my family. When you had that gun to my head I was 100% sure that I was going to die. That was the only reason why I want to be a Muslim. Because you spared my life, I decided to become a True Muslim. Since then my life has changed. Now I have a new child and good job. Make good money, staying out of trouble and taking care of my family. You gave me forty dollars, and a loaf of bread . Here is fifty dollars. Thank you for sparing my life. Because of that you change my life.


Your Muslim Brother

Thursday, September 26, 2013

Wali Allah Solat Atas Air

serenemaklong.blogspot.com

 

SEBUAH kapal yang sarat dengan muatan dan 200 orang termasuk ahli perniagaan berlepas dari sebuah pelabuhan di Mesir. Apabila kapal itu berada di tengah lautan maka datang ribut petir dengan ombak kuat menjadikan  kapal itu terumbang-ambing dan hampir tenggelam. Berbagai usaha dibuat untuk mengelakkan kapal itu dipukul ombak ribut, namun semua usaha sia-sia sahaja.

Ketika semua orang sangat cemas dan menunggu apa yang akan menimpa kapal dan diri mereka, terdapat seorang lelaki yang sedikitpun tidak merasa cemas. Dia kelihatan tenang berzikir kepada Allah s.w.t.

Kemudian lelaki itu turun dari kapal yang sedang terumbang-ambing dan berjalan serta bersolat di atas air itu. Beberapa orang peniaga yang melihat lelakiitu berada di atas air lalu berkata, "Wahai wali Allah, tolonglah kami. Janganlah tinggalkan kami!" Lelaki itu tidak memandang ke arah mereka. Para peniaga itu menyeru lagi, "Wahai wali Allah, tolonglah kami. Jangan tinggalkan kami!" 

Lelaki itu menoleh ke arah mereka dan berkata, "Apa hal?"

Peniaga berkata, "Wahai wali Allah, tidakkah kamu hendak mengambil berat tentang kapal yang hampir tenggelam ini?"

Wali itu berkata, "Dekatkan dirimu kepada Allah s.w.t."

Peniaga bertanya, "Apa mesti kami buat?"

Wali Allah itu berkata, "Tinggalkan semua hartamu, jiwamu akan selamat."

Kesemua mereka menjawab, "Wahai wali Allah, kami akan membuang semua harta kami asalkan jiwa kami selamat." 

Wali Allah itu berkata lagi, "Turunlah kamu semua ke atas air dengan membaca Bismillah."

Dengan membaca Bismillah, mereka turun seorang demi seorang ke atas air dan berjalan menghampiri wali Allah yang sedang duduk di atas air sambil berzikir. Tidak berapa lama kemudian, kapal yang mengandungi muatan beratus ribu ringgit itu pun tenggelam ke dasar laut. 

Para penumpang hanya berdiri di atas air sambil melihat kapal yang tenggelam. 

Seorang peniaga bertanya, "Siapakah kamu wahai wali Allah?"

Jawabnya, "Saya ialah Awais Al-Qarni."

Peniaga berkata lagi, "Wahai wali Allah, di dalam kapal yang tenggelam itu terdapat harta fakir miskin Madinah yang dihantar oleh seorang jutawan Mesir."

Wali Allah berkata, "Sekiranya Allah s.w.t. kembalikan semua harta kamu, adakah kamu betul-betul akan membahagikannya kepada orang-orang miskin di Madinah?"

Peniaga itu berkata, "Betul, saya tidak akan menipu, ya wali Allah." 

Setelah mendengar pengakuan dari peniaga, dia pun bersolat dua rakaat di atas air, memohon kepada Allah s.w.t. agar kapal itu ditimbulkan semula bersama-sama hartanya.

Tidak berapa lama kemudian, kapal itu timbul sedikit demi sedikit sehingga terapung di atas air. Kesemua barang perniagaan dan lain-lain tetap seperti asal. Tiada yang kurang. Setelah dinaikkan kesemua penumpang ke atas kapal, mereka meneruskan pelayaran ke tempat yang dituju.

Apabila sampai di Madinah, peniaga yang berjanji dengan wali Allah itu terus menunaikan janjinya dengan membahagikan harta kepada semua fakir miskin di Madinah sehingga tiada seorang pun yang tertinggal. Wallahu a'alam.


(Sumber: PONDOK HABIB)

 

 

Kesilapan Wanita Tentang Aurat

serenemaklong.blogspot.com

 

Pertama: Wanita menganggap aurat itu sekadar memakai tudung sahaja.
Kedua: Bertudung tetapi berkemeja T lengan pendek.
Ketiga: Bertudung tetapi kain sarung  baju kebarungnya terbelah.
Keempat: Bertudung tetapi baju sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah ‘menggoda’.
Kelima: Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya.
Keenam: Bertudung tetapi hanya memakai di pejabat sahaja, sedangkan di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya tidak pula.
Ketujuh: Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.
Kelapan: Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.
Kesembilan: Kesalahan bertudung tetapi menaiki motor sambil menayangkan betis sepanjang jalan.
Kesepuluh: Memakai baju kurung tetapi pergelangan tangan tidak dipinkan hingga nampak kulit lengan.

(Sumber- Harian Islam)

Tentera Berkuda

serenemaklong.blogspot.com

 

PAHLAWAN TENTERA SALIB yang masih wujud hari ini. Mereka masih meneruskan kesinambungan tradisi moyang mereka,  terutama di Zarqa', Jordan. Mereka percayakan Hadis Akhir  Zaman.

Mereka percaya Peperangan Akhir Zaman akan kembali kepada penggunaan Senjata Silam seperti pedang, tombak dan panah. Dalam perang itu semua peralatan canggih di dunia akan lumpuh atas sesuatu sebab. Mahu tidak mahu, masing-masing terpaksa berjuang seperti zaman Perang Salib dahulu.

Dan mereka TELAH dan Sedang BERSEDIA. Wallahualam.


 

 

Didik Anak Kecil Solat

Bahagiakan Orang Lain

Marah Jadi Dendam

Doa Mohon Rezeki Halal

Sabar

Wednesday, September 25, 2013

Bila Pemimpin Diuji

serenemaklong.blogspot.com

 

 

DALAM mana-mana organisasi dan misi, pemimpin atasan akan sentiasa berhadapan ujian dan cabaran. Ujian berupa kesusahan, cercaan dan kekurangan boleh menaikkan taraf dan martabat kepimpinannya. Semakin diuji semakin dirinya jadi kuat, ikhlas dan sabar. Bak layang-layang yang terbang tinggi bila melawan angin.

Namun bila ujian berupa kesenangan, kenikmatan dan pujian, terutama dari para pengampu, dia akan terleka, mula merasakan dirinya besar lagi "super" dan tidak nampak jalan kebenaran. Teguran dan kritikan ikhlas dari orang-orang yang jujur, setia dan tidak suka bermuka-muka dicap sebagai "menderhaka" dan menggugat kepimpinannya. Kemusnahan akan berlaku bila mana mereka yang setia meninggalkan pemimpin tersebut dan membiarkannya dengan "sokong yang membawa rebah".

Tinggi Tempat Jatuh

serenemaklong.blogspot.com

SEMASA hidup, burung makan ulat. Bila mati,ulat makan burung. Seseorang tidak selamanya di atas. Lebih tinggi kedudukan, lebih sakit jatuhnya.

 

 

Monday, September 23, 2013

Pendinding Diri

Pembacaan Al Quran

Excitement Towards Good

serenemaklong.blogspot.com

NO matter what we do, let us do it with passion. If people have the same passion to do good that people have for evil the world would be a very different place.

 

People are shy to do good but not shy to do bad. If you ask people to give a speech to a small halaqah, most would shy away. But people are not shy to smoke marijuana, go to a bar, or do bad stuff. Jay-Z is not shy, Beyonce is not shy, Bollywood is not shy, evil is not shy.  place.This is what we are seeing now.

Imam Bukhari likened  the people to passengers of a ship. Some of the people go to the bottom of the ship while others to the top. The bottom people became thirsty, they pleaded to the people at the top, “Please provide us with water to drink.” The top people refused. Finally the people at the bottom bored holes at the bottom of the ship to get water. In the end the ship sunk. People at the bottom suffered as well as the people at the top.  The top people did not do good, whether out of shyness, negligence, arrogance or whatever, so bad things happen.

How can we ignite passion to do good? Internal fear is much more dangerous than real fear…..Remember, every time we do good, Allah loves us. No matter how small that deed is, who has done or what he’s done. Good deed for humanity,environment, whatever. There are so many awesome good that we can do. Probably, teaching language classes for the orphans during the weekends instead of wasting time at the malls, taking care of the forests that we have, volunteering time to clean up our streets so they are safe for the children in our communities. All those are some awesome aspects of Ibadah. The things that we do at internal level as well as communal acts of Ibadah. When Allah loves you, He Tells that to the Angels throughout the Heavens.

The Prophet pbh encourage us to remember death. You know why? Because death will destroy false pleasures and brings focus into the life of a person who knows that he is going to die. There was a study  done on a group of people who were allocated time to do perfom a task and another group who were left open to do a task.The people who are allocated time do better that the people who are left to themselves to complete the task. Human beings need discipline. Coming to the realization that we are going to die can help us do good. Remember our capital in the Hereafter is our deeds, and that  Death will brings us closer to Allah.

People in the times of the Prophet pbh never outsource their responsibilities. There is a difference between us and them. We constantly blame others for things that happen to us, such as conspiracy theory, and this and that.

Right now it is better that we focus on our sphere of influence. The awareness of giving others what we have, whether material things or help, big or small, to do good. Nowadays people become angry when they cannot buy Samsung Galaxy or iPhone 5. But Sahabats of the Prophet pbh became angry when they were unable to do good deeds for the Hereafter. They became jealous when some other people beat them to it. And they also gave the best deed.

Presently, we see many murderings, killings done in the name of Islam. Let us react to that by building and nurturing people in the name of Islam. Create some excitement in doing them with compassion in our hearts. Then, inner peace will descend upon us and this world will be a different place.

Sunday, September 22, 2013

Mematikan Sihir Dalam Rumah/Kedai

serenemaklong.blogspot.com

Falsafah Di sebalik Kaabah

serenemaklong.blogspot.com
SALAH FAHAM TENTANG KAABAH YANG MEROSAK AKIDAH. Sebahagian umat Islam yang mengerjakan umrah dan haji ada yang sampai menangis dan meratap sambil mengusap dinding dan bergayutan di kain Kiswah, kelambu Kaabah. Bila Kaabah dilanda banjir atau sewaktu Kiswah dibasuh, ramai yang berebut-rebut tadah air basuhan itu masuk bekas dan bawa pulang. Ajaran manakah yang mereka ikuti ini? Itu belum dikira lagi perbuatan yang pelik-pelik terhadap air zamzam, sampai ada pula yang membuka jubah dan membasahkannya dengan air zamzam. Tabiat bersidai, mengusap-usap batu sambil meratap situ adalah tabiat orang Yahudi yang mengadu di Wall mereka. Ia sangat ditegah Nabi s.a.w. kerana menyerupai tabiat Yahudi. Gambar sebegini bersepah di internet. Sampai ada anak-anak sekolah yang balik mengadu mereka dihujah oleh rakan beragama Hindu dengan mengatakan apa bezanya Batu Cave, Wall Yahudi dan Kaabah. Adakah kamu semua juga menyembah batu? SUBHANALALLAH. Ada pendapat naïf pula berkata di dalam itu ada Allah. Bagaiman apula Allah boleh duduk di dalam Kaabah diam-diam selama ini. Bukankah Allah itu ada di mana-mana? Tidak kurang pula yang mengatakan bahawa Kaabah itu satu lubang yang boleh kita tembus untuk melihat ke langit ke tujuh. Itupun telah terbukti tiada yang pernah lihat. Sebahagian yang berminat dengan caj elektromegnetik pula mengaitkan apa saja yang ada di Masjidilharam dengan caj itu. Mereka menelahkan Kaabah itu satu bungkah yang tinggi elektromagnetik kerana sentiasa di kelilingi pergerakan lawan jam oleh manusia. Kerana itu ia tidak boleh dikesan setelit. Cuba google sekarang, boleh lihat Kaabah? Bahkan air zam zam pun dikatakan terkait dengan caj yang sama. Tiga helai rambut yang dipotong semasa tahlul juga dikaitkan dengan caj ini, kerana ia ibarat antena yang menarik aura syaitan. Ketahuilah, sangkaan dan telahan itu tidak cukup kuat untuk meyakinkan kepercayaan anak-anak alaf kita. Kami tidak akan menjelaskan semua telahan ini secara lansung. Kami cuma ingin kongsikan rasional yang kami dapati setelah bertahun-tahun meneliti. Fokus kajian kami adalah dalam perspektif Sains Psikologi, Sosiologi dan Teologi. Selebihnya kami serahkan kepada pembaca untuk membuat keputusan, mana lebih PRAKTIKAL dan EFEKTIF dalam usaha mencari kaedah membangun akhlak keluarga dan agama ini. SEMBAH ALLAH ATAU SEMBAH KAABAH? Ramai pada hari ini menyembah Kaabah dan bukan menghalakan diri pada satu qiblat. Pelbagai dongeng yang kita kutip tentang tanggapan apa itu Kaabah telah banyak mempengaruhi tabiat ummat sehingga ada orang sanggup menjilat kain kiswah, kelambu Kaabah itu sendiri. Ini sangat menyedihkan.. Perlu diingatkan bahawa ISLAM ialah AGAMA PENYATUAN. Kita semua DISATUKAN Syahadahnya, kemudian kita menghadap SATU QIBLAT dalam solat, lalu kita berpuasa untuk merasa persamaan Si Miskin dan Si Kaya sebagai SATU keluarga. Selepas mampu rasa keperitan Si Miskin maka seterusnya akan kita keluarkan zakat untuk membantu. Itu salah satu bukti kita BERSATU. Melalui Fardhu HAJI, manusia dihimpunkan di Padang Arafah yang panas dan terbuka. Di situlah berkumpul pemimpin besar, jutawan, fakir miskin dan segala bangsa dari yang maju kepada yang paling mundur. Semuanya memakai ihram yang sama warna, juga tanda PENYATUAN. Itulah hakikat SATU QIBLAT. KAABAH LAMBANG PENYATUAN, BUKAN SATU SEMBAHAN Ada sesuatu yang besar di sebalik Kaabah, apabila semua umat memahami DENGAN HUJAH YANG KUAT, semua melakukan perkara yang sama dengan tepat dan yakin. Ini bakal menjadikan Islam itu berjaya, hebat dan mulia. Sama ada suka mahupun tidak, yakin atau tidak, ia merujuk kepada “penyatuan SATU kaedah dan aturan hidup” yang menyentuh soal pengurusan sebuah keluarga, sebuah negara dan seorang hamba mengikut SATU ACUAN ATURAN TUHANNYA. Apabila wajah kita dihadapkan pada satu tujuan, satu matalamat dan aturan yang sama, pasti tujuan itu mampu kita laksanakan sebaik-baiknya. Pernahkah secara serius kita memikirkan tentang apa itu Kaabah dan falsafah di sebaliknya? Kami cuba juga mencari jika pernah ada para alimin berbicara tentang perkara ini sebelum ini, tetapi kami tidak jumpanya lagi sampai hari ini. Sebenarnya Fizikal Kaabah itu hanya satu binaan berbentuk kuboid yang memiliki satu pintu tanpa tingkap dan diselimuti dengan kelambu hitam. Binaan asalnya dari zaman Nabi Ibrahim tidaklah seperti yang kita lihat sekarang. Di dalam Kaabah itu ada 3 tiang yang mewakili pelbagai perkara asas yang TIGA, yang tidak boleh DIPISAH-PISAHKAN - Ma badi Thalasa. Itulah sasaran 3x takbir yang antaranya ialah: 1. Tiga tauhid – Rububiyah, Mulkiyyah & Ubuddiyah, 2. Iman, Islam & Ihsan 3. Institusi rumahtangga : Bapa, Ibu dan Anak. 4. Proses Akal : Pendengaran, Penglihatan & Hati 5. Komponen Quran : Hudan, Bainat & Furqaan Kesemua “Ma Badi Thalasa” itu yang harus kita besarkan, utamakan, laksanakan sepenuh tumpuan atas nama dan ikut aturan dan kehendak Allah. Dengan itu kita jadi kuat, hidup bersatu hati, penuh harmoni dan berkasih sayang. Itulah juga yang bakal mampu mengalahkan 3 unsur syirik halus yang selama ini kita tidak sedar, iaitu yang menduakan Allah dengan menyembah berhala Latta, Manna & Uzza (SEMBAHAN terhadap TAHTA, WANITA & HARTA). Sembahan pilihan inilah yang merendah-rendahkan keagungan Allah. Ia menghancurkan kesatuan Umat Islam sedunia. Rumah tangga jadi haru biru, umat berpecah belah, tindas menindas kerana unsur TIGA sembahan ini. Janganlah pula kita jadikan kotak hitam itu satu keramat yang disembah. Yang mahu disembah ialah ATURAN ALLAH itu. Cara kita menyembah ialah dengan mendaulatkan ketiga-tiga komponen tauhid yang tidak boleh dipisahkan, Mabadi Thalasa itu. Itulah dia Rububiyyah (Aturan Islam), Mulkiyah (Tempat Islam) dan Ubuddiyah (Umat Islam). Dengan perlaksanaan tauhid itu barulah kita mampu dapatkan Islam dan Ihsan yang sejati. Adakah lagi nilai ihsan dari cara hidup Islam yang masih segar sekarang ini? Anda jawablah sendiri dalam hati. Yang kami perhati, ketiga berhala tadi telah memenangi hati kita, jauh meninggalkan cinta dan sembahan kita terhadap Allah. Kita sanggup mementingkan diri dan menindas saudara kita demi sembahan itu. KAABAH ASAS BINAAN RUMAH & RUMAHTANGGA Kaabah itu dibina dan berasal dari legasi Nabi Ibrahim AS. Kehebatan Nabi Ibrahim ialah baginda tidak mendapat Islam itu percuma seperti kita yang dilahir dan dikandung dalam Rahim seorang ibu yang Islam. Nabi Ibrahim bersungguh-sungguh MENCARI tuhannya (Allah) melalui proses 3 komponen AKAL iaitu Pendengaran, Penglihatan & Hati. TIGA komponen ini di representasikan dengan 3 tiang Kaabah itu sendiri. Bagi mereka yang benar-benar meneliti sejarah Nabi Ibrahim AS, pasti mereka mampu membuat kesimpulan bahawa asas pasak Agama Islam itu ialah KELUARGA & PERSAUDARAAN. Anda boleh teliti peri pentingnya pembinaan keluarga ini dalam tahiyat akhir, dalam selawat, juga dalam susunan Musyhaf Quran di mana selepas saja Fatihah, kita disedarkan tentang keluarga Lembu Betina, Keluarga Imran, Nisa’ (peranan ibu/wanita) dan al-Ma’idah (hidangan anak-anak Islam yang sempurna). Jika rata-rata baik pendidikan isi keluarga, maka baiklah rakyat sebuah negara. Asas pasak Islam telah dipraktik dalam rumahtangga Ibrahim A.S. dengan jayanya. Pastinya rumahtangga Nabi Ibrahim telah terbentuk dengan SISTEM ALLAH / SISTEM ISLAM. Dengan sistem yang sama, Nabi Ismail A.S. terhasil sebagai anak yang paling taat sehingga sanggup berkorban demi perintah Allah, dengan restu Ibunya yang mematuhi perintah Allah dan suami. Legasi keluarga ini bersambung seterusnya sehingga Nabi Muhammad SAW mampu kembangkan dari skala keluarga menjadi skala bangsa dan seterusnya PERSAUDARAAN ISLAM sedunia. BANGUNAN ASAL KAABAH & PEMBENTUKAN SEBUAH KELUARGA Tahukah anda, Kaabah asalnya tidak sepatutnya berbentuk kuboid? Binaan asal Kaabah itu bercantum terus dengan Hijr Ismail yang berbentuk melengkung. Sebelum zaman kenabian Muhammad SAW, kaum Quraisy telah bertindak membina semula Kaabah itu tetapi diberitakan mereka tidak mahu menggunakan hasil dari maksiat untuk pembinaan penuh tapak Kaabah itu. Maka mereka bina sebahagian sahaja iaitu berupa kuboid kotak yang kita lihat hari ini. Asalnya, Kaabah memiliki 2 pintu dan sebuah tingkap. Apakah binaan yang ada 2 pintu dengan sebuah tingkap jika ia bukan sebuah rumah? Buktinya, itulah tapak asal rumah Nabi Ibrahim AS. Itulah tempat tinggal yang dipilih semasa Siti Hajar ditinggalkan di tengah padang pasir sendirian bersama Ismail A.S. sementara Nabi Ibrahim A.S. dalam kepergian. Di satu penjuru ada Hajarulaswad. Selain itu, perhatikan juga tempat Sa’ie, telaga Zamzam dan rumah Nabi Ibrahim a.s. (Kaabah sekarang) yang semuanya berdekatan, seolah-olah semuanya dalam satu halaman rumah sahaja. Itulah prototaip keluarga Islam yang pertama lalu Allah mahu seluruh umat manusia berkiblatkan SATU SISTEM PEMBENTUKAN KELUARGA ISLAM dari kalangan mereka yang BERSOLAT dan mengerjakan Haji dan Umrah. Tetapi, ramai juga hari ini yang bersolat pun tidak tahu mengapa harus dihadapkan wajah mereka terus ke Kaabah? Jika mereka faham, tentu tiada orang yang sanggup jilat dinding Kaabah dan memuja serta menyembah Kaabah. Di antara ciri-ciri perlaksanaan Islam dalam keluarga Nabi Ibrahim AS yang diabadikan rumahnya menjadi arah qiblat adalah: • Rumahtangga Islam ada Sistem Allah di dalamnya. • Rumah Nabi Ibrahim adalah rumah pertama bersistemkan Islam. • Itulah rumah yang terdiri dari bapa yang bijaksana dan yakin dengan peraturan tuhannya, seorang ibu yang sangat patuh mengabdi diri kepada Allah melalui perintah suaminya dan seorang anak yang sangat bijaksana, patuh dan menyenangkan hati manusia sekelilingnya. • Itulah Rumahku syurgaku - rumah yang sangat sejahtera bagi penghuninya, yang sangat bahagia laksana syurga. • Itulah RUMAHTANGGA YANG BERJAYA melalui aturan ALLAH. Bukan rumah yang di dalamnya ada Allah. Secebis perkongsian dari kami yang mencari asal usul dien dari sirah Nabi. WARGA PRIHATIN

Aurat Lelaki

serenemaklong.blogspot.com

Analogi Tingkatan Pembacaan Al Quran

serenemaklong.blogspot.com
Analogi Tingkatan Pembacaan Al Quran setiap malam: JUTAWAN 300 - 1,000 ayat. JAYAWAN 200 - 299 ayat. SETIAWAN 100 - 199 ayat. PEMELIHARA 50 - 99 ayat. PENGINGAT 10 - 49 ayat. PELALAI - 0 - 9 ayat. ( Dato' Ustaz Ismail Kamus)

Tip Khusyuk Ketika Berdoa

serenemaklong.blogspot.com

Saturday, September 21, 2013

Syurga Milik Allah

serenemaklong.blogspot.com
Dari Abu Sa'id Al Khudri r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda: "Kelak penduduk syurga akan melihat sebuah kamar di atas mereka, terlihat seperti bintang bercahaya gemerlapan jauh di ufuk Timur atau di Barat kerana perbezaan kedudukan mereka." Tanya para sahabat, "Ya, Rasulullah, apakah itu tempat para nabi yang tidak tercapai oleh orang lain selain mereka?" Jawab Baginda, " Demi Allah yang diriku dalam kuasa-Nya, bahkan itu tempat orang-orang yang beriman kepada Allah dan mempercayai para Rasul." (Shahih Muslim no. 2242). Dari Abu Sa'id Al Khudri dan Abu Hurairah r.a dari Nabi s.a.w. sabdanya: "Seorang penyeru menyerukan - Kamu selalu sihat, tidak akan sakit selama-lamanya. Selalu hidup, tidak pernah mati selama-lamanya. Selalu muda dan tidak tidak pernah tua selama-lamanya. Demikianlah tujuan firman Allah Azza wa Jalla, "Itulah syurga yang diwariskan kepadamu sebagai balasan bagi amalmu yang dahulu! - Al A'araf, 7:34. (Shahih Muslim no. 2429). (Foto: Zahriah Omar)

Memohon Maaf Dan Memaafkan

Bismillahirrahmanirrahim. Semoga Allah Yang Maha Lembut melembutkan hati kita semua, sehingga kita mampu menjadi orang baik. Baik hatinya, baik juga lisannya. Baik ibadahnya, baik juga akhlaknya. Baik prasangkanya, baik juga pikirannya. Baik saat bahagia, baik juga saat berduka. Mampu meminta maaf, setelah menyakiti seseorang. Mampu memaafkan, setelah disakiti seseorang. Maaf, satu kata namun berjuta makna. Maaf, satu kata namun luar biasa. Maaf, satu kata kerap terabaikan oleh kita. Maaf, satu kata singkat namun tak mudah untuk mengucapkan. Maaf, dapat membawa penuturnya pada kemuliaan di hadapan Allah. Maaf, dapat membawa penerimanya pada kebahagiaan abadi. Maaf adalah salah satu sifat orang bertaqwa yang Allah janjikan bagi mereka Syurga yang kekal. Allah berfirman, "(Iaitu) orang-orang yang menafkahkan (hartanya), baik di waktu lapang mahupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang. Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan. (Ali Imran: 134). Semoga Allah mampukan kita untuk saling memaafkan.

Kita Mesti Berjaya

serenemaklong.blogspot.com
7 sebab kenapa kita perlu Berjaya dan Kaya: 1. Bila Ibubapa masih belum MAMPU menunaikan Rukun Islam ke-5 iaitu Menunaikan Haji, siapakah yang akan membantu menunaikan hajat & impian mereka? Tergamakkah kita berkata,"aku pun tak ada duit." 2. Bila Ibubapa perlukan duit untuk meneruskan sisa-sisa hidup mereka, untuk makan sesuap nasi, seteguk air, siapa yang akan menanggung mereka? Tergamakkah kita berkata,"aku pun tak cukup makan." 3. Bila Ibubapa sakit, siapa yang akan uruskan bil klinik, hospital dan kos perubatan mereka? Adakah kita hanya perlu pejamkan mata dan pekakkan telinga? Mereka tidak pernah meminta dari kita kerana mereka sangat memahami keadaan kita tetapi kita fahamkah keadaan mereka? Tergamakkah kita berkata,"aku ada banyak hutang nak kena bayar bulan ni." 4. Bila Ibubapa bersedih kesunyian, tiada anak-anak datang menjenguk, siapa yang akan pulang menjenguk mereka sedangkan kita asyik sibuk memberi alasan "SIBUK". Dapatkah kita rasai kesunyian mereka? Mereka hanya perlukan kita beberapa ketika sahaja sebab mereka merasa akan berhijrah ke alam kubur yang jauh lebih sunyi tidak lama lagi. Tergamakkah kita berkata,"aku bukan tak nak balik tapi tak dapat cuti." 5. Bila Ibubapa ditakdirkan meninggal dunia, siapakah yang berada di sisi dan menguruskan jenazah? Perhatikan wajah ibu/bapa buat kali terakhir sebelum kain kapan menutup wajah mereka. Adakah wajahnya berada dalam keceriaan atau kesedihan? Tergamakkah kita berkata,"aku bukan tak nak balik tengok mak/bapak masa dia sakit tapi masa tu aku tengah sibuk sangat." 6. Bila Ibubapa sudah tidak mampu menguruskan diri akibat keuzuran, mampukah kita uruskan? Ibubapa kita tidak pernah mengeluh ketika mereka membesarkan kita. Mereka akan lakukan yang terbaik untuk memastikan kita mendapat yang terbaik. Biarpun mereka terpaksa berkorban, bertungkus-lumus, bergolok-bergadai tetapi bila tiba giliran kita dapatkah kita lakukan apa yang seharusnya kita lakukan demi SEORANG ibu/ayah? Benarlah, ibu/bapa boleh menjaga 10 orang anak tetapi 10 orang anak belum pasti boleh menjaga seorang ibu/ayah. Tergamakkah kita berkata,"aku sibuk, biarlah adik-beradik aku yang lain uruskan." 7. Bila Ibubapa anda meminta duit untuk membeli sesuatu yang mereka hajatkan, bolehkah kita berikan tanpa sebarang alasan? Ketahuilah....walau apapun kita lakukan untuk ibubapa, kita masih belum mampu membalas jasa mereka kerana setitik air susu ibu...setitik keringat ayah....apakah nilainya pada kita?Lupakah kita bagaimana ibubapa membesarkan kita? Boleh kita bayangkan bersama2?....Berkhidmatlah untuk keduanya sementara mereka masih hidup....sedarlah berapa hari lagi kita dapat melihat dan bersama mereka sedangkan pengorbanan mereka sangat besar pada kita... Buktikan!!! Biarpun 100 orang, 1,000 orang, 10,000 orang hendak tengok kita gagal TETAPI ada 2 ORANG YANG BENAR-BENAR HENDAK TENGOK KITA BERJAYA IAITU IBUBAPA. Tunjukkanlah kejayaan sebelum mereka menghembuskan nafas dan menutup mata. Buktikan pada mereka bahawa zuriat yang mereka lahirkan adalah zuriat yang sangat HEBAT! MARILAH KITA MENILAI DIRI SENDIRI....

Thursday, September 19, 2013

Contohi Yang Lebih Baik

serenemaklong.blogspot.com
BILA melihat dunia dan isinya, jangan dilihat apa yang kita tidak ada lalu dicemburui. Tetapi lihatlah kepada apa yang kita miliki, bersyukur dan teruskan usaha penuh reda. Bila melihat kepada agama dan amalan akhirat, lihat kepada yang lebih baik daripada kita. Cemburuilah dia dan berusaha untuk mencontohinya dan jangan sesekali reda dan merasa cukup dengan amalan yang kita miliki. Dengan itu, kita tidak akan letih dan lesu mengejar dunia yang pendek tempoh nikmatnya. Biarlah kita letih dan lesu menyiapkan barzakh dan akhirat yang telalu panjang tempohnya kelak. Jangan sesekali biarkan diri kita berada dalam golongan yang menzalimi diri sendiri.

Al Aqsa Sebenar

serenemaklong.blogspot.com
Ini foto AL AQSA yang sebenar, bukan bohongan atau hasil rekaan di Jerusalem. Subhanallah ...... Foto ini dapat dibolosi kerana tidak diketahui oleh pihak Israel yang menjaga tempatnya dengan sangat ketat. Bukti kebesaran Allah SWT, batu tempat duduk Nabi Muhammad SAW Isra Mi'raj sampai kini masih tetap terapung di udara. Pada saat Nabi Muhammad hendak Mi'raj, batu tersebut mahu ikut serta tetapi Nabi SAW menghentakkan kakinya pada batu itu, agar batu tersebut tidak mengikut Baginda. Kisah Isra Mi'raj Nabi Muhammad SAW tentang batu gantung tersebut yang berada dalam masjid Umar [Dome of the Rock] di Lingkungan Masjidil Aqsa di Jerusalem. Sampai sekarang Masjid Dome of Rock ditutup kepada umum. Yahudi membuat masjid lain iaitu Al Sakhra tidak jauh di sebelahnya dengan kubah "emas" (yang sering terlihat di poster yang disebarkan ke seluruh dunia) dan disebut sebagai Al Aqsa, untuk mengabui umat Islam di mana Masjid Al Aqsa yang sebenarnya, yang Nabi Muhammad SAW pernah sebutkan sebagai "Masjid Kubah Biru". Ketika ini masjid Al Aqsa yang sebenar sudah diambil alih oleh Israel yang merancang hendak menghancurkannya untuk dijadikan tempat ibadah mereka kerana bersebelahan dengan tembok ratapan. Subhanallahh ....

Debat

serenemaklong.blogspot.com
Belajar berhenti bila debat mula tidak terkawal. Bila jawapan dianggap alasan, penjelasan dianggap menegak benang basah, diamlah, biarpun diam dianggap kalah. “Empat sifat, sesiapa memilikinya maka dia adalah munafiq tulen. Sesiapa memiliki salah satu daripada sifat itu, maka dia berada di atas salah satu cabang nifaq sehingga dia benar-benar meninggalkannya: Apabila bercakap dia berdusta, apabila berjanji dia mungkiri, apabila berpakat dia khianat, apabila bertengkar dia melampau.” (HR Bukhari dan Muslim) (Di Hamparan Shamrock ku seru nama-Mu oleh Ustaz Hasrizal Abdul Jamil)

Wednesday, September 18, 2013

Bersyukur

serenemaklong.blogspot.com
Petua Untuk Sentiasa Bersyukur setelah Berjaya Dalam Hidup. 1. Elakkan daripada mudah mengkritik orang lain yang masih belajar dan baharu bermula. 2. Elakkan berasa bangga diri dengan pencapaian dan harta yang dimiliki. 3. Kurangkan penggunaan perkataan “saya” dalam percakapan dan penulisan. Perkataan ini dalam penulisan ada sifat ‘keakuan’ dan bangga diri (walaupun tidak berniat). Memadai menyampaikan informasi dan perkongsian ilmu tanpa perlu berbahasa “saya”. 4. Ringankan tangan untuk membantu orang lain berjaya pula. 5. Ringankan tangan untuk berkongsi ilmu dengan menulis atau lain-lain cara. 6. Kembalikan segera segala pujian dan pujaan daripada manusia kepada yang lebih berhak iaitu Allah s.w.t. Pujian yang berlebih-lebihan adalah kuman yang amat berbisa mampu memusnahkan jika tidak diurus dengan baik. 7. Harta yang banyak dan pencapaian yang sudah berjaya dicapai adalah satu ujian. 8. Jangan merendah-rendahkan pencapaian kecil orang lain. Semua orang bermula dari bawah sebelum mencapai tahap teratas. 9. Bersyukur pada setiap masa. 10. Awasi sifat kedekut. Ada segelintir orang yang banyak duit mahu ‘benda percuma’ sahaja.

Say "NO" To Syiah

serenemaklong.blogspot.com
MENGAPA umat Islam membolehkan agama lain seperti Kristian, Hindu dan Buddha diamalkan secara berbincang dengan mereka tetapi tidak membenarkan Syiah diamalkan di Malaysia? Lihat sahaja negara yang mempunyai Syiah. Majoriti berakhir dengan pertumpahan darah kerana Syiah hidup dengan nostalgia dan dendam. Mahukah kita lihat Msia seperti itu juga? Bolehkah menerima Syiah yang mengkafirkan para sahabat serta isteri Nabi SAW? Agenda Kristian untuk menyebarkan agama mereka adalah terang lagi bersuluh walaupun mereka cuba menafikan. Hindu mahupun Buddha bukanlah agama dakwah dan masih lagi boleh didakwah kerana mereka jelas bukan Islam tetapi Syiah adalah bom jangka yang akan meletup kalau dibiarkan. Hendak bersangka baik dan berbincang dengan mereka? Berapa ramai ulama Islam telah cuba bersangka baik dan berbincang dengan mereka sehinggakan Sheikh Dr Yusuf al-Qardhawi mengakui kesilapan fatwanya sendiri berkenaan Syiah. Di Malaysia, Maulana Asri Yusoff telah mencuba puluhan tahun untuk berdialog namun mereka makin ganas. Tanyalah Ustaz Aizam Mas'ud mahupun Ustaz Yusof Mohamad yang pernah berdialog dengan mereka. Wallahualam. .. ‪#‎saynotosyiah‬

Langit Dan Bumi

serenemaklong.blogspot.com
Dan tidakkah orang-orang kafir itu memikirkan dan mempercayai bahawa sesungguhnya langit dan bumi itu pada asal mulanya bercantum (sebagai benda yang satu), lalu Kami pisahkan antara keduanya? Dan kami jadikan daripada air, tiap-tiap benda yang hidup? Maka mengapa mereka tidak mahu beriman? (Surah al-Anbiya' ayat 30.)

Riyak

serenemaklong.blogspot.com
Riyak adalah sifat untuk menarik perhatian orang kepadanya demi mendapatkan pujian, pangkat atau kedudukan. Yang dipertontonkan kepada orang sama ada amalannya, pakaiannya, rupa parasnya, ucapannya atau hartanya. Nabi s.a.w. bersabda; maksudnya "Serendah-rendah Riyak adalah Syirik." Oleh itu umat Islam hendaklah membiasakan diri supaya merahsiakan amalan baik masing-masing. (Indahnya Hidup Bersyariat oleh Dato' Ustaz Ismail Kamus)

Doa Ketika Anak Sedang Tidur

serenemaklong.blogspot.com

Senyum

serenemaklong.blogspot.com

Berdoa Selepas Solat

serenemaklong.blogspot.com

Wang Untuk Anak

serenemaklong.blogspot.com
DIDIKAN wang perlu diberikan kepada si kecil pada umur seawal mungkin. Jangan tunggu mereka memasuki sekolah ataupun setelah mereka bersedia membuka akaun bank sendiri. Topik mengenai wang dan kerja boleh disampaikan kepada si kecil dalam pelbagai cara. Sebagai contoh, ketika pergi membeli belah adalah peluang untuk mendidik anak kita membandingkan harga. Ketika mengeluarkan wang dari mesin ATM juga jelaskan padanya bahawa wang tidak datang secara automatik dari sebuah mesin, tetapi perlu bekerja atau berniaga untuk mendapatkannya. Menderma adalah peluang untuk mengajar anak membantu orang lain. Ilmu kewangan yang dikutip sedikit demi sedikit ini akan membantu mereka memahami soal wang dengan lebih jelas apabila membesar. Beritahu mereka bekerja penting untuk mendapatkan wang. Ini akan mengajar mereka tanggungjawab. Bekerja untuk wang boleh bermula dari rumah seperti bantu basuh kereta ayah. Mereka perlu faham wang upah yang diberikan perlu disimpan sebahagian daripadanya dan bukan dibelanjakan sehingga habis. Sememangnya kita inginkan yang terbaik untuk anak kita ketika membesar namun adakalanya kita biarkan mereka melakukan juga kesilapan dalam kewangan, seperti mana guru yang terbaik adalah melakukan kesilapan. Pengalaman itu akan mengajar mereka untuk memperbaiki diri sendiri dalam perihal kewangan. Kesilapan kewangan yang dilakukan ketika kecil akan membantu mereka melakukan kesilapan yang lebih besar apabila mereka layak menggunakan kad kredit kelak! Sekarang ramai orang muda yang diisytiharkan muflis akibat penggunaan kad kredit dan juga pinjaman bank yang tidak bijak. Walaupun umur baru di awal 20-an pelbagai masalah kewangan melanda. Mungkin ini akibat ilmu kewangan yang bijak tidak dipupuk sejak kecil, bermula dari rumah. Jangan biarkan anak-anak kita pula menjadi statistik itu.

Khasiat Durian Belanda

serenemaklong.blogspot.com
. DURIAN BELANDA atau Soursop adalah pembunuh semulajadi sel kanser 10 ribu kali lebih kuat dari pada terapi kemo. Buahnya agak besar, kulitnya berduri lembut, isi buah berwarna putih, rasanya masam-masam manis , dimakan dengan cara membuka kulitnya atau dibuat jus. Khasiat dari buah durian belanda ini memberikan kesan anti tumor / kanser yang sangat kuat, dan terbukti secara perubatan menyembuhkan segala jenis kanser. Selain menyembuhkan kanser, buah ini juga berfungsi sebagai anti bakteria, anti kulat , berkesan melawan berbagai jenis parasit dan cacing, menurunkan tekanan darah tinggi, kemurungan, stress, dan menormalkan kembali sistem saraf yang kurang baik. Hasil penyelidikan membuktikan buah ini: i) Menyerang sel kanser secara efektif dan semulajadi, TANPA rasa mual, berat badan turun, rambut gugur, seperti yang terjadi pada terapi kemo. ii) Melindungi sistem kekebalan tubuh dan mencegah dari jangkitan yang mematikan. iii) Pesakit merasakan lebih kuat, lebih sihat selama proses perawatan / penyembuhan. iv) Menambah tenaga dan penampilan fizikal semakin bertambah baik. Hasil ujikaji dari ekstrak (sari) buah ini menunjukkan ia: 1. Secara berkesan memilih sasaran dan membunuh sel jahat dari 12 jenis kanser yang berbeza, diantaranya kanser : Usus Besar , Payu Dara , Prostat, Paru-Paru dan Pankreas. 2. Daya kerjanya 10,000 kali lebih kuat dalam memperlambatkan pertumbuhan sel kanser dibandingkan dengan Adriamycin dan Terapi Kemo yang biasa digunakan. 3. Tidak seperti terapi kemo, ekstrak buah ini secara selektif hanya memburu dan membunuh sel-sel jahat dan TIDAK membahayakan atau membunuh sel-sel yang sihat. Kulit kayu, akar, daun, isi buah dan bijinya telah menjadi penawar bagi suku Indian di Amerika Selatan untuk menyembuhkan sakit jantung, asma, masalah berkaitan hati dan rematik. Buah durian belanda juga berupaya mengeluarkan batu karang. Caranya ialah makan sebiji durian belanda yang telah masak pada malam hari. Keesokan harinya ketika membuang air kecil, akan keluar kencing berdarah bersama-sama batu karang.

Cincau Penawar Darah Tinggi

serenemaklong.blogspot.com
CINCAU dihasilkan daripada pokok cincau atau nama saintifiknya Cyclea barbata (cincau hijau), Mesona chinensis (cincau hitam). Bagaimana hendak mendapatkannya? Pergi kedai ubat cina. Minta daun cincau kering (cincau hitam). Rebus dan dapatkan jeli cincau. Kalau malas, beli cincau yang sudah siap. Amalkan memakannya 2 kali sehari. Selain penawar kepada darah tinggi, pokok ini juga boleh meredakan cirit birit, sakit perut dan demam. Mari kita kongsi info ini untuk bantu pesakit-pesakit darah tinggi. Mungkin kita dapat menyelamatkan beribu nyawa dengan izinNYA. Sumber: Wikipedia By: Jabatan Pertanian Malaysia

5 Cara Elak Ragut

serenemaklong.blogspot.com

Monday, September 16, 2013

Bertasbih Bersama Alam

serenemaklong.blogspot.com
“Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal, (iaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): ‘Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami daripada seksa neraka’.” [Ali Imran: 190-191]
“Apakah kamu tiada mengetahui, bahawa kepada Allah bersujud apa yang ada di langit, di bumi, matahari, yang melata dan sebahagian besar daripada manusia? Dan banyak di antara manusia yang telah ditetapkan azab atasnya. Dan barang siapa yang dihinakan Allah maka tidak seorang pun yang memuliakannya. Sesungguhnya Allah berbuat apa yang Dia kehendaki.” [Al Hajj:18]
“Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, silih bergantinya malam dan siang, bahtera belayar di lautan membawa apa yang berguna bagi manusia dan apa yang Allah turunkan dari langit berupa air, lalu dengan air itu Dia hidupkan bumi sesudah mati kering dan Dia sebarkan di bumi dengan segala haiwan, penyurusan angin dan awan yang dikendalikan antara langit dan bumi, sesungguhnya terdapat tanda-tanda Keesaan dan Kebesaran Allah bagi kaum yang memikirkan.” [Al Baqarah: 164]
“Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua-dua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al Quran ini: kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab) dan menerima balasan.” [Al An’am: 38]
“Tidakkah mereka merenungkan burung-burung yang di atas mereka mengembangkan sayap-sayap mereka dan mengatupkannya? Tiada yang menahan mereka kecuali Yang Maha Pemurah.” [Al Mulk:19]
“Kemudian sesudah itu, hati kamu menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi. Padahal di antara batu-batu itu ada yang terpancar dan mengalir air sungai daripadanya; dan ada pula di antaranya yang pecah-pecah terbelah lalu keluar mata air daripadanya; dan ada juga di antaranya yang jatuh ke bawah kerana takut kepada Allah; sedang Allah tidak sekali-kali lalai daripada apa yang kamu kerjakan.” [Al Baqarah: 74]
“Langit yang tujuh, bumi dan semua yang ada di dalamnya bertasbih kepada Allah. Dan tidak ada sesuatu pun yang tidak bertasbih dan memujiNya, tetapi kamu tidak memahami tasbih mereka. Sungguh Allah Maha Penyantun dan Maha Pengampun.” [Al Israa’:44]
“Pohon yang menjalar dan pepohon (yang lain) kedua-duanya bersujud (kepada Tuhannya).” [Ar Rahman: 6]