Monday, April 30, 2012

Yang Tersirat Dari Perang Dunia 1 dan 2


serenemaklong.blogspot.com

(Artikel ini diterima melalui emel dari penulis bernama Umat Terakhir. Kandungannya membuat kita berfikir mengenai segala perkara buruk yang menimpa negara-negara dan umat Islam sekarang. Jangan sesekali membiarkan diri kita terjebak dalam kancah mainan pihak tertentu..

Artikel ini bukan sebagai altar science atau secret societies, tetapi disampaikan  kepada anda supaya menjadi panduan bermanfaat untuk permainan puzzle anda dalam menjejak modus operandi para conspirators.


MAJORITI maklum bahawa Perang Dunia Kedua (WW2) berakhir apabila dua bandar di Jepun iaitu Hiroshima dan Nagasaki digugurkan dua butir bom atom yang dihasilkan daripada mineral nuklear, uranium dan plutonium. Umum juga tahu bahawa Amerika adalah pihak yang bertanggungjawab enggugurkan senjata pemusnah tersebut sehingga menyebabkan kemenangan WW2 berpihak kepada Angkatan Allied. Namun, adakah Amerika yang merintis projek senjata nuklear semasa WW2? Adakah Amerika yang membangunkan projek nuklear? Apa peranan Amerika yang sebenarnya? Pihak mana yang membangunkan teknologi senjata nuklear? Siapa yang membiayai Projek Manhattan? Siapakah dua pihak yang selalu berhubung dalam menjayakan Projek Manhattan?

Banyak juga teka-teki yang muncul dan sesetengah jawapannya pula begitu asing untuk diterima oleh sebilangan daripada kita, namun itulah jawapannya.

“Even when the sun turns black, the light will still remain to bless the Promised Land and the Promised Kingdom.” – Brothers of the Light.

Brothers of The Lights (Bruder des Lichts) bukan sahaja terlibat dalam WW2, malah pernah turut terlibat secara aktif dalam menjayakan WW1 dengan memainkan peranan penting di Eropah. Lebih tepat, peranan yang teramat penting di peringkat rahsia tertinggi dan dijalankan secara bawah tanah. Ia bekerja secara senyap tanpa seorang pun tahu apa yang dikerjakannnya dan pertubuhan rahsia ini hanya akan naik ke permukaan tanah bersama kemusnahan besar-besaran. Ia tidak akan naik ke permukaan jika tidak membawa apa-apa kemusnahan kepada manusia. Ia ditubuhkan hanya untuk membawa kemusnahan dan huru-hara kepada umat manusia.

Ia diberi tugas yang amat berbahaya untuk mengancam umat manusia. Ia memikul The Order of The Black Sun. Ia juga membawa maksud the order of the ashes of the sun, the order of the phoenix which rise from the ashes of the sun. Nama lainnya ialah The Order of the Phoenix.

Apakah itu Brothers of the Light dan The Order of The Black Sun? Siapakah individu yang berada di sebalik kedua-dua nama gerakan tersebut? Masih wujudkah gerakan itu sehingga kini? Apakah projek-projek kemusnahan yang pernah dijalankan pertubuhan itu? Sebelum itu, kita kumpulkan semua ‘cebisan’ yang pernah kita kutip sebelum kita mengenali gerakan ini dan siapa yang berada di sebalik projek-projek mega kemusnahan.

The Order of the Black Sun



Vril Society (Vril) dan Thule Society (Thule) pada awalnya ditubuhkan di Jerman bagi menjayakan konflik di Eropah untuk mencetuskan bibit-bibit Perang Dunia Pertama (WW1) sejak tahun 1909 atau mungkin jauh lebih awal. Kedua-dua gerakan ini bergerak secara rahsia sehingga Vril tidak menyedari kewujudan Thule, manakala Thule juga tidak menyedari kewujudan Vril. Ringkasnya, kedua-dua gerakan ini bergerak secara sangat halus sehingga pertubuhan rahsia yang lain juga tidak menyedari kewujudan mereka di Eropah pada masa itu.

Pada 1920 (selepas WW1), Vril dan Thule menerima arahan daripada pentadbir peringkat tertinggi Freemason di Eropah supaya mengadakan kerjasama dengan The Golden Sun.  Kedua-dua gerakan itu terperanjat kerana rupa-rupanya ada gerakan lain yang menjalankan agenda yang sama ketika  WW1. Setelah Vril dan Thule menjalin kerjasama (bukan bergabung), mereka kemudian diberi kod identiti Gesselschaft (Gessel) yang berkhidmat untuk Luminous Lodge dan diberi tanggungjawab menjayakan The Teutonic Order bermula tahun 1920.

Pada awalnya, Thule dan Vril  hanya memainkan peranan rangsangan saraf (taktik mind control) dalam mencetuskan bibit WW1 di Eropah dengan menabur benih-benih fitnah yang membangkitkan rasa ekstrem di kalangan pembesar-pembesar di Eropah. Motifnya, untuk mewujudkan huru-hara, mengheret beberapa negara terpilih di Eropah serta mengheret Empayar Turki Uthmaniah (Ottoman) untuk menghancurkan empayar Islam itu sendiri. Apabila WW1 tamat dengan berpecah serta tergadainya wilayah-wilayah Islam seperti Sarajevo, Palestin dan sebagainya, kedua-dua gerakan ini dinaik taraf kepada Knights of the Black Sun yang terdiri daripada Knights of Thule dan Knights of Vril.

Pada 1925, Knights of the Black Sun kemudian diberi nama The Black Sun yang diketuai seorang wanita bernama Gusscheinfold untuk menjayakan The Order of the Black Sun. Ia sebagai proses naik taraf dan persiapan untuk menjayakan projek terbesar pada WW2 yang sudah dijadualkan pada 20 tahun lebih awal sebelum WW2 benar-benar tercetus.

The Black Sun diberi amanah untuk mengemudi Altar Science bagi menjayakan rancangan perang di seluruh dunia. Ini termasuk merancang siri kemusnahan dalam WW2, Perang Teluk, Perang Teluk 2, Perang Vietnam dan sebagainya serta menjalankan penyelidikan teknologi perang terutama persenjataan dan jentera, malah diberi peranan untuk mencipta prototaip ‘super weapons’ dalam siri peperangan seluruh dunia.

Sumber-sumber iaitu bekas-bekas pengintip (sebilangannya adalah rakyat Jerman) semasa WW2 melaporkan:

Bermula 1930, The Black Sun mula berhubung dengan kerajaan Mason Amerika (tidak pasti sama ada Herbert Hoover terlibat sama, kebarangkalian terlibat adalah 79 peratus) untuk mendapatkan dana penyelidikan. Pada masa yang sama Luminous Lodge ditugaskan untuk melapor setiap perkembangan kerja-kerja makmal. Setiap kali The Black Sun naik ke ‘permukaan tanah’ untuk bertemu Luminous Lodge, ia akan tampil dengan idea-idea kemusnahan. Setiap kali datang, ia wajib hadir bersama kemusnahan. Para kultus ini kerap dilabel dengan frasa - ‘They will never return empty handed’.

Gerakan ini menghidupkan Altar Sains khusus untuk tujuan peperangan. Thule menjalankan kerja menggerakkan bibit peperangan melalui proksi iaitu Fuhrer Nazi, Adolf  Hitler sejak dia mula memegang tampuk kerajaan Nazi Jerman (Drittes Reich). Manakala kultus Vril pula menjalankan upacara ritual berhubung dengan alam ghaib untuk mempelajari sacred science bagi tujuan mencipta senjata perang.


Dalam menjayakan ritual ini, beratus ribu nyawa perlu dikorbankan (terbiasa dengan holocaust?) hanya untuk mendapat pengetahuan mengenai zarah (atom) bagi mencipta senjata paling berkuasa di dunia. Kedengaran seperti tidak masuk akal, tetapi itulah peranan Vril. Pengetahuan itu kemudiannya disusun dalam rumusan saintifik, menjadikan pengetahuan sihir sebagai ilmu sains yang memadam rekod-rekod sihir. Pernah dengar ayat ini? It is not magic, it is science.” Itu adalah peranan Vril.

Fuhrer Nazi, Adolf  Hitler (yang berketurunan Rothschild dan menyertai Thule) adalah proksi dalam Thule Society  dan tugasnya ialah menyelia eksperimen  prototaip jentera perang sehingga berjaya menghasilkan pesawat anti-graviti yang kita sering sebut sebagai UFO pada tahun 1934, iaitu pesawat Hanebu. Bagaimanapun, ia hanya eksperimen peringkat prototaip, bukan eksperimen upgrade atau sebagainya.

Cuba lihat dan fikir. Hitler hanya mula memegang tampuk kerajaan Nazi pada 1933, tetapi tempoh yang diperlukan untuk membangunkan prototaip sesebuah pesawat perang memerlukan masa sekurang-kurangnya 5 tahun untuk disiapkan, manakala lagi 2 tahun untuk tujuan pengujian dan upgrade (rujukan: American Air Force Institue & NASA).

Lihat lagi, setahun selepas Hitler menjadi Fuhrer, prototaip pesawat Hanebu pun siap untuk menjalani ujian penerbangan di ruang udara pada 1934. Tidakkah terlalu itu cepat? Hanya setahun selepas Hitler menjadi Fuhrer? Bukankah ini menunjukkan bahawa makmal penyelidikan UFO sudah lama beroperasi iaitu sebelum Hitler diberi kuasa politik?

Jentera demi jentera kemudian berjaya dihasilkan. Ini termasuk jentera gempur, probe pengintip, probe komunikasi dan pesawat pengangkut yang mampu memuatkan lima buah kereta kebal dalam satu-satu masa. Penciptaan jentera perang ini pula dikendalikan oleh penyelidik berbangsa kacukan Yahudi-Jerman bernama William Schmidt.


Penciptaan jentera canggih memang penting dalam peperangan, namun paling penting dalam gerakan ini ialah mencipta senjata paling berkuasa dalam sejarah manusia, iaitu ia perlu dimulakan dengan menjalankan kajian terhadap penguraian uranium dan plutonium. Tugas ini digalas seorang Yahudi pakar kimia dan fizik bernama Albert Astin.

Juga daripada laporan bekas-bekas pengintip (spy) WW2:

Pada 1936, Astin yang merupakan penyelidik pakar dari Thule dilaporkan menerima satu fail sulit daripada unit penyelidikan Vril berkenaan rumusan zarah yang belum melalui proses pengembangan dan ujikaji. Astin meneruskan kajian dengan meneliti setiap unsur zarah beserta sumbernya serta kemampuannya untuk menghasilkan tindak balas. Namun, Astin menghadapi kesulitan untuk meneruskan kajian kerana kekurangan fasiliti penyelidikan serta keadaan makmal di Jerman yang tidak sesuai untuk kajian seperti itu.

Pada 1937, Astin menyerahkan laporan mengenai masalahnya kepada seorang penyelia eksperimen yang juga seorang Yahudi iaitu Adolf Hitler. Atas kapasitinya sebagai penyelia projek kajian, Hitler menghubungi proksi Freemason di Amerika iaitu Presiden Amerika ketika itu, Franklin Roosevelt (tempoh menjadi presiden, 1933-1945) untuk meminta bantuan dana penyediaan makmal.

Satu laporan berhubung kemampuan tenaga atom diserahkan kepada Roosevelt beserta laporan mengenai keperluan menyediakan fasiliti makmal bagi menjayakan kajian atom. Jerman tidak mampu menanggung kosnya kerana ia memerlukan belanja besar sehingga USD$1,000,000 setiap jam sepanjang menjayakan konflik perang dunia (nilai belanja yang sama pada hari ini bersamaan kira-kira USD$60,000,000 setiap jam).

Di samping laporan tersebut, secara senyap-senyap Nazi bagi pihak Astin meminta nasihat Amerika dalam menyediakan tapak eksperimen bom atom. Roosevelt  menghubungi Green Dragon Society di Jepun mengenai permohonan itu namun permintaan ‘melampau’ itu ditolak oleh Green Dragon. Pun begitu pada 1939, Astin berjaya diterbangkan ke Amerika bagi memulakan kajiannya manakala kajian uranium di Jerman diteruskan oleh seorang lagi Yahudi bernama Yottohen. Jalinan kerjasama antara Vril, Thule, Illuminati Amerika dan Freemason Amerika dalam menjayakan agenda perang itu kemudiannya dinamakan sebagai Brothers of the Light.

Bagi menjayakan proses kajian nuklear (Project Manhattan), Amerika menyediakan prasarana makmal terbaik kepada Astin. Pada masa yang sama, Amerika meminta Nazi supaya segera menghantar dokumen prototaip pesawat anti-graviti dalam tempoh segera. Malah, Amerika menubuhkan kumpulan penyelidik bagi memajukan teknologi pesawat anti-graviti.


Pada 1940, Nazi melalui pesawat terpantas dan tercanggih dalam era pra-WW2 ciptaan Vril , ME264 telah menghantar dokumen UFO yang diminta. Pesawat itu hanya memerlukan 30 jam untuk perjalanan dari Berlin Jerman ke Washington di Amerika.  Dokumen itu disimpan untuk embargo selepas eksperimen membuktikan kejayaannya di Jerman.  Setelah tamat WW2, Amerika membuka semula fail berkaitan UFO dengan tujuan untuk membangunkan projek pembinaan spy-probe bagi mengintip negara-negara lain di seluruh dunia demi menjayakan New World Order (NWO), seperti yang pernah dilaungkan Hitler sebelum itu.

Pada 1940, Roosevelt sekali lagi menghubungi Green Dragon Society di Jepun untuk menjadikan pulau-pulau negara itu sebagai kawasan eksperimen namun sekali lagi ditolak keras walaupun Amerika mendapat restu daripada peringkat tertinggi Mason. Pada 10 Mei 1945, Jawatankuasa Perang Amerika diketuai J.R Oppenheimer mencadangkan Kyoto, Hiroshima dan Yokohama serta Kokura sebagai lokasi untuk meledakkan bom atom. Keluasan kawasan berkenaan meliputi radius yang besar dan memudahkan kerja mengukur kesan kemusnahan melalui pemantauan dari udara.  Cadangan awal menetapkan Ogos 1945 sebagai tarikh untuk meledakkan empat butir bom iaitu uranium, plutonium, campuran uranium-plutonium dan uranium-plutonium-hidrogen. Empat butir yang dihasilkan semasa WW2, bukan dua.

Seorang penulis, C. Adam dalam bukunya melaporkan, Green Dragon tetap berkeras  tidak membenarkannya kerana akan melibatkan kesan kemusnahan yang sangat besar. Permintaan melampau Amerika dianggap seperti ‘meminta kebenaran anda untuk berzina dengan anak perempuan anda di rumah anda sendiri’. Ia menimbulkan konflik dalaman antara Green Dragon dengan Mason Amerika. Manakala penglibatan Nazi dalam rancangan yang sama juga tidak diketahui oleh Green Dragon. Jepun seperti sedang dilacurkan tanpa rela oleh rakan-rakan sendiri.  Selepas didesak, Green Dragon melalui proksi angkatan tentera Jepun yang dianggotai beberapa pegawai tinggi dari kalangan The Green Men Society kemudian melancarkan serangan udara terhadap Pearl Harbour pada 7 Disember 1941 sebagai tanda protes. Pearl Harbor terpaksa diserang ketika Asia Tenggara juga dijadualkan diserang pada waktu yang sama.

Akibat serangan terburu-buru oleh Jepun yang didalangi Green Dragon itu, ia membuka peluang kepada Amerika untuk mengisytihar perang ke atas Jepun pada tahun yang sama. Lantas, membuka ruang jelas kepada Amerika sebagai alasan untuk menjayakan tapak eksperimen di dua bandar di Jepun itu. Ia membolehkan Amerika melakukan siri serangan balas di mana dunia melihat seperti ia satu peperangan yang benar-benar tercetus disebabkan konflik politik yang tiada penyelesaian.

Sikap terburu-buru Jepun telah membuka peluang kepada Amerika untuk merancakkan WW2 lebih awal daripada jadual. Amerika tetap Amerika, suka atau tidak suka, Jepun sebagai rakan bawah tanah mesti dijadikan tapak ujian bom atom. Berikut adalah teks ucapan Roosevelt dalam Kongres pada 8 Disember 1941 yang dilaporkan Associated Press.


 “Mr. Vice President, and Mr. Speaker, and Members of the Senate, of the House of
Representatives:
Yesterday, December 7th, 1941, a date which will live in infamy, the United States of America wassuddenly and deliberately attacked by naval and air forces of the Empire of Japan.The United States was at peace with that Nation and, at the solicitation of Japan, was still in conversation with its Government and its Emperor looking toward the maintenance of peace in the Pacific.

Indeed, one hour after Japanese air squadrons had commenced bombing in Oahu, the Japanese Ambassador to the United States and his colleague delivered to the Secretary of State a form reply to a recent American message. While this reply stated that it seemed useless to continue the existing diplomatic negotiations, it contained no threat or hit of war or armed attack.

It will be recorded, that the distance of Hawaii from Japan makes it obvious that the attack wasdeliberately planned many days or even weeks ago. During the intervening time the Japanese Government had deliberately sought to deceive the United States by false statements and expressions of hope for continued peace.

The attack yesterday on the Hawaiian Islands has caused severe damage to American naval andmilitary forces. Very many American lives have been lost. In addition American ships have been reported torpedoed on the high seas between San Francisco and Honolulu.

Yesterday the Japanese Government also launched an attack against Malaya.
Last night Japanese forces attacked Hong Kong.
Last night Japanese forces attacked Guam.
Last night Japanese forces attacked the Philippine Islands.
Last night the Japanese attacked Midway Island.

Japan has, therefore, undertaken a surprise offensive extending throughout the Pacific area.The facts of yesterday speak for themselves. The people of the United States have already formed their opinions and well understand the implications to the very life and safety of our Nation.As Commander-in-Chief of the Army and Navy I have directed that all measures be taken for our defense. Always will we remember the character of the onslaught against us. No matter how long it may take us to overcome this premeditated invasion, the American people in their righteous might will win through to absolute victory.

I believe I interpret the will of the Congress and of the people when I assert that we will not onlydefend ourselves to the uttermost but will make very certain that this form of treachery shall never endanger us again. Hostilities exist. There is no blinking at the fact that our people, our territory, and our interests are in grave danger. With confidence in our armed forces - with the unbounded determination of our people - we will gain the inevitable triumph - so help us God.

I ask that the Congress declare that since the unprovoked and dastardly attack by Japan on Sunday, December seventh, a state of war has existed between the United States and the Japanese Empire.

Franklin D. Roosevelt, The White House
December 8th, 1941


Cadangan Roosevelt kemudian disokong oleh Senat dan pada pukul 4 petang pada hari yang sama. Roosevelt mengisytiharkan ‘perang’ ke atas Pakatan Axis. Berikut adalah petikan ucapan Roosevelt di White House.

“Joint Resolution declaring that a state of war exists between the Imperial Government of Japan and the Government and the people of the United States and making provisions to prosecute the same. Whereas the Imperial Government of Japan has committed unprovoked acts of war against the Government and the people of the United States of America.

Therefore be it Resolved by the Senate and House of Representatives of the United States of America in Congress assembled, That the state of war between the United States and the Imperial Government of Japan which has thus been thrust upon the United States is hereby formally declared; and the President is hereby authorized and directed to employ the entire naval and military forces of the United States and the resources of the Government to carry on waragainst the Imperial Government of Japan; and, to bring the conflict to a successful termination,all of the resources of the country are hereby pledged by the Congress of the United States.

Approved, December 8, 1941, 4:10 p.m. E.S.T.


Tiga hari kemudian iaitu pada 11 Disember 1941, angkatan Jepun dan Jerman pula mengisytiharkan perang ke atas Amerika dan bermula WW2 lebih awal daripada tarikh yang dijadualkan. Ia kelihatan seperti benar-benar perang, tetapi Jepun memang ada ‘hasrat’ untuk menjahanamkan Amerika.

Permulaan WW2 juga menandakan bahawa Project Manhattan perlu disempurnakan lebih awal. Proses menghasilkan peledak nuklear daripada plutonium dan uranium perlu dipercepatkan daripada jadual asal. Jepun harus survive dalam situasi ini. Jepun sememangnya bersendirian dalam situasi ini. Ruang udara Jepun perlu dikawal rapi.

Kawan sudah mahu makan kawan. Mangsanya ialah rakyat Jepun, bukan Green Dragon kerana mereka sudah berada jauh dari Hiroshima dan Nagasaki sejak WW2 tercetus. Green Dragon meninggalkan Jepun sendirian dan berpindah sementara ke negara-negara Asia yang lain dengan menyamar sebagai bangsa Korea. Green Dragon menjadikan Jepun sebagai watak jahat di Asia yang dibenci oleh Korea, China dan Malaya. Kenapa Green Dragon mengkhianati rakyat Jepun?

Tidak mustahil. Hitler juga dengan selamba mengkhianati Yahudi Ortodoks pada WW2. Dalam kes Green Dragon, Jepun ditinggalkan dan dibiarkan supaya menguruskan nasib sendiri dalam keadaan tidak memahami situasi sebenar yang mereka hadapi dan tidak jelas motif utama terlibat dalam WW2. They fought for something that they not really know.


Little Boy & Fat Man



Pada 6 Ogos 1945, Presiden Amerika yang menggantikan Roosevelt pada ketika itu, Presiden Harry Truman (Truman, salah seorang daripada top 13 bloodlines) mengarahkan bom plutonium yang dinamakan Little Boy digugurkan di Hiroshima. Manakala Nagasaki pula dijadikan tapak eksperimen bom uranium yang dinamakan sebagai Fat Man pada 9 Ogos 1945. Enam hari kemudian, Jepun ‘menyerah’ kalah.

Kenapa dikatakan Amerika hanya menjalankan eksperimen nuklear di Nagasaki dan Hiroshima? Amerika menjadikan Jepun sebagai tapak eksperimen. Kita lihat dua kejanggalan ini. Jika Amerika membangun bom atom hanya sekadar untuk menamatkan peperangan, maka satu bom nuklear sahaja sudah cukup untuk ‘memberi pengajaran’ kepada Jepun kerana kesan kemusnahannya amat menakutkan bagi Jepun. Namun, kenapa mesti ada bom kedua?

Lagi, kenapa mesti ada dua jenis bom berbeza iaitu satu dari jenis uranium dan satu lagi dari jenis plutonium. Hiroshima dijadikan kawasan ujian bom plutonium, manakala Nagasaki pula
dijadikan tapak ujian bom uranium. Untuk menguji dua kesan berbeza, maka dua lokasi berbeza diperlukan. Kesannya, Nagasaki yang dibom dengan uranium mengalami kesan lebih buruk daripada Hiroshima yang diledak dengan bom plutonium. Kesan eksperimen itu, Amerika mengetahui bahawa kesan kemusnahan uranium lebih kuat daripada plutonium. Jepun dan rakyatnya tidak lebih daripada mangsa kajian Amerika.

Namun, Amerika segera membayar ganti rugi dan pampasan dengan membantu Jepun untuk bangkit semula dan menjadi sebuah negara maju. Jepun diberi pelbagai bantuan teknologi selepas tamat WW2 dan pesat membangun untuk menguasai persekitaran teknologi dan ekonomi Asia pasca-perang. Pembangunan Jepun pula lebih mirip kepada ala-Amerika kerana Amerika adalah negara yang bertanggungjawab untuk membangunkan semula Jepun. Kedua-dua negara itu saling bekerjasama selepas WW2 seperti tidak pernah bergaduh sebelum ini. Pembangunan prasarana bandar dan teknologi pula sama pantas dengan kemajuan di Amerika.

Tidak pelik? Kenapa Jepun tidak sangsi dengan Amerika selepas WW2? Kenapa Amerika pun tidak sangsi terhadap Jepun? They act like war never hit them. Nilai-nilai masyarakat Amerika seperti budaya hiburan, seks bebas, industri porno dan sebagainya kemudian dibawa masuk ke Jepun. Jepun akhirnya berjaya dipujuk dan tetap tunduk dengan telunjuk Amerika.

Green Dragon pula kembali menjalin hubungan dengan Mason Amerika sejak 1950-an. Rakyat Jepun tidak tahu menahu mengenai rancangan WW2, tapi Green Dragon tahu banyak perkara. Rakyat Amerika yang cintakan keamanan tidak tahu menahu mengenai motif sebenar penglibatan kerajaan negara mereka dalam WW2, tapi American Masonic societies tahu segala-galanya. Rakyat Jerman tidak tahu menahu mengenai tujuan WW2, tapi Brothers of the Light tahu semua perancangan. Rakyat Itali juga begitu, rakyat Britain juga begitu, umat manusia di seluruh dunia juga begitu.


Motif

Melalui rentetan peristiwa di sebalik tabir WW2, siapakah individu yang bertanggungjawab memperkenalkan senjata nuklear kepada dunia? Mereka ialah Albert Astin, Adolf Hitler, Roosevelt dan Truman. Mereka adalah Brothers of the Light yang menjalankan The
Order of the Black Sun.

Berhubung darah Yahudi dalam diri Hitler, majalah Knack (Brussels) melaporkan saudara Hitler yang tinggal di Amerika telah menjalani ujian DNA dan membawa kepada penemuan terbaru yang lebih meyakinkan, iaitu Hitler memang sah dari keturunan Yahudi. Wartawan majalah Knack, Jean Paul Mulders mengumpulkan DNA daripada kain napkin yang pernah digunakan salah seorang daripada 3 pewaris Hitler ketika menemui mereka di Long Island, New York. Hasil ujian DNA terhadap 3 pewaris Hitler itu kemudian membawa kepada penemuan seorang petani di Waldviertel, Austria iaitu H.Norbert yang merupakan sepupu kepada Hitler.

Hitler dilahirkan oleh Maria Anna di Austria selepas berzina dengan Baron Rothschild. Norbert pula adalah saudara Hitler di Austria (juga hasil zina Rothschild dengan seorang perempuan Austria lain selain daripada Maria Anna), berdasarkan persamaan DNA jenis Hapolopgroup E1b1b (Y-DNA) yang jarang ditemui di kalangan lelaki Jerman atau Eropah. DNA seperti itu hanya lazim di kalangan keturunan Yahudi Ashkenazi.

Kajian DNA tersebut kemudian disahkan oleh pakar genetik, Ronny Decorte yang membuat kesimpulan bahawa Hitler adalah Yahudi dan ‘tindakannya membunuh Yahudi dalam Holocaust menimbulkan banyak persoalan.’ Decorte menguatkan hasil kajian DNA dengan menyimpulkan bahawa Hitler adalah dari keturunan Yahudi Askenazi yang pernah tinggal di Afrika (mungkin Mesir). Cuba lihat perjalanan bangsa Yahudi. Mesir adalah salah satu lokasi tamadun purba yang pernah diduduki bangsa ini dan salah satu keturunan yang pernah tinggal di sana ialah Rothschild sebelum berhijrah ke Eropah.

Masih ramai yang tidak percaya mengenai status Hitler dan dikelirukan dengan gambar-gambar tentera Nazi yang berlagak seperti mahu mengenali Islam semasa WW2. Sebilangan tentera Nazi dikatakan pernah bersolat jemaah dengan seorang tokoh Islam, lalu segolongan daripada kita mula mendambakan Hitler sebagai wira Islam yang pro-Islam. Jangan terburu-buru dan mudah terpengaruh.

Cuba lihat sejarah agama Bahai di Eropah. Agama Bahai adalah pecahan agama Islam dan dikategorikan sebagai munafik dan samar-samar, malah sesat lagi menyesatkan. Penganut agama Bahai ini lebih ramai di Eropah dan Amerika berbanding penganut agama Islam yang sebenar kerana perkembangannya adalah dua kali lebih pantas berbanding perkembangan dakwah Islam.

Cara beribadat agama ini pula mirip kepada Islam. Agama ini juga memusuhi Islam. Malah, orang Bahai juga kerap disalahertikan sebagai orang Islam jika seseorang tidak meneliti akidah Bahai. Mereka hidup dan beribadat seperti orang Islam, tetapi dua kalimah syahadah mereka tidak menyebut Muhammad sebagai Rasulullah. Itu bezanya.

Maka jika anda bersolat di Eropah atau Amerika, pastikan anda berjemaah bersama orang Islam dan bukan dengan jemaah Bahai. Jika anda berada di Eropah dan Amerika, carilah Pusat Islam untuk mengenali saudara-saudara Islam di sana. Jangan mudah terpedaya dengan jiran-jiran yang kelihatan seperti orang Islam tetapi bukan memeluk akidah Islam.

Paling mencurigakan, proses perkembangan agama ini mendapat bantuan dana daripada kerajaan Amerika. Begitu juga keadaannya di Eropah, mudah menerima bantuan dana daripada kerajaan tempatan. Kenapa terjadi sebegitu? Ini kerana Bahai dijadikan alat untuk mengelirukan dunia dan bagi memburukkan imej Islam dengan menggunakan persamaan kasar yang terdapat pada Islam dan Bahai.

Jika melihat kelibat seperti orang Islam memasang bom di tempat awam, atau menjadi pengebom berani mati, atau mungkin keluar di kaca televisyen sambil memakai topeng muka dan mengugut mahu membunuh tebusan, itu adalah kerja orang Bahai yang diupah secret societies. Orang Islam tiada masa untuk memasang bom di tempat awam. Manakala perbuatan memakai topeng muka pula adalah kebiasaan bagi komando Israel.

Jadi, tidak hairanlah jika Hitler mempunyai sebilangan tentera yang pandai bersolat kerana mungkin sebilangannya adalah orang Bahai dan sebilangan lagi adalah orang Islam yang terpedaya lalu menyertai Nazi. Pernah tonton filem The Swing Kids? Lebih kurang begitulah
taktik mind control yang digunakan untuk mempengaruhi penyertaan umat Islam dalam angkatan Nazi. Kononnya mahu menyertai kempen Hitler untuk memusnahkan Yahudi. Tapi tahukah kita bahawa beribu-ribu tentera Islam yang menyertai Nazi dibunuh oleh Jerman beberapa jam selepas tamat WW2 dan pembunuhan disempurnakan oleh Amerika dan sekutu, dan akhirnya mayat-mayat orang Islam dibakar hingga jadi abu bagi menutup bukti?

Oleh kerana Hitler mempunyai sepasukan tentera yang dizahirkan seperti beragama Islam, lalu Hitler pun mahu didamba sebagai wira pro-Islam. Kalau begitu, kerajaan Amerika sejak pentadbiran George Bush pun ada kira-kira 1 batalion tentera beragama Islam, maka bolehkah Bush juga dikatakan sebagai wira pro-Islam yang anti keganasan?

Kerajaan Britain sejak pentadbiran Tony Blair juga ada beratus-ratus tentera beragama Islam, maka bolehkah kita kata pemimpinnya pro-Islam? United Nations atau Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) juga ada wakil dari negara-negara Islam, bolehkah kita katakan bahawa PBB itu pro-Islam dan tidak berat sebelah? Tidak nampak? Seluruh Eropah sudah menjalani proses mind control iaitu Nazi adalah satu kuasa yang jahat dalam menggerakkan WW2. Kesannya, seluruh Eropah membenci Nazi. Pada masa yang sama, Nazi mengheret Islam untuk masuk ke arena kancah konflik dunia yang sedang dicipta dan dilaluinya. Secara tidak langsung, orang Eropah turut membenci Islam yang dikatakan pro-Nazi dan membunuh Yahudi tanpa perikemanusiaan. Islam terus menjadi mangsa, diheret dan dijadikan mangsa keadaan yang tersepit di celah-celah konflik buatan tangan secret societies. Ia adalah langkah kedua selepas kurang berjaya menghancurkan Islam pada WW1. Belum nampak?

Ok, lihat lagi. Dalam WW1, Empayar Turki Ottoman iaitu kerajaan Islam terbesar diheret masuk oleh Jerman untuk terlibat sama dalam peperangan. Sejak WW1 lagi, Islam diheret dalam permainan busuk Yahudi dan nama Islam diburukkan di Eropah (hanya kerana bersama Jerman yang memegang watak jahat dalam WW1). Penamat WW1, empayar Ottoman hancur dan negara-negara Islam yang pernah berada dalam empayarnya (termasuk Palestin dan Sarajevo) pula mula berpecah. Apa akan jadi kalau berpecah? Ya, Islam menjadi semakin lemah dan lebih mudah dihancurkan. Nampak pertalian ini?

Oleh sebab itu rancangan untuk menghancur dan memfitnah Islam diteruskan dalam WW2, juga diheret oleh sang penggembala Jerman, lebih tepat ialah di bawah bidang kuasa rancangan The Order of the Black Sun yang beroperasi sejak rancangan WW1 hingga WW2 atau mungkin WW3, WW4 atau WW5 akan datang. Hanya kerana seorang tokoh agama Islam mengimamkan sejumlah tentera Nazi, maka kita mahu terima bahawa semua yang menjadi makmum itu benar-benar orang Islam dalam angkatan Hitler? Jika semua ini tidak benar dan menghampiri fitnah, kami memohon keampunan dan taubat daripada Allah. Tapi ada timbul kesangsian mengenai adakah benar para makmum yang bersolat jemaah itu benar-benar orang Islam? Ada was-was? Petunjuk mana lebih hampir? Hitler pro-Islam atau pro-Yahudi? Jika ada penjelasan lain yang lebih meyakinkan, sila nyatakan sumber asal kepada kami.

Kebenaran tidak boleh dibuat main hentam keromo. Ia perlukan penjelasan yang kuat. Jangan lupa, Al-Quran dan Rasulullah juga berpesan mengenai orang-orang munafik. Ingat! Sila peka bahawa orang-orang munafik itu memusuhi Islam walaupun mengaku saudara. Mereka adalah Bahai, ajaran sesat, tarekat songsang dan juga di kalangan orang Islam yang mengkhianati agama. Sanggup bersekongkol atau diperbodohkan untuk mengkhianati agama tanpa sedar.

Ada banyak persoalan dan kecurigaan. Fikirkan... Umat Islam hari ini terlalu mudah dikelirukan oleh Altar Science (Psychology & Mind Game) yang dirancang The Order of  the Black Sun sejak hampir 100 tahun lalu. Dan.. . order itu masih beroperasi hingga hari ini...
Brothers of The Light, The Order of The Black Sun


SUMBER/RUJUKAN:

The Black Sun, Peter Moon.
News archive, Associated Press
Religions of the World, National Geographic Magazine
Knack Magazine
The Spy Reports (unrated)
The Secret Order of the Black Sun (unrated)

Friday, April 27, 2012

Ikhlaskan Segalanya Kerana Allah





ALLAH SWT mengukur ibadah seseorang hamba berdasarkan keikhlasan terhadap-Nya. Ia merupakan pintu pahala, amalan penolak bencana dan penyebab turunnya rahmat Allah S.W.T.

Apakah yang dimaksudkan dengan ikhlas? Secara dasarnya ia bererti `BERAMAL  SEMATA-MATA KERANA ALLAH, tanpa perasaan riyak [menunjuk-nunjuk], ujub [kagum dengan diri sendiri] dan bangga diri. Individu yang ikhlas sentiasa merasa Allah memperhatikan setiap tindakannya.

Keikhlasan boleh dicapai dengan cara:
  • Sentiasa berniat dengan tulus di dalam hati `Sahaja saya melakukan kerja ini kerana Allah Taala`.
  • Sentiasa menilai sendiri setiap amalan yang dilakukan. Jika terasa kurang ikhlas, segera bertaubat dan beristighfar.
  • Bila menerima pujian, beristighfar dan mengembalikan pujian itu kepada Allah.
  • Bersabar apabila doa belum dimakbul.
  • Menyembunyikan ibadah daripada pengetahuan umum.
  • Sentiasa berdoa agar dijauhi daripada semua sifat negatif seperti riyak, ujub, bangga diri.       
 Kekadang tercetus lintasan yang timbul tenggelam sekali-sekala di dalam hati agar orang lain tahu akan amalan dan jasa baiknya, namun itu tidak menjejaskan keikhlasan yang telah terpaku di hatinya. Lintasan fikiran sebegini tidak dapat dielakkan oleh manusia yang sentiasa digoda bisikan syaitan, kecuali fikiran mahu menunjuk-nunjuk itu telah sebati di hatinya, barulah dia dikatakan riyak.

Pun begitu, bukan semua amalan yang dipamerkan adalah riyak. Jika nawaitu sucinya ialah supaya amalan itu dijadikan teladan, ataupun untuk mengelakkan dirinya daripada menjadi bahan tohmahan, maka itu tidak dikatakan riyak. 

Insan menyembah, memuja dan memuji Allah S.W.T. bukan kerana takutkan neraka-Nya atau kerana ingin memasuki syurga-Nya, walaupun di dalam Al-Qur’an memang terdapat  banyak rujukan mengenai keindahannya dan keberuntungan insan yang berjaya masuk ke sana. Bukan itu alasannya.

Sesungguhnya Allah disembah semata-mata kerana Dia yang mencipta dan meniupkan roh ke dalam tubuh kecil insan ketika sedang berada dalam rahim ibu, lengkap dengan jasmani dan akal fikiran yang sempurna. Setelah lahir, insan diberi peluang menghirup udara-Nya dan dibenarkan menjejakkan kaki ke bumi-Nya.

Ketika menjalani kehidupan seharian, diberikan pula nikmat makan minum, pakaian serba indah, kediaman selesa, juga bekalan berupa ilmu pengetahuan dan kepakaran dalam bidang masing-masing bagi membolehkan insan meneruskan kelangsungan hidupnya. Mana mungkin insan tersebut menjalani kehidupannya tanpa memanjatkan kesyukuran di atas semua kelebihan itu.

Untuk memastikan insan tidak leka dalam nikmat kesenangan, diturunkan pula ujian, dugaan dan musibah agar insan tidak lupa akan kehadiran-Nya, dan sentiasa kembali kepada-Nya untuk memohon dibebaskan daripada semua kesulitan. Dia sentiasa memastikan ujian yang diturunkan-Nya itu mampu dipikul oleh hamba-Nya. Dari situlah nanti Dia tahu tahap keimanan insan tersebut – sama ada gred A, B, C atau D.

Keadaan hidup di dunia ini tidak jauh bezanya dengan alam persekolahan di mana manusia terpaksa menduduki peperiksaan bagi menguji tahap diri, sama ada layak atau tidak untuk ke peringkat seterusnya.

Manusia yang ikhlas semata-mata kerana Allah, akan merasakan bahawa Zat Yang Agung itu merupakan sahabat dan kekasih setia yang sentiasa bersedia mendengar rintihannya pada bila-bila masa jua. Manusia itu tahu dia pasti tidak akan dibiarkan bersendirian tanpa bimbingan-Nya.   

Manusia yang ikhlas kerana Allah, berakhlak mulia, kerap bertaubat di atas segala kesalahan dan kesilapan, mengamalkan amal makruf nahi mungkar, bersifat sabar, sentiasa menjaga silaturrahim sesama manusia dan selalu bersegera menghulur bantuan berupa tenaga dan hartabenda kepada yang memerlukan, tidak akan digelincirkan oleh mana-mana makhluk ciptaan-Nya yang lain, sekalipun dijanjikan kemewahan dan kemasyhuran dunia. Ini adalah kerana dia meletakkan kasihnya pada Allah di hadapan, di belakang, di kiri, di kanan dan di atasnya. 

Sesungguhnya amalan yang banyak, jika tidak disertakan dengan keikhlasan, tidak bererti apa-apa bagi Allah. Di dalam hadis ada dinyatakan mengenai seorang yang beramal soleh selama bertahun-tahun, namun akhirnya mati dalam kekufuran akibat sanggup menukar agama dengan cinta palsu anak gadis seorang rahib Nasrani yang jelita.            

Syurga dan neraka adalah milik mutlak Allah S.A.W. Tiada sesiapapun layak menentukan bahawa Si Fulan akan masuk syurga atau neraka lantaran amalan atau fahaman politiknya. Yang menguruskan semua itu adalah Dia, bukan manusia. Ini berdasarkan hadis riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah r.a. yang menyebut bahawa Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:

`Amal soleh seseorang di antara kamu sekali-kali tidak dapat memasukkannya ke dalam syurga`. Mereka (para sahabat) bertanya, `Begitu juga engkau ya Rasulullah?` Rasulullah s.a.w. menjawab: `Tidak juga aku melainkan Allah melimpahkan kurniaan dan rahmat-Nya kepadaku`. 


Thursday, April 26, 2012

Bersyukur Dengan Apa Jua Kurnianya




MANUSIA patut  bersyukur dengan nikmat yang Allah kurniakan - kesihatan, kediaman, keluarga, rakan, pekerjaan, keamanan negara, hutan yang hijau, udara, air,apa-apa sahaja.

Dunia ini beserta segala apa yang ada di dalamnya diciptakan untuk kita. Jangan sedih bila kehilangan sesuatu - ada banyak nikmat lain yang patut disyukuri.    
 
Mungkin berjalan dengan kedua kaki kita anggap biasa, ada manusia lain yang tidak berkaki.



Mungkin kita enak menjamu selera, ada manusia lain yang kebuluran. 

Telinga kita tidak pekak, mata kita tidak buta, kulit kita cantik bersih.

Akal kita waras – tidak ada penyakit nyanyuk atau gila.

Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan? – Surah Ar-Rahman: ayat 13.

Mungkinkah ada orang yang menukar semua itu untuk sesuatu yang lain – mungkin  emas segedung berlian segunung? Mungkin juga - seorang remaja di China menjual sebelah buah pinggangnya untuk membeli telefon bimbit!

Bayangkan jika telefon itu rosak, buah pinggang yang sebelah itu pun tidak berfungsi, nafas semakin semput, bolehkah dia online dengan Tuhannya untuk mendapat kembali apa yang telah ditukarkannya?    

Wednesday, April 25, 2012

To Strengthen the Abdominals


serenemaklong.blogspot.com




THE way to flat stomachs isn’t through doing hundreds of sit-ups. Core exercises — and sit-ups are among them — are for strengthening the abdominal muscles, not to flatten the tummy.


To flatten the tummy, you need to burn fat and that is done through cardiovascular exercises like running, cycling or swimming.


That said, core exercises (one’s core is the area between the upper and the lower body) are very important, not for aesthetics alone. Strong core muscles reduce the risk of injury, especially on the lower back.


Always do core exercises at the end of your workout because this is when you are exhausted, so you know how strong or weak your core muscles are.
Here are five core exercises you can do at home:


1. Back stretch
In a crawling position, with your head facing down and your stomach contracted, arch your spine upwards. Then look straight and curve your spine downwards. This helps stretch your lower and upper back.


2. Alternate bridging
In a crawling position, straighten your left leg and right arm. Hold for 30 seconds, then change to the right leg and left arm for the same duration. Do this three times. Remember to contract your stomach.


3. Plank
Contract your stomach and balance your weight on your arms — from wrist to elbow — and on your tucked-in toes. Hold this position for one minute.


4. Side plank
A harder variation than the plank, you have to balance your weight on one arm with your legs one on top of the other. Your body, the mat and your arm must resemble a triangle and you can only do this with your back straight.

5. Bridging

This is like plank, but instead of balancing your weight on your arms, it’s on your palms. Make sure your body, from shoulder to leg, form a straight line. You must not bend your back. Hold for one to two minutes and repeat twice.

(Hoesni Rahmat is a physical trainer)


Tuesday, April 24, 2012

Keeping Our Kids Safe


serenemaklong.blogspot.com



CHILDREN need to be safe at all times. The issue of their safety should be a top priority for all families.

Children under the age of six should have constant adult supervision while the older primary school-going ones should be taught home-alone skills before they become latchkey kids.

Sadly, young children are always seen running on the streets or crossing busy roads by themselves, oblivious to the potential dangers around them. Then there are parents who nip out to buy a thing or two after they double-park their car, leaving its engine running and their young children inside the vehicle.
There are also those who leave their sleeping child alone in the house while they go out to attend a neighbourhood meeting.

A parent once asked how to stop his two-year-old from playing with the hairdryer plugged into the wall. He was told him to unplug it and store it in a shelf where his child would not be able to reach. One important aspect of children’s safety is to childproof your home according to the kid’s development.

Our children are exposed to all kinds of danger even at home. There are more electrical appliances, household cleaning detergents and medication in our homes than ever before. Parents need to be vigilant when it comes to keeping children safe.

Domestic helpers are not reliable in discerning what is safe or not for young children. They usually take orders from their employers – you. Many do not know how to handle emergencies or have the faintest idea on the kind of precautionary steps to take to prevent home accidents.

It is really up to parents themselves to ensure that the home is safe for their young children and their careprovider adheres to the safety rules at all times.
Preschoolers like to play in the car porch. There has been an increasing number of fatal accidents involving cars backing into or moving out of the porch. Designate a place outside the house where children can play, away from moving vehicles. If need be, place a barrier to prevent children from reaching the main porch area. Be alert to the happenings around your house.

Before taking your children to the neighbourhood park, do carry out a safety check. There may be safety rules in the playgrounds but many people choose to ignore them. The rule of allowing only children under 12 years old to use playground equipment is definitely one that is rarely followed. Young adults  are seen sitting on swings and climbing the monkey bars. Look out for loose screws, nails and glass pieces lying about, left by those who have no consideration for others.

When you are in the park with your children, beware of individuals who are hanging around without any children. There may also be those who do their exercise routines near the children when they should be in their own section.
Always remind your children not to talk to strangers. Tell them if anyone approaches them in the park, they can only speak to them when a parent is nearby.

Keep a list of names of people whom you can leave your child with when there is an emergency and you have to leave the house urgently. People whom you and your child, especially of a young age, can rely on for care on short notice are very important.

(Source: SUNDAY STAR) 

Monday, April 23, 2012

Memahami Bidaah


serenemaklong.blogspot.com

DEWASA ini ada segelintir anggota masyarakat yang tidak faham perkara mengenai bidaah. Mereka menganggap apa jua perkara yang tidak dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW dan para sahabat semuanya bidaah.
Akhirnya wujud dalam kalangan masyarakat yang menyatakan bahawa amalan seperti talkin jenazah setelah dikebumikan, membaca tahlil, membaca Yasin pada malam Jumaat, berwirid secara berjemaah selepas solat fardu, membaca lafaz usalli atau melafazkan niat sebelum takbir, sambutan maulid nabi dan sebagainya adalah amalan bidaah yang tidak diterima di sisi Allah.





Menurut Pensyarah Kanan, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia, Dr. Mohd. Sukki Othman, apa yang dianggap bidaah itu sebenarnya adalah perkara khilafiah yang para ulama berselisih pandangan terhadapnya.

Menurut istilah syarak bidaah adalah sesuatu perbuatan yang berkaitan dengan masalah agama (untuk mendekatkan diri kepada Allah) yang tidak ada contoh sebelumnya daripada Nabi SAW, tidak disuruh oleh nabi untuk melakukannya, juga tidak dipersetujui dan tidak diakui oleh nabi SAW dan tidak pernah dilakukan oleh para sahabat baginda (Jum'at Amin Abdul Aziz. 1991. Fahmul Islam fi Zilal Usul al-'Isyrin lil Imam Hasan al-Banna. Iskandariah: Dar al-Da'wah. Hlm. 195)

Bidaah juga ditakrifkan sebagai mewujudkan sesuatu perbuatan atau perkataan yang tidak datang keizinan daripada syarak di dalam al-Quran, sunnah, ijmak atau qias dan tidak termasuk dalam kaedah dan asas umum ajaran Islam (Al-Sa'di, Abdul Malik Abdul Rahman, 2008. Al-Bid'ah fi al-Mafhum al-Islamiy al-Daqiq. Jordan: Matba'ah al-Azhar, hlm. 8)

Oleh itu, bidaah adalah perbuatan yang bertentangan dengan sunnah kerana sunnah itu petunjuk. Sedangkan bidaah adalah perbuatan yang dilakukan tanpa landasan wahyu (al-Quran) atau sunnah Nabi SAW dan ijmak ulama.
Oleh itu, apabila berlaku sesuatu perkara atau amalan, hendaklah dilihat sama ada amalan tersebut ada dalam al-Quran, sunnah, ijmak atau Qias. Sekiranya tidak ada, maka hendaklah dilihat pula sama ada amalan tersebut menepati kaedah umum ajaran Islam atau tidak. Sekiranya amalan tersebut termasuk dalam kaedah umum Islam, maka ia tidak dinamakan bidaah. Jika amalan itu jelas bercanggah dengan ajaran Islam, barulah dianggap bidaah.

Persoalannya, adakah setiap amalan atau ibadah yang tidak dilakukan oleh nabi terus dianggap bidaah?

Kata Mohd. Sukki, ibadah yang dilakukan oleh nabi SAW boleh dibahagikan kepada dua iaitu:

1. Amalan nabi yang dikaitkan (dikhususkan) dengan masa, tempat, bilangan tertentu dan sebagainya seperti bilangan rakaat solat, waktu solat, hari yang diwajibkan berpuasa, cara ibadah haji dan sebagainya. Amalan seumpama ini hendaklah dilaksanakan tanpa menambah atau mengurang kadar yang telah ditetapkan. Sekiranya sengaja menambah bilangan rakaat solat Maghrib umpamanya daripada tiga rakaat kepada empat rakaat, maka inilah amalan yang dikatakan sebagai bidaah.

2. Amalan nabi atau apa yang datang daripada nabi dalam bentuk suruhan, galakan, wasiat dan sebagainya yang tidak dikaitkan (dikhususkan) dengan waktu-waktu tertentu untuk melakukannya dan tidak pula ada larangan nabi terhadap waktu-waktu tertentu untuk melakukannya, maka dengan itu umat Islam bebas memilih waktu yang disukai  untuk melaksanakan amalan tersebut. Syaratnya ialah tidak mengatakan bahawa nabi menyuruh melakukan amalan tersebut pada waktu yang dilakukan itu. Bahkan amalan itu boleh dilakukan berasaskan bahawa ia merupakan sesuatu yang termasuk dalam dasar ajaran Islam.

Imam Hasan al-Banna mengkategorikan bidaah itu kepada dua iaitu:
l Bidaah hakiki yang wajib diperangi
l Bidaah yang termasuk dalam khilaf di kalangan ulama.

Contoh bidaah dalam kategori pertama iaitu yang wajib diperangi adalah tidak menggunakan hukum dan perundangan yang diturunkan oleh Allah, menyambut perayaan yang mempunyai kaitan dengan agama selain daripada Islam, adat dan budaya haram yang dicedok dari Barat seperti pergaulan bebas, tidak menutup aurat dan sebagainya.

Adapun bidaah kategori yang kedua yang menjadi perselisihan dalam kalangan ulama adalah berselawat kepada nabi secara kuat selepas azan, membaca surah al-Kahfi dengan suara yang kuat oleh seorang qari di masjid sebelum didirikan solat Jumaat, membaca ayat al-Quran atau zikir-zikir tertentu dengan bilangan-bilangan yang ditetapkan seperti 100 dan 1,000, menyambut ulang tahun keputeraan nabi dan sebagainya.

Oleh yang demikian, kata Mohd. Sukki, bidaah kategori pertama sahaja yang diharamkan manakala bidaah kategori kedua bukanlah bidaah hakiki yang diharamkan.

Katanya, kekeliruan timbul dalam kalangan masyarakat tentang bidaah ini ekoran kefahaman seolah-olah segala apa yang tidak dilakukan oleh Rasulullah menjadi suatu bidaah apabila dilakukan. Sedangkan sesuatu yang sedia dimaklumi secara darurah bahawa nabi tidak melakukan semua perkara yang diharuskan kerana perkara yang harus terlalu banyak.

Oleh itu, sesiapa yang mendakwa pengharaman sesuatu atau mengaitkan dengan bidaah dengan alasan nabi tidak melakukannya, bererti dia telah membuat dakwaan yang salah.

Terdapat kaedah usul fiqh yang menyebut: "Meninggalkan sesuatu bukan bererti mengharamkannya. Begitu juga sesuatu yang dimaklumi secara darurah bahawa nabi tidak mengerjakan semua amalan yang sunat.

Ini berlaku kerana baginda sibuk menguruskan perkara lain yang lebih penting seperti menyampaikan dakwah, berdebat dengan golongan musyrikin dan ahli kitab, berjihad menentang musuh Islam demi memelihara kesucian agama Islam, mengasaskan sebuah kerajaan Islam dan sebagainya.

Namun, Rasulullah telah menggariskan nas-nas syarak yang umum meliputi segala hal yang disunatkan.

(Tulisan oleh MOHD. RADZI MOHD. ZIN)