ANTARA NASIHAT USTAZ WADI ANNUAR:
Antara tanda-tanda Allah hendak tunjukkan sayang-Nya kepada seorang manusia ialah dengan memberikannya ujian.
Kalau tidak ada ujian langsung, mungkin itu tanda Allah murka.
Firaun sihat. Bukan sahaja tidak pernah bersin, tidak pernah sakit, menguap pun tidak pernah. Ini yang disebutkan oleh para ulama.
Kerana apa? Sebab Allah tidak tengok langsung pada dia. Kerana itu Allah tidak beri dia ujian.
Dengan ujian ramai orang kembali semula (Alhamdulillah) kepada Allah.
Dengan ujian ini, Allah memberikan petanda yang cukup besar. Allah sayang kita. Allah hendak kita kembali kepada-Nya. Hidup bahagia selama-lamanya di hari akhirat. InsyaAllah.
Ustaz Wadi Annuar - Official
☆☆☆☆☆☆☆
اللَّهُمَّ رَبَّ النَّاسِ أَذْهِبِ الْبَأْسَ وَاشْفِهُ وأَنْتَ الشَّافِي لاَ شِفَآءَ إِلاَّ شِفَاؤُكَ شِفَاءً لاَ يُغَادِرُ سَقَمًا
“Ya Allah, Rabb manusia, hilangkanlah kesusahan dan berilah dia kesembuhan, Engkau Zat Yang Maha Menyembuhkan. Tidak ada kesembuhan kecuali kesembuhan dari-Mu, kesembuhan yang tidak meninggalkan penyakit lain”.
Aamiin aamiin Ya Rabbul Alamin.
Semoga dengan asbab dakwah yang disebarkannya menyebabkan Allah Yang Maha Penyembuh mengembalikan kesihatannya seperti sediakala dan beliau bergiat semula mendidik kita semua yang masih dahagakan ilmu agama yang benar.
No comments:
Post a Comment