Friday, January 12, 2018

Jangan Putus Silaturrahim Kerana Kerenah Manusia




JANGAN PUTUS SILATURAHIM KERANA KARENAH MANUSIA. HADAPINYALAH DENGAN BERHEMAH*

Kerana Silaturrahim banyak membawa Faedah dan Makna kepada hidup kita. Jika disorot,  Berbagai Karakter Manusia Mampu membuat Kita Menjadi CERDIK dalam menilai dan mendepaninya:

1. Ada TEMAN yang bersifat KERAS...dialah yang mendidik kita untuk berani dan bersikap tegas serta TAHAN LASAK.....

2. Ada TEMAN yang LEMBUT, dialah mengajar kita cinta dan kasih sayang terhadap sesama makhluk...

3. Ada TEMAN yang DUNGU dan BODOH, dialah membuat kita berfikir bagaimana sikap kita terhadap orang lain...

4. Ada TEMAN yang TIDAK BOLEH DIPERCAYAI dan kata-katanya sukar dipegang kebenarannya, dari dialah yang membuat kita berfikir dan merasa betapa tidak baiknya bila dikhianati, maka belajarlah untuk menjadi orang yang amanah dan dapat dipercayai.

5. Ada TEMAN JAHAT yang hanya mengambil kesempatan memanfaatkan dirinya melalui kebaikan orang lain saja,  dari dialah  kita belajar bertindak dan dapat membuat banyak kebaikan, namun tetap dalam keadaan waspada (agar tidak ditipu)...



Kesimpulan

Setiap karakter manusia di atas jika kita PEKA, ia dapat mendidik kita, bagaimana sikap kita yang sepatutnya... untuk mencari keredhaan Allah..

Kata Hukama: "Besi menajamkan besi dan  manusia  menajamkan sesamanya."

Tanpa golongan orang  seperti itu kita mungkin terlena dalam zon nyaman; fikiran tidak berkembang.

Oleh itu, bersyukurlah selalu dalam setiap keadaan demikian dan terimalah setiap orang yang pelbagai ragam dalam hidup kita. 

Kerana Allah tidak pernah silap mempertemukan kita dengan sesiapa pun, cuma terserah kepada kita bagaimana cara kita menghadapi dan mengurusnya.

Karakter orang seperti itu juga secara tidak langsung selain melatih kita bersabar, juga membuat kita semakin DEWASA lagi BIJAKSANA. 

Ketika ada orang bicara mengenai kita di belakang, itu adalah tanda bahawa kita sudah ada di depan mereka

Saat orang bicara merendahkan diri kita, itu adalah tanda bahawa kita sudah berada di tempat yang lebih tinggi dari mereka

Saat orang bicara dengan nada iri-hati mengenai kita, itu adalah tanda bahawa kita sudah jauh lebih baik dari mereka.

Saat orang bicara buruk mengenai kita, padahal kita tidak pernah mengusik kehidupan mereka, itu adalah tanda bahawa kehidupan kita sebenarnya lebih indah dari mereka.

Payung tidak dapat menghentikan hujan, tetapi Dengan Payung membuat kita boleh berjalan merentas hujan lebat untuk mencapai Tujuan.

Orang pintar pernah gagal,
Orang  hebat pernah jatuh,
Tetapi orang yang RENDAH HATI dan SABAR dalam segala hal akan selalu mendapat jalan untuk menempatkan diri dengan seimbang kerana KETEGUHAN PENDIRIANNYA..

*SEMOGA KITA SENTIASA BERSABAR DAN RENDAH HATI*

[Ahmad Ezry]




Dengan harta akan beroleh teman-teman yang datang dengan pelbagai keperluan.
Dengan kecantikan akan beroleh teman-teman yang datang kerana syahwat.
Tapi dengan akhlak akan beroleh teman-teman abadi.


No comments:

Post a Comment