Berdamailah dengan diri sendiri
dengan membuang sifat-sifat Mazmumah (Tercela) dalam diri
Antara musuh musuh dalam diri
ialah:
1. BANYAK MAKAN.
Makan dan minum yang berlebihan
mengakibatkan malas, lemah dan banyak tidur ini menyebabkan kita lalai daripada
ibdadah dan zikrullah.
2. BANYAK BERCAKAP HAL YANG TIDAK
BERFAEDAH.
Banyak bercakap banyak salahnya,
banyak salahnya banyak dosanya.
3. PEMARAH.
Marah yang bukan pada tempatnya dan
tanpa sebab yang munasabah.
4. HASAD.
Ingin nikmat yang diperolehi oleh
orang lain atau berpindah kepadanya dan berdukacita apabila orang lain mendapat
kesenangan.
5. BAKHIL.
Kedekut untuk membelanjakan harta ke
jalan ALLAH dan untuk agamaNYA.
6. HUBBUL-JAH.
Kasihkan kemegahan, kebesaran dan
pangkat boleh mengakibatkan pekerjaan seseorang itu tidak ikhlas dan
mengakibatkan pergaduhan lantaran mengejar pangkat.
7. HUBBUD-DUNYA.
Gemarkan kesenangan dan kemewahan
hidup, kesenangan duniawi yang membawa lupa daripada mengerjakan kewajipan
kepada ALLAH.
8. TAKABBUR.
Memandang dirinya lebih mahir dan
orang lain rendah serta hina. Merasakan pendapatnya sahaja yang betul (ego)
9. BANGGA DIRI.
Timbul dalam hatinya bahawa dialah
orang yang paling sempurna seperti pelajarannya, akhlaknya, kecantikannya dan
lain-lain.
"Telah ku amati semua sahabat, dan tidak menemukan sahabat yang lebih baik daripada MENJAGA LIDAH.
Ku fikirkan tentang semua pakaian, tapi tidak ku temukan pakaian yang lebih baik daripada TAQWA.
Ku renungkan segala jenis amal baik, namun tidak ku dapat yang lebih baik daripada MEMBERI NASIHAT YANG BAIK.
Ku mencari segala bentuk rezeki, tapi tidak ku temukan rezeki yang lebih baik daripada SABAR.
(Khalifah Umar Al Khattab)

No comments:
Post a Comment