Wednesday, January 17, 2018

Jangan Takut Miskin




Diriwayatkan bahawa Imam Sufyan Al-Tsauri rahimahullah (wafat 161 H) pernah menyebut tentang ayat 268 Surah Al-Baqarah;

الشَّيْطَانُ يَعِدُكُمُ الْفَقْرَ وَيَأْمُرُكُم بِالْفَحْشَاءِ ۖ وَاللَّهُ يَعِدُكُم مَّغْفِرَةً مِّنْهُ وَفَضْلًا ۗ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ

"Syaitan menjanjikan kamu dengan kemiskinan dan menyuruh kamu berbuat kejahatan sedangkan Allah menjanjikan untukmu keampunan daripada-Nya dan kurnia. Dan Allah Maha Luas kurnia-Nya lagi Maha Mengetahui." (Al-Baqarah: 268) 

Kata beliau, 

ليس للشَّيطان سلاح للإنسان مِثل خوفِ الفقر، فإذا وقَع في قلب الإنسان: منَعَ الحقَّ، وتكلَّم بالهوى، وظنَّ بربِّه ظنَّ السوء

Tidak ada bagi syaitan senjata untuk menghadapi manusia yang lebih berbahaya seperti perasaan takut kepada kefakiran. Kerana apabila telah diletakkan rasa takut akan kemiskinan ke dalam hati manusia maka dia pun akan sanggup menghalang kebenaran dan akan sanggup bercakap menurut hawa nafsu di samping dia juga akan bersangka buruk kepada Tuhan-Nya. 

[Faidhul Qadir, Al-Munawi]

# Seseorang yang bertaqwa ditanya apakah dia tidak takut ditimpa kemiskinan?

Beliau pun menjawab;

كـيــف اخـاف الـفـــقــــر وانــــا عــــبـد الــغــــني؟

Bagaimana aku hendak takut kepada kemiskinan sedangkan aku adalah hamba kepada Tuhan Yang Maha Kaya?

[Ustaz Emran Ahmad]

No comments:

Post a Comment