Saturday, January 13, 2018

Adab Dengan Al Quran




Para pencinta Al Quran sekalian, 

Sekadar berkongsi ilmu *Adab Dengan Al Quran.*

Selalu baca Quran tetapi sekadar baca tanpa berbicara, berbisik-bisik dengan Quran yang kita pegang itu, tidak pernah rasa aliran roh Al Quran dalam diri, tambahan lagi tidak faham pula maknanya. 

Ini antara amalan al fadhil Ustaz Syed Khudri. 

*SENTIASALAH BERAKUR JANJI DENGAN AL QURAN*

Saat kita ingin mengaji:

Ambil Al Quran sambil senyum dan beri salam kepadanya kerana Al Quran mempunyai roh. 

1. *JUNJUNG* (letak atas kepala) 

#niatkan supaya Allah beri kelancaran dan  kefahaman Al Quran kepada kita. 

2. *CIUM*

#lintaskan dalam hati yang kita berterima kasih kepada Rasulullah s.a.w.kerana memberi  kita nikmat mendapat satu-satunya pusaka baginda yang berharga ini.

3. *PELUK* (letak di dada dengan erat) 

#berbicaralah dengannya untuk setia dan sudi menjadi teman, sahabat dan kekasih di dunia, alam barzakh dan akhirat. 

#rayulah agar Al Quran ini sudi memberi pertolongan dan syafaat kepada kita. 




Amalkan tips ini inshaAllah.. kita akan merasai nikmat ketenangan dan roh Al Quran akan sentiasa mengalir dalam jiwa.




Allah berfirman:

"Dan sesiapa yang tidak mengendahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya."
( Az-Zukhruf Ayat 36)

Dampingilah Al Quran yang bakal membawa keberkatan dalam semua aspek kehidupan.

Dan, sumber keberkatan itu tidak lain dari Pemilik Qalam itu sendiri.

[Sumber: Sahabat Pencinta Al Quran]

No comments:

Post a Comment