Wednesday, January 31, 2018

Renungan Malam





Apabila penghuni Syurga telah masuk ke dalam Syurga lalu mereka tidak berjumpa dengan sahabat- sahabat yang selalu bersama waktu di dunia. 

Lalu mereka bertanya tentang sahabat mereka kepada Allah Swt:

"Ya Rabb,
Kami tidak melihat sahabat-sahabat kami yang sewaktu di dunia.
Yang solat bersama kami.
Yang Puasa bersama kami.
Dan yang berjuang bersama kami."

Lalu Allah Swt pun berfirman:
"Pergilah ke neraka dan keluarkan sahabatmu yang di hatinya masih ada iman walau hanya sebesar zarrah dan atom."

Al Hassan Basri menuturkan:
"Perbanyakkan sahabat-sahabat mukminmu
kerana mereka memiliki syafa’at pada hari kiamat."

Ibnu Jauzi pernah berpesan kepada sahabat- sahabat sambil menangis:
"Jika tidak menemukan aku nanti di syurga bersamamu, maka tolonglah bertanya kepada Allah Swt tentang aku.

Wahai Rabb kami...
hambaMu fulan sewaktu di dunia selalu mengingatkan aku tentang-Mu.
Maka masukkanlah dia bersama kami di Syurga-Mu."

Kami bermohon kepada-Mu, Ya Allah...
Kurniakanlah kepada kami sahabat-sahabat yang selalu mengajak kami untuk tunduk, patuh dan taat kepada Syafaat-Mu.
Kekalkan persahabatan kami hingga kami dapat bertemu dan berkumpul di akhirat dengan-Mu."

Allah Merancang Masa Depan Setiap Insan





Allah sedang "menyulam" masa depan setiap insan. Benang berbagai warna dan jarum ujian berbagai rupa digunakan-Nya untuk menghasilkan sulaman paling indah yang bakal dinikmati oleh insan itu di tempat paling istimewa bernama SYURGA. 

Meskipum tusukan jarum ujian itu menyakitkan namun bersabarlah. Yakinlah bahawa apa yang datang dari Allah itu indah belaka. 

BELAJAR TAWAKKAL DARI UJIAN
BELAJAR REDHA DARI KETENTUAN

SELEPAS KESUSAHAN ADA KESENANGAN
ADA PELANGI SELEPAS HUJAN

Terus Berjalan Dalam Kebaikan




Tiada siapapun layak mengatakan dirinya ikhlas. IKHLAS ITU RAHSIA DALAM RAHSIA ALLAH.

Namun bila ditanya, "Adakah kamu seorang yang ikhlas?" Maka jawablah dengan pasti, "Saya sedang berusaha sedaya upaya untuk ikhlas."

Di jalan ikhlas, kegembiraan ada di sepanjang jalan, bukan hanya di hujung jalan.

Teruslah berjalan sekalipun sudah berada di jalan yang benar. Jangan berhenti berjalan, ... kerana jika berhenti berjalan kita akan digilis dari belakang.

Hidup umpama mengayuh basikal, selagi tidak berhenti mengayuh, selagi itulah kita tidak akan jatuh. 

BERBUAT BAIK ITU TUGAS SELAMA-LAMANYA, SAMPAI BILA-BILA.

(Motivasi buat diri yang terkadang kelelahan ketika melakukan kebaikan).

Fokus Pemimpin Ke Atas Manusia





PEMIMPIN PERLU FOKUS KEPADA MANUSIA.

Pemimpin perlu mendekati, memberi ruang dan peluang kepada orang bawahan untuk didengari, bermesra dan menyayangi. Kita boleh menyayangi tanpa memimpin tetapi kita tidak boleh memimpin tanpa menyayangi.

Pemimpin perlu mendidik dulu sebelum menghukum. Dengar penjelasannya. Jangan dengar dari pihak ketiga.

Seorang pemimpin lebih baik disalahkan kerana tidak menghukum daripada tersalah hukum. Takutilah doa orang yang dizalimi. Orang yang bersalah sekalipun mesti diberi hak diadili dengan saksama sebelum dijatuhkan hukuman.

Semua pemimpin, tidak kira sama ada pemimpin dalam organisasi, syarikat, komuniti atau dalam institusi keluarga sekalipun akan tetap ditanya tentang kepimpinannya di Mahkamah Agung nanti.

Wallahu'alam.

Mendepani Kerenah Manusia



JANGAN BERHARAP PADA SIAPAPUN

Rasa gelisah tidak akan menghilangkan kemungkinan apa yang kau takutkan di masa depan. Rasa gelisah itu telah mencuri kebahagianmu di hari ini. Senyumlah, tinggalkan sedihmu. Bahagialah, lupakan takutmu. 

Tidak ada orang yang benar-benar tegar dalam hidupnya. Tapi yang ada yang mampu bertahan kemudian terus bangkit. Kelmarin adalah ujian yang cukup berat. Esok atau lusa nanti mungkin akan ada yang lebih hebat. Namun percayalah Dia tidak akan meninggalkanmu. 

Jika hati sentiasa ingin bahagia, janganlah bergantung pada siapapun, selain pada Allah. Di Dunia ini jangan terlalu bergantung pada seseorang. Kerana bahkan bayanganmu sendiri akan meninggalkanmu saat kamu dalam gelap. Cukuplah, ibadah sebagai kesibukan bagi kita. Amal sebagai harapan kita. Mati sebagai nasihat bagi kita. Takwa sebagai bekal bagi kita. 

Andai ini jalan-Nya, lapangkan jiwa terima segalanya. Kerana jalan ini menuju bahagia. Biarpun merasa derita di awalnya. Hari kelmarin sudah berganti dengan hari ini. Matahari kelmarin, kini kembali bersinar di hari ini. Dan kesedihan kelmarin, sudah berganti dengan kebahagiaan mulai hari ini.






ORANG TENANG SELALU MENANG

Kelaziman kita apabila kita dimarahi, diherdik, dikutuk, dikomen kita akan menjawab, membalas untuk mempertahankan diri. Anda silap tu!!.. sepatutnya di dalam hati kita perlu ambil kesempatan untuk berdoa. Orang yang diam lebih mulia di sisi ALLAH.

Kerana ketika itu ALLAH sangat dekat dengan kita. Insyaallah Malaikat akan Aminkan doa-doa kita. Ambil kesempatan itu, biarlah orang itu kutuk apa sahaja kepada kita, di dalam hati kita berdoa:
"Ya ALLAH Ya Tuhanku, Aku adalah orang yang dizalimi, kau makbulkanlah doaku."

Masa ni mintalah apa sahaja:
"Kau berilah kejayaan untukku dunia dan akhirat"
"Kau berilah kemurahan rezeki-Mu kepada kami sekeluarga"
"Kau jadikanlah kami dan zuriat keturunan kami orang yang mulia di sisi-Mu"

Allahu Akbar, bila kita alih pemikiran kita dari fokus ucapan yang tidak baik dilemparkan kepada kita dengan berdoa (pada saat itu kita ibarat orang yang teraniaya) minta dengan keadaan kita tengah bersabar dan dengan penuh santun, Insyaallah ALLAH akan perkenankan doa kita.

[Hajjah Rohana Saad]





Usah mohon Allah mudahkan ujian dalam kehidupan. Tetapi, mohonlah kekuatan untuk mendepani semua ujian.


Kelebihan Menahan Marah







Antara sifat kepujian yang sangat disukai oleh Allah swt ialah menahan kemarahan atau disebut juga mengawal sifat amarah.

Firman Allah swt :

وَالْكَاظِمِينَ الْغَيْظَ وَالْعَافِينَ عَنِ النَّاسِ وَاللَّهُ يُحِبُّ الْمُحْسِنِينَ

Artinya : “Dan orang-orang yang menahan kemarahan dan orang-orang yang memaafkan dari kesalahan manusia. Dan sungguhnya Allah sangat menyukai orang-orang yang melakukan kebaikkan." (Al-Imran : 134)

Dalam ayat ini Allah memasukkan orang-orang yang menahan kemarahan itu dalam golongan orang-orang yang berbuat kebaikkan.

Maksud menahan marah bukan artinya tidak ada rasa marah di dalam hati tetapi artinya apabila rasa hendak marah maka hendaklah dia bertenang dan apabila sudah ada rasa marah hendaklah dia kawal supaya tidak terbit keluar dari hatinya.

Orang yang ada kekuatan menahan marah ialah orang yang sebenarnya kuat sebagaimana sebuah hadith yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. :

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَيْسَ الشَّدِيدُ بِالصُّرَعَةِ إِنَّمَا الشَّدِيدُ الَّذِي يَمْلِكُ نَفْسَهُ عِنْدَ الْغَضَبِ

Artinya : Sungguhnya Rasulullah saw bersabda : Bukanlah dikatakan orang kuat itu ialah orang yang boleh menjatuhkan lawan tetapi orang yang kuat yang sebenarnya ialah orang yang boleh mengawal dirinya ketika sedang marah.” (Hadith Bukhari)

Mengikut rasa hati yang sedang marah akan menyebabkan beberapa kebinasaan :

1. Memaki hamun

2. Mengeluarkan kata-kata kesat
 
3. Biadab

4. Menunjukkan kebodohan diri 

5. Hilang maruah 

6. Sakit hati

7. Hilang kemanisan beribadah 

8. Membuka aib diri dan lawan 

9. Hilang pertimbangan

10. Hasad dengki

11. Membenci 

12. Memutuskan silaturahim

13. Menjatuhkan talak 

14. Pergaduhan 

15. Membunuh  

16. Merosak harta benda

17. Melakukan khianat dan di akhirat nanti

18. Mendapat dosa dan kemurkaan Allah.

Kerana itulah sangat dianjurkan sikap menahan marah dan amat dicela sikap suka marah.

Daripada Abu Hurairah r.a. katanya sungguhnya seorang lelaki meminta Nabi saw memberinya satu nasihat. Maka Nabi saw berkata :

 لاَ تَغْضَبْ فَرَدَّدَ مِرَاراً، قَالَ: لاَ تَغْضَبْ 

Artinya : “Jangan kamu marah. Lalu lelaki itu bertanya lagi beberapa kali dan Nabi saw tetap berkata : Jangan kamu marah.” (Hadith Bukhari)

Dan pada satu riwayat yang lain Rasulullah saw bersabda :

لاَ تَغْضَبْ وِلَكَ الْجَنَّة

Artinya : “Janganlah kamu marah dan bagimu nanti mendapat syurga.” (Hadith At-Thabarani)

Petua Mengawal Kemarahan

Apabila datang kemarahan di dalam hati maka lakukan perkara berikut :

1.  Membaca Ta’awwuz yaitu :

أعوذُ بالله مِنَ الشَّيْطانِ الرَّجيمِ

Daripada Sulaiman bin Surd r.a. katanya adalah Rasulullah bersabda bagi dua orang lelaki yang sedang berkelahi :

إِني لأعلمُ كَلِمَةً لَوْ قالَهَا لذهبَ عنهُ ما يجدُ، لَوْ قالَ: أعوذُ بالله مِنَ الشَّيْطانِ الرَّجيمِ، ذهب عَنْهُ ما يَجدُ

Artinya : “Sungguh aku tahu satu kalimah yang jikalau seorang berkata akan dia maka hilanglah daripadanya kemarahannya. Jika dia membaca ‘Aku berlindung dengan Allah dari syaitan yang direjam’ maka akan hilanglah kemarahannya.” (Hadith Muttafaq ‘Alaih)

2. Diam tidak berkata apa-apa atau berpaling dari orang yang kita marah itu.

Sabda Rasulullah saw :

وَإِذَا غَضِبْتَ فَاسْكُتْ

Artinya : “Apabila kamu sedang marah maka berdiam dirilah olih mu.” (Hadith Bukhari).

3. Mengambil Wuduk kerana diriwayatkan dalam sebuah hadith Rasulullah saw bersabda :

إِنَّ الْغَضَبَ مِنَ الشَّيْطَانِ،وَإِنَّ الشَّيْطَانَ خُلِقَ مِنَ النَّارِ،وَإِنَّمَا تُطْفَأُ النَّارُ بِالْمَاءِ،فَإِذَا غَضِبَ أَحَدُكُمْ فَلْيَتَوَضَّأْ

Artinya : “Sungguhnya marah itu daripada syaitan dan syaitan itu dicipta daripada api. Dan hanya yang memadamkan api itu ialah air. Maka apabila marah olih seorang kamu maka hendaklah dia berwuduk.” (Hadith Abu Daud)

4. Mengubah kedudukan seseorang sebagaimana tersebut dalam sebuah hadith Nabi saw bersabda :

إِذَا غَضِبَ أَحَدُكُمْ وَهُوَ قَائِمٌ فَلْيَجْلِسْ، فَإِنْ ذَهَبَ عَنْهُ الْغَضَبُ وَإِلَّا فَلْيَضْطَجِعْ

Artinya : “Apabila marah olih salah seorang kamu ketika sedang berdiri maka hendaklah dia duduk akan hilanglah marahnya. Jika tidak hilang juga maka hendaklah dia berbaring.” (Hadith Abu Daud)

Marah Yang Diharuskan

Marah atau amarah yang dicela syarak ialah marah kerana nafsu atau marah yang tidak mendatangkan menafaat atau kebaikkan. Ada pun marah kerana Allah seperti marah yang disuruh syarak seperti marah dalam peperangan, marah kepada musuh Allah, marah kepada kezaliman, dosa dan maksiat dan seumpamanya maka tidaklah dicela bahkan ia adalah dipuji di sisi syarak.

Banyak diriwayatkan tentang kemarahan Rasulullah kerana Allah seperti marah baginda kepada pembunuhan yang berlaku, marah kepada orang yang berbuat dosa dan seumpamanya.

Dari A’isyah r.a. katanya :

وَمَا انْتَقَمَ رَسُوْلُ اللهِ  صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ  لِنَفْسِهِ إِلاَّ أَنْ تُنْتَهَكَ حُرْمَةُ اللهُ فَيَنْتَقِمُ ِللهِ بِهَا

Artinya : “Dan tiadalah marah olih Rasulullah saw bagi dirinya melainkan marah olih Nabi bahawa dilanggar sempadan Allah maka marah Nabi kerana Allah dengannya.” (Hadith Bukhari & Muslim)

Mudah-mudahan kita semua dapat bersikap dengan lembut dan menahan marah yang tidak perlu dan kita simpan marah kita untuk membela agama Allah dan membela sunnah Nabi saw.

Nama-nama Syurga





Tahukah anda! Nama-nama Syurga yang disebutkan di dalam al-Quran :

 1- Syurga Firdaus ( الْفِرْدَوْسِ ) , iaitu syurga yang terringgi sekali darjatnya di antara banyak syurga. Dari syurga inilah mengalirnya sungai-sungai syurga. Firman Allah swt dalam surah al-Kahfi ayat 107 : 

إِنَّ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ كَانَتْ لَهُمْ جَنَّاتُ الْفِرْدَوْسِ نُزُلًا
Bermaksud:
"Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, disediakan bagi mereka Syurga-syurga Firdaus, sebagai tempat tetamu (yang serba mewah)."

Syurga ini dicipta Allah dari emas yang merah.

 2- Syurga Adnin ( عَدْنٍ ) . Firman Allah swt :

جَنَّاتِ عَدْنٍ مُفَتَّحَةً لَهُمُ الْأَبْوَابُ
Bermaksud:
"Iaitu beberapa buah Syurga tempat penginapan yang kekal, yang terbuka pintu-pintunya untuk mereka;" [Sod: 50).

Syurga ini dicipta oleh Allah dari mutiara yang putih.

 3- Syurga Naim ( النَّعِيمِ ). Syurga ini banyak sekali disebutkan secara tegas di dalam al-Quran. Di antaranya ialah firman Allah swt:

إِنَّ لِلْمُتَّقِينَ عِنْدَ رَبِّهِمْ جَنَّاتِ النَّعِيمِ

Maksudnya:
"Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa, disediakan bagi mereka taman-taman Syurga yang penuh nikmat, di sisi Tuhan mereka." [Surah al-Qalam: 34]

Syurga ini dicipta oleh Allah dari perak yang putih.

 4- Syurga Makwa ( الْمَأْوَىٰ ). Di antara firman Allah swt tentang syurga al-Makwa ialah:

عِنْدَهَا جَنَّةُ الْمَأْوَىٰ

Maksudnya:
"Yang di sisinya terletak Syurga "Jannatul-Makwa". [Surah An-Najm, Ayat 15]

Syurga ini dicipta oleh Allah dari zamrud yang hijau.

 5- Syurga Darus-Salam ( دَارُ السَّلَامِ ). Allah berfirman:

لَهُمْ دَارُ السَّلَامِ عِنْدَ رَبِّهِمْ ۖ وَهُوَ وَلِيُّهُمْ بِمَا كَانُوا يَعْمَلُونَ

Maksudnya:
"Bagi merekalah Syurga Darus-Salaam (tempat tinggal yang aman sejahtera) di sisi Tuhan mereka, dan Dia lah Penolong mereka, disebabkan amal-amal (yang baik) yang mereka telah kerjakan." [Sura Al-An'am, Ayat 127]

Syurga ini dicipta Allah dari yakut yang merah yakni sejenis permata yang mahal. Kata 'Darus-Salam ( دَارُ السَّلَامِ ) bererti tempat yang penuh dengan kedamaian dan keselamatan, iaitu di rumah Allah dan juga merupakan salah satu dari nama-nama Allah 99 itu.

 6- Syurga Darul-Muqamah ( دار المقامة) . Firman Allah tentang syurga ini terdapat dalam Surah Fatir ayat 34 - 35:

وَقَالُوا الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي أَذْهَبَ عَنَّا الْحَزَنَ ۖ إِنَّ رَبَّنَا لَغَفُورٌ شَكُورٌ [Ayat 34]

الَّذِي أَحَلَّنَا دَارَ الْمُقَامَةِ مِنْ فَضْلِهِ لَا يَمَسُّنَا فِيهَا نَصَبٌ وَلَا يَمَسُّنَا فِيهَا لُغُوبٌ [Ayat 35]

Maksudnya: "Dan (sebagai bersyukur) berkatalah mereka: "Segala puji tertentu bagi Allah, yang telah menghapuskan perasaan dukacita dari kami; Sesungguhnya Tuhan kami Maha Pengampun, lagi sentiasa memberi balasan yang sebaik-baiknya (kepada orang-orang yang taat);" [Ayat 34]

"Tuhan yang telah menempatkan kami di tempat tinggal yang kekal (syurga), dengan limpah kurniaNya semata-mata. Kami tidak akan merasa penat lelah di situ, dan Kami juga di situ tidak akan merasa letih lesu". [Ayat 35]

Dinamakan Darul-Muqamah kerana orang-orang yang masuk di dalamnya akan tinggal selama-lamanya dan tidak mati.

 7- Syurga al-Maqamul Amin ( مقام الأمين) sebagaimana yang difirmankan Allah swt :

إِنَّ الْمُتَّقِينَ فِي مَقَامٍ أَمِينٍ

Maksudnya:
"Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa (akan ditempatkan) di tempat tinggal yang aman sentosa (Syurga). [Surah Ad-Dukhan: 51]

Di Maqamul Amin penuh dengan kedamaian, jauh dari segala keburukan dan hal-hal yang dibenci.

 8- Syurga Khuldi ( الْخُلْدِ ) . Allah berfirman mengenai syurga ini:

قُلْ أَذَٰلِكَ خَيْرٌ أَمْ جَنَّةُ الْخُلْدِ الَّتِي وُعِدَ الْمُتَّقُونَ ۚ كَانَتْ لَهُمْ جَزَاءً وَمَصِيرًا

Maksudnya: 
"Bertanyalah (kepada mereka): "Adakah (azab seksa neraka) yang demikian itu lebih baik atau Syurga yang kekal, yang dijanjikan kepada orang-orang yang bertaqwa?" Syurga yang sedia diuntukkan bagi mereka sebagai balasan dan tempat kembali." [ Al-Furqan : 15]

Syurga ini dicipta Allah swt dari marjan merah dan kuning.

Wednesday, January 24, 2018

Hak Allah Harus Ditunaikan




Barang siapa yang bangun di pagi hari, dan hanya dunia yang difikirkan olehnya, sehingga seolah-olah dia tidak melihat hak Allah ke atas dirinya, maka Allah menanamkan 4 penyakit kepadanya.

1 kebingungan yang tiada putusnya. 
2 kesibukan yang tidak ada hujungnya. 
3 keperluan yang tidak pernah cukup. 
4 Angan-angan yang tiada penghujung.

Renungkanlah.





Allah berfirman:

"Ketahuilah bahawa sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah-megah antara kamu serta berbangga-bangga tentang banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani. 


Kemudian, tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning, kemudiannya menjadi hancur.

Dan di akhirat nanti, ada azab yang keras dan ampunan dari Allah serta keredhaan-Nya. Dan kehidupan di dunia ini tidak lain, hanyalah kesenangan yang menipu". (Al Hadid # 20).

Kesatuan Jemaah



Pernahkah terfikir betapa banyak keringat yang terlibat dalam menghadirkan sepinggan nasi yang kita jamah saban hari?

Di dalam nasi itu ada titik peluh petani yang mengerjakan sawah, ada air mata nelayan yang mengharung laut menangkap ikan, ada keringat pekebun sayur yang berpanas berhujan.

Meskipun berbeza-beza di segi profesion, masing-masing memainkan peranan untuk menjayakan satu misi - menghasilkan sepinggan nasi.

Sebenarnya itulah intipati perintah Allah yang terkandung dalam Qalam Agung-Nya. BERBEZA- BEZA TETAPI BERSATU.

Betapa hati sangat ingin melihat keadaan ini berlaku dalam senario bercelaru yang wujud pada hari ini.

#FantasiSeorangDaieKecil
#MimpiDiSiangHari

Jangan Fikir Dirimu Tiada Cela



Terasa diri tiada cela itulah tanda diri penuh cela.
Terasa diri tiada berdosa itulah tanda tenggelam dalam dosa.
Terasa diri serba sempurna itulah tanda diri serba kekurangan.

Biar merasa diri penuh cela supaya hilang rasa ujubnya
Biar merasa diri sentiasa berdosa supaya menjadi banyak taubatnya.
Biar merasa diri serba kekurangan kerana ketika itu Allah memberi kaya hatinya.

Aku Mahu Jadi Lebih Baik Dari Dulu


DUSTA ... darimu aku belajar untuk berkata JUJUR.

KHIANAT...darimu aku belajar untuk menjadi SETIA.

LEMAH ...darimu aku belajar untuk menjadi KUAT.

TAKUT ...darimu aku belajar untuk menjadi BERANI.

SALAH ...darimu aku belajar untuk menjadi BENAR.

MARAH...darimu aku belajar untuk menjadi SABAR.

SEDIH...darimu aku belajar untuk
TERTAWA

Mengambil pengajaran dari semua perlakuan buruk dan mengubah sikap diri supaya menjadi lebih baik, yang disenangi manusia malah juga Pencipta.






Menghijrahkan diri memang payah.
Ada masa kita kalah.
Ada masa kita lelah.
Ada masa kita bertuah
Sebab itulah namanya MUJAHADAH.
Yang akhirnya pasti indah.







3 KATEGORI TETAMU ALLAH:

Tetamu yang dijemput dengan rahmat dan keredhaanNya,

Tetamu yang diterima dalam keadaan kemurkaanNya,

Tetamu yang diterima tetapi tidak jelas kedudukannya.

Ketiga-tiga golongan ini termasuk dalam jaminan Allah S.W.T. iaitu doa dan taubat mereka akan dikabulkan Allah S.W.T. jika mereka memohon bersungguh-sungguh kepada-Nya serta memenuhi segala syaratnya.

Namun terdapat perbezaan dari segi layanan Allah S.W.T. kepada mereka setelah nama mereka tersenarai dalam jemputan-Nya itu.

Allah Suka Orang Yang Baik






Antara ungkapan Ibn al-Qayyim yg paling indah:

♥️ "Seseorang kawan rapat tidak berkongsi kesakitan denganmu..seorang kekasih tidak menanggung keperitanmu..seorang rakan karib tidak menggantikan tempatmu untuk berjaga malam..

♥️ Ambil beratlah tentang dirimu sendiri..jagalah ia..pimpinlah ia..jangan kamu layan peristiwa yang berlaku melebihi kadar yang sepatutnya

♥️ Pastikan dengan sebenar-benarnya..ketika engkau bersedih, tiada yang boleh menenangkanmu kecuali dirimu sendiri..ketika engkau tewas, tiada yang boleh memenangkanmu selain dirimu sendiri..kemampuanmu untuk bangkit semula tiada yang memilikinya selain dirimu..

♥️Janganlah kamu cari nilai diri kamu pada pandangan manusia..carilah ia dalam jiwa kamu sendiri..bila jiwa itu tenang, terangkatlah kedudukan..bila kamu telah kenal diri kamu, maka apa yg dikatakan kepadamu tiada kesan mudaratnya lagi..

♥️ Usahlah kamu tanggung beban keresahan hidup di dunia kerana ia adalah milik  Allah..Usah jua kamu pikul beban keresahan mencari rezeki kerana ia adalah dari Allah dan usahlah jua kamu pikul beban keresahan mengejar masa depan kerana ia adalah di Tangan Allah..

♥️ Yang perlu kamu pikul hanyalah satu beban keresahan sahaja, iaitu bagaimana hendak melakukan perkara yang meredhakan Allah..kerana bila engkau meredhakan Allah, Dia akan meredhaimu, mencukupi bagimu dan memadai untukmu..

♥️ Janganlah kamu berputus asa dengan kehidupan yang menyebabkan hati mu menangis.. sebaliknya, katakanlah: "Ya Allah! gantikanlah untukku dengan kedua-dua kebaikan di dunia dan akhirat..

♥️ Kedukaan itu akan hilang dengan satu sujud.. manakala kegembiraan akan datang dengan satu seruan..Allah tidak akan sekali-kali melupakan kebaikan yang telah engkau buat atau keresahan yang telah engkau tolong hilangkan atau mata yang hampir menangis yang engkau tolong ceriakan..

♥️ Hiduplah di atas prinsip: Jadilah seorang yang baik, meskipun engkau tidak dilayan dengan baik..bukan kerana mereka..tetapi kerana Allah suka kepada orang yang baik".✅

Kredit : Ustaz Ahmad Fazrin Bin Yahaya

Stategi Dan Tipu Daya Syaitan




Syaitan mempunyai berbagai strategi untuk memperdayakan manusia supaya melupakan Allah atau melalaikan manusia dari tanggungjawab yang telah diperintahkan sama ada berbentuk suruhan mahupun tegahan. Antara strategi syaitan itu ialah:

✷ Menggunakan pujuk rayu seperti katanya "Kamu masih muda, lambat lagi mati buat apa pergi masjid, enjoy la dulu."

✷ Menakut-nakut kan manusia seperti katanya: "Buat apa tolong orang miskin tu, dia malas bekerja, nanti habis duit kamu, nanti kamu jatuh miskin."

✷ Menyemarakkan perasaan hasad dengki dalam kalangan manusia seperti yang telah berlaku kepada Qabil dan Habil.

✷ Melalaikan manusia daripada tanggungjawab seperti sembahyang, puasa, menutup aurat dan lain-lain lagi.

✷ Meniupkan perasaan was-was dan keraguan seperti tidak yakin dengan kewujudan Allah, hari kiamat, syurga, neraka, ragu terhadap kemampuan hukum Allah untuk diamalkan.

✷ Mencantikkan kemungkaran dan maksiat seperti minum arak dikatakan untuk kesihatan, bercouple dikatakan untuk belajar, menyanyi dan menari untuk menghiburkan hati, wanita cantik tidak menutup aurat dikatakan mengikut perkembangan fesyen semasa.

Dr. Musthafa As-Siba’i rahimahullah, seorang ulama dan pejuang dakwah dan tarbiyah ada berkata: "Saya tidak mengkhuatirkan diriku digoda oleh syaitan melalui maksiat secara terbuka… akan tetapi saya khuatir syaitan datang kepadaku dengan membawa maksiat yang dibungkus dengan "baju ketaatan!"

➤ Syaitan menggodamu dengan wanita dengan alasan kasihan kepadanya … dan menggodamu dengan dunia dengan alasan agar tidak menjadi korban meminta-minta..

➤ Dan menggodamu untuk berkawan dengan orang-orang buruk akhlaknya dengan alasan demi memberi petunjuk kepada mereka dan menggodamu untuk bersikap munafik kepada orang-orang zalim dengan alasan ingin mendekati mereka..

➤ Dan menggodamu untuk mengadu domba keburukan lawan-lawanmu dengan alasan demi melakukan amar ma’ruf nahi munkar dan menggodamu untuk memecah belah jama’ah dengan alasan lantang menyuarakan kebenaran..

➤ Dan menggodamu agar tidak memperbaiki orang lain dengan alasan sibuk memperbaiki diri sendiri dan menggodamu untuk tidak beramal dengan alasan ini sudah menjadi takdir..

➤ Tidak menuntut ilmu dengan alasan sibuk beribadah dan menggodamu untuk meninggalkan sunnah dengan alasan mengikuti orang-orang soleh..

➤ Dan menggodamu agar akur dengan alasan demi tanggungjawab di hadapan Allah dan menggodamu untuk berbuat zalim dengan alasan demi memberikan kasih sayang kepada mereka yang terzalimi..

Ingatlah selalu misi panjang syaitan dalam usaha menjerumuskan umat manusia ke dalam neraka melalui tipu helahnya..

 …
CNP

Rahsia Sujud Ketika Solat



Sujud melibatkan 5 anggota badan yang bertumpu pada bumi, iaitu: 
 - dahi
 - hidung
 - kedua telapak tangan
 - lutut 
 - kedua hujung kaki (jari).

Sujud adalah konsep 
- merendahkan diri,
- memuji Allah SWT  dan
- memohon segala macam hajat kepada Allah swt.

Sekaligus, mengikis sifat tercela seperti sombong, riya', ujub, takabur dll.

Dr Fidelma O'Leary, Phd Neuroscience dari St Edward's University,telah menjadi mu'allaf, kerana mendapat fakta tentang manfaat sujud bagi kesihatan.

Dalam kajiannya ditemukan bahwa ada beberapa urat saraf di dalam otak manusia yg tidak dimasuki darah dan urat ini hanya dimasuki darah ketika manusia bersujud.
 
Tetapi urat saraf ini hanya memerlukan darah untuk beberapa saat tertentu saja, yaitu pada waktu-waktu solat yang telah ditetapkan (subuh, zuhur, asar, maghrib dan Isya').

SubhanAllah... 

Jadi, siapa yang tidak solat maka urat ini tidak menerima darah sehingga otaknya tidak berfungsi secara normal.

Salah satu indikasi adalah timbul macam-macam gejala sosial di masyarakat yg tidak solat saat ini.

Kerana letak otak di atas jantung, maka kata  Prof Hembing, jantung hanya mampu menyalurkan 20% darah ke otak manusia, maka dibantu lagi dengan sujud yang lebih lama agar dapat menambah kekuatan aliran darah ke otak.

Hal ini sesuai dengan apa yang disampaikan Rasulullah saw, supaya kita sujud berlama-lama pada raka'at terakhir.

Manfaat sujud berlama-lama ini adalah untuk:

1. Mencegah pening

2. Terhindar migrain

3. Menyegarkan otak

4. Menajamkan akal dan fikiran (lebih sensitif)

5. Melonggarkan sistem pernafasan

6. Memperbaiki kandung rahim yang turun 

7. Menjaga dan  menguatkan kedudukan bayi dalam kandungan

8. Menghindarkan kandungan songsang dan lain lain.

Dan yang menakjubkan, jika kita memperhatikan, bentuk saraf yang ada dalam otak kita berbentuk seperti orang yang sedang sujud...

SUBHANALLAH..........

[Sumber; FB Ahmad Ezry].

Sahabat Dunia Dan Sahabat Akhirat



Kita mempunyai rangkaian sahabat yang bertingkat-tingkat - sahabat bekerja, sahabat berniaga, yang membantu, yang saling bersaing, yang membawa kebaikan, juga yang melalaikan. Kebanyakan orang mempunyai sahabat yang hanya sesuai di dunia semata-mata.
Demi masa depan, carilah sahabat mukmin yang memelihara akidah dan melindungi kehidupan akhirat. Perlu diterokai rangkaian sahabat baru yang mampu membawa kita HAMPIR DENGAN ALLAH. Kita tidak mahu menjadi hamba Allah yang menyesal di akhirat nanti.




Jadilah seorang yang baik, dan carilah kebaikan walau kaya atau miskin.

Kebaikan adalah suatu anugerah ilahi, kebaikan tidak akan diperolehi kecuali melalui jalan Takwa. Oleh yang demikian percayalah, kita tidak akan tertarik dengan seseorang kerana hartanya yang banyak, pangkat atau kecantikannya atau namanya akan tetapi kita akan tertarik kerana dia seorang yang baik. 

Maka jelaslah bahawa pangkat dan status itu bukan suatu ukuran untuk kita menilai diri seseorang. Sebaliknya yang dinilai ialah kebaikkan yang ada padanya, semuanya akan terpancar hasil dari istiqamah dirinya beramal mendekatkan hati kpd Allah SWT, ukurannya ialah kekuatan rohani (jiwa) seseorang bukan hanya ilmu yg tinggi semata-mata.

Allah, DIA-lah Tuhan yg menggengam hati kita, agar nurani, jiwa dan sanubari kita, hanya mengingati-Nya. Tidak ada perkara yg berlaku di luar (kita memiliki rumah besar, pangkat, anak ramai) kecuali dengan izin Allah. Tidak ada satu benda atau satu perkara pun di luar sana, yang boleh menentukan untung nasib dalam hidup kita. 

Oleh itu, carilah kekayaan ataupun kesenangan, atau kita berada pada tahap kita sekarang dan yang pasti kita inginkan kebahagiaan dalam hidup, bahagia tidak semestinya kita kaya atau kita miskin, kebahagian ialah ketenangan, ketenangan dlm segala urusan hidup, ketenangan dalam ibadah kepada Allah, manisnya ibadah bila kita tenang.

Jika kita tidak melaksanakan tugas sebagai hamba Allah, kita tidak akan tenang,.... 

Sebagai khalifah Allah, jika kita tidak mengimarahkan dunia mengikut hukum Allah, hingga kita sentiasa berada dlm kemurkaan Allah, kita juga berada dalam keadaan gelisah dan tidak tenang....

Marilah kita cuba memperbetulkan niat, cuba memperbaiki diri untuk menjadi Hamba Allah yg bersyukur... Seterusnya mendapat ketenangan dan kebaikan di dunia dan kebaikan di negeri Akhirat.

Kematian




Kematian itu akan menjadi cerminan bagi memelihara diri dari sifat sombong. Jika tidak diperingatkan, penat jerih duniawi yang diusahakan akan jadi sia-sia.
Rumah besar yang gah akhirnya ke liang lahat .
Pakaian hebat berkelipan akhirnya dipakaikan kain kafan.
Kereta hebat yang mantap akhirnya menaiki keranda yang diusung.
Pangkat profesor, doktor, menteri dan sebagainya akhirnya dipanggil almarhum.
PERJALANAN HIDUP YANG BERBEZA AKAN DISUDAHI DENGAN PENGAKHIRAN YANG SAMA.



Nikmati setiap saat dengan yang tersayang supaya bila mereka kembali kepada Pencipta, kita tiada rasa kesal, hanya kenangan manis.
LOVE MORE, FORGIVE MORE.
HATE LESS, FIGHT EVEN LESS.

FIKIRKAN BOLEH



Jika kau fikirkan kau boleh
Kau hampir boleh melakukan
Jika kau fikirkan ragu-ragu
Usahamu tidak menentu
Jika kau fikirkan kekalahan
Kau hampiri kegagalan
Jika kau fikirkan kemenangan
Kau hampiri kejayaan
Engkaulah apa yang kau fikirkan
Terkandung dalam pemikiran
Berfikir boleh melakukan
FIKIRKAN BOLEH!
Percaya apa kau lakukan
Tabah apa kau usahakan
Bertindak atas kemampuan
ENGKAU BOLEH!
(Semangat Masjid Assyakirin KLCC - untukku berusaha menjadi insan berjaya di sini dan di sana)

Susahnya Jadi Orang Baik




KENAPA ORANG BAIK SERING DISAKITI?
Kerana orang baik selalu mendahulukan orang lain. Bagi dia itulah kebahagiaan.
KENAPA ORANG BAIK SERING TERTIPU?
Kerana orang baik selalu memandang orang lain tulus seperti dirinya. Tidak pandai berprasangka buruk. Dia percaya orang takkan tergamak menganiayainya.
KENAPA ORANG BAIK SERING DIPERLEKEH?
Kerana orang baik tidak pernah diberi kesempatan mengajukan pendapat dan membela dirinya. Dia hanya menerima, meskipun bukan dia yang memulai perkara.
KENAPA ORANG BAIK SERING DIAM BILA DIPERSALAHKAN?
Kerana orang baik tidak mahu berhujah dan berdebat dengan orang yang sememangnya berniat untuk menyalahkannya. Sebenarnya dia tahu orang yang mengajaknya berhujah itu hanya mahu menang.
Allahuakhbar...
Hati selembut rumpai laut, cukup kuat mendepani badai dan ribut.

Monday, January 22, 2018

Yang Hilang Selepas Berdoa




Suatu masa seorang Ayah ditanya oleh anaknya:

"Mengapa Ayah selalu berdoa padahal hidup kita tetap biasa saja? Apa yang Ayah dapat dengan selalu berdoa secara teratur kepada Allah ?".

Si Ayah menjawab:

"Tiada apa yang Ayah dapat, malah Ayah banyak kehilangan; tetapi Ayah akan beritahu kepada kamu apa-apa saja yang hilang itu ...".

Ternyata yang hilang adalah:

- Kerisauan.
- Kemarahan.
- Tekanan.
- Kekecewaan.
- Sakit/iri Hati
- Kerakusan.
- Ketamakan.
- Kebencian.
- Kesombongan.
- Ujub
- Takkabbur
- Buruk sangka 

"Setiap kali selepas berdoa Ayah selalu menjadi tenang.".

💚💚💚💚💚💚💚

Kadangkala, jawapan kepada doa kita tidak selalu tentang "apa yang kita dapat" tetapi  "apa yang hilang" dari kehidupan kita.

Janganlah selalu mengukur kebaikan Allah dari "apa yang kita dapat" kerana kadangkala  "apa yang hilang" dari kehidupan kita itu lebih utama dari apa yang kita dapat.....


Muhasabah diri

Perihal Sujud Tilawah




Sujud Tilawah/Sajadah itu Sunnah. Para ulama sepakat (beijma’) bahwa sujud tilawah adalah amalan yang disyari’atkan. Di antara dalilnya adalah hadits Ibnu ‘Umar, “Nabi shallalahu ‘alaihi wa sallam pernah membaca Al Qur’an yang di dalamnya terdapat ayat sajadah. Kemudian ketika itu beliau bersujud, kami pun ikut bersujud bersamanya sampai-sampai di antara kami tidak mendapati tempat karena posisi dahinya.” (HR. Bukhari dan Muslim)


Menurut jumhur (mayoritas) ulama yaitu Malik, Asy Syafi’i, Al Auza’i, Al Laitsi, Ahmad, Ishaq, Abu Tsaur, Daud dan Ibnu Hazm, juga pendapat sahabat Umar bin Al Khattab, Salman, Ibnu ‘Abbas, ‘Imron bin Hushain, mereka berpendapat bahwa sujud tilawah itu sunnah dan bukan wajib.

Dari Zaid bin Tsabit, beliau berkata, “Aku pernah membacakan pada Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam surat An Najm, (tatkala bertemu pada ayat sajadah dalam surat tersebut) beliau tidak bersujud.” (HR. Bukhari dan Muslim). Bukhari membawakan riwayat ini pada Bab “Siapa yang membaca ayat sajadah, namun tidak bersujud.”

Tata Cara Sujud Tilawah

1- Para ulama bersepakat bahwa sujud tilawah cukup dengan sekali sujud.
2- Bentuk sujudnya sama dengan sujud dalam shalat.
3- Tidak disyari’atkan -berdasarkan pendapat yang paling kuat- untuk takbiratul ihram dan juga tidak disyari’atkan untuk salam.
4- Disyariatkan pula untuk bertakbir ketika hendak sujud dan bangkit dari sujud.
5- Lebih utama sujud tilawah dimulai dari keadaan berdiri, ketika sujud tilawah ingin dilaksanakan di luar shalat. Inilah pendapat yang dipilih oleh Hanabilah, sebagian ulama belakangan dari Hanafiyah, salah satu pendapat ulama-ulama Syafi’iyah, dan juga pendapat Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah.

Namun, jika seseorang melakukan sujud tilawah dari keadaan duduk, maka ini tidaklah mengapa. Bahkan Imam Syafi’i dan murid-muridnya mengatakan bahwa tidak ada dalil yang mensyaratkan bahwa sujud tilawah harus dimulai dari berdiri. Mereka mengatakan pula bahwa lebih baik meninggalkannya. (Shahih Fiqih Sunnah, 1/449)

Bacaan Ketika Sujud Tilawah
Bacaan ketika sujud tilawah sama seperti bacaan sujud ketika shalat. Ada beberapa bacaan yang bisa kita baca ketika sujud di antaranya:

Dari Hudzaifah, beliau menceritakan tata cara shalat Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam dan ketika sujud beliau membaca: “Subhaana robbiyal a’laa” [Maha Suci Allah Yang Maha Tinggi] (HR. Muslim no. 772)

Dari ‘Aisyah, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam biasa membaca do’a ketika ruku’ dan sujud: “Subhaanakallahumma robbanaa wa bi hamdika, allahummagh firliy.” [Maha Suci Engkau Ya Allah, Rabb kami, dengan segala pujian kepada-Mu, ampunilah dosa-dosaku] (HR. Bukhari no. 817 dan Muslim no. 484)

Dari ‘Ali bin Abi Tholib, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam ketika sujud membaca: “Allahumma laka sajadtu, wa bika aamantu wa laka aslamtu, sajada wajhi lilladzi kholaqohu, wa showwarohu, wa syaqqo sam’ahu, wa bashorohu. Tabarakallahu ahsanul kholiqiin.” [Ya Allah, kepada-Mu lah aku bersujud, karena-Mu aku beriman, kepada-Mu aku berserah diri. Wajahku bersujud kepada Penciptanya, yang Membentuknya, yang Membentuk pendengaran dan penglihatannya. Maha Suci Allah Sebaik-baik Pencipta] (HR. Muslim no. 771)

Adapun bacaan yang biasa dibaca ketika sujud tilawah sebagaimana tersebar di berbagai buku dzikir dan do’a adalah berdasarkan hadits yang masih diperselisihkan keshohihannya.

Sujud Tilawah Ketika Shalat
Dianjurkan bagi orang yang membaca ayat sajadah dalam shalat baik shalat wajib maupun shalat sunnah agar melakukan sujud tilawah. Inilah pendapat mayoritas ulama.
\
Dari Abu Rofi’, dia berkata bahwa dia shalat Isya’ (shalat ‘atamah) bersama Abu Hurairah, lalu beliau membaca “idzas samaa’unsyaqqot”, kemudian beliau sujud. Lalu Abu Rofi’ bertanya pada Abu Hurairah, “Apa ini?” Abu Hurairah pun menjawab, “Aku bersujud di belakang Abul Qosim (Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam) ketika sampai pada ayat sajadah dalam surat tersebut.” Abu Rofi’ mengatakan, “Aku tidaklah pernah bersujud ketika membaca surat tersebut sampai aku menemukannya saat ini.” (HR. Bukhari no. 768 dan Muslim no. 578). 

Hadis ’Amar bin ’Ash yang menerangkan bahwa Rasulullah saw mengajarkan kepadanya lima belas ayat sajdah di dalam al-Qur’an, tiga diantaranya di dalam surat yang pendek dan dua di dalam surat al-Hajj”. (Riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah).

QS. al-A’raf: 206
إِنَّ الَّذِينَ عِنْدَ رَبِّكَ لَا يَسْتَكْبِرُونَ عَنْ عِبَادَتِهِ وَيُسَبِّحُونَهُ وَلَهُ يَسْجُدُونَ
2. QS. ar-Ra’d: 15.
وَلِلَّهِ يَسْجُدُ مَنْ فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ طَوْعًا وَكَرْهًا وَظِلَالُهُمْ بِالْغُدُوِّ وَالْآَصَالِ
QS. an-Nahl: 49.
وَلِلَّهِ يَسْجُدُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ مِنْ دَابَّةٍ وَالْمَلَائِكَةُ وَهُمْ لَا يَسْتَكْبِرُونَ
4. QS. al-Isra’: 107.
قُلْ آَمِنُوا بِهِ أَوْ لَا تُؤْمِنُوا إِنَّ الَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ مِنْ قَبْلِهِ إِذَا يُتْلَى عَلَيْهِمْ يَخِرُّونَ لِلْأَذْقَانِ سُجَّدًا
5. QS. Maryam: 58.
إِذَا تُتْلَى عَلَيْهِمْ آَيَاتُ الرَّحْمَنِ خَرُّوا سُجَّدًا وَبُكِيًّا
6. QS. al-Hajj: 18.
أَلَمْ تَرَ أَنَّ اللَّهَ يَسْجُدُ لَهُ مَنْ فِي السَّمَاوَاتِ وَمَنْ فِي الْأَرْضِ وَالشَّمْسُ وَالْقَمَرُ وَالنُّجُومُ وَالْجِبَالُ وَالشَّجَرُ وَالدَّوَابُّ وَكَثِيرٌ مِنَ النَّاسِ وَكَثِيرٌ حَقَّ عَلَيْهِ الْعَذَابُ وَمَنْ يُهِنِ اللَّهُ فَمَا لَهُ مِنْ مُكْرِمٍ إِنَّ اللَّهَ يَفْعَلُ مَا يَشَاءُ
7. QS. al-Hajj: 77.
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا ارْكَعُوا وَاسْجُدُوا وَاعْبُدُوا رَبَّكُمْ وَافْعَلُوا الْخَيْرَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
8. QS. al-Furqon: 60
وَإِذَا قِيلَ لَهُمُ اسْجُدُوا لِلرَّحْمَنِ قَالُوا وَمَا الرَّحْمَنُ أَنَسْجُدُ لِمَا تَأْمُرُنَا وَزَادَهُمْ نُفُورًا  
9. QS. an-Naml: 25.
أَلَّا يَسْجُدُوا لِلَّهِ الَّذِي يُخْرِجُ الْخَبْءَ فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَيَعْلَمُ مَا تُخْفُونَ وَمَا تُعْلِنُونَ
10. QS. as-Sajdah: 15.
إِنَّمَا يُؤْمِنُ بِآَيَاتِنَا الَّذِينَ إِذَا ذُكِّرُوا بِهَا خَرُّوا سُجَّدًا وَسَبَّحُوا بِحَمْدِ رَبِّهِمْ وَهُمْ لَا يَسْتَكْبِرُونَ  
11. QS. Shad: 24.
وَظَنَّ دَاوُودُ أَنَّمَا فَتَنَّاهُ فَاسْتَغْفَرَ رَبَّهُ وَخَرَّ رَاكِعًا وَأَنَابَ
12. QS. Fushshilat: 37
وَمِنْ آَيَاتِهِ اللَّيْلُ وَالنَّهَارُ وَالشَّمْسُ وَالْقَمَرُ لَا تَسْجُدُوا لِلشَّمْسِ وَلَا لِلْقَمَرِ وَاسْجُدُوا لِلَّهِ الَّذِي خَلَقَهُنَّ إِنْ كُنْتُمْ إِيَّاهُ تَعْبُدُونَ  
13. QS. an-Najm: 62.
فَاسْجُدُوا لِلَّهِ وَاعْبُدُوا
14. QS. Insyiqaq: 21.
وَإِذَا قُرِئَ عَلَيْهِمُ الْقُرْآَنُ لَا يَسْجُدُونَ
15. QS. al-Alaq: 19.
كَلَّا لَا تُطِعْهُ وَاسْجُدْ وَاقْتَرِبْ


Apabila ayat sajadah dibacakan saat shalat  :

maka kita langsung melakukan sujud sajadah, sehabis sujud kita akan terus bangun seperti saat shalat biasanya, dengan menyambung membaca ayat al-Quran kemudian teruskan dengan rukuk seperti biasa. Detailnya sebagai berikut:
1. Mengucapkan takbir untuk sujud
2. Sujud sambil membaca doa di atas.

Bacaan ketika sujud tilawah sama seperti bacaan sujud ketika shalat. Ada beberapa bacaan yang bisa kita baca ketika sujud di antaranya:

a. Dari Hudzaifah, beliau menceritakan tata cara shalat Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam dan ketika sujud beliau membaca: “Subhaana robbiyal a’laa” [Maha Suci Allah Yang Maha Tinggi] (HR. Muslim no. 772)

b. Dari ‘Aisyah, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam biasa membaca do’a ketika ruku’ dan sujud: “Subhaanakallahumma robbanaa wa bi hamdika, allahummagh firliy.” [Maha Suci Engkau Ya Allah, Rabb kami, dengan segala pujian kepada-Mu, ampunilah dosa-dosaku] (HR. Bukhari no. 817 dan Muslim no. 484)

c. Dari ‘Ali bin Abi Tholib, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam ketika sujud membaca: “Allahumma laka sajadtu, wa bika aamantu wa laka aslamtu, sajada wajhi lilladzi kholaqohu, wa showwarohu, wa syaqqo sam’ahu, wa bashorohu. Tabarakallahu ahsanul kholiqiin.” [Ya Allah, kepada-Mu lah aku bersujud, karena-Mu aku beriman, kepada-Mu aku berserah diri. Wajahku bersujud kepada Penciptanya, yang Membentuknya, yang Membentuk pendengaran dan penglihatannya. Maha Suci Allah Sebaik-baik Pencipta] (HR. Muslim no. 771)

3. Mengucapkan takbir saat bangun dari sujud tanpa perlu mengangkat kedua tangan.

4. Selesai sujud berdiri tegak kembali dan meneruskan bacaan shalat kalau masih ada ayat yang hendak dibaca. Kalau tidak ada lagi ayat yang ingin dibaca, maka kita rukuk dan melanjutkan shalat seperti biasanya.
Sujud tilawah yaitu sujud karena membaca atau mendengar ayat-ayat Al-Qur’an tertentu, yakni yang dinamakan ayat-ayat sajadah. Bacaan sujud tilawah

:سَجَدَ وَجْهِى لِلَّذِى خَلَقَهُ وَصَوَّرَهُ وَشَقَّ سَمْعَهُ وَبَصَرَهُ تَبَارَكَ اللَّهُ أَحْسَنُ الْخَالِقِينَ“
Sajada wajhi lilladzi kholaqohu, wa showwarohu, wa syaqqo sam’ahu, wa bashorohu. Tabarakallahu ahsanul kholiqiin.”

Artinya:”Wajahku bersujud kepada Penciptanya, yang Membentuknya, yang Membentuk pendengaran dan penglihatannya. Maha Suci Allah Sebaik-baik Pencipta.”


Catatan:
Sahabat  Facbook saya,  Prof Halim Nasution adalah seorang  pensyarah di Universitas Islam Negeri - Sumatera Utara,Indonesia.